6

Romance Completed 60794

Azam melihat dari jauh kelibat Yasmin yang sedang termenung sambil berpeluk tubuh di pantai. Dia yang sedang mengunyah makanan membiarkan sahaja wanita itu terpacak kaku bagai tunggul kayu di depan air laut. Biar aku isi perut ni dulu, baru ada tenaga sikit nak layan kerenah dia nanti. Entah apa yang sedang difikirkan oleh Yasmin, sehingga tidak terkutik langsung memandang air laut. Haih, cari spot nak buat bisnes cari gali minyak ke apa minah seketul ni?

Terlepas keluhan dari mulut Azam. Sempat lagi menggigit dan mengasing kulit udang daripada isinya. Sedap pulak makanan kat sini. Makanan laut kat sini pun segar dan manis-manis. Hati memuji kepakaran tukang masak di restoran tepi laut itu, yang bijak mempelbagaikan cara hidangannya.

Yasmin menghela nafas panjang sambil memerhati deruan ombak yang menyentuh lembut kulit kaki. Terasa tenang dan sedikit tenteram jiwa yang sudah serabut memikirkan pengakhirannya bersama Hans. Betul ke tindakan aku ni? Atau aku yang terlampau ikutkan perasaan? Patut ke aku mengalah untuk sekali ni je? Kusut, fikiran aku kusut! Hati kata lain, akal kata sebaliknya. Dua-dua tak seiring. Dua-dua taknak mengalah! Aku tersekat kat tengah-tengah. Ish...what should i do now?! Gumamnya keseorangan.

"Jauh termenung..." Mati terus lamunan Yasmin saat suara gemersik Azam menyentuh deria pendengaran. Lantas dia menoleh ke arah lelaki berkenaan sambil menyulam senyuman pahit. Raut wajah yang keruh cuba diriak biasa. Tidak mahu disoal macam-macam dengan Azam. Lelaki itu, pakar dalam mengorek rahsia orang.

"Mana ada termenung. Tengah layan view kat depan tu..." Dimuncungkan bibir menghala ke arah laut biru yang sedikit bergelora. Angin senja yang sepoi-sepoi menyapa mereka berdua ketika itu.

"Dahlah, jom balik. Hari dah nak larut malam. Tak elok berdiri kat sini lama-lama." Azam mula mengangkat kaki, beredar dari situ.

"Zam..." Azam menghentikan langkah dan menoleh ke arah Yasmin. Berkerut dahi menunggu ucapan seterusnya dari bibir wanita itu.

"Ermm?" Gumamnya. Mesti ada sesuatu yang dia nak cakapkan ni. Tebak Azam.

"Kau rasa, tindakan aku ni, betul ke?" Redup tatapan Yasmin saat menuturkan soalan itu.

"Kau rasa?" Azam memulangkan semula soalan itu kepada Yasmin. Dia tidak mahu Yasmin terlalu mendengar pendapat orang lain, dan menidakkan keinginan hati sendiri. Sedangkan dia lebih kenal sisi sebenar Hans yang orang luar sepertinya tidak tahu. Dia pernah duduk di bawah satu bumbung malah pernah berkongsi tempat tidur bersama Hans, jadi tidak mustahil jika Yasmin lebih peka dengan sikap suaminya sendiri lebih daripada orang lain.

"Aku binggunglah Zam. At first, aku yakin dengan keputusan ni. Tapi semakin hampir hari tu, keyakinan aku semakin terhakis macam pasir kat pantai ni. Memori dan kenangan lama, semasa aku bergelar isteri Hans, masih segar, masih melekat dalam ingatan aku ni. Aku dah cuba sehabis daya untuk lupakan dia. But i cant!" Menitik air matanya. Langsung dia memusingkan wajah ke arah bertentangan. Dia tidak mahu terlihat lemah di hadapan sesiapa, termasuklah Azam sendiri. Dia perlu kuat, lagi-lagi pada saat seperti ini.

"Hati kau berbolak balik macam ombak tu Yas. Kejap bergerak ke depan, kejap mundur balik ke belakang. Aku faham perasaan kau even aku sendiri tak pernah bercinta atau mendirikan rumah tangga lagi. In fact, mana-mana perempuan yang pernah hadap penceraian pun, mesti akan lalui perasaan yang sama macam kau. Kau nak bebaskan diri kau daripada cengkaman Hans, tapi pada masa yang sama, kau takut kehilangan dia. Kau takut nak tengok dia bahagia dengan perempuan lain. Kau takut, kau tak boleh move on daripada dia." Azam melabuhkan tubuhnya di atas sebuah bangku kayu bersebelahan sebatang pohon kelapa.

Yasmin membisu. Begitu juga dengan Azam. Masing-masing memilih untuk terus mengunci mulut sehingga tiba ke bilik sewa Yasmin. Sejurus Yasmin keluar dari kereta Azam, lelaki itu menghulurkan sesuatu kepadanya. Sebuah beg plastik yang berisi bekas polisterin.

"Take it. Nanti makan. Tadi elok-elok ajak aku pergi makan kat restoran tepi pantai, last-last aku yang melantak sorang-sorang. Kau buat pertunjukan peragaan tunggul untuk tatapan ikan-ikan dalam laut tu." Perlinya sambil memanjangkan huluran tangannya kepada Yasmin.

"Thanks. Esok aku call balik. Assalammualaikum." Dengan wajah mendatar, Yasmin masuk ke dalam rumah 2 tingkat tanpa menoleh ke arah Azam.

********

Hans
-Yas, kita jumpa please. Abang nak cakap sikit, for the last time. Sebelum kita...

Yasmin melemparkan telefon bimbitnya ke atas sofa sambil mengurut bahu yang terasa lenguh. Tadi, dia sempat melakukan senaman yoga setelah beberapa tahun tidak mengamalkannya.

Habis sakit satu badan kerana meregangkan otot tanpa aktiviti pemanasan badan. Terus pakai terjah je! Sengaja Yasmin mulakan semula kegiatan lamanya. Paling tepat, perkara-perkara yang pernah dia lakukan sebelum kehadiran Hans Ilham dalam hidupnya, Yasmin mulakan kembali.

Salah satu sebabnya, dia mahu sibukkan diri agar tidak sering teringatkan Hans. Sebab seterusnya pula, ialah kerana dia mahu kelihatan bahagia dan mampu teruskan hidup tanpa Hans di sisi.

Yasmin tidak mahu kelihatan lemah apatah lagi, terhegeh-hegeh mengejar cinta seorang Hans Ilham. Lelaki, lepas bercerai, cepat je cari penganti. So, its not gonna be a big deal for Hans to be happy again, with an another person.

********

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Yasmin menilik penampilan dirinya pada pantulan cermin di meja solek sambil menguntum senyuman palsu. Yes Yasmin, thats how you should look like later. Keep smiling in front of everyone especially, in front of him.

Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, hampir setiap inci wajahnya dilirik sehingga dia berpuas hati. Jangan ada sebarang cacat cela pada muka ini. Setelah benar-benar berpuas hati, dia mengoleskan gincu merah nudenya pada bibir sebagai pelengkap rupa. Terus 'hidup' dan berseri wajah kusam Yasmin setelah dicalitkan dengan gincu berkenaan. Takdelah nampak macam sedih sangat...

Sejak kebelakangan ini, dia tidak mampu tidur dengan lena. Lantaran itu, timbul pula noda hitam dan kedutan halus di bawah mata dan pada kulit dahinya. Lincah tangannya menutup garis-garis halus dan noda pada kulitnya, dengan foundation dan bedak asas.

Tudung bawal hitam dililitkan dengan kemas atas kepala. Good, lets do this Yas! Tanpa membuang lebih banyak masa, terus disarungkan beg tangan pada bahu lalu dia menapak keluar dari rumah sewanya dengan pantas.

"Kau okay tak Yas?" Soalan yang terpacul dari mulut Azam dibalas dengan anggukan bersama senyuman semanis madu. Biar lelaki itu tahu bahawa seorang Yasmin, kuat menempuh cabaran hidupnya. Tak semua perempuan mampu tersenyum pada hari penceraian mereka.

Kereta Myvi Azam berhenti betul-betul di hadapan perkarangan mahkamah Syariah. Dengan penuh yakin, Yasmin mengorak langkah ke hadapan dengan kasut tumit tinggi 3 incinya penuh gemalai.

Meliuk lentok tubuh ramping yang tersarung sehelai jubah hitam itu ke kiri dan ke kanan. Keletak keletuk yang terhasil daripada kasut tumit tinggi Yasmin memecahkan keheningan di dalam ruang mahkamah sehingga kesemua mata yang berada di situ mula berpandangan sesama sendiri dengan penuh tanda tanya terutamanya Hans.

Dia nampak happy. Seronok sangat ke dia sebab dapat bercerai dengan aku? Teruk sangat ke aku selama bergelar suami dia? Air mata mulai bertakung di sebalik tubir mata Hans. Sebak. Aku terlalu sayangkan kau Yasmin. Tapi, kenapa kita kena berakhir dengan penceraian? Apa takde jalan lain untuk selesaikan salah faham ini?

Kaca mata hitam dibetulkan kedudukannya dengan hujung jari. Dengan angkuh Yasmin melintas di hadapan Hans yang sudah melopong. Hans melirik sekilas ke arah Azam dengan kecewa. Sementara Azam mengangguk seakan ada sesuatu yang mereka sudah rancangkan tanpa pengetahuan Yasmin sendiri. Maafkan aku Yas, tapi aku tak sanggup tengok baby girl aku bercerai berai macam ni. Hans dah berjanji akan berubah demi kau dan 'dia'.

Setibanya hakim dan para peguam di dalam ruangan mahkamah, dada Yasmin yang tenang sejak tadi mula berombak kencang mengepam darah ke seluruh organ dalaman. Rasa gementar tersemat rapi dalam diri seorang Yasmin pada ketika ini.

Habis terbang semua rasa angkuh dan keyakinan yang baru ditonjolkan di hadapan penonton tidak berbayar. Dikerling ke arah Azam yang memberikan isyarat untuk bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Tarik nafas? Nak kentut pun rasa semput sekarang ni. Azam, aku rasa nak menangis! Tolong bawak aku keluar dari sini!Sekadar berbahasa dalam hati sahajalah jawabnya. Mana mungkin dia mampu melarikan diri pada saat ini. Nak taknak, kena hadap jugak.

"Sila ambil tempat masing-masing. Dan peguam bagi kedua pihak, sila mulakan." Ujar hakim sebelum menghenyakkan punggung di atas kerusinya. Dengan lemah Hans melangkah masuk ke dalam kandang di sebelah kiri dan diikuti pula dengan Yasmin di sebelah kanan. Masing-masing saling bertatapan seketika sebelum Yasmin mengalihkan pandangan. Keduanya tertunduk menekur lantai mahkamah.

Maka bermulalah proses soal jawab di antara dua belah pihak oleh peguam masing-masing. Proses penceraian mereka menjadi semakin rumit apabila Hans berkeras tidak mahu menceraikan Yasmin dan berterus terang bahawa dia masih belum menjatuhkan talak ke atas isterinya.

Manakala, Yasmin pula berterusan menolak cadangan hakim untuk menemui jawatankuasa pendamai. Mana mungkin dia bertembung lagi dengan Hans dan keluarganya. Suasana yang tegang itu membuatkan peguam upahan bagi pihak Hans terpaksa mengunakan kelicikan berlipat kali gandanya dalam menemukan titik noktah kepada situasi ini. Dia menghampiri Yasmin dengan pandangan menikam yang cukup mengerunkan. Naik turun tekak Yasmin menelan air liur. Aduh, dia lagi ke?

"Puan Yasmin Zaharah." Suasana kembali tegang. Pandangan Hans tertancap ke arah Yasmin dan peguam belanya. Ya Allah, semoga ada sinar untuk rumahtangga aku. Aku tak sanggup nak lepaskan dia. Tolong hambaMu ini Ya Allah...Aku merayu...

"Ya, saya." Rasa gugup cuba dikawal sebaik mungkin.

"Maaf saya mahu bertanya. Sebelum puan memfailkan penceraian kepada pihak mahkamah, dan sebelum puan datang ke mahkamah pada hari ini, ada puan buat pemeriksaan air kencing? Sama ada puan mengandung ataupun tidak?" Dilemparkan senyuman sinis ke arah Yasmin yang sudah mengetap rahangnya dengan geram.

Soalan apa yang kau tanya ni? Ada nampak aku ni macam perempuan mengandung?! Memang taklah jawabnya. Aku selalu telan pil perancang kot. Mustahil aku boleh hamil.

"Tak. Dan saya yakin yang saya...yang saya..." Ek, apasal ni? Entah mengapa pandangannya terasa berpinar seketika. Cepat-cepat Yasmin berpaut pada tiang di sebelah lalu terduduk di atas lantai akibat hilang imbangan. Air liur seakan melimpah-limpah di dalam rongga mulut. Semakin laju Yasmin menelan masuk, semakin loya anak tekaknya. Ya Allah, apa kena dengan aku ni? Salah makan ke?

"Puan Yasmin? Puan Yasmin? Are you okay?" Bahu Yasmin ditepuk beberapa kali oleh salah seorang peguam wanita di situ. Terasa kabur penglihatan Yasmin sehingga dia mula memisat-misat kelopak mata berulang kali. Suara-suara yang memanggil namanya tidak diendahkan. Apasal dengan aku ni? Takkan kena racun pulak?! Masih berteka teki.

"Puan Yasmin? Puan okay? Boleh kita teruskan proses ini?" Masih senyap. Hans yang cuba menghampiri Yasmin dihalang oleh beberapa orang pegawai mahkamah.

"Puan? Puan?!" Peguam bela Hans bercangkung di hadapan dan melirik wajah pucat tanpa darah milik Yasmin. Azam meleraikan genggaman beberapa orang pegawai yang cuba menghalang dirinya daripada mendekati Yasmin. Orang tengah nazak, ada ke patut dia tahan aku?! Grrr...

Wueck! Baru nak tekup mulut dan sekali lagi...Wueck! Wueck!

"Maaf. Saya tak sengaja." Malunya...Boleh pulak aku termuntah atas badan dia.

"Takpe Puan." Sapu tangan yang tersimpan di dalam poket seluar dikeluarkan dan dilap sisa-sisa makanan basah dan lendir yang menempel pada suit serta kemejanya. Bau? Perghh! Tak usah ditanya.

Botol air mineral dihulurkan oleh Azam kepada Yasmin untuk berkumur dan minum. "Yas, kau okay ke ni?" Yasmin membalas dengan anggukan sambil meneguk air di dalam botol tersebut.

"Pegawai kesihatan mana? Tolong periksa keadaan Puan Yasmin." Beberapa pegawai yang berpakaian seragam putih menghampiri kedudukan Yasmin dan Azam. Stetoskop disarungkan pada telinga dan dibawa ke dada Yasmin. Diperiksa pula suhu dan denyutan nadinya.

"Macam mana? Is she okay? Kalau tak, kita tangguhkan ke hari lain." Ujar hakim. Hans masih gelisah memerhatikan keadaan Yasmin yang nampak lemah.

"Puan Yasmin hamil." Balas salah seorang daripada pegawai kesihatan itu. Ternganga mulut-mulut yang berada di situ termasuk hakim sendiri. Benar-benar ajaib ini!

Hans terduduk di atas lantai mahkamah sambil mengucapkan syukur kepada Maha Esa kerana sudah menunjukkan satu keajaiban yang cukup luar biasa. Terima kasih Ya Allah. Mengalir terus air mata jantan. Terharu sangat...

"Ha...hamil? Cik pasti ke? Tapi macam mana? Eh, tak mungkin...tak mungkin. Tak mungkin saya boleh hamil. Cik salah cek ni." Yasmin mula menggeleng kepala tidak percaya. Masih tak mampu menerima kenyataan yang barusan dihebohkan oleh pegawai itu.

Pegawai wanita tersebut tersenyum tipis lalu mengangguk pasti. "Saya pasti Puan. Puan mengandung. Tahniah." Tah...tahniah?! Ya Allah, dugaan apa ni? Macam mana aku boleh mengandung?! So, thats mean...Dia mengalihkan pandangan ke arah hakim.

"Maka dengan itu, pemfailan penceraian yang dilakukan oleh Puan Yasmin Zahirah, dibatalkan serta merta, sehingga beliau melahirkan. Terima kasih." Menggigil seluruh badan Yasmin. Dia melihat Hans yang menghampirinya bersama genangan air mata. Tak guna kau Hans! Tak guna!

"No...tak mungkin! Tak mungkin........!" Raungan nyaring Yasmin Zahirah Mohammad Harun yang mengerikan itu bergema di dalam dan luar sudut mahkamah sehingga beberapa pegawai terpaksa menenangkannya. Dengan kaki yang melunjur ke lantai dan tangan yang mencengkam kuat kepala, dah serupa kanak-kanak bertantrum gayanya.

"Its okay, let me handle her." Tanpa meminta izin daripada tuan badan, tubuh Yasmin terus dicempung oleh Hans lalu dibawa keluar dari ruang mahkamah, diikuti pula dengan Azam yang sudah serupa tukang gaji tidak berbayar, terpaksa menjinjit keluar beg tangan Yasmin dan botol minumannya. Haih, apalah nasib.

"Lepaskan aku Hans Ilham! Lepaskan aku!" Rontaan kuat disusuli dengan jeritan yang boleh memecahkan gegendang telinga, langsung tidak memberikan kesan kepada Hans mahupun Azam. Dah lali nyah. Azam dengan wajah selamba badaknya membukakan pintu kereta untuk Hans.

"Azam...tolong aku Zam...kau sayang aku kan? Aku taknak ikut dia...aku taknak..." Mendayu-dayu suara meraih simpati daripada si kawan. Hmm, dah mula dah...Rungut Azam sambil memutarkan bola mata.

"Yas, itu suami kau. Kau nak aku kena saman ke, sebab menganggu isteri orang? Dah balik. Nanti aku call." Bap! Tanpa menunggu maklum balas daripada Yasmin, Azam terus menutup pintu kereta Hans dan melambaikan tangan kepada mereka berdua lalu melangkah ke arah keretanya dengan wajah mendatar. Tahulah dia, apa yang bakal si Yasmin itu lakukan di rumah nanti. Semoga kekal tabah Hans...semoga kekal tabah!

new chapter...fuhhh...buat pertama kalinya dlm sejarah, Cass berjaya karang hmpir 2000+ patah perkataan utk satu chap..selalunya 1.5k je..hehhehe...oh yer..Cass nak disclaim awal2 ye..scene kat mahkamah tu hanya imaginasi Cass sahaja..kalau ikutkan dlm dunia sebenar, proses dan cara peguam handle kes, lain ye. sgt2 berbeza. Sebab Cass nak jalan cerita tu nampak tak padat or berjela2 so Cass terpaksa reka undang2 sendiri..hehehe..maaf ye semua. Happy reading dan selamat berpuasa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience