Bab21
Unais Syazweena melabuhkan punggungnya di atas pangkin kayu dihadapan rumah sambil mata memandang kearah langit yang terang dengan bintang bersinar.Berharap semuanya akan kembali normal tanpa terluka nya orang sekeliling.
"Una ada berapa adik-beradik?" Soal Puan Fadilah sambil meletakkan buku yang dibacanya tadi setelah melihat Unais Syazweena termenung jauh. Hatinya masih tertanya-tanya mengapa anak muda ini membawa diri ke sini.
"Tiga ada seorang kakak dan abang." Unais Syazweena tersenyum pahit apabila Puan Fadilah bertanyakan tentang keluarganya bukan dia sengaja mendiamkan diri tetapi hatinya masih dengan keegoan sama.
"Mak tak tahu masalah yang bermain di fikiran Una tetapi Mak nak Una lepaskan segalanya supaya tiada sedikit pun dendam dihati." Pinta Puan Fadilah namun tidak berharap gadis ini akan menceritakan perkara sebenar.
Unais Syazweena hanya membisu tanpa sedar air matanya mengalir ke pipi merasai kesakitan masih terpendam dihati malah sukar untuknya meluahkan. "Mak beri masa untuk Una tenangkan fikiran."
"Bersalahkah Una pergi setelah Umi memilih untuk merahsiakan tentang Abah?"Soal Unais Syazweena membuka cerita. Puan Fadilah menanti dengan perasaan terbuka dia juga pernah berada di tempat gadis ini suka memendam rasa.
"Mungkin Umi bersebab merahsiakan. Una dah dengar perjelaskan Umi?" Soal Puan Fadilah pula pantas Unais Syazweena mengelengkan kepalanya.
Unais Syazweena menyedari setiap kali Puan Sabrina mencuba menjernihkan hubungan dengan Tuan Hilman sedikit pun dia tidak mahu mengambil tahu malah sering menafikan apabila bibir ingin menuturkan kata.
"Una kena dengar tiada sebab seorang Ibu merahsiakan sesuatu sekiranya anaknya sendiri tidak pernah ambil tahu. Mak faham perasaan Una tetapi keputusan Una inilah yang melukakan hati Umi tanpa sedar." Puan Fadilah menyentuh lembut bahu Unais Syazweena memujuk hati gadis itu untuk memaafkan setiap kelukaan yang terjadi.
"Una terlalu mengikut perasaan kecewa Una dengan perangai kakak. Dosa Una pada Abah kemarahan Una pada Umi sampaikan Una pergi dari rumah. Sekarang Umi sakit disebabkan Una. Adanya Una membuatkan mereka derita." Jelas Unais Syazweena teresak-esak apabila Puan Fadilah memujuknya dia merasai pegangan dari seorang ibu.
Puan Fadilah memandang kearah Unais Syazweena sudah basah dengan air matanya mengalir tanpa henti pantas ditarik kedalam dakapan. Zara Farhana hanya mendengar tanpa sedar air matanya turut mengalir kepipi sambil menggenggam kemas tangan Zarin Farahin.
"Kenapa cakap macam ini? Sesuatu yang terjadi adalah ujian untuk menguji keimanan kita. Kalau sekali Una diuji Una seakan hilang keimanan bermakna Una persoalkan takdir Allah sayang.
Minta maaf dengan Umi perbetulkan kesilapan Una jangan menyesal kemudian hari. Setiap peluang itu terlalu berharga jangan lepaskan walau terhenti masa."Ujar Puan Fadilah lalu melepaskan pelukan sebelum berjalan masuk kedalam rumah sempat menarik tangan Zara Farhana.
Sengaja memberikan ruang kepada Unais Syazweena untuk bersendirian malah dia berharap kata-katanya meninggalkan makna dihati agar hubungan keluarga Unais Syazweena kembali jernih sampai bila-bila.
"Syazz.." Sapa Zarin Farahin sambil memeluk erat bahu bakal adik iparnya. Unais Syazweena berpaling lalu menyambut pegangan Zarin Farahin. "Kak Rin.."
"Kadang kesilapan seorang anak ini disebabkan terlalu mengikut perasaan sehinggakan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Kak Rin pernah berada di tempat Syaz cuma Kak Rin memilih untuk tidak meninggalkan tetapi menyelesaikan masalah.
Ia tidak mudah untuk Syaz malah untuk orang lain apabila hati terlalu disakiti sehinggakan tidak sanggup untuk mendengar penjelasan. Umi ada alasannya tersendiri dan Kak Rin harap perkara yang terjadi usahlah di perpanjangkan sebab masing-masing dah ada kehidupan sendiri. "Jelas Zarin Farahin mencuba memujuk hati Unais Syazweena supaya memaafkan perkara yang berlaku dalam keluarganya.
Unais Syazweena tersenyum manis mendengar nasihat dari kekasih abangnya sedikit sebanyak membuka pintu hatinya untuk memaafkan dan melupakan kenangan silam dalam keluarganya.
"Jangan bersedih datang sini nak gembirakan.Jadi senyum sikit." Pinta Zarin Farahin membuatkan Unais Syazweena tersenyum.
Zara Farhana segera memeluk tubuh Unais Syazweena menenangkan kawan baiknya. Dia akan selalu berada di sisi gadis ini walaupun derita di tanggung bersama.
"Nak peluk juga!" Jerit Zue Fairus sambil mendepakan tangannya ingin memeluk adik-adiknya pantas Zarin Farahin menarik tangan Unais Syazweena berlari masuk kedalam rumah.
"Kau keluar dari tandas nak peluk orang pengotorlah!" Jerit Zara Farhana sambil berlaju berlari masuk ke dalam rumah. Zue Fairus tersenyum sendiri melihat gelagat adik-adiknya sengaja dia menyakat bukan selalu pantas keluhan dilepaskan.
Share this novel