33

Romance Completed 60891

Hans mengerling jam yang melilit pada pergelangan tangannya beberapa kali sebelum dia melepaskan keluhan. Haih, manalah si Yas ni? Matanya terarah pada sepasang kekasih yang sedang rancak berbual selang beberapa buah meja darinya.

Tanpa sedar, Hans tersenyum melihat gelagat merpati dua sejoli itu. Terbit rasa rindu terhadap bekas isterinya dalam sanubari. I miss you sayang. Abang tak sabar nak jumpa sayang. Abang rindu kita yang dulu. Berair matanya menahan sebak yang semakin mencengkam dada.

Momen pertemuannya bersama Iz Hayath di rumah keluarga Yasmin mula bermain dalam fikiran Hans. Dia diberikan kebenaran untuk menjenguk anaknya seminggu sekali di rumah keluarga Yasmin yang terletak di Pahang oleh pihak mahkamah.

Hans juga dilarang membawa Iz bermalam di rumahnya sehingga anaknya itu mencapai usia 2 tahun kerana masih menyusu badan. Oleh itu, dia hanya dibenarkan melawat Iz Hayath seminggu sekali atas permintaan Hans sendiri disebabkan faktor cuti dan sebagainya.

Dia sanggup memandu jauh pada hari cutinya demi melihat wajah anak yang tidak sempat dia menabur kasih. Hans sempat membeli beberapa barangan buat Iz seperti pakaian, lampin pakai buang, susu formula, botol susu, permainan dan beberapa keperluan lain. Setiap kali dia datang melawat Iz, dia akan membawakan sesuatu buat anaknya itu.

"Mak, ni saya ada belikan barang sikit untuk Iz." Hans tersenyum tipis sambil menghulurkan beberapa bungkus plastik ke arah Wahida.

"Ya Allah Hans, banyak sangat ni. Hari tu kan baru je beli. Lampin dengan susu Iz yang lama tu pun, banyak lagi." Naik segan pula Wahida. Lambat-lambat dia menyambut huluran itu sambil mempelawa Hans untuk berehat di sofa.

Pasti penat kerana terpaksa memandu jauh dari Pulau Pinang sehingga ke Pahang. Tetapi selalunya, Hans akan bermalam di mana-mana hotel yang terletak di Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Kuantan.

"Mak buatkan air dulu. Iz ada dengan Yas, tengah minum susu. Kejap ye..." Hans mengangguk perlahan. Wanita separuh abad itu terus menapak ke bilik tidur Yasmin sebelum keluar semula membawa beberapa buah barangan seperti susu formula dan botol susu yang baru dibelikan oleh Hans menuju ke arah dapur.

"Nah, Hans. Ni ada air dengan kuih muih sikit. Jemputlah." Wahida melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan sambil meletakkan pinggan kaca yang berisi beberapa jenis kuih muih itu di hadapan Hans. Hans sekadar tersenyum hambar.

"Susah-susah je mak. Hans pun dah minum tadi." Serba salah dengan bekas ibu mertuanya. Dia mencicip sedikit air kopi yang masih panas itu.

Wahida memerhati Hans atas bawah. Lelaki itu kelihatan tidak terurus sama sekali. Jambang yang semakin lebat itu juga langsung tidak disentuhnya sejak dia berpisah dengan Yasmin.

Terbit rasa simpati dalam diri Wahida terhadap bekas anak menantunya itu. Hans merupakan seorang menantu yang baik.

Hans sentiasa menghubunginya dan bertanyakan khabar selama dia menjadi suami kepada Yasmin. Tidak pernah sekalipun dia memburukkan nama Yasmin pada Wahida walaupun dia akui bahawa anaknya itu ada banyak kekurangan.

"Hans sihat?" Wahida menyoal sambil menolak lembut pinggan yang berisi kuih muih itu ke arah Hans. Hans mengangguk sambil tersenyum. Jelas terpapar kesedihan di sebalik senyuman itu.

"Mungkin jodoh kamu berdua sampai di sini sahaja Hans. Mak pun tak boleh nak salahkan mana-mana pihak. Mak harap, Hans boleh teruskan hidup seperti biasa. Kamu pun muda lagi." Hans terdiam. Wahida juga.

Beberapa ketika kemudian, Yasmin muncul ke arah mereka berdua sambil mendukung Iz.Tubuh si kecil itu lantas diserahkan kepada Wahida sebelum dia meninggalkan ruangan itu.

Sempat melirik sekilas ke arah Hans yang kelihatan sibuk menatal telefon bimbitnya. Tsk, mesti sibuk berbalas mesej dengan Alisa. Gumamnya sambil mendaki anak tangga.

"Iz minum susu ye tadi? Anak papa dah mandi?" Hans mengendong Iz sambil menepuk lembut belakang si kecil itu. Iz ikut tertawa saat Hans mengucup leher dan wajahnya berulang kali.

Lamunan Hans terhenti saat ada tangan yang memegang bahunya dari belakang. Serta merta dadanya berdegup kencang. Yas! Dia terus memusingkan kepalanya ke belakang dengan teruja. Senyumannya terus mati ketika melihat kehadiran Alisa di situ. Orang yang ditunggu-tunggu masih tidak kunjung tiba, sebaliknya orang yang tidak diundang pula yang munculkan diri.

"Hi Hans. What are you doing here?" Soal Alisa lalu menghenyakkan punggungnya di bangku bertentangan tanpa dipelawa oleh lelaki itu. Hans menarik muka masam. Langsung tidak menghiraukan wanita berkenaan.

"Tunggu isteri i." Jawabnya dengan suara mendatar. Dia malas mahu berbual bersamanya. Jenis tak faham bahasa. Hans melarikan wajah ke arah lain.

"Oh..." Bukannya dia tidak tahu mengenai berita penceraian mereka berdua. Dia sembunyikan senyum. Isteri konon. She is no more your wife Hans and now you gonna be mine, forever. Pada saat itu, Alisa ternampak kelibat Yasmin yang sedang menghampiri mereka.

Dia terus bangkit dari duduknya lalu mendakap erat tubuh Hans dari belakang. Hans terperanjat dengan tindakan Alisa yang tiba-tiba itu. Berderau darah naik ke puncak kepalanya. Lantas Hans menolak tubuh Alisa menjauhi tubuhnya dengan kasar tanpa memberi muka.

"Dont touch me Lisa! You siapa nak sentuh i? Jaga maruah you." Dia terus bangkit dari bangku tersebut lalu melangkah pantas meninggalkan pondok itu.

Alisa hanya memerhatikan pemergian Hans melalui ekor matanya. Beberapa pengunjung di situ memandang ke arahnya dengan pandangan hairan. Mungkin terdengar omongan Hans yang sedikit kuat tadi. Alisa terduduk sambil menatap tajam Yasmin yang sudah semakin menjauh. Maafkan i. Tapi, Hans is mine. You rampas cinta dia daripada i.

********

"So, how was your meeting?" Azam terkekek suka sambil menatap wajah cemberut Yasmin. Wanita itu kelihatan lesu. Aik, baru jumpa duda, takkan dah pucat macam ni...

"Aku nampak dia peluk Alisa kat taman tadi..." Hans terperangah seketika. Takkanlah Hans sanggup peluk ex girlfriend depan ex wife dia!

"Kau...kau..."

"Aku nampak. Dorang berpelukan depan public macam tu. Geli aku tengok!" Jawab Yasmin dengan kasar. Azam terdiam. Kelu lidahnya mahu menyangkal kata-kata Yasmin. What have you done Hans!

"Azam, hati aku dah tawar. Aku nak move on." Azam mengangguk perlahan. Jika itu kemahuannya, dia akurkan sahaja. Mahu berbuat apa lagi? Ada sahaja masalah dalam hubungan mereka. Mungkin bukan jodoh.

"Eh, nak ke mana?!" Terkejut saat Yasmin bangkit dari duduknya lalu tergesa-gesa meninggalkan kafe tersebut. Azam terus berlari mengejar langkah Yasmin dari belakang.

"Kau nak ke mana Yas?" Azam menyambar lengan Yasmin, cuba memberhentikan wanita itu dari terus mara ke hadapan.

"Aku nak balik. Aku dah penat nak hadap semua ni! Aku penat! Faham tak? Aku penat!" Tengkingnya tiba-tiba. Azam menunduk menekur lantai. Genggaman pada lengan Yasmin terus dileraikan. Risau emosi wanita itu akan terganggu jika dia berterusan memaksa.

"Hati-hati drive Yas. Apa-apa hal call aku." Tanpa mengendahkan pesanan Azam, Yasmin terus masuk ke dalam keretanya. Langsung tidak menoleh ke arah Azam mahupun membalas lambaian tangan lelaki itu.

Azam terus meluru masuk ke dalam keretanya pula. Enjin pacuan empat roda itu dihidupkan. Pedal minyak terus ditekan sebelum keretanya meluncur laju membelah jalan. Dia cuba mengejar Yasmin. Firasatnya mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Yasmin. Semarah manapun Yasmin, dia tidak akan menengking Azam sebegitu rupa. Dia dapat merasakan, ada masalah yang bakal tercetus. Lagi-lagi, dalam keadaan emosi Yasmin yang tidak stabil seperti tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience