24

Romance Completed 60794

Tiada siapa sangka, hubungan yang dibina selama hampir 2 tahun itu bakal runtuh dibadai ombak sehingga keutuhan cinta mereka turut sama goyah. Seluruh ahli keluarga Hans dah Alisa sudah sedia maklum mengenai hubungan mereka dan masing-masing juga merestuinya. Tetapi, kadangkala, restu sahaja belum cukup untuk menguatkan lagi ikatan cinta jika tiada kejujuran dan persefahaman sesama pasangan.

"Lisa, i already said sorry tadi. Kenapa you masih panjangkan isu ini." Walaupun masih dihimpit amarah dan kecewa kerana kesetiaannya dipermainkan oleh Alisa, Hans cuba berbincang dan membuang rasa egonya demi memelihara hubungan mereka.

"I betul-betul tak sangka yang you sanggup hacked social media i. Apa yang you cuba nak buktikan Hans?" Bentak Alisa dengan geram. Hans mengetap bibirnya sambil mengepal erat jemari yang mulai menggigil. Sejak peristiwa itu, lebih dua minggu, Alisa cuba menjauhkan diri daripada Hans. Malah, dia langsung tidak memberikan peluang kepada Hans untuk menjelaskan segalanya.

Beberapa hari yang lalu, Hans menerima pesanan ringkas daripada seseorang menerusi aplikasi Messenger. Hans menjadi buntu dan bingung, siapa lelaki yang cuba menghubunginya berkali-kali sedangkan dia langsung tidak mengenali gerangan itu. Panggilan bertubi-tubi daripada individu tersebut, membuatkan Hans mula berasa geram.

-Widad-
Bro, answer my calls!

-Hans-
You siapa bro? Do we know each other?

-Widad-
You mungkin tak kenal i. Tapi i kenal you.

-Hans-
Sorry, i dont talk to stranger.

-Widad-
Not stranger enough as i'm used to be your gf's first love.

Serta merta terbelalak mata Hans. Namun, dia tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu. Mungkin ada yang cuba bermain-main dengannya.

-Hans-
Lol...so funny bro. My gf doesnt even tell me about you. So, cant you just, get lost?!

-Widad-
Really? Lol to you back man. Nampak sangat you ni terlalu lurus bendul. I'm her cousin. Even Alisa's younger brother knew about our relationship. Seems like, she never be truthful to you, hurm...

-Hans-
Apa yang kau nak sekarang ni? Kalau ye pun kau ex bf Alisa, so what?

-Widad-
I want her back!

-Hans-
She is mine! Kau kisah lalu dia.

-Widad-
Oh really? Kisah lalu yang dia cuba sembunyikan. Sepatutnya, dalam perhubungan, bukankah lebih baik kalau dia jujur dalam semua hal? Why must she hide this from you? So, i guess you tak tahu pasal another thing isnt?

-Hans-
Pasal apa?

-Widad-
Pasal hubungan kami sebelum hadirnya kau dalam hidup dia. For your info bro, aku dah tebuk dia few times. Dia pun suka. Takkan kau tak tahu? Unless korang tak pernah....ehem

Semakin berapi jiwa Hans Ilham tika membaca barisan ayat itu. Alisa? Alisa pernah terlanjur? Tak mungkin! Wanita itu seorang yang menjaga diri. Lelaki ini sengaja mahu memfitnah Alisa.

-Hans-
I dont trust you. I kenal gf i macam mana. And even if she does it, so what? Its her past mistake.

-Widad-
Bro...you ni lurus sangatlah. Terlanjur few times mungkin her mistakes, but gugurkan anak aku, maybe not.

Menggeletar seluruh tubuh Hans sehingga aturan nafasnya menjadi tidak teratur. Langsung air matanya gugur sebagaimana hancurnya hati dia. Kalaulah, semua yang dikatakan oleh lelaki ini, benar belaka. Bagaimana? Kuatkah dia menerima Alisa kembali dalam hidupnya? Dia terlalu sayangkan wanita itu. Tapi, mengapa Alisa langsung tidak pernah menceritakan perihal lelaki ini kepadanya dulu? Kenapa harus berahsia? Sedangkan mereka pernah berjanji untuk jujur dalam setiap perkara.

-Hans-
Jangan tuduh tanpa bukti.

Selang beberapa minit, pesanan lain masuk bertubi-tubi sehingga menyentakkan lamunan Hans. Dengan hati yang berat, dia mencapai telefon bimbitnya, lalu membuka aplikasi Messenger, sebelum menghamburkan tangisannya. Jiwanya benar-benar sakit dengan semua ini.

Tidak salah lagi, semua yang dikatakan oleh Widad adalah benar belaka. Beberapa gambar milik Alisa sewaktu mereka berada di kamar tidur dihantar kepada Hans. Serta, resit hospital, di mana dia menggugurkan kandungannya yang berusia 2 minggu turut dihantar. Hans meraup kasar wajah basahnya. Dunianya terasa kelam seketika.

-Widad-
Yang i hantar tu separuh je bro. You might think yang i edit. But, kalau you nak tahu the truth, ceklah her phone.

Hans segera menekan simbol 'sekat' pada nama Widad lalu membaling telefon bimbitnya dengan kasar ke atas lantai. Berkecai skrin peranti itu, berderai di atas lantai biliknya. Kepingan kaca itu direnung kosong. Sungguh dia kehilangan kata. Mengapa semua ini harus berlaku?

**********

"Kau serius ke Hans?" Darwin mula dilanda kegusaran. Tidak bersetuju dengan permintaan Hans yang memaksanya untuk mengajar cara menggodam akuan Alisa. Katanya, dia mahu mencari tahu perihal sesuatu. Sudah berbuih mulut Darwin dan Raj melarang permintaan Hans, namun lelaki itu terlalu degil sehingga mereka akhirnya terpaksa mengalah.

"Ya, cepatlah!" Tempik Hans. Darwin menelan air liurnya berkali-kali. Dalam keterpaksaan, dia menurut arahan Hans. Setelah beberapa minit, dia menyerahkan telefon bimbit baharu Hans kepada tuannya semula. Entah bila masa lelaki itu membeli telefon bimbit baharu pun, mereka tidak tahu.

"Nah, dah siap. Hans, kau nak buat apa tengok social media Alisa? Kalau kau nak tahu apa-apa, tanya jelah kat dia. Kalau dia tahu kau godam akuan FB dia, mesti dia marah." Ujar Darwin walaupun dia tahu, Hans tidak akan mendengarnya. Lolos satu keluhan panjang dari mulut Darwin, lalu dia membuang pandangan ke arah Raj yang sedang terbaring di atas katilnya sambil menyaksikan mereka berdua.

"Kau ingat aku ni apa? Jahat sangat sampai nak hack akuan dia? Aku dah tanya kat dia berkali-kali, but she still insist that she doesnt even do it. Taknak mengaku walaupun dah ada bukti." Darwin mengerutkan dahi. Sebenarnya apa masalah dorang dua ni?

"She insisted about what Hans? Masalah apa sebenarnya ni?" Darwin bertambah hairan dengan kebisuan Hans yang langsung tidak mengendahkan persoalannya. Selang beberapa minit, wajah Hans berubah keruh.

Darwin memanjangkan leher bagi melihat kandungan yang membuatkan raut wajah Hans berubah, namun skrin telefon bimbit itu cepat-cepat ditutup Hans.

Kemudian, dia melangkah keluar dari bilik Darwin yang turut dikongsi bersama Raj dan Farul. Darwin mengangkat bahunya sambil mencebik bibir tanda tidak tahu kepada Raj yang kelihatan terkebil-kebil mengiringi pemergian Hans melalui ekor matanya.

"Wei, aku tak sedap hati duh...Tak pernah-pernah si Hans tu nak hacked privasi orang." Raj bersuara setelah Darwin menutup pintu bilik mereka. Darwin menghenyakkan punggungnya di atas kerusi belajar.

"Haih, itulah. Aku sendiri tak tahu, apa masalah dorang..." Darwin mengeluh. Berharap hubungan kawannya baik-baik sahaja. Dia pelik, sebelum ini, bukan main mesra lagi pasangan merpati dua sejoli itu sehinggakan sering menjadi topik perbualan di serata universiti ini.

I knew it! Peranti itu dihempas kasar ke atas tilam lalu Hans terduduk mencekak rambutnya yang kusut dengan kedua belah tangan. Terlalu geram kerana dibohongi secara terus menerus oleh Alisa.

Dia mencapai semula peranti tadi lalu menggeser perbualan lama antara Widad dan Alisa. Ternyata benar, mereka berdua merupakan pasangan kekasih. Beberapa gambar bogel yang dimuatnaik oleh Alisa dan Widad ditatapnya sekilas lalu.

Jijik sekali rasanya. Seorang wanita terpelajar, sanggup mengadaikan maruah, demi cinta? atau mungkin kerana nafsu semata-mata. Mesej-mesej berbaur lucah turut sama dibaca oleh Hans dengan mata yang sudah berair. Jiwanya sesak. Nafasnya menjadi tidak teratur.

Ikutkan hati, mahu saja dia tanam hidup-hidup kedua manusia itu. Sehingga ke saat ini, Hans masih belum mampu mencerna kenyataan ini. Dia terlalu percayakan Alisa selama ini.

-Widad-
Baby dah makan pil tu?

-Alisa-
Mestilah dah. Cuma, lain kali, you pakailah condom. Lisa malaslah nak telan ubat-ubat ni semua.

-Widad-
Okay baby. Anything for you. I nak tengok sikit boleh?

-Alisa-
Kan baru je tengok tadi. You ni kan...

-Widad-
Bolehlah...I rindu.

Selepas itu, terdapat beberapa buat gambar bogel Alisa dihantar kepada Widad sebelum lelaki itu turut membalas dengan hantaran gambar tubuhnya tanpa seurat benang. Terenjut-enjut bahu Hans teresak membaca setiap petikan itu.

*********

"Kita putus jelah. Dah you pun tak percayakan i." Alisa bersuara. Lantas Hans mendongak mencari anak mata Alisa. Nampaknya, wanita itu benar-benar tekad dengan keputusan itu. Tiada langsung getaran pada wajah wanita tersebut.

"Putus?! Lepas apa yang kita lalui bersama selama 2 tahun ni, Lisa nak putuskan hubungan kita macam tu je?" Hans menyoal dengan geram. Selepas 2 tahun menjalinkan hubungan, sehingga direstui oleh kedua belah keluarga, malah diminta putus di tengah jalan.

"Ya. Saya penat nak hadap awak. Awak ceroboh privasi saya Hans..." Alisa menatap tajam wajah Hans.

"Hei...salah saya ke sekarang ni? Saya dah tanya berulang kali pada awak, awak langsung taknak mengaku. And ended up, you tipu i. You pernah tidur dengan jantan tu! Siap...siap gugurkan kandungan. But its okay, i faham yang, itu semua kesilapan lalu you. Lisa pun muda lagi masa tu. Saya terima awak. Saya sayangkan awak Lisa." Hans cuba memegang tangan Alisa, namun ditepis kasar oleh wanita itu. Hans terkedu. Mengapa seratus peratus kesalahan diletakkan di atas bahunya? Sedangkan, semua ini tidak akan terjadi, jika wanita itu bersikap jujur dalam hubungan mereka.

"Taknak! Tak faham bahasa ke...Widad sendiri tak pernah buat saya macam ni tau..." Tiada langsung riak bersalah pada wajahnya saat mengungkapkan kata itu. Seolah-olah Hans yang bermasalah.

"Wow, finally you mengaku! So you knew him?" Terketap-ketap gigi Hans. Rahangnya turut ikut bergerak sama. Nampak jelas, Hans sedang menahan berang.

"I am. So what?! Apa hak you nak tahu pasal masa lalu i?" Pang! Alisa terpana. Pipi yang perit itu ditekup dengan gerun. Kali pertama Hans berkasar dengannya.

"Widad is much better than you! He never raises his hand on me like this." Bentak Alisa sambil mengongoi sehingga Hans terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience