26

Romance Completed 60794

"Err, hello Arsyad. Arsyad sihat? Boleh abang jumpa Arsyad petang ni?" Tanpa melengahkan masa, Hans terus menyampaikan kehendaknya kepada adik bongsu Alisa, Arsyad Hilmi. Setiap kali Alisa merajuk terhadapnya, pasti Arsyad akan digunakan sebagai orang tengah untuk menenangkan Alisa.

"Hello bang...Arsyad macam biasa. Boleh...boleh. Abang datang ambik ke nanti?" Soalnya sambil memerhati sekeliling. Kini, dia sedang menggunakan telefon rumah yang terletak di ruang tamu.

Dan, dia sepertinya boleh mengagak, tujuan Hans mahu berjumpa. Mesti nak tahu pasal kakak...Arsyad mengeluh. Kasihan ke atas nasib yang menimpa Hans.

Lelaki itu, terlalu menyayangi kakaknya, Alisa. Bahkan seluruh ahli keluarga mereka juga dilayan baik oleh Hans. Ikutkan, Hans jauh lebih kaya berbanding keluarga mereka. Sejak 2 tahun yang lalu, kos pembiayaan pelajaran kakaknya, ditanggung sepenuhnya oleh keluarga Hans.

"Petang nanti abang ambik Arsyad." Panggilan mereka tamat di situ. Hans menilik wajahnya yang semakin kusam dan cengkung itu pada pantulan cermin muka.

Otak ligat mengerah akal bagi menyelesaikan sengketa antaranya dan Alisa. Ini, adalah langkah terakhir yang bakal dilakukan oleh Hans. Kali ini, mampukah dia menambat hati bekas teman wanitanya semula dengan bantuan Arsyad seperti sebelum-sebelum ini? Lantas Hans mengeluh kasar. Tertekan dengan akal dan hati yang tidak sehaluan. Satu cakap jangan, satu cakap buat.

"Minumlah..." Setelah lama menyepi, Hans menyapa Arsyad yang kelihatan sedikit terpinga-pinga dan senyap di hadapannya.

Gelas kaca yang berisi air oren itu ditolak lembut ke arah pemuda yang sedang tersenyum tipis padanya. Arsyad lantas mengangguk sebelum ulas bibirnya menyentuh hujung penyedut minuman. Air sejuk itu langsung tidak membantu mengurangkan kebahangan yang semakin membara dalam hati Arsyad.

Jus oren dihirup sedikit demi sedikit bagi menghilangkan kegugupan. Berhadapan dengan Hans pada kali ini, benar-benar membuatkan Arsyad berasa tidak selesa. Dia langsung tidak mengangkat wajahnya mahupun menatap wajah beku Hans.

"Mak apa khabar?" Hans sekadar berbasa basi. Bukan itu yang mahu disoalkan sebenarnya. Namun, rasanya tidak elok pula jika dia terus bertanya tentang Alisa. Tujuan utama dia mengajak Arsyad bertemu, ialah untuk mengetahui mengenai Alisa dan meminta pertolongannya untuk memujuk wanita berhati batu itu.

"Baik." Jawabnya sepatah. Ikutkan hati, Arsyad tidak mahu bertentang mata dengan Hans. Tapi, rasa tidak beradab pula, sekiranya berbual sambil memandang ke arah lain. Lagipun, Hans jauh lebih tua daripada dirinya.

"Kak Lisa?" Arsyad hampir tersedak dengan soalan itu. Hilang terus kotak suaranya. Dia merenung tepat ke arah anak mata Hans.

"Baik jugak." Jawabnya lagi lalu melarikan pandangan.

"Kak Lisa ada cakap apa-apa pasal abang?" Hans masih tekun menanya mengenai wanita itu. Sehabis daya, cuba memecahkan keheningan antara mereka berdua. Jarang Arsyad melancarkan perang dingin terhadap Hans. Setahunya, Arsyad sejenis yang suka bercakap.

"Abang...Arsyad nak cakap something ni. Tapi abang jangan marah tau..." Arsyad menelan air liurnya. Risau memikirkan penerimaan Hans dengan apa yang bakal disampaikannya sebentar lagi.

"Apa dia?" Hans mendongak melihat wajah pucat Arsyad. Dia juga sedang menahan keresahan sejak tadi. Melihat raut Arsyad yang seolah-olah sedang menahan geram, Hans menjadi tidak senang duduk.

"Arsyad nak abang jauhkan diri daripada Kak Alisa. Dia tak layak untuk abang." Hans terkedu. Laju anak matanya beralih menatap gelas minumannya. Lama dia merenung gelas kaca itu. Selang beberapa minit, dia menatap semula wajah Arsyad yang masih tegang seperti tadi.

"Maksud Arsyad? Abang terlalu jahat ke untuk Kak Lisa?" Air muka Hans mula berubah. Jadi, Arsyad juga tidak menyukainya lagi.

"Kak Alisa yang tak bagus dan tak sesuai untuk abang. Arsyad rasa, abang layak dapat seseorang yang betul-betul boleh sayang dan tahu hargai abang. Dan orang tu, bukan Kak Lisa!" Tegas Arsyad dengan nada yang sedikit tinggi.

Jeda. Hans menarik nafas lalu menghelanya perlahan. Jiwanya berkecamuk dengan pelbagai rasa pada saat ini. Rasa marah, benci, sedih, kecewa, teraniaya, semua menjadi satu.

"Arsyad kenal abang selama 2 tahun. Tapi Arsyad tahu, sebesar mana pertolongan abang pada keluarga kami. Ikutkan, Kak Lisa tu tak layak dah duduk kat sana. Dia tak mampu nak bayar yuran pengajian dia. Tapi, abang yang tolong bayarkan. Semua perbelanjaan dia, abang yang uruskan. Even, untuk mak pun, abang ada bagi duit setiap bulan." Terang Arsyad dengan lemah. Ada getaran pada suaranya. Keluarga mereka banyak terhutang budi dengan Hans Ilham.

"Arsyad...abang buat semua tu sebab abang ikhlas. Abang nak Kak Lisa berjaya. Sama-sama bergelar doktor. Capai cita-cita keluarga kami. Abang tak berkira pun." Jelas Hans. Ya, selama ini, dia tidak pernah berkira terhadap Alisa mahupun keluarganya. Apa sahaja permintaan Alisa, pasti akan ditunaikan. Dia terlalu menyayangi wanita itu. Sehinggakan, dia sanggup menerima Alisa seadanya walaupun selepas tahu mengenai masa lalunya.

"Tolong bang. Tolong tinggalkan Kak Lisa. Cari orang lain!" Arsyad memaksa. Alisa tidak layak menjadi pendamping lelaki sebaik Hans.

"Arsyad..." Hans mati kata. Dia terdiam.

"Sejak balik dari Indonesia, akak dah banyak berubah. Kelakuan dia pun, dah lain. Bukan macam dulu. Keluar malam-malam, naik kereta dengan lelaki entah siapa. Balik tengah pagi. Mak langsung tak ambik kisah. Bila Arsyad siasat, rupanya lelaki tu, Abang Widad." Hans tersentak apabila nama Widad disebut dalam perbualan mereka. Bergerak-gerak tulang rahangnya tika itu.

"Alisa dan lama kenal dengan Widad?"

"Lama. Lama sangat...Masa tu dia form 2, Widad pulak, baru habis SPM. Selalu dia bawak keluar kakak malam-malam. Lepastu, ada satu hari, mak marah sangat dekat kakak. Arsyad tak berapa faham masa tu, sebab Arsyad baru 9 tahun." Sejurus selepas mengatakannya, kepala Arsyad tertunduk. Dia mengetap kuat giginya.

"Err...mak marah apa kat kakak?" Hans menjadi penasaran dan tertanya-tanya.

"Mak bising pasal akak mengandung. Lepastu, mak paksa Kak Alisa, bawak Widad jumpa dia. Tapi Kak Lisa taknak. Widad pun, lama menyepi lepas tu. Masing-masing senyap bawak haluan sendiri." Jatuh air mata Arsyad. Segera dia menyeka titisan-titisan itu dengan hujung jarinya. Dia malu dengan perbuatan Alisa.

"Alisa masih cintakan Widad?"

"Arsyad tak pasti. Tapi, dia nampak macam tak terkesan langsung lepas berpisah dengan abang." Jawabnya dengan lemah. Hans tertunduk sayu sambil menahan kekecewaan. Jadi, sampai di situ sahajalah kisah cintanya?

"Abang...buang kenangan Kak Lisa dan carilah kebahagiaan lain. You deserves someone better."

********

"Alisa?! Alisa tunggu!" Bagasi beroda itu ditarik laju sambil kakinya menghayun jejak dengan pantas mengejar langkah gerangan yang semakin jauh ke hadapan.

Sekali pun tidak berpaling ke belakang bagi melihat susuk yang sedang memanggil namanya berulang kali. Kecil dunia ini rupanya. Ingatkan mahu jauhkan diri daripada lelaki itu, malah boleh pula terserempak di sini. Kebetulan sangat...Atau, dia sememangnya sudah tahu perkara ini dari awal?

"Nak apa lagi Hans?" Alisa lantas menghentikan langkah saat lengannya disambar oleh Hans. Langsung tidak menoleh apatah lagi memandang wajah Hans. Sebaliknya, dilepaskan keluhan berat seolah-olah kehadiran Hans di situ benar-benar tidak dialukan. Terpamer riak tidak senang pada wajah Alisa.

"You pun naik flight kejap lagi ke?" Hans menyoal sambil tersenyum hambar. Mungkin tuhan sengaja memberikan peluang supaya mereka bertemu. Mana tahu, masih ada harapan buat Hans untuk mendapatkan kembali cinta Alisa. Hans mula pasang angan-angan yang dia sendiri tidak pasti sama ada akan termakbul ataupun tidak. Tapi, tak salah mencuba bukan?

"Yes, so what?" Kasar sekali bahasanya. Hans terdiam. Genggaman pada lengan Alisa dilurutkan dengan hati yang berat.

"Jom naik sama-sama." Hans masih tidak berputus asa. Biarlah kena maki sekalipun, janji lepas ini dia tidak kehilangan Alisa buat selamanya.

"Hans, i tak tahu nak terangkan macam mana lagi dekat you. I taknak ada apa-apa hubungan or even berada hampir dengan you. Faham?" Hans terpana. Langsung tertunduk kepalanya menahan kesayuan dan rasa malu apabila menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh orang-orang yang sedang lalu lalang berhampiran kedudukan mereka berdua. Pasti mereka terdengar kata-kata Alisa sebentar tadi. Hans menebak.

"But why Lisa?" Bergetar suara Hans sebagaimana gugupnya dia pada saat itu. Perwatakan wanita itu benar-benar memeranjatkannya. Alisa seorang yang sopan dalam budi bicaranya dan jarang sekali meninggikan suara mahupun bercakap kasar dengan orang lain.

"I rasa, i dah buat satu kesalahan paling besar dalam hidup i. Which was, accepting you as my boyfriend." Dada Hans mula berombak. Hatinya terasa seolah ditikam bertubi-tubi dengan omongan Alisa. Mengapa kasar sekali bahasanya?

"Lisa..." Air mata yang hampir jatuh itu ditahan sehabis upaya. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan wanita berhati batu itu. Begitu cepat hatinya berubah dan cintanya beralih arah. Hans tersenyum sinis.

Jadi, inikah pengakhiran kepada kisah cinta pertama aku? Diakhiri dengan kegagalan, penganiayaan dan kekecewaan? Adakah perempuan zaman ini, sudah tidak tahu cara menghargai pasangan yang terlalu menyayangi mereka?

"Baru i sedar, yang i tak cintakan you. Its just an attraction. Bukan rasa cinta yang sebenar. I hanya cintakan Widad." Hans masih senyap sambil merenung dalam anak mata Alisa.

"Kalau itu yang you mahu...i hormat permintaan you. I wont disturb you again." Tanpa menunggu balasan daripada Alisa, Hans terus menarik bagasinya menuju ke balai perlepasan.

Hatinya hancur remuk. Setiap langkah yang dijejakkan ke tanah, diiringi sekali bersama linangan air mata. Betapa sakit rasanya, dibuang begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh. Selepas ini, mampukah dia mencintai mana-mana perempuan sepenuh hatinya?

Maafkan i Hans. I terpaksa. I malu dengan diri i. Orang macam i, tak layak untuk mendampingi you. Mungkin sekarang you boleh terima i, boleh maafkan kesilapan lalu i, tapi, lepas kahwin, macam mana kalau you ungkit kisah lama itu balik?

*********

Hampir sebulan Hans menahan rasa. Setiap hari dia diganggu dengan kenangan lamanya bersama Alisa. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ingatan mengenai Alisa akan menghantui ketenangannya. Semua itu terasa begitu menyeksakan buat Hans. Dan setiap kali memandang wajah Alisa yang mampu tersenyum gembira makin menaikkan kemarahan Hans terhadap wanita itu.

"Abah...tolong Hans abah...Hans taknak duduk sini dah. Hans...Hans tak boleh." Tengah malam itu, Hans memutuskan untuk menghubungi Khalid. Jiwanya sengsara berada di sini. Setiap kali bertembung dengan Alisa, pasti luka itu akan berdarah semula. Teresak seketika sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Hans...Hans takut Hans hilang kawalan. Hans risau Hans akan cederakan Alisa. Hans tak boleh tengok muka dia lagi dah abah. Dia boleh hidup bahagia sedangkan Hans, terseksa setiap hari. Hans mula benci dekat dia. Tolong Hans abah...Hans dah tak boleh..." Tersedu sedan sambil menenangkan dirinya. Dia masih berada di luar asrama.

"Hans...dengar cakap abah. Hans pergi sana untuk apa masa mula-mula dulu?" Soal Khalid dengan lembut.

"Belajar..."

"Hans, ada cita-cita kan? Hans nak jadi doktor...lagipun, tinggal satu semester je lagi sebelum Hans graduate. Satu semester tak panjang mana pun Hans...Kalau Hans berputus asa sekarang, macam mana dengan cita-cita Hans?" Hans membisu.

"Tapi abah, Hans tak kuat. Hans betul-betul tak kuat...Hans rasa nak seksa Alisa sama macam dia buat kat Hans. Hans takut abah...Hans takut Hans buat sesuatu kat dia..." Semakin kuat tangisannya. Khalid menjadi buntu.

"Okay, nanti abah uruskan. Hans bersiap-siap dulu." Khalid juga terpaksa akur. Dia juga bimbang dengan keadaan anaknya. Bagaimana jika Hans melakukan sesuatu di luar jangkaannya saat dia hilang kawalan? Tidak apa, rezeki tuhan itu ada di mana-mana.

Pagi itu, seusai menyerahkan surat berhenti belajar kepada dekan dan pengetua universiti, Hans bertolak ke lapangan. Sebelum itu, sempat dia menitipkan pesan kepada rakan-rakannya. Hati terasa berat mahu meninggalkan mereka semua...namun, demi ketenangan jiwa, dia terpaksa.

Selepas beberapa minggu, Hans mendaftar sebagai pelajar di salah sebuah universiti tempatan dan memutuskan untuk mengambil kursus teknologi maklumat.

Mungkin, sudah tertulis rezekinya di sini. Dengan hati yang lapang, Hans mengorak langkah, demi kehidupan barunya. Dia juga lebih tenang berada di samping keluarga. Kini, dia perlu bangkit demi mempertahankan masa depannya yang hampir kelam sebelum ini.

maaf lamberttt...huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience