37

Romance Completed 60891

"Kau...kau setuju nak kahwin dengan aku?" Hampir tak kedengaran suaranya dek kerana terkejut dengan pengakuan Azam. Mangkuk berisi bubur itu diletakkan di atas meja sisi, sebelum Azam membetulkan posisi duduk. Dia mengangguk perlahan.

Yasmin memandang wajah penuh yakin Azam tanpa berkelip. Betulkah lelaki ini? "Kau...kau pasti ke Zam? Aku ni...bekas orang..."

"Yas...jangan cakap macam tu please. Respect yourself. Jangan hina diri kau. Pasal majlis tu, nanti aku bincang dengan parents kau." Entah mengapa hatinya terasa sebak saat itu. Bukan ini yang dia inginkan sebenarnya.

Dia sudah merancang macam-macam untuk perkahwinannya bersama Tiara. Namun, kini segala angan-angannya musnah dalam sekelip mata. Astaghfirullah. Ditepis rasa itu dari terus mengelabui jiwa. Kau janji akan ikhlas terima dia Zam...jangan mengungkit macam ni...tak elok. Azam cuba bermunasabah diri.

"Tak perlu majlis...kita buat kecil-kecilan je." Entah mengapa, hati Yasmin terasa sakit. Sememangnya, dia masih mencintai Hans. Namun, demi Iz, dia terpaksa. Dia tidak mahu meletakkan harapan terhadap bekas suaminya lagi. Lelaki itu juga sudah hilang entah ke mana. Mungkin sedang berbahagia bersama si kekasih hati. Yasmin berteka teki sendiri.

"Yas...habiskan bubur ni. Sedap ni aku masak." Yasmin terus memutarkan bola matanya dengan sebal. Cis, kau Zam!

"Tak payah nak auta sangatlah Zam. Kau ingat aku tak tahu, yang kau beli bubur McD?" Pecah tawa lelaki tidak sedar diri itu saat Yasmin mencerlungnya dengan geram. Ada sahaja modal nak kenakan orang.

"Bila abang kahwin?" Air di dalam gelas dikacau dengan penyedut minuman.

"Dalam 2 minggu lagi." Jawab Azam tanpa riak. Mendatar sahaja suaranya.

"Abang ni...cerialah sikit. Nak kahwin kot. Kenapa macam tak happy je ni...ermm?" Tiara menyoal dengan pelik. Azam hanya mampu menggelengkan kepala. Berpura-pura seakan semuanya berjalan dengan baik. Dia akui, semakin dekat hari pernikahannya bersama Yasmin, semakin terseksa zahir dan batinnya. Dia menatap sayu wajah Tiara yang sedang memerhati sejak tadi.

"Baby...kalau boleh, abang taknak pun kahwin dengan Yas. Abang...abang..."

"Shus...Abang ni. Tak baik tau cakap macam tu. Abang macam tak ikhlas pulak. Buat ni demi baby Iz ye...sian dia." Azam terdiam, begitu juga dengan Tiara. Di bawah meja, jemari runcingnya dikepal erat, sambil menahan geram terhadap gerangan itu. Sudah mencari merata, tidak dijumpai. Ke mana sahaja kau menghilang?

"Bertuah punya budak! Hei, tak siap-siap lagi ke? Kata nak teman mama pergi check up hari ni." Berdesing telinga saat disapa suara Rafidah yang begitu kuat. Boleh cair segala nenek moyang tahi telinga. Tiara terus menarik selimut tebalnya, menutupi tubuh. Kesejukan pagi menghalangnya untuk mencelikkan mata.

"Mak, baru pukul 7 pagilah. Yang bising-bising ni dah kenapa?" Terbeliak mata Rafidah.

"Hei, budak ni! Kita kena sampai ke hospital sebelum pukul 8, kalau taknak terlambat. Ni KL, cepat jammed. Cepat pergi, cepat balik. Mak taknak bersesak-sesak kat sana. Dah cepat bangun. Gi mandi. Ni mesti ponteng solat subuh kan?" Rafidah mencerlung wajah anak daranya dengan geram.

"Ish, mama ni...Ara period lah. Hari ketiga." Tubuh dipaksa untuk bangkit. Rasa tidak sampai hati mahu meninggalkan katilnya. Tuala yang tersangkut pada penyidai dicapai sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air sambil diperhatikan oleh Rafidah.

"Cepat sikit mandi!" Sempat dia berpesan sebelum berlalu keluar dari kamar beradu satu-satunya puteri dalam keluarga mereka. Kalau tak dikejut, jangan harap mahu bangun.

*******

"Hah, dengar tak apa yang doktor tu cakap tadi? Kurangkan makan pedas. Ni tak, semua benda nak diletakkan cili." Bebel Tiara sambil mengiringi ibunya, Rafidah ke kaunter seterusnya untuk mengambil ubat. Selepas itu, mereka boleh terus pulang ke rumah. Kelihatan orang ramai sedang menunggu giliran masing-masing untuk mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor.

"Kita duduk kat sini dululah ma..." Rafidah dan Tiara melabuhkan punggung di salah sebuah bangku kosong, sedikit jauh dari kaunter ubat. Nampaknya, mereka terpaksa menunggu lama sebelum tibanya giliran mereka untuk menerima bekalan ubat. Masa yang ada itu digunakan sehabis baik untuk berbalas mesej bersama si cinta hati. Tersenyum sendiri sambil menekan-nekan skrin telefon bimbit sementara Rafidah di sisinya, ralit berbual bersama seorang wanita yang sebaya dengannya, di sebelah.

Eh, dia call pulak! Melihat nama Azam tertera pada skrin, Tiara terus meminta izin daripada ibunya untuk menjawab panggilan tersebut, lalu terus melangkah sedikit jauh, menuju ke koridor yang sunyi, supaya perbualannya bersama Azam tidak terganggu dengan bunyi bising.

"Hello abang. Dah. Tengah tunggu giliran mama untuk ambik ubat. Ramai giler orang hari ni. Sampai ada yang berdiri tunggu giliran. Itulah. Eh!" Matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang amat dia kenali, sedang melangkah keluar dari sebuah bilik, menuju ke hujung koridor. Walaupun dia hanya nampak belakang tubuhnya sahaja, namun Tiara betul-betul pasti, yang dia tidak salah orang. Itu adalah dia!

"Abang, jap lagi baby call balik!" Talian terus dimatikan tanpa menunggu balasan daripada Azam. Tanpa melengahkan masa, Tiara bergegas mengejar gerangan yang sudah menuju jauh ke hujung koridor.

"Alisa? Kak Alisa?" Langsung tubuh dipusingkan ke belakang, saat menyedari ada yang sedang memanggil namanya. Pandangan mereka bertaut. Alisa memandang atas bawah susuk gadis muda yang sedang berdiri di hadapannya. Berkerut dahi cuba mengingat kembali, wajah yang cukup familiar ini. Macam pernah jumpa, tapi di mana? Lama dia berfikir, cuba menyelongkar kotak memori...

"Saya Tiara. Mungkin Kak Alisa dah tak kenal dengan saya." Serta merta berubah air muka Alisa. Dia terus tersenyum ceria.

"Eh, Tiara! Adik angkat Hans kan? Lama betul akak tak jumpa. Last kita jumpa waktu Tiara sekolah menengah rasanya? Dah besar panjang sekarang ni, sampai akak tak cam." Katanya sambil tersenyum lebar. Entah sudah berapa tahun, dia tidak jumpa dengan gadis itu.

Tiara hanya mampu menyungging senyum tipis. Alisa sememangnya baik terhadapnya. Sama seperti Yasmin. Cuma, dia menjadi kurang suka dengan peribadi Alisa setelah mengetahui cerita di sebalik penceraian Yasmin dan juga Hans, daripada Azam. Pada mulanya, Tiara hampir tidak percaya bahawa Alisa sanggup melakukan perkara itu.

"Tiara buat apa kat sini? Ada appointment ke?" Dahinya berkerut. Sakit apa muda-muda macam ni? Fikirnya.

"Eh, tak! Teman mak buat check up je. Akak kerja sini?" Soal Tiara sambil memerhati penampilan Alisa. Kot putih yang tersarung pada tubuh langsingnya, menyakinkan Tiara bahawa wanita itu merupakan seorang doktor.

"Oh...ha'ah. Akak kerja sini." Jawabnya dengan ramah.

"Akak busy ke sekarang ni? Tiara nak cakap sikit boleh?" Malas mahu berlama-lama, biar segalanya selesai dengan cepat. Banyak hati yang terluka disebabkan perempuan ini.

"Akak baru habis shift ni, ni pun, tengah nak balik rumah. Kita ke cafe lah kalau macam tu, borak sambil minum." Ajak Alisa.

"Err, Tiara tak boleh lama sangat kak, lepas mak ambik ubat, kena balik. Kita cakap dekat sini jelah...boleh?"

"Okay boleh. Cakaplah... Tiara nak cakap apa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience