Epilog 3: Last

Romance Completed 60794

Selepas 2 Tahun

"Kau ni Natrah, bapak baru je basuh berak kau. Ni berak lagi. Apa nak jadi dengan kau ni?" Berdesing gegendang kala kata-kata itu menyapa pendengarannya di awal pagi itu.

Tiara menangguhkan dulu tugasan menyapu lantai dapur, lalu bergegas ke ruang tamu. Ah, pemandangan yang sama lagi! Lantai jubin putih ruang tamu mereka dinodai dengan kesan tahi berwarna coklat kehitaman.

"Abang...cakap elok-elok dengan baby tak boleh ke? Dia kecil lagi kan..." Ibu mana sanggup melihat dan mendengar anaknya dimarahi, disindir, didera, mahupun dicemuh sedemikian rupa?

"Tengoklah tu, anak kita ni bukannya tahu erti nak takut ke apa. Makin abang bising, makin lebar senyuman dia. Tahi kat atas lantai tu, habis dia buat macam whipping cream." Bebelnya sebelum mengangkat jauh tubuh si kecil itu dari kawasan yang sudah kotor. Dibiarkan lama-lama di situ, bimbang perkara lain pula yang terjadi. Dulu pernah si kecil itu menyapukan cairan muntahnya di atas kepala sendiri.

"Haih, kejaplah. Ara ambilkan kain." Belum sempat kaki menjejak ke dapur, Azam menegah.

"Tak payah. Kena basuh lantai ni baru elok balik. Bawak baldi dengan penyapu lidi, sekali dengan floor wiper." Tiara mengangguk. Lantas dia menuju ke dapur sebelum muncul semula bersama peralatan yang diminta oleh suaminya tadi.

"Apasal busuk sangat tahi kau ni Natrah? Kan bapak dah larang, jangan makan petai! Hang mau telan jugak. Tengok sekarang ni, kan tahi dah busuk." Leternya lagi.

Tiara hanya mampu menahan tawa melihat celoteh suaminya terhadap anak tunggal mereka. Dulu punyalah mereka merancang tidak mahu anak di awal perkahwinan, namun kerana sering terlupa dan malas mahu menelan pil perancang, maka melekatlah sehingga terlahirnya Natrah Ayuni pada 2 tahun yang lalu.

"Dah, nah. Haih, sakit belakang abang ni..." Tubuh yang lenguh itu terus dilabuhkan di sebelah Natrah yang masih terkebil-kebil memandang ke arah Tiara.

"Ya Allah!" Jeritan yang nyaring itu memeranjatkan Tiara dan Natrah sekaligus.

"Kenapa ni bang? Kenapa?!" Soalnya dengan resah.

"Abang terlupa pasal punggung dia Tiara oii! Sofa kita dah kotor kena sisa-sisa pepejal yang hampir mencair ni hah!" Hampir menitis air mata. Apa yang lebih memilukan, sofa itu dibaluti dengan lapisan kulit berwarna putih. Terlopong terus mulut Tiara saat melihat keadaan sofa mereka. Dahlah mahal!

"Allah, macam mana ni abang? Meh sini, Ara pergi mandikan si Natrah ni dulu. Abang bereskan sofa tu..." Tubuh si kecil dalam dakapan Azam terus ditarik lalu dibawa ke bilik air untuk dimandikan.

Sementara Azam sudah menggaru kepala memikirkan cara bagi menghilangkan kesan-kesan yang tidak dikehendaki, yang sudah melekat pada permukaan sofa mereka.

"Haih, apalah nasib. Siap pun!" Kain itu terus dimasukkan ke dalam plastik sampah. Nasib permukaan kulit itu kembali putih selepas dibersihkan dengan beberapa titisan Sunlight dan air. Bau pun lebih wangi. Tenang sikit dunia.

Meanwhile...

"Iz!" Pekik Yasmin. Mana tak naik gila perempuan tu. Habis rosak gincu mahal yang baru dibelinya petang semalam.

"Kenapa ni sayang?" Hans muncul sambil mengendong bayi kecil mereka. Terkejut mendengar suara isterinya.

"Anak kita ni bang. Ada ke patut dia pergi oleskan gincu Yas dekat kertas lukisan dia. Habis patah lipstick tu. Mahal kot..." Omelnya sambil meneliti keadaan gincunya.

Pening kepala. Nak kata dia letak di tempat yang terlalu mudah untuk dicapai oleh anaknya, tidak! Dia siap belikan rak yang boleh digantung pada dinding semata-mata untuk menyimpan barangan peribadinya namun tetap sahaja tangan nakal anak teruna mereka mengambil barang-barang itu. Minggu lepas, maskaranya menjadi mangsa. Hari ini, giliran gincunya pula.

"Iz...kan papa dah pesan hari tu, jangan sentuh barang orang tanpa minta izin. Kenapa Iz sentuh barang mama tanpa izin? Lepastu Iz rosakkan pulak tu..." Naik seoktaf nada Hans. Yasmin hanya menjadi pemerhati. Kadang, sifat kenakalan anak-anak perlu dinasihati supaya tidak berlarutan sehingga menyusahkan orang lain.

Kanak-kanak kecil itu terus tertunduk. Takut mahu bertentang mata dengan Hans. Tahulah dia bahawa bapanya sudah marah. Hans tidak pernah memukul apatah lagi menengking semasa menegur Iz, sebaliknya dia hanya akan bersifat lebih tegas semasa mengeluarkan kata-kata.

"Iz...papa tak mau ulang lagi. After this, kalau Iz buat lagi macam ni, papa marah betul-betul. Faham?" Kanak-kanak lelaki itu mengangguk sebelum beredar dari bilik tidur mereka.

Bukan juga kebiasaan Hans meninggikan suara pada anak-anaknya, cuma kali ini, dia merasakan bahawa dia perlu bersikap lebih tegas supaya Iz lebih mendengar kata.

"Its okay abang. I can buy a new one. Kesian Iz...merajuk tu." Bahu Hans diusap lembut sebelum dia mengambil Izrah daripada gendongan lelaki itu.

"Its okay. Let him know, yang dia buat salah. I won't use any abusing words masa marah dia. Don't worry okay." Yasmin membalas senyuman suaminya sebelum membaringkan tubuh anak kedua mereka di dalam katil bayi. Sudah setahun usia si kecil itu. Izrah Hanani, pelengkap keluarga kecil Hans dan Yasmin.

"Esok jangan lupa. Azam ajak kita lunch kat sana." Hans mengingatkan. Yasmin mengangguk faham. Mana boleh lupa, nanti tak pasal kena dengar leteran Azam. Cair tahi telinga ni nanti.

"Erm, nanti nak bawak apa ya? Takkan kek lagi?" Pinggang Hans lantas diraih lalu dipeluk erat. Rindu.

"Brownies? Or cupcake? Or maybe, ice cream? I dont know..." Lantas keduanya tergelak sebelum mengeratkan pelukan mereka.

"Abang..."

"Erm..."

"Thanks for everything. I love you."

"Love you more Yas." Satu kucupan singkat dilabuhkan pada ubun-ubun isteri tercinta.

"Eh, tu Tiara kan?" Dari jauh kelihatan kelibat Tiara dan seseorang di dalam longkang besar di hadapan rumah Azam. Hans dan Yasmin saling berpandangan dengan hairan. Buat apa kat longkang tu...

"Hoi, Zam! Buat apa dalam longkang tu?" Terjengul kepala Hans dari tingkap kereta. Pelik-pelik je sahabat dia yang seorang ni.

"Anak bertuah aku ni Hans...Haih, pening kepala aku ni. Aku beli ikan keli tadi. Tarok kat dalam baldi. Ingatkan lepas makan sarapan nak siang. Anak aku ni baik hati sangat pergi lepaskan ikan-ikan tu ke dalam longkang. Bukan takat ikan je yang dia lepaskan, dengan baldi-baldinya sekali dia gi campak dalam longkang...Ni kalau tersumbat, bising jiran-jiran kat sini nanti." Berdekah Hans dan Yasmin mengetawakan Azam. Sejak kehadiran Natrah, tidak dinafikan bahawa Azam sudah pandai berleter dan membebel, mengalahkan mak-mak.

"Habistu, jumpa tak baldi tu?" Soal Yasmin sebelum menarik lengan Tiara menjauhi kawasan longkang itu. Biarlah orang lelaki yang menguruskannya.

"Jumpa, tapi dia tersangkut kat bawah tu..." Jawabnya sambil memasukkan sebatang kayu ke dalam longkang.

"Takpe, kau tolak dari sini, aku gi sambut dekat hujung sana." Hans meluru ke hujung longkang. Selang 10 minit, akhirnya mereka berjaya mengeluarkan baldi berkenaan.

"Haih, lenguh pinggang aku ni Hans. Nasiblah hang lepas ni. Ada anak perempuan pulak." Ujarnya sambil mengelap peluh di dahi. Begitu juga dengan Hans. Naik turun nafas mereka berdua.

Suasana di meja makan sedikit sunyi. Masing-masing sibuk menjamah makanan yang barusan dipesan menerusi aplikasi Grab. Mahu masak, lauk tidak ada. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga di permukaan pinggan yang kedengaran.

"Apa kata kalau kita jodohkan Iz dengan Natrah?" Belum sempat Azam menyambung kata selanjutnya...

"No!" Serentak Tiara, Yasmin dan Hans Ilham mengutarakan jawapan mereka. No means no! Ketiga mereka mencerlung tajam wajah pucat Azam. Gulp! Salah timing...

Terpaksalah nampaknya, dia menyimpan dahulu hasrat itu.

Agak-agak korang, sesuai tak Natrah dengan Iz?

"All I need in this life is your CRAZY LOVE"

TAMAT

Tamat sudah kisah ini. Thanks for those yg support cerita ni since the beginning. Author appreciate sangat2. Sebarang kekurangan, harap dimaafkan. Lepas ni fokus pada kisah baru pulak...jgn lupa support ye...lob u all muah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience