Bab 11
Udara dihembus perlahan-lahan melepaskan satu keluhan berat mengenangkan situasi terlalu pahit dalam kehidupan apabila segala kesalahan hanya disebabkan kenangan silam dan diri dipersalahkan.
Unais Syazweena memandang kearah persekitaran sudah dua hari dia berada di Hospital sedikit sebanyak kesihatannya semakin membaik namun tidak hati masih berbekas sakit terpahat.
Tuan Hilman melangkah kearah anak bongsunya yang termenung sendiri.Dia akan berusaha menawan hati anaknya walaupun memakan masa yang lama tetapi Tuan Hilman tidak akan berputus asa.
"Macam mana keadaan adik?"Soal Tuan Hilman mengejutkan Unais Syazweena segera mata dipejamkan menahan kepahitan untuk menerima kenyataan lelaki di hadapannya adalah ayah kandung yang dibenci.
"Baik."
"Bila boleh keluar?"
"Petang ini."
"Unais..."Panggil Tuan Hilman lembut cukup meruntun kan hati Unais Syazweena pantas perasaan dibuang jauh agar kebencian masih bersarang dihati.
"Abah tahu jauh dalam hati Una masih ada secebis kasih untuk Abah."Ujar Tuan Hilman ingin memujuk anaknya walaupun tidak menjadi kenyataan yang anaknya mampu menerima segalanya.
"Kasih untuk Abah sudah lama pudar apabila Abah memilih untuk melangkah keluar dari rumah demi wanita lain."Jelas Unais Syazweena bingkas berdiri ingin berlalu pantas ditahan oleh Abahnya.
Kejadian lalu menghantui hidupnya sukar untuk Unais Syazweena melupakan apabila Tuan Hilman lebih memilih wanita lain dan melepaskan kasih sayang seorang ayah untuknya.
"Adik..."Panggil Tuan Hilman lagi serta merta laju air mata Unais Syazweena mengalir tidak mampu membendung perasaan sendiri malah melemahkan kekuatannya untuk bertahan apabila berhadapan dengan ayah kandungnya.
"Anggap sahaja kita tak pernah kenal."Tepis Unais Syazweena masih dengan egonya sendiri.Tuan Hilman tidak menyerah dia harus selalu memujuk agar hati anak muda ini lembut.
"Abah minta maaf atas kesalahan Abah.Abah akan sentiasa menunggu Una memaafkan Abah walaupun Abah sudah tiada nanti."Ujar Tuan Hilman sambil mengesat air mata yang mengalir.
Walaupun hatinya sedikit tersentuh dengan kata-kata dari Unais Syazweena namun dia akan sentiasa berharap secebis kasih dalam kerinduan yang dipendam sekian lama.
Jika diikutkan hati ingin sahaja dia memeluk erat tubuh kecil itu namun apakan daya tubuh kecil itu semakin menjauh darinya malah tidak menganggapnya sebagai ayah kandung lagi.
"Tuan semuanya sudah sedia."Sapa Nurse segera Tuan Hilman berlalu pergi meninggalkan Unais Syazweena kaku berdiri menangisi setiap kelakuannya.
"Buang ego awak segalanya akan kembali normal."Tutur Zayn Farihan mengejutkan Unais Syazweena pantas air mata dikesat.
Wajah lelaki dihadapannya dipandang sinis."Siapa awak nak masuk campur hal saya?"Soal Unais Syazweena tegas tanpa berdalih lagi.
Lelaki ini selalu menghantui hidupnya sejak akhir-akhir ini malah semakin Unais Syazweena menjauhkan diri tetapi hati semakin selesa apabila kehadiran lelaki itu untuk bertutur kata dengannya.
"Saya tahu saya orang luar bagi awak tapi saya minta awak buang ego awak supaya nanti awak tak menyesal."Pinta Zayn Farihan berharap segala kata-kata yang dilontarkan memberi secebis kemaafan untuk insan bernama Ayah.
"Awak tak alami perkara yang saya alami dan awak tak melihat kehancuran seorang wanita.Mudah bagi awak untuk berkata tidak bagi saya untuk menerima."Bantah Unais Syazweena lalu berjalan kearah lorong.
Zayn Farihan segera mengejar wanita yang sudah mempunyai tempat di hatinya semakin laju kehadapan.
"Petang nanti saya hantar awak balik."
"Saya boleh balik sendiri."
"Saya tunggu awak dekat lobby."Putus Zayn Farihan lalu berjalan kehadapan meninggalkan Unais Syazweena yang terlopong tanpa kata lantas bibir mengukir sesuatu.
Share this novel