Bab 44

Romance Completed 18738

Bab44

     
                         Unais Syazweena berpaling menoleh kearah bekas suaminya sudah berada disisi tepat matanya merenung kearah Unais Syazweena tanpa berkalih sedetik pun.Keperitan kembali dirasai dihati melihat insan yang telah membuangnya jauh disebabkan wanita lain.

                        "Kenapa tak beritahu Bie yang awak mengandung?"Soal Zayn Farihan walaupun masih terkejut dengan berita yang di dengarnya namun di gagahkan diri mendapatkan penjelasan dari bekas isterinya.

                       "Macam mana saya nak cakap kalau dalam fikiran awak hanya Nuha. Rasanya tak perlu awak ambil tahu tentang saya sebab awak sudah lepaskan saya dan ini anak saya seorang sahaja."Jelas Unais Syazweena tegas dengan nada yang sebak untuk menuturkan perkataan dihadapan lelaki pernah bahagiakannya dahulu.

                          "Sayang jangan benci saya."Pinta Zayn Farihan ingin memperbetulkan keadaan yang tercetus disebabkan dari diri sendiri melepaskan keputusan tanpa cinta mendalam dihati.

                      "Saya tak pernah benci awak tapi saya berusaha untuk lupakan awak sebab kenangan dengan awak terlalu perit untuk kekal dalam ingatan."

                         Zayn Farihan mengetap bibirnya sambil memandang kearah Unais Syazweena berkaca matanya tidak mampu menutupi kekecewaan dihati bertambah perit dengan kehadiran lelaki ini seakan menyeksakan hati yang terluka.

                              "Kita rujuk balik.."

                          Unais Syazweena tercengang melihat wajah Zayn Farihan yang semakin bersalah dengan keputusan telah dibuat namun belum mampu menutupi kekecewaan terjadi antara mereka berdua.

                      "Mudahnya bibir mengungkapkan kata sedangkan awak buang saya dari hidup awak awak buang anak kita sebab kan dia sekarang awak menginginkannya kembali?Mudahnya Zayn Farihan mudah!!"Jerit Unais Syazweena lantas menepuk tangan perasaan ingin gembira semakin menghancurkan luka.

                        "Berikan Bie peluang sekali lagi Bie janji luka itu tidak akan kembali."Pinta Zayn Farihan berusaha memujuk walaupun sukar terpujuk namun dia mengetahui didalam hati Unais Syazweena masih mempunyai dia.

                    "Semua orang layak dapat peluang tetapi orang itu bukan awak."Bantah Unais Syazweena lalu memperbetulkan kedudukannya sempat mengesat air mata yang mengalir ke pipi.

                         Zayn Farihan menyentuh lembut bahu bekas isterinya."Sayang..."

                     "Cukuplah Zayn.. Saya tak tahu nak rasa apa sekarang ini kalau awak terus menerus rayu saya macam ini. Sakit dekat sini semakin hancur tanpa secebis kepercayaan dalam hati saya untuk awak."Jelas Unais Syazweena lagi melepaskan tangisan tidak mampu ditahan kan lagi.

                         "Bie silap sebab membuat keputusan tanpa berbincang melafazkan talak tanpa rundingan tetapi percayalah bukan itu kemahuan Bie. Semuanya terpaksa untuk melihat Nuha bahagia."

                      "Awak lebih rela melihat kebahagian Nuha dari memberikan saya penderitaan." Ujar Unais Syazweena dingin lalu menjarakkan kedudukannya dari Zayn Farihan.

                                    "Sayang.."

                      Zayn Farihan berjalan mengadap bekas isterinya mencuba untuk memujuk walaupun dengan memaksa dia sanggup asalkan segalanya kembali kepada normal cinta terjalin lagi.

                     "Siapa saya dalam hati awak? Mainan untuk lupakan Nuha ke? Sampaikan kehadiran dia awak berpaling tanpa cinta yang mempertahankan hubungan kita!"Pekik Unais Syazweena melepaskan kesakitan yang dirasai.

                     "Sepenuh hati saya mencintai awak.."Ucap Zayn Farihan lantas meraup wajahnya yang kekusutan.

                     "Kenapa perlu bernikah dengan dia? Kenapa ceraikan saya?"Soal Unais Syazweena sambil merenung tajam anak mata lelaki yang masih bertakhta di hatinya.

                                    "Una.."

                                "Cakaplah!!"Bidas Unais Syazweena mengejutkan Zayn Farihan jelas terpancar kemarahan tidak tertahan lagi.

                            "Dengar sini semua yang telah terjadi disebabkan salah saya saya tak mahu awak terluka sekiranya berkongsi kasih dengan Nuha sebab saya bernikah dengan Nuha hanya untuk menjaganya sahaja."Jelas Zayn Farihan segera Unais Syazweena memejamkan mata menelan butir kata dari lelaki ini.

                          "Kalau dalam hati masih ada cinta bukan kesian yang terungkap di bibir untuk bernikah." Bantah Unais Syazweena tidak mampu menerima alasan dia ditinggalkan tanpa rela.

                           "Sayang saya batalkan segalanya kita rujuk balik." Pinta Zayn Farihan tidak akan melukakan hati wanita yang dicintai pantas Unais Syazweena berpaling kesisi melepaskan tangisan sudah bersisa.

                            "Sepenuh jiwa saya berikan pada awak sebab saya yakin awaklah yang terakhir untuk saya tetapi dengan sedikit ujian sebegini awak berpaling melepaskan saya tanpa mengingati setiap kemanisan antara kita.

                             Bagi awak semuanya mudah dengan jawapan menerima untuk bersama kembali namun semuanya tidak mudah bagi saya membalut luka dengan kepalsuan dari awak!"Jerit Unais Syazweena sakit dipermainkan tanpa henti.

                             Zayn Farihan akur yang akhirnya keputusannya telah meninggalkan kenangan dalam kesakitan sendiri. Unais Syazweena tidak akan menerimanya lagi malah dia akan membawa cinta ini bernafas dalam kerinduan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience