Bab 34

Romance Completed 18738

Bab34

                         Suasana meriah di perkarangan rumah Encik Zarul dengan kehadiran jiran tetangga membantu majlis kenduri doa selamat. Puan Fadilah meletakkan papan pemotong di atas lantai memudahkan orang kampung untuk merewang.

                         "Aku tengok Zue dan Mustafa dah hampir lima tahun berkahwin sampai sekarang tak ada anak. Kau tak bawa mereka berubat ke? Mana tahu salah sorang ada yang mandul." Ujar Puan Zaharah lantang tanpa menghiraukan orang sekeliling yag merewang sekali.

                         Zue Fairus menghentikan langkah sambil memasang telinga sempat bibirnya diketap menahan geram melayan karenah makcik bawang. Puan Maimunah ibu mentua Zue Fairus mencekik pinggang.

                        "Ramai orang dekat luar sana tak mengandung sebab mandul lah.Kau siapa nak tentukan zuriat orang?"Pekik Puan Maimunah bernanah telinganya mendengar orang bercakap buruk tentang mentuanya.

                       "Aku cakap sajalah Mun itu pun kau nak sentap ke? Aku tengok dekat luar sana itu ramai yang izinkan suami kahwin lain. Eh Zue tak mahu ke nak bermadu?" Soal Puan Zaharah memanaskan keadaan.

                      "Makcik biar saya jadi madu makcik." Sampuk Zara Farhana sedari tadi dia menjadi pendengar. Kata-kata dari jirannya terlalu mendalam untuk ditelan bagaimana sekiranya kakak sulungnya mendengar pasti terguris hatinya.

                       "Langkah mayat aku dulu kalau nak jadi madu ak.."

                        "Macam itulah perasaan isteri saya makcik.Rezeki kami belum sampai lagi pun kami bahagia sahaja berdua. Mak saya tak bising kenapa makcik pula nak bising?"Soal Mustafa sambil memegang bahu isterinya hanya diam membisu.

                        Jarang isterinya membisu sebegini mungkin ungkapan dari jirannya menghiris hati dan perasaan. Bukan kehendaknya untuk tidak mempunyai zuriat namun rezeki belum berpihak padanya menanti walaupun seribu tahun lama lagi.

                       "Baliklah Zaharah kalau kau datang sini nak menghina menantu aku. Aku cukup pantang orang perlekehkan keluarga aku macam keluarga kau hebat sangat anak kahwin harini esok terus keluar cucu." Ujar Puan Maimunah sambil merenung tajam kearah Puan Zaharah.

                       "Hormat sikit majlis keluarga aku Zah. Jangan disebabkan kata-kata kau orang sekeliling mencemuh kami."Ujar Puan Fadilah pula cukup terkesan setiap kata-kata seakan ditujukan buat dirinya.

                       Zue Fairus segera masuk kedalam bilik sempat dia mengesat air mata yang mengalir pantas Mustafa mengekori langkah isterinya." Sayang saya mandul kan sebab itu kita tak ada zuriat."Tutur Zue Fairus sebak.

                      "Belum rezeki kita abaikan kata makcik Zah itu. Selagi Abang hidup tiada sesiapa boleh menghina Sayang." Pujuk Mustafa lembut lalu memeluk erat tubuh isterinya.

                      "Assalamualaikum.."

                      " Waalaikumussalam.. "Sahut Zue Fairus dan Mustafa serentak lantas langkah diatur kearah pintu utama.

                     Zaid Firdaus tersenyum memandang kearah kakak sulung dan abang ipar mengejutkan Zue Fairus segera memanggil Encik Zarul dan Puan Fadilah.

                    Mustafa bersalaman dengan adik iparnya sempat memberikan senyuman kearah Waheeda isteri Zaid Firdaus."Sihat Zaid?"

                     "Alhamdulillah bang long macam inilah."

                     "Zaid..." Encik Zarul berjalan perlahan-lahan kearah anak yang terlalu dirinduinya segera tubuh itu dipeluk kemas melepaskan kerinduan terbuku dihati. Wajah menantu dipandang penuh penyesalan pantas Waheeda bersalaman dengan bapa mentuanya.

                    Puan Fadilah terduduk lemah sempat dipegang Zue Fairus tergamam melihat anak yang sekian lama merajuk kini kembali ke pangkuannya.

                     "Maafkan salah silap Zaid dan Eda pada Mak Abah." Ucap Zaid Firdaus lalu mengucup tangan Puan Fadilah.

                    "Semua salah Mak bukan salah kamu."

                     Sikecil manis dicium berkali-kali dahulu Shasha masih kecil mereka tidak dapat melihat cucunya membesar di depan mata akibat perbuatan lampau.

                     "Sudah buang yang keruh ambil yang jernih.Kita satu keluarga sudah bersatu kembali." Ujar Zue Fairus gembira hilang segala kesedihannya.

                     "Langkah kanan ke kami balik Mak."Ujar Waheeda sambil memeluk erat tangan kakak iparnya yang sudah tersengih. Zara Farhana mendapatkan Zaid Firdaus segera tubuh itu dipeluk kemas.

                      "Langkah kaki lah Eda. Mak memang nak buat kenduri sebab baru dapat ladang pajak." Jelas Zue Fairus terlalu teruja.

                     "Meriah sangat ini macam kenduri kahwin ke Zara nak kahwin ini?" Duga Waheeda segera hidung kakak iparnya dicuit. Merah padam wajah Zara Farhana apabila disakat oleh kakak iparnya.

                     "Lambat lagi Kak."

                      "Mana Zayn dengan Kak Ngah?"Soal Zaid Firdaus sambil memandang sekeliling kosong tanpa kenderaan kecuali keretanya.

                      "Dia orang gerak kejap lagi lagi pun majlis esok harini merewang sahaja. Kejap lagi orang pasang khemah." Jelas Encik Zarul lalu berjalan kearah kawan-kawannya.

                          Kenangan paling berharga adalah berkumpul dengan keluarga segala sudah cukup merasakan kelengkapan. Harta paling berharga adalah keluarga melihat senyuman di bibir menghilangkan kepahitan dihati.

                         Zayn Farihan memarkir kereta di tepi perkarangan rumah lalu mematikan enjin kereta sebelum keluar dari perut kereta miliknya.Langkah diatur namun senyuman terukir di bibir melihat kelibat adik yang dinanti.

                         "Mana Una?"Soal Encik Zarul setelah anaknya bersalaman giliran Zaid Firdaus untuk bersalaman dengan abangnya sempat mereka berpelukan.

                     Zayn Farihan hanya tersenyum tiada jawapan untuk soalan dari Abahnya inikan pula untuk mengatakan yang isterinya merajuk. Berikan masa untuk Unais Syazweena menenangkan fikirannya sendiri.       

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience