Bab Akhir
Tidak mudah melenyapkan semua kenangan indah yang terpahat dihati tambahan pula meninggalkan sisa cinta masih mekar dengan ungkapan dari bibir tanpa kepalsuan.
"Cinta kita berdua hanya Allah yang mampu pisahkan tidak akan ada orang ketiga dan keempat begitu juga yang kelima." Ucap Zayn Farihan lalu memegang kemas tangan isterinya.
"Janji?"
"Janji.."
Mereka saling berpelukan tidak mahu dilepaskan walaupun sedetik disebabkan cinta semakin mekar dihati yang bahagia.
"Seandainya antara kita pergi dahulu ingatlah kenangan kita tidak akan pernah padam." Bisik Unais Syazweena lembut cukup menghanyutkan Zayn Farihan dalam asmara pencintaan mereka berdua.
"Zayn.." Puan Sabrina menyentuh lembut bahu bekas menantunya yang termenung sambil memegang batu insan milik anaknya menyedari kehadiran lelaki ini untuk melepaskan kerinduan yang menggunung dihati.
Hampir sebulan mereka kehilangan Unais Syazweena malah hampir sebulan kehidupan Zayn Farihan gelap tanpa sinaran cinta lagi untuknya.Puan Sabrina memberi masa pada bekas menantunya untuk melepaskan segala perasaan bukan mudah untuk menerima tambahan pula perginya hilang dari pandangan.
Zayn Farihan berpaling lalu mengesat air mata yang mengalir sambil mencuba mengukirkan senyuman di bibir. "Kuatkan diri walaupun tubuh sudah rebah kebumi."
"Zayn datang sini sudah cukup untuk melepaskan kerinduan walaupun Zayn tahu semuanya palsu." Jelas Zayn Farihan lalu memejamkan matanya serta-merta laju air matanya mengalir kepipi.
"Sentiasa berdoa untuk Una di atas sana. Redha itu penting supaya dia sentiasa tenang." Pinta Puan Sabrina lalu menepuk lembut bahu Zayn Farihan.
Nuha Zahwa telah ditangkap oleh pihak berkuasa atas tuduhan membunuh dan menikam tanpa sengaja Zara Farhana malah dikenakan hukuman gantung sampai mati. Jauh disudut hati Puan Sabrina sedih melihat keadaan Nuha Zahwa disebabkan satu kesilapan segalanya berubah.
"Jom balik semua dah tunggu." Pinta Puan Sabrina lalu berjalan keluar dari perkarangan kubur diekori oleh Zayn Farihan mengukirkan senyuman sebuah ketenangan.
Ungkapan cinta bernafas dalam kerinduan tidak akan terganti persis dirimu sentiasa sejuk di mata manis di bibir jujur dihati. Walaupun Bie tersilap langkah dalam membuat keputusan itu tidak akan memadamkan sedikit rasa cinta dihati.
- tamat-
Share this novel