Bab 39
"Aku kecewa dengan kamu esok majlis untuk bergembira tetapi keputusan kamu seakan esok tiada makna untuk kami teruskannya!"Pekik Encik Zarul kalau bukan disebabkan Zaid Firdaus menahan sudah lunyai Zayn Farihan dikerjakan.
"Mudah mulut kau lafazkan cerai tanpa kau fikir kehadapan betapa hancurnya hati Una tengok kau dengan Nuha.Lepas dia dapat tahu kau nak berkahwin dengan Nuha dia gagahkan diri datang sini nak pertahankan kembali hubungan tapi apa dia dapat? Kau ceraikan dia macam itu sahaja!"Marah Zarin Farahin sebak dadanya entah bagaimana ingin menjelaskan kepada suaminya kelak.
"Tak boleh berbincang secara elok ke?" Soal Zaid Firdaus bingung dengan keputusan melulu abangnya seakan perkahwinan yang bertahan tersia sebegitu sahaja.
"Kalau berbincang bukan ada yang faham pun." Ujar Zayn Farihan sinis semua menentang tanpa memahami perasaannya hanya perasaan Unais Syazweena sahaja yang di peduli.
"Memanglah sebab kau nak kahwin lain kau ingat hati Una itu sampah untuk kau buang macam itu lepas kau kembali semula dekat Nuha!" Jerkah Zue Fairus kemarahannya memuncak nasib baik Zara Farhana memegang lengannya kalau tidak habis lelaki ini dikerjakan.
"Sekurangnya tanya Una dia restu ke tidak untuk bermadu ini sekarang kau lepaskan dia kami nak jawab apa dengan Makcik Sabrina? Kau minta dia cara baik lepaskan dia cara baik jaga air muka keluarga kita bang.."Pinta Zaid Firdaus sedari tadi hanya memerhati.
Baru sahaja pulang sudah kacau bilau keluarganya sekiranya bertahun lagi pulang mahu terbalik rumah ini dengan masalah seorang anak ditambah lagi dengan anak yang lain.Waheeda menenangkan ibu mentuanya yang masih menangis dia sendiri serabut dengan masalah inikan pula orang tua terpaksa memendam kemarahan.
"Tak payah ajar aku kau sendiri lebih kurang macam aku juga!"
"Sudah!!!" Jerit Encik Zarul merah padam wajahnya melepaskan kemarahan.
"Kau nak kahwin dengan Nuha pergilah! Kami tak akan ambil tahu walaupun secebis yang kami tahu kau balik sini bersama Una dia akan jadi menantu kami sampai kami mati!"Jelas Encik Zarul lalu menarik tangan isterinya masuk kedalam bilik.
Zarin Farahin melabuhkan punggung perlahan-lahan diatas kerusi sambil memandang kearah Waheeda yang tersenyum hambar. Terlalu berat ujian ini untuk ditempuhi haruslah sentiasa yakin kelukaan tidak akan mengatasi kebahagian.
"Macam manalah Una sekarang memandu seorang diri ada suami tak setia."Bebel Zue Fairus risau memikirkan keadaan Unais Syazweena semoga perjalanannya pulang ke Kuala Lumpur dengan selamat.
"Tak payah perli akulah!"
"Abang nak pergi sangat tadikan pergilah kami nak teruskan majlis ada Abang bertambah sakit kami nak kenang!"Pinta Zara Farhana lalu berjalan masuk kedalam bilik sempat menarik tangan kakaknya.
Zayn Farihan segera keluar dari rumah dia mengerti keputusannya akan membuatkan semua terluka terutama Unais Syazweena tetapi percayalah dia akan perbetulkan kembali keadaan dan wanita yang dicintai akan kembali ke pangkuannya semua.
"Aku tahu kau tersepit bang dengan keputusan yang kau buat bukan kehendak hati kau."Tutur Zaid Firdaus mencuba menasihati abangnya.
"Kalau nak bercakap sakit aku sendiri remuk Zaid bila terpaksa melepaskan isteri aku. Aku terlalu cintakan dia tetapi aku terpaksa kalau aku bernikah dengan Nuha dia akan lebih terluka."Jelas Zayn Farihan sebak malah terpaksa menelan setiap butir bicara dari ahli keluarganya.
"Aku boleh cakap kau siasat dulu jangan nanti kau menyesal tak sudah masih ada peluang untuk jernihkan kembali keadaan."Pinta Zaid Firdaus lalu menepuk lembut bahu abangnya sebelum berjalan masuk kedalam rumah.
Share this novel