Azam melepaskan keluhan buat kesekian kalinya. Penat otak kena perah idea demi menyatukan semula Yasmin dan Hans Ilham.
Dua-dua keras kepala dan ego. Fikirannya masih tertumpu pada pertemuan bersama Hans pagi lalu. Sekali lagi Azam mengeluh kasar. Entah apa lagi yang perlu dilakukan supaya dua manusia itu boleh kembali bersatu.
Berkerut dahinya menahan sakit kepala. Pelipisnya yang sedari tadi tidak berhenti berdenyut itu diurut perlahan dengan hujung jari. Dia tidak cukup rehat sejak pulang dari Eropah, dua hari yang lepas.
Terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikirannya, sehingga dia tidak mampu tidur dengan tenang.
"Kau gila ke Hans? Mana perginya janji kau yang dulu...yang beria-ria angkat sumpah akan menjaga dan melindungi Yas sampai ke akhir hayat kau? Ni tak sampai separuh hayat, kau dah tunjukkan tembelang kau..." Hans mendengus kasar. Bergetar tulang rahangnya saat dia mengetap barisan giginya dengan kuat.
Dadanya berombak kencang menahan amarah. Berani lelaki ini datang berjumpa setelah merosakkan rumah tangganya. Dan apa yang paling menyakitkan hati, tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Aku curang? Cis...korang tu yang curang!
Bub! Satu tumbukan padu Hans layangkan pada perut Azam. Terduduk lelaki itu sambil memegang perutnya yang terasa senak akibat tumbukan tadi.
Azam menatap tajam wajah bengis Hans. Wajah penuh dendam itu langsung tidak mengentarkan Azam. Dia menongkat kedua belah tapak tangannya pada lantai, cuba memikul beban berat badannya untuk berdiri dan membalas pukulan Hans. Giliran aku pula!
Bub! Tubuh Hans terundur ke belakang. Hampir sahaja punggungnya mencium lantai di bawah. Nasib dia sempat berpaut pada almari di belakang.
Terasa ada cecair panas yang meleleh keluar dari rongga hidung Hans. Lantas jarinya naik menyentuh kawasan itu. Darah! Hans mengepal penumbuk lalu mara ke hadapan untuk melancarkan serangan namun Azam cukup pantas mematahkan serangan Hans dengan menyambar lengan berotot milik lelaki itu dari belakang.
Hans terjerit kecil saat Azam memicit kuat hidungnya. Sengaja dia melakukannya. Aduhai...sempat lagi kau Zam...
"Arghhh!!! Sakitlah b*b*!" Jerit Hans sambil meronta agar dirinya dilepaskan. Namun, sayangnya, Azam malah meneruskan picitan beberapa kali sebelum dia melepaskan tubuh Hans.
Mahupun, Hans atau Azam, masing-masing terdiam tanpa sebarang kata sambil menatap tajam antara satu sama lain.
"Apa kurangnya Yas pada mata kau Hans? Apa kurangnya Yas?!" Bentak Azam tiba-tiba. Hans mencerlung tajam ke arah Azam lalu mencekak kolar bajunya.
"Kau merepek apa setan?! Kau yang nak rembat Yas kan? Dia sendiri mengakulah! Korang dua ada hubungan sulit kat belakang aku! Dasar pengkhianat!" Azam menolak tubuh Hans dengan kasar. Dia merapikan semula kedudukan kolar bajunya.
"Kau memang bengaplah Hans! Perangai bini kau sendiri, kau tak tahu nak beza. Yas tu pernah ke curang dengan kau sebelum ni Hans?!" Hans tersentak. Dia membisu.
"Kau sendiri tak reti nak bezakan mana satu pembohongan dan mana satu kebenaran. Selaku suami, you should've know about your wife. Sama ada dia bercakap benar mahupun sebaliknya. She is madly in love with you! Tak pernah sekalipun dia menduakan kau..." Azam menyelak kasar rambut serabainya.
"Who is she Hans? Hebat sangat ke dia jika dibandingkan dengan Yas?" Hans mati kata. Dia menatap hairan wajah Azam. Berkerut dahinya cuba memahami kata-kata lelaki itu. 'She'? Siapa yang dia maksudkan?
"Apa maksud kau ni? She who?" Hans melengking dengan kasar.
"Alisa. Ex kau kan?" Serta merta terbeliak mata Hans. Mengapa nama wanita itu dipetik, sedangkan dia sudah lama tidak berhubung dengannya sejak bertembung di hospital, pada beberapa minggu yang lalu. Hans menjadi semakin bingung. Apa kaitan Alisa dengan penceraian mereka?
"Kau ada hubungan dengan Alisa?" Soal Azam. Hans Ilham menelan air liur kesatnya sebelum membalas.
"Dia kisah lalu aku. Aku dah lama tak contact dia." Jawabnya dengan nada datar.
"Jadi, kau takde menyatakan rasa sayang kau terhadap perempuan tu depan Yas?" Makin bertambah kerutan pada dahi Hans Ilham. Sejujurnya, dia tidak faham pertanyaan Azam.
"Kau merepek apa? Kan aku dah cakap, she is my past!" Tekannya dengan kuat.
"Then, apa kes kat hospital tempoh hari? Sewaktu Yas bersalin, kau ada jumpa dengan perempuan tu?" Azam melemparkan soalan semula. Hans tergamam seketika. Mana Azam tahu...
"Ada...Tapi its was a coincidence. Aku berserempak dengan dia. She is a doctor there." Balasnya. Sedikit sebanyak mampu memahami perjalanan cerita yang mengakibatkan masalah ini.
"Coincidence? Sukalah ye dapat jumpa dengan kekasih lama?" Sinis sekali lontaran ayat Azam pada kali ini. Hans terkedu.
"Dont talk rubbish here. Aku takde apa-apa perasaan terhadap dia." Tegas Hans Ilham. Azam mengangguk.
"Then why did you expressed your love towards her on that day?" Hans meraup kasar wajahnya yang kian berpeluh. Sekarang, fahamlah dia, mengapa perilaku Yasmin berubah mendadak seperti itu sejurus selepas bersalin.
"Aku...aku takde cakap apa-apa kat dia." Hans cuba membela diri.
"Yas dengar...dan nampak masa kau bertemu dengan perempuan tu. And she heard, your conversation." Azam bersuara kembali.
"It was a misunderstand Zam...Aku rasa Yas tak dengar habis perbualan kami. So thats why dia tersalah faham." Azam terdiam.
"Kau kena pujuk Yas semula Hans. Buanglah ego tu demi anak korang. Aku dah paksa Yas untuk jumpa kau petang ni kat tempat yang selalu kita lepak. Please dont hurt her anymore." Lama Hans berfikir sebelum mengangguk setuju.
Terukir senyuman lega pada ulas bibir Azam saat itu. Akhirnya, selesai juga masalah ini. Aduh, kalau hari-hari macam ni, mahunya tak gila dia nanti. Rasanya, dia sudah boleh menukar kerjaya menjadi seorang kaunselor rumahtangga. Terbit rasa bangga terhadap kebolehan diri sendiri. Aku terlalu bijak dalam merungkai dan menyelesaikan masalah rumahtangga orang. Power kau Zam.
"Hah...hello. Petang ni, kat tempat biasa. Jangan tunjukkan kesengalan kau ye Yas...Aku terajang kau nanti! Cakap elok-elok. Ye...ye." Panggilan ditamatkan. Azam memberikan isyarat ke kanan, sebelum keretanya meluncur ke satu tempat.
********
"Mana Yas ni? Kata pukul 5, ni dah lebih 30 minit, tak muncul-muncul lagi..." Rungut Hans seorang diri. Dia mengambil tempat di salah sebuah meja, sedikit jauh dari kedudukan pengunjung lain. Dia mengerling jam tangannya beberapa kali.
Yasmin melajukan langkahnya menuju ke taman itu. Dia terlewat beberapa minit kerana Iz meragam tidak mahu tidur. Dia terpaksa menidurkan anaknya dahulu sebelum bertolak dari rumah keluarganya.
Sempat berdoa dalam hati agar bekas suaminya itu tidak pulang lagi. Akhirnya, dia ternampak kelibat Hans di salah sebuah pondok di situ. Langsung terukir senyuman pada bibir Yasmin.
Belum sempat dia memanggil nama Hans, langkahnya malah terhenti. Senyuman manisnya turut langsung sirna saat menangkap kehadiran insan lain di situ.
Terus menitik air mata Yasmin. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang lalu menyembunyikan dirinya dari pandangan dua orang manusia yang kelihatan seakan sedang berbual tentang sesuatu.
Cuma, butir kata mereka kurang jelas kerana faktor jarak kedudukan yang agak jauh. Yasmin menekup mulutnya sambil menahan esakan yang semakin kuat, saat tubuh Hans dipeluk erat oleh insan tersebut.
Dia ajak aku ke sini, semata-mata untuk menyakitkan hati aku. Kenapalah aku ni lurus sangat sampai percayakan dia. Ya Allah, kuatkan hati aku. Lepasni, aku takkan harapkan apa-apa lagi daripada seorang lelaki bernama Hans Ilham. Hancur remuk jiwanya pada saat itu. Sebak di dada tidak mampu ditahannya lagi.
Tidak mampu melihat adegan yang menyakitkan hati itu lebih lama, Yasmin terus meninggalkan kawasan tersebut bersama linangan air matanya yang tidak putus mengalir dari pelupuk mata. Sampai hati kau Hans...sampai hati kau!
Adakah cinta kita bakal berakhir buat selamanya? Apakah sudah tiada rasa kasih terhadap aku yang masih menunggu dirimu ini? Sebegitu kejikah aku sehingga kau memilih untuk menduakan aku? Jika itu yang kau mahu...maka akan aku turuti. Biarlah aku berundur demi kebahagiaan kau bersama si dia. Selamat tinggal sayang.
jgn lupa komen ye ^^
Share this novel