Mata bertentang mata. Lama Tiara menyepi. Sementara Alisa hanya memerhati dan menunggu gadis di hadapannya itu membuka mulut.
Tiara mengetap rahangnya. Menahan geram kerana tersepit di dalam masalah ini. Fikirnya, hubungan cintanya bersama Azam akan berjalan lancar seperti pasangan kekasih yang lain, namun, ia hanyalah satu angan-angan yang dia kira, sudah boleh disimpan di dalam peti memori lama.
Tiada hubungan yang sempurna dan tidak dilanda badai. Kesemua rintangan dan cabaran dalam sesuatu hubungan itu, akan menguatkan serta mengutuhkan lagi kekuatan jalinan yang tercipta.
"Akak dengan Abang Hans macam mana?" Alisa langsung terkedu dengan pertanyaan yang dilontarkan oleh Tiara. Soalan itu terlalu sulit sehingga dia tidak mampu menjawab. Atau, sejujurnya, dia tidak mempunyai jawapan yang munasabah untuk dijadikan sebagai pelengkap yang boleh menutup mulut Tiara.
Suaranya seakan tersekat di kerongkongan pada saat itu. Langsung tidak mampu mengujarkan sebarang maklum balas. Diri mula diserang rasa gugup kerana terpaksa berhadapan dengan detik seperti ini, di tempat kerjanya.
Hal-hal seperti ini boleh membangkitkan masalah kepada kariernya nanti. Dalam pada itu, Alisa cuba mengawal riak wajah agar tetap kelihatan tenang di mata Tiara.
"Maksud Tiara? Akak dengan Abang Hans? Sorry akak tak faham..." Mengelak adalah cara terbaik. Dia sendiri tidak tahu sejauh mana peluang untuk bersama Hans Ilham itu masih tersisa buat dirinya.
Hans sendiri sepertinya sudah terlalu membenci Alisa sehingga langsung tidak mahu memberikan ruang kepada wanita itu untuk menakluki hatinya semula.
Walaupun peluangnya agak tipis, namun Alisa masih berdegil mendekati bekas kekasihnya. Tidak salah mencuba bukan? Kalau dapat, dia juga yang bahagia.
"Kenapa akak sanggup pisahkan Abang Hans dengan Kak Yasmin? Akak tahu tak, yang sekarang ni, anak mereka menjadi mangsa! Budak tu kecil lagi kak. Tak sampai 3 bulan dia celik mata ke dunia ni, parents dia dah bercerai berai disebabkan orang ketiga. Tergamak akak buat macam tu pada dia orang..." Tiara melampiaskan segala yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Disebabkan perempuan ini jugalah, aku terpaksa korbankan cinta Abang Azam.
Alisa tergamam. Hancur segala ketenangan yang dia pamerkan sebentar tadi. Kini, wajahnya berubah kelat. Terasa dengan kata-kata Tiara yang agak tajam menusuk kalbu itu.
Bola mata meliar memerhati sekeliling, memastikan tiada yang mendengar cemuhan Tiara terhadapnya. Kalau tidak, habis kecoh satu hospital ini nanti.
"Tiara...akak tak boleh nak jawab semua ni. Because you won't understand. You hanya akan faham kalau pernah mencintai..." Belum sempat Alisa menuturkan kata selanjutnya, Tiara mencelah.
"I do understand akak! Saya pun sedang mencintai seseorang. Kami dah rancang semuanya...tapi segalanya musnah disebabkan akak! Because of you!" Suara Tiara melengking tinggi. Nasib sahaja, tiada yang lalu di ruang koridor itu.
"Apa yang Tiara merepek ni? Apa kaitan akak dengan..."
"My lover is Kak Yasmin's best friend. And now...disebabkan akak jugaklah, Kak Yasmin kena depresi. Abang Hans pula hilang entah ke mana. And now, Kak Yas needs someone in order to help her raise her baby. Disebabkan tu...my boyfriend gonna marry her..." Tiara merenung tajam sepasang mata Alisa yang mulai redup. Tapi, itu tidak menimbulkan rasa simpati dalam diri Tiara terhadap Alisa.
"Tiara...akak..."
"Enoughlah akak! Stop being selfish. Sekarang, even life Tiara bakal musnah. How could you do this to us." Nadanya bergetar. Sungguh perit kala memikirkan si cinta hati bakal menjadi milik orang lain, hanya disebabkan wanita yang sedang berdiri di hadapannya ini.
"Tiara..." Alisa hilang diksi.
"Do you know what, pagi esok, Abang Azam akan kahwin dengan Kak Yas...Akak bukan saja dah musnahkan hidup Kak Yas dengan Abang Hans, tapi akak turut hancurkan masa depan Tiara jugak! Kenapa akak? Kenapa? Akak rasa apa yang akak buat ni, betul ke? Berkat ke hubungan akak nanti? Rampas hak orang. Tuhan sentiasa perhatikan kita...always remember that. Tolonglah...Tiara merayu sangat pada akak, lepas ni, dah dapat Abang Hans, duduk diam-diam. Jangan ganggu rumah tangga orang lain pulak. Dulu Tiara hormat sangat pada akak...terlalu hormat. Tapi sekarang..." Tiara buang wajah. Tidak sanggup melihat wajah keruh milik Alisa lagi. Hatinya benar-benar terluka. Jiwanya terseksa.
Malam itu, Alisa tidak mampu melelapkan mata walaupun tubuhnya terlalu penat. Kata-kata Tiara sewaktu di hospital tadi, masih terngiang-ngiang dalam benak fikirannya.
Jahat sangatkah dia sehingga digelar sebagai pemusnah rumah tangga orang? Dia cuma mahukan haknya semula. Hans Ilham sepatutnya menjadi milik dia dan bukannya orang lain.
Alisa akui, dahulu dia terlalu ikutkan perasaan sehingga memutuskan hubungannya bersama Hans. Hampir setiap hari, batinnya terseksa mengenangkan hari-hari yang mereka lakar bersama sewaktu belajar di Medan. Terlalu banyak kemanisan yang mereka lalui bersama sepanjang bergelar pasangan kekasih.
Alisa juga terkejut saat desas desus mengenai penarikan diri Hans dari universiti mula dibahaskan oleh pelajar lain, sehingga beberapa rakan baik Hans mula menjauhkan diri mereka daripadanya. Bulan pertama, Alisa dapat menjalankan hari-harinya seperti biasa. Namun, lama-kelamaan, dia terlalu merindui sosok Hans.
Dia cuba menghubungi lelaki itu beberapa kali, namun, panggilannya tidak dijawab. Mungkin nombornya telah disekat.
Alisa melepaskan keluhan sambil memusingkan tubuhnya ke posisi mengiring. Hadiah pemberian Hans sewaktu mereka meraikan ulang tahun hubungan percintaan yang pertama ditenung lama. Ianya sebuah arca kayu yang diukir seakan bunga tulip. Terletak elok di atas meja sisinya, bersebelahan katil. Cantik!
Ianya dibeli ketika mereka bersiar-siar di salah sebuah kedai perhiasan di Medan. Alisa tersenyum sendiri saat mengimbau kenangan lalu bersama Hans. Lelaki itu terlalu banyak jasa pada dirinya.
"Hans...thanks for this wonderful gift. I suka sangat. Cantik!" Pujinya. Hans tersenyum tipis sambil menghulurkan air minuman kepada Alisa.
"Minum dulu. Lama sangat kita jalan. Mesti you penat." Lantas botol minuman itu bertukar tangan, sebelum Alisa meneguk sedikit air itu lalu dihulurkan semula botol yang tidak berpenutup itu kepada Hans.
"Erm, Hans..." Hans lantas menoleh ke sebelah. Memandang Alisa yang sedang menatapnya.
"Yup?" Sambil menanti balasan daripada Alisa, Hans mengeluarkan bungkusan makanan dari dalam sebuah plastik jernih. Mereka sedang berehat di sebuah pondok, berhampiran tasik, sambil menunggu ketibaan bas, untuk pulang ke kolej kediaman sebelum senja.
"Katakan, one day, one of us nak berundur dari hubungan ni, err, and orang tu adalah I, will you accept me back? I mean, i nak putus, lepastu i cari you balik...masihkah ada peluang kedua untuk I?" Berkerut dahi Hans tika mendengar soalan Alisa.
"Its depends sayang. Tapi, kalau you hancurkan kepercayaan I, maybe I akan fikir few times before accept you back. Kenapa tiba-tiba, you tanya soalan macam ni?" Bertambah hairan. Mengapa topik ini muncul secara tiba-tiba?
"Takde apa...Saja nak tahu. I love you sayang..." Alisa tersenyum manis sambil memaut erat lengan Hans dari tepi. Hans hanya menggelengkan kepala. Pelik-pelik je soalan dia ni...
" I love you more baby..."
Argh, what should i do now?! Teruskan or patah balik? Tapi, aku masih cintakan Hans. Bertambah serabut bila mengenangkan kata-kata Tiara di hospital, pagi tadi.
Tidak semena-mena, Alisa dilanda serba salah kerana telah meretakkan rumah tangga orang lain kerana kepentingan dirinya sendiri. Esok Yas dengan Azam nak kahwin...Then, what should i do now?
Masa terasa seakan terlalu suntuk untuk melakukan sesuatu. Alisa melepaskan nafas panjang lalu bangkit dari perbaringan. Telefon bimbitnya dicapai, sebelum dia menghubungi Hans beberapa kali. Panggilannya tidak dijawab! Mesti dia sekat nombor aku. Teka Tiara.
Macam mana aku nak contact dia, kalau dia tak nak jawab panggilan daripada aku! Ish...Think Tiara, think! Akhirnya, dia teringat sesuatu. Lantas dia menuju ke arah kabinet yang terletak di ruang tamu, lalu ruangan laci di bahagian bawah diselongkar. Sebuah telefon bimbit dibawa keluar.
Alisa sengaja menyediakan telefon tambahan di rumahnya. Kalau jadi apa-apa, senang nak hubungi keluarganya nanti. Pasti Hans tidak tahu nombor ini. Lalu, Alisa hubungi sekali lagi menggunakan nombor lain. Dan, masuk sahaja deringan kali kedua, panggilan terus bersambung.
"Hello?" Suara garau itu menyapa. Alisa terkelu sebentar. Mencari ayat permulaan supaya lelaki itu tidak menyekat nombor yang ini juga nanti.
"Hans...this is Alisa. Please jangan letak dulu. I...i ada benda nak cakap. Its about Yas." Jeda...
awal2 pagi update ye..huhu...maaf
Share this novel