17

Romance Completed 60794

Bunyi daripada roda tempat duduk yang berlaga dengan landasan yang panjang dan berjela itu semakin mendebarkan jantung seorang Azam, yang sejak tadi berlagak tenang.

Sebaik sahaja punggung dihenyakkan di atas kusyen, habis berterabur segala keberanian dan kegagahan palsu yang barusan dipamerkan olehnya kepada semua orang di situ.

Dan sekarang, jelas terpancar senyuman pahit yang menghiasi di antara dua ulas bibir pucatnya. Kulit muka pula hampir kebiruan, seakan aliran darah tersekat di kerongkongan sahaja gayanya.

Atas arahan daripada pegawai keselamatan yang menguruskan roller coaster tersebut, palang keselamatan yang bertindak sebagai tali pinggang keledar itu diturunkan perlahan-lahan oleh Azam.

Menggigil tulang temulangnya ketika ini. Dalam kekalutan, sempat juga dia melirik sekilas ke arah gerangan di sebelahnya. Nampak cukup teruja dan gembira kerana dapat merasai pengalaman naik roller coaster.

Terus tercebik bibir Azam dengan seri wajah Tiara yang terserlah dengan sengihan bangganya kerana berjaya memaksa seorang makhluk sedegil Azam untuk naik bersama di atas roller coaster tersebut.

Dek kerana terlalu was-was, Azam hampir tidak memijakkan kedua belah tapak kakinya ke atas lantai. Bimbang jika terlanggar pada besi landasan sewaktu roller coaster itu mula bertolak ke atas puncak.

Dapat dirasakan, segala makanan yang dijamah olehnya sebelum menerima pelawaan Yasmin untuk ke Funfair ini, masih tidak hadam. Rasa gementar, tok sah cakaplah, macam-macam hal yang bermain dalam fikiran lelaki itu, lagi-lagi kerana kehadiran seorang gadis di sebelahnya. Jangan termuntah sudahlah, tercemar maruah diri aku nanti. Mana nak letak muka oii.

Mahu tidak mahu, selaku seorang lelaki yang jauh lebih tua berbanding Tiara, dia perlu sentiasa control macho. Jika tidak, boleh rosak sahamnya nanti. Mulalah digembar gemburkan di segenap alam oleh teman baiknya yang sedang terkekek bersama suami tercinta di hadapannya.

Azam menjeling sebal ke arah Yasmin yang sedang menekup mulutnya lalu menghamburkan tawa senyap-senyap seolah-olah menyindir dirinya.

Yasmin sedia tahu tentang fobia Azam yang takut tempat tinggi. Ditambah pula dengan bunyi-bunyian kuat yang bakal terhasil sewaktu roda besi bergerak di atas landasan yang tidak selari dan berliku itu nanti, semakin meresahkan lelaki itu.

Azam terpana buat kesekian kalinya. Kini pandangannya pula berasa berpinar dan kabur. Digosok-gosok kedua belah kelopak mata dengan kasar. Jantung mula memukul dadanya bertalu-talu.

"Zam, relakslah...Bukan ada apa pun. Tak sampai berapa minit, dah settle. Janganlah buat muka macam tu." Hans bersuara. Dia merisaukan keadaan Azam yang kelihatan tidak terurus dan tidak bermaya ketika itu. Mulutnya terkunci rapat walhal selalunya lelaki itu sejenis bermulut murai. Ada aje kerenahnya. Yasmin pula mengangguk setuju dengan kata-kata Hans. Terselit rasa bersalah kerana menyuruh sahabat baiknya naik di atas roller coaster tersebut.

Tiara menoleh ke arah Azam yang membisu sejak tadi. Pandangan lelaki itu lurus ke hadapan. Langsung tidak berganjak. Tiara mula diserang rasa bersalah kerana telah memaksa lelaki itu tadi.

Dia menyentuh lembut pergelangan tangan Azam lalu mengukir senyuman tipis sebelum menganggukkan kepalanya. Memberi isyarat bahawa semuanya bakal baik-baik sahaja.

Perbuatan Tiara yang tiba-tiba itu hampir mengakibatkan serangan jantung pada Azam. Darah menyerbu masuk ke otak sehingga dia mula tercungap-cungap kehilangan nafas.

Senyuman itu, senyuman yang mampu mengoyah hati seorang Azam yang terkunci buat sekian lama. Tidak semena-mena tulang rusuknya bergetar laju tanpa kawalan. Azam berdehem bagi menghilangkan kekekokan itu. Cepat-cepat dia memalingkan kepala ke kanan.

"Okay, semua dah turunkan palang keselamatan?" Soal seorang pegawai lelaki dengan lantang. Hal ini supaya kesemua pelanggan yang berada di atas roller coaster itu dapat dengar pertanyaannya dengan jelas.

"Dah!" Jawab kesemuanya dengan serentak, disusuli dengan anggukan daripada pegawai tersebut.

"Baiklah, kalau masih ada menyimpan barang-barang berharga dalam poket seluar mahupun baju, atau mahu menanggalkan perhiasan, boleh lakukan sekarang. Sebab dalam masa 2 minit lagi, kami bakal menghidupkan enjin." Pesan pegawai yang berbadan tegap itu lagi. Rata-rata pelanggan hanya berdiam diri. Mungkin sudah menyerahkan segala benda alah itu sebelum naik ke atas roller coaster sebentar tadi.

"Baiklah. Selamat bergembira. Enjin akan dihidupkan dalam kiraan, 5, 4, 3, 2, 1." Terjerit-jerit kesemuanya sewaktu roller coaster naik perlahan menuju ke puncak atas. Ada yang siap terlolong-lolong meminta tolong. Ada juga yang membaca doa.

Sementara Azam, masih kaku seperti sebuah patung cendana di tempat duduknya. Tiara pula sudah terjerit-jerit keriangan sambil mengoyang-goyangkan kedua belah kakinya ke udara. Minah ni takde perasaan ke? Rungut Azam sambil melirik sebal ke arah Tiara.

Roller coaster kini sudah pun berhenti di puncak, menunggu masa untuk bergerak ke bawah. Sesetengah daripada mereka, mula mengetatkan rangkulan tangan pada pasangan masing-masing di sebelah.

Azam mula diterjah sesalan kerana bersetuju dengan permainan ini. Kalaulah, dia sedang bersama pasangan, sekurang-kurangnya dia boleh memegang tangan perempuan itu. Namun, kini, dia tercongok bersama seorang gadis muda yang terlebih teruja dengan permainan itu.

Azam menggeleng laju. Bila-bila masa sahaja roller coaster itu bakal turun secara mendadak ke bawah. Dia memejamkan matanya dengan erat sambil menguatkan genggaman pada palang keselamatan. Jantung mula berdegup kencang. Semoga rohnya tidak lari meninggalkan jasadnya sebentar lagi.

Kedegang! Kedegang! Kedegang! Bum!

Arghh!
Mak!
Ya Allah!
Oh my god!
Kadavule!

Macam-macam ayat yang terlontar keluar daripada mulut manusia-manusia di situ saat roller coaster yang dinaiki mereka jatuh mendadak ke bawah landasan lalu bergerak kencang menembusi segala liku yang berjela.

Ternganga luas bibir Azam dek kerana kejutan itu. Kelopak mata terpejam rapat diselangi dengan air mata yang meleleh-leleh keluar membasahi pipi. Tekanan angin yang kuat menderu-deru menampar wajah lalu masuk ke dalam rongga mulutnya yang terbuka luas sebesar alam.

Entah bagaimana rupa Azam ketika itu. Author tak nak describe detail sangat. Aib orang kan...Pandai-pandailah readers membayangkan ye. Ehehe...

Selepas lebih 10 minit bertarung nyawa di atas langit gelap, akhirnya roller coaster tersebut tiba ke garisan penamat ataupun ke tempat permulaan tadi. Terhuyung hayang para pelanggan turun dari situ.

Ada yang terkumat kamit mencarut melampiaskan segala kemarahan akibat kejutan di atas, ada yang menjerit teruja dan gembira serta ada juga yang tersandar longlai bagaikan hilang pedomen hidup seperti Azam.

Tiara menaikkan palang keselamatan ke atas, lalu memaut lengan Azam. Nak tunggu lelaki tu bangun sendiri, macam mustahil.

"Awak, jomlah turun. Dah habislah!" Azam mengangguk lalu berjalan beriringan bersama Tiara yang masih merangkul erat lengannya. Biarlah, buat masa sekarang, Azam ketandusan tenaga untuk membuka mulut mahupun menegah perbuatan gadis muda itu.

Bagai lembu dicucuk hidung sahaja sikap Azam. Kemana sahaja Tiara pergi, dia ikut sahaja tanpa banyak soal, seperti suami yang diguna-gunakan oleh isterinya. Hans Ilham dan Yasmin masih mengekek ketawa dari belakang. Sejak tadi, pasangan itu tidak mampu mengawal geli hati mereka dengan raut wajah Azam yang seperti tertelan pil perangsang. Mata redup, pipi merah, rambut kusut masai, gaya jalan pun macam lelaki mabuk.

Nasib sahaja Tiara masih tidak melepaskan lengan Azam. Kasihan punya pasal, terpaksa dia menatang Azam bagai minyak yang penuh. Sehingga bertih jagung pun, disuapkan oleh Tiara. Azam hanya mengunyah tanpa sebarang reaksi. Blur sahaja seperti orang yang kehilangan semangat hidup.

Tiara hampir terbahak, namun demi menjaga hati Azam, dia menahan dirinya. Gadis itu masih ingat setiap gaya Azam sewaktu mereka berada di atas roller coaster itu tadi. Kata berani sangat, tapi macam gaya apa dah aku tengok. Ish..ish..ish.

maaf kalau ada kesalahan tatabahasa..dan Cass nak mohon maaf jika ada sebutan-sebutan yang agak sensitif digunakan dalam bab kali ini. Sesungguhnya Cass hanya menggunakan untuk tujuan yg baik sahaja, bukan untuk menyindir mana2 pihak...Maaf sekali lagi... Happy reading semua ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience