Hiruk-piruk suasana di rumah Azam pada petang itu walaupun, yang mendiaminya hanyalah tiga orang sahaja.
Suara yang jelas kedengaran sehingga ke muka pintu tidak lain tidak bukan milik Azam sendiri. Tidak betah dalam berleter serta membebel kepada seseorang.
Tersengih Hans dan Yasmin saat cuping telinga mereka disapa dengan suara tangisan bayi. Iz Hayath yang sedang digendong oleh Hans dikerling Yasmin sekilas.
Anak kecil mereka sedang lena dalam dakapan bapanya. Seusai menanggalkan kasut dan sandal masing-masing, Yasmin dan Hans memberi salam, sebelum disambut dari dalam oleh Azam, yang sedang mengendong anak kecilnya. Bahu kanak-kanak perempuan itu ditepuk lembut.
"Hah, masuklah. Tercegat lagi kat sana buat apa? Nak aku bentangkan karpet merah ke?" Sejak bergelar bapa, boleh tahan pedas sindiran Si Azam.
Orang yang tidak kenal, pasti akan terasa hati, namun tidak bagi Hans dan Yasmin. Mereka sudah cukup lali dengan sikap dan perangai Azam yang kadang kala menjengkelkan dan menyakitkan hati.
"Masuklah ni! Tak habis-habis membebel." Sahut Yasmin pula. Beberapa bekas plastik berisi barangan dapur terus diletakkan di atas meja makan. Kemudian, dia terus meninggalkan kedua lelaki itu di ruang tamu, lalu menyertai Tiara di dapur.
"Masak apa tu?" Bersinar wajah saat melihat kehadiran insan yang ditunggu-tunggu. Adalah juga teman memasaknya nanti. Mahu harapkan Azam, sampai ke sudahlah dia tidak masak nanti.
"Bila akak sampai?" Soalnya dengan teruja. Lauk di kuali masih dikacau supaya tidak berketul. Kalau berketul, pasti akan dileteri oleh si suami nanti. Aduhai, macam-macam ragam.
"Baru je ni. Tak sampai 2 minit pun. Ara tengah masak apa? Dalam kuali ada kuah je, ni nak masuk ayam ke atau ikan?" Sambil menunjuk ke arah dua buah pinggan yang berisi ikan dan ayam mentah di sebelah singki.
"Ikan. Hari ini, Abang Azam requested nak gulai ikan katanya. Ayam tu, Ara ingat nak goreng aje." Sambung Tiara sebelum memasukkan beberapa ketulan potongan ikan merah ke dalam kuali lalu mengaulnya dengan perlahan.
"Oh, Azam request..." Tarik Yasmin sambil tersenyum sinis.
"Iya akak. Tiara sendiri tak tahu, siapa yang tengah pregnant sekarang ni." Omelnya sambil menyapukan tepung pada paha ayam supaya lebih sekata. Lincah sekali dia beraksi di dapur. Dulu, nak pegang senduk pun tidak pandai. Kekok dan janggal. Berkat kahwin dengan Azam, akhirnya, Tiara sudah boleh memasak dengan jayanya.
"Lambat lagi ke masak tu yang..." Hampir melatah dua wanita berkenaan tika suara Azam menyergah secara tiba-tiba dari belakang. Dengan pantas Yasmin mengurut dadanya yang sedang berombak kencang. Sempat dia menjeling sebal ke arah lelaki itu. Ei, sabar jelah.
"Ish, abang ni! Terkejut orang tau. Lambat lagi nak siap, isi ikan tu kena masak sempurna, ayam ni pun belum goreng lagi. Abang apa tahu...tahu makan je." Perli Tiara kepada Azam yang sudah mencebik bibir.
"Eleh...Kalau abang ni takde morning sickness, dah lama abang beraksi di dapur ni tau." Bidasnya semula. Yasmin hanya menggeleng kepala melihat gelagat mereka berdua. Sama-sama keras kepala. Sering beradu mulut. Cuma, masing-masing bijak menguruskan rumah tangga. Bukan seperti dia dan Hans dulu. Asal bergaduh aje, minta putus, lari rumah.
"Beraksi apa kat dapur Zam?" Hans Ilham muncul sambil menayangkan senyuman nakalnya. Habis merona kedua belah pipi pasangan dua sejoli itu apabila disoal sebegitu. Macam tahu-tahu je, favourite spot aku kat mana. Gumam Azam sambil melarikan wajahnya. Tak kuasa nak tatap muka minta penyepak si Hans tu lama-lama. Sementara Yasmin pula sudah menghamburkan tawanya sambil melihat wajah Azam dan Tiara yang sudah merah itu silih ganti.
"Siap nanti, panggil." Pesan dititip sebelum dia mengundurkan diri ke ruang tamu. Terpaksa berundur sebenarnya. Semua gara-gara kehadiran Hans Ilham. Ada saja modal mengenakan dirinya setiap kali bertandang ke rumah.
"Natrah!!!" Suara pekikan itu langsung bergema sehingga mengejutkan kesemua penghuni yang berada di dalam rumah sebelum masing-masing menghampiri Azam dengan panik.
"Kenapa ni bang?" Soal Tiara dengan cuak.
"Ya Allah, Natrah, apa yang kau buat ni? Bangun sekarang! Keluarkan jari kamu dari mulut!" Kanak-kanak berusia setahun itu terkebil-kebil memandang kedua ibu dan bapanya. Selang beberapa saat, wajah comel itu mula berubah merah sebelum dia melepaskan tangisan di situ akibat dimarahi Azam.
"Janganlah marah dia Zam...Budak-budak lagi tu." Hans terus mengusap lembut belakang Natrah sambil memujuk. Tiara pula tidak berani membuka mulut. Azam sememangnya tegas dalam hal-hal melibatkan anak. Terutamanya, aspek kesihatan dan kebersihan.
"Jangan nangis ye Rara sayang...Jap aunty ambilkan coklat." Namun, langkah Yasmin langsung terhenti saat Tiara menahan dirinya.
"Jangan dulu kak." Bisiknya dengan perlahan. Bimbang akan didengari oleh Azam.
"Kenapa buat kerja-kerja kotor macam ni Natrah Amira? Siapa yang ajar? Kenapa kamu masukkan najis kamu sendiri ke dalam mulut? Berapa kali papa pesan, jangan makan tahi! Kenapa degil sangat? Tu...siapa yang kena bersihkan all the messes that you just did on floor?" Jeda. Tiada yang berani bersuara. Hans masih memujuk si kecil itu.
"I think, i should punish you Natrah." Ujar Azam lagi secara mendatar. Hukuman yang akan dikenakan, tidaklah seberat mana. Dia akan diberikan sehelai kain, serta perlu lap segala kotoran yang melekat pada lantai di sampingnya itu.
Azam tahu bahawa kanak-kanak kecil seusia Natrah, tidak mungkin akan pandai dalam membersihkan kotoran-kotoran itu. Namun, dia mahu mendidik anaknya, supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali di masa depan.
"Let her know, how tired it is to clear of all her messes. Give her a cloth." Arah Azam kepada Tiara. Tiara mengangguk lemah sebelum muncul semula bersama sehelai sapu tangan. Sapu tangan yang sudah basah itu lalu diberikan kepada Natrah. Kanak-kanak itu kelihatan terpinga-pinga saat menyambut kain itu dari tangan Tiara.
"Zam, perlu ke semua ni? Dia kecil lagi kot..." Hans tidak setuju dengan hukuman tersebut. Rasanya, kanak-kanak seusia Natrah, memang kebiasaan mereka melakukan kesalahan-kesalahan kecil seperti ini.
"Hah, tulah korang. Dari kecil nilah aku boleh didik dia. Orang kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau aku asyik bertepuk tangan, huha huha tengok benda-benda ni semua, kau rasa anak aku boleh bezakan ke, yang mana satu baik dan yang mana satu buruk? Aku tak berkasar dengan dia, aku tak menjerit atau menengking dia, memukul apatah lagi. Jadi ini adalah cara hukuman terbaik supaya dia sedar, ada kesalahan yang dia tak sepatutnya lakukan. Esok lusa masuk preschool, takdelah cikgu-cikgu dia complain. Cakap anak aku ni tak pandai basuh beraklah, tak reti lap mulut sendiri, itu ini. We should start earlier Hans. Kalau dah besar sangat nanti, they won't listen to us. Hormat, lagilah..." Hans dan Yasmin mendengar dengan teliti kata-kata Azam. Ada benarnya juga semua yang dinyatakan oleh lelaki berkenaan. Hans lantas menoleh ke arah Iz yang sedang tertidur pulas di dalam baby cot milik Natrah. Anak terunanya itu, kurang meragam. Seorang yang pendiam dan rajin membantu apa yang patut. Nasib sahaja, Iz sejenis yang tidak suka merengek berlebihan atau nakal.
"Tapi, tak rasa ke, dengan perbuatan ni, Natrah akan start bencikan kau?" Yasmin bertanya. Bimbang juga, kanak-kanak sekarang, cepat kecil hati dengan segala butir kata yang dilontarkan oleh ibu bapa mereka. Boleh jadi juga, mereka bertambah benci terhadap orang tua sendiri, setelah dewasa kelak.
Azam menggeleng sambil tersenyum tipis. "Nope. She will understand it soon. Semakin dia dewasa, dia akan terdedah kepada banyak benda. And from there, she will know that, I was just trying to educate her, not to punish her actually. Lain pula jadinya, kalau aku tengking, jerit atau pukul dia. Itu adalah cara yang tidak betul dalam mendidik anak. They will feel afraid to approach to us, whenever they need help. Lagipun, she is a girl. Aku taknak dia salah jalan nanti. Aku manjakan dia, tapi ada hal yang aku jadi tegas." Sambungnya lagi.
"Dahlah, Natrah dah bersihkan sikit. Ara pergi mandikan dia kejap. Abang tolong bersihkan saki baki tu boleh? Pakai pencuci lantai tau..." Tubuh anak kecil itu didukung sebelum dibawa ke arah bilik air untuk dibersihkan.
Tanpa banyak soal, Azam terus mengambil kain lap yang baru, lalu celupkannya ke dalam baldi yang berisi air sabun. Lantai yang kotor itu dilap sehingga bersih. Kemudian, penyegar udara disemburkan di ruangan tersebut bagi menyingkirkan bau yang tidak enak.
"Pandai dah Tiara masak sekarang ni. Dah boleh bukak kedai." Puji Yasmin sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Tiara tersipu malu sambil memandang ke arah suaminya.
"Eloklah dia belajar masak dengan aku dulu. Dalam keadaan aku yang asyik muntah je ni, adalah jugak orang yang boleh masakkan untuk aku." Balas Azam pula.
Suasana menjadi sepi kembali memandangkan masing-masing sedang menikmati makanan.
"Oh ye, korang. Nanti aku ingat nak pinangkan Natrah ni untuk Iz. Apa macam?" Hampir tersembur makanan dalam mulut Yasmin. Jadi besan si Azam? Oh no! Langsung dia melontarkan pandangan ke arah wajah Hans Ilham yang kelihatan tenang.
"Boleh aje. Tapi make sure, anak kau tu pandai masaklah. Nanti kesian anak aku kebulur." Jawab Hans. Yasmin terlopong mendengarnya. Begitu juga dengan Tiara. Seriuslah diaorang dua ni...
"Anak aku, of courselah pakej lengkap. Anak kau tu, make sure educated, tahu selok belok agama, pandai menguruskan rumah tangga. Paling penting, kerja mesti mau ngam punya..." Lantas Hans mengangguk.
"Deal!" Hans menyahut.
"Eh, apa ni? Korang ni, kalau nak main-main pun, agak-agaklah. Karang terjadi betul, baru tahu." Bebel Tiara dengan geram.
"Mana ada kitaorang main-main. We are serious. Apa salahnya Natrah ni kahwin dengan Iz. Handsome apa budak tu..." Lama Tiara menatap wajah Yasmin antara percaya dan tidak percaya.
"Kau biar betul Zam...Kau lupa ke? Genetik kita semua ni macam mana? Semua sewel belaka. Kau nak ke anak-anak kita melahirkan waris yang sama sewel macam kita semua ni?" Yasmin mengetap bibirnya. Risau mengenangkan masa hadapan anak-anak mereka setelah dinikahkan nanti. Aduh, gawat nanti!
"Apa lagi, memang gila-gila lah diaorang tu nanti! Macam kita semua dulu." Memang dasar muka tembok betul. Hans Ilham dan Azam tertawa sambil berlaga bahu tanpa menghiraukan jelingan daripada Tiara dan Yasmin.
maaf lambat
Share this novel