7

Romance Completed 60794

Sejak pulang dari bilik sewanya, Yasmin melancarkan perang dingin terhadap Hans. Terperuk dalam bilik tidur tanpa berjumpa mahupun menegur mana-mana ahli keluarga Hans. Eh, tak kuasa aku! Suka hati dia je paksa aku pindah ke rumah ni balik! Mentang-mentang ada kuasa veto, dilayannya aku macam kucing.

Muncung ditarik sedepa bersama pakej muka monyok tidak puas hati. Segala pujuk rayu suaminya bagaikan tidak masuk ke dalam telinga. Hati dan jiwa wanitanya cuba dibekukan supaya tidak termakan dan tergoda dengan aura si suami licik. Setiap kali Hans membuka mulut, pasti dibalas dengan jelingan dan jeliran lidah oleh Yasmin.

Naik berbulu tekak Hans memaksa wanita berkepala batu itu untuk menyantap makanan. Setelah pegawai kesihatan di mahkamah mengesahkan mengenai kehamilan Yasmin, Hans cepat-cepat menyuruh kak longnya untuk memeriksa keadaan Yasmin kerana mahu benar-benar pastikan tentang hal itu. Dan, jawapannya, sudah semestinya YA! Yasmin disahkan mengandung 2 bulan.

Hans hampir putus asa dengan kedegilan Yasmin yang semakin menyakitkan hati. Awat hati kering sangat ni? "Sayang abang...janganlah merajuk lagi. Sayang makan ye? abang suapkan. Kesian baby kat dalam tu...lapar." Sudu berisi sedikit nasi dan kuah kari disuakan ke arah mulut Yasmin yang tertutup rapat. Nampak sangat kau ambik berat pasal anak dalam perut ni berbanding aku. Dulu pun, bukannya kau jaga aku elok-elok. Sekarang pun macam tu jugak. Kau buat baik dengan aku sebab anak kau ni. Ish...budak ni pun satu! Ada ke patut melekat masa-masa macam ni? Sikit lagi aku nak say bye bye kat bapak kau. Grr. Rungut Yasmin.

"Sayang, say aaa...say aaa..." Sambil membuat gaya membuka mulut luas-luas. Namun, Yasmin langsung tidak menghiraukannya sama sekali sehingga mengundang kemarahan Hans. Haih, dia ni...aku dah elok-elok berubah nak baiki hubungan dengan dia, dia boleh pulak buat macam tu...

"Boleh tak jangan paksa aku?! Jangan kau ingat, sebabkan kau suami, kau bebas nak arah aku buat itu ini." Bentak Yasmin tiba-tiba. Hans terkedu. Sudu tadi diletakkan semula di atas pinggan. Dia menatap tajam wajah keruh isterinya.

"Kenapa kasar ni sayang? Abang nak sayang makan je kan...Kenapa sampai kena tengking macam tu?" Nada suara masih dikawal agar Yasmin tidak terasa hati. Beberapa minit yang lepas, Azam ada menghubunginya dan menyuruh Hans sentiasa berhati-hati dengan tutur katanya semasa berkomunikasi dengan Yasmin, lagi-lagi dalam keadaan Yasmin yang sedang berbadan dua. Pasti emosinya akan mudah terganggu jika mereka sering beradu mulut seperti sebelum-sebelum ini. Tapi, Hans bimbang, sikap Yasmin akan membuatnya berubah fikiran dan berputus asa untuk terus memujuk.

"Kau tak perlu buat semua ni dekat aku. Aku tahu, kau buat semua ni pun sebab aku tengah kandungkan anak kau. Its just for your baby." Air mata Yasmin mula berlinangan. Hatinya betul-betul sakit. Derita rasanya terpaksa hidup kembali bersama lelaki yang tidak pernah menghargai dirinya. Benci! Aku benci nak tengok muka kau Hans Ilham. Kenapa semuanya perlu menjadi rumit macam ni? Arghh...Jeritnya dalam hati.

"Sayang...kenapa nangis ni? Abang mintak maaf kalau abang buat sayang stres. Okay-okay. I wont disturb you. Abang tinggalkan makanan kat sini ye, nanti sayang lapar, sayang makan. Jangan seksa diri tu lama-lama sebabkan marah kat abang." Dengan berat hati, Hans berlalu keluar dari bilik tidur mereka. Panas pulak hati ni. Dia layan kita acuh tak acuh je. Haih, tuhan, bagilah aku kesabaran yang melimpah ruah supaya aku boleh hadap perangai degil isteri aku ni hari-hari.

*********

"Hans, mana Yas? Ajaklah dia turun sekali. Makan malam dengan kita semua." Fauziah melabuhkan punggung bersebelahan kerusi suaminya. Sementara Hans hanya membisu tanpa memberi jawapan. Tadi, orang nak suap makan pun dia taknak, apatah lagi ajak makan bersama macam ni...Silap-silap haribulan, dibalingnya segala lauk atas kepala aku ni. Terkekek geli hati pula bila mengenangkan insiden sebegitu.

"Nanti Hans bawakkan makanan untuk dia ke bilik." Nasi di atas pinggan dikuis-kuis dengan sudu. Tiada selera nak menjamah di saat jiwanya bercelaru. Tak tenang rasanya nak telan bila 'anak' aku tengah kebulur. Kalaulah aku ni kuda laut jantan, dah lama aku suruh dia pindahkan kandungan tu dalam badan aku. Cukup masa nanti, aku beranak.

"Berlembut sikit dengan Yas tu Hans. Jangan ikutkan sangat kepala angin kamu tu. Sekali lagi Yas lari rumah, abah dengan mak takkan ambik tahu dah." Ugut Khalid dengan lembut. Dah macam psiko pulak bapak aku ni. Suara bukan main merdu lagi, tapi isi bicara dia. Pergh, menikam hempedu...eh

"Betul ke aku ni mengandung? Kempis slim melim je aku tengok perut ni. Entah-entah dorang semua saje berkomplot nak kenakan aku tak?! Ish...tapi takkanlah sampai macam tu sekali." Gumam Yasmin sambil meneliti perutnya pada pantulan cermin. Baju t-shirt diselak sehingga ke atas dada dan ditahan dengan sebelah tangan bagi memudahkan dia menilik perubahan pada tubuhnya sejak disahkan hamil oleh kakak Hans. Berkerut dahi sambil mengusap-usap permukaan perut yang tidak terlalu menonjol. Sempat juga dia memuji bentuk pinggangnya yang ramping bak hourglass itu. Cis, kau, tak menyempat.

"Wahai anak Hans, cepat-cepatlah kau membesar dan keluar dari perut aku ni. Lepas aku dah keluarkan kau, aku akan serahkan kau kat bapak kau dan bela dari sini. Aku taknak besarkan keturunan Hans Ilham si sengkek bajet bagus tu!" Ye, aku takde walau sekelumit pun rasa sayang pada kandungan ni. Aku rasa lebih terseksa adalah. Terpaksa menurut segala suruhan Hans. Penat hidup macam ni.

Tok! Tok! Tok!

Cepat-cepat Yasmin menurunkan bajunya semula dan berlari lompat ke atas katil. Separuh tubuh disandarkan pada bahu katil manakala kaki dilunjurkan ke bawah. Gebar tebal ditarik sehingga menutup bawah badan. Segera ditarik keluar telefon bimbitnya yang terletak di bawah bantal dan dibawa ke depan muka. Buat-buat main phonelah. Kalau tak kena hadap muka mamat tu pulak nanti...

"Err...sayang. Ni, mak ada hantarkan sayang makan malam. Semua lauk favorite Yas. Makan ye." Dulang itu dibawa ke meja sisi. Dikerling sekilas makanan tengah hari tadi yang masih tidak terusik di atas meja yang sama. Bengkak hati Hans apabila Yasmin sengaja menahan lapar demi secebis ego yang tiada gunanya. Kalau ye pun bencikan aku, janganlah sampai seksa diri sendiri. Sedarlah yang kau tu tengah mengandung. Anak tu tak berdosa Yas. Tolonglah buang ego kau tu jauh-jauh.

"Jangan nak kutuk dalam hati. Macamlah aku tak boleh baca mimik muka kau." Sergah Yasmin tiba-tiba.

"Abang nak cakap sikit. Kalau sayang nak seksa diri sayang, silakan. Tapi jangan seksa anak abang yang menghuni rahim sayang tu. Dia tak bersalah dalam hal ni. Jangan sampai abang ambik tindakan ke atas Yas sebab sengaja mengabaikan keperluan anak. Keep that in your mind. I tak akan berkompromi dalam hal ni. Thats my order, as your legally married husband." Hans terus melangkah meninggalkan Yasmin yang sudah berteriak melepaskan amarah. Kau nak jerit sampai tercabut anak tekak kau sekalipun, silakan. Yang penting, anak aku tak terkesan dengan sikap selfish kau. Pintu bilik dihempas kasar olehnya sebelum mencapai kunci kereta dan berlalu keluar dari rumah sambil disaksikan oleh Fauziah dan Khalid. Kedengaran bunyi hentakan dan jeritan nyaring dari dalam bilik mereka sehingga membuatkan Fauziah dan Khalid mula berasa bimbang dan khuatir dengan keadaan Yasmin. Entah apalah nak jadi dengan budak-budak ni...sian cucu aku.

another chap

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience