Hubungan Yasmin dan Hans semakin menunjukkan tanda-tanda positif walaupun belum sepenuhnya mereka berdua berbaik. Masih ada saki baki salah faham yang tersisa dalam hati masing-masing. Namun, demi permintaan Fauziah dan Khalid, mereka menolak jauh rasa ego dari terus menganggu kesejahteraan rumah tangga.
Tiara juga sering bertandang ke rumah untuk meluangkan masa bersama Yasmin dan Harsha. Cuti semester yang panjang membuatkannya berasa bosan untuk berada di rumah dan menadah telinga mendengar gosip-gosip daripada ibunya, Rafidah si mulut puaka.
Hans mula menjaga batasnya dengan Tiara. Begitu juga dengan Tiara sendiri. Hubungan antara mereka masih terjalin dengan baik, walaupun tidak semesra dahulu. Hal itu, melegakan Fauziah dan Khalid kerana gadis semuda Tiara boleh mendengar nasihat mereka serta mengikutinya dengan baik.
Malam minggu, Hans mengajak Yasmin untuk bersiar-siar ke Funfair yang baru bertapak tidak jauh dari kawasan kejiranan mereka. Yasmin lantas bersetuju. Dan dia juga mencadangkan untuk membawa Tiara dan Azam sekali bersama mereka. Ramai-ramai, barulah meriah sikit.
Azam menghubungi Yasmin dengan geram. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba diarah untuk mengambil Tiara di rumahnya lalu sertai mereka di tapak Funfair. Dia bukannya kenal atau rapat sangat dengan gadis itu. Berjumpa pun, sewaktu majlis pernikahan Hans dan Yasmin sahaja. Aduh, peninglah kau ni Yas! Kalau lelaki takpelah jugak! Ni perempuan! Aku segan tahu tak?! Terus dicampak geram telefon bimbitnya ke tempat duduk penumpang di sebelah kerana Yasmin seolah-olah tidak mahu menjawab panggilan daripadanya. Sengaja nak larikan diri! Siap kau Yas! Rungut Azam.
"Dia ke tu? A'ah betullah. Tak salah orang." Sambil terkumat kamit bersoal jawab seorang diri, Azam menghentikan keretanya betul-betul di hadapan seorang gadis yang tekun membelek telefon bimbitnya.
Eiii...minah ni. Main phone pulak! Tak nampak ke aku tengah terpacak kat depan dia ni! Sambil mengetap rahang, hon lantas ditekan sehingga memeranjatkan Tiara. Nasib tak terpelanting telefon bimbitnya ke dalam longkang akibat kejutan yang tidak diduga itu. Mencerlung mata Tiara memandang ke arah Azam yang juga sedang menjegilkan biji mata ke arahnya. Gulp!
Ish, dasar mamat sewel! Kalau bukan sebab Kak Yas yang suruh, jangan harap aku nak naik dengan kau!
Ek eleh. Kerek betul...Kalau bukan sebabkan si Yas otak mereng tu, tak hingin aku nak ambik kau!
Masing-masing mengutuk sesama sendiri. Setelah 5 minit saling bertukar pandangan, akhirnya Tiara masuk ke dalam kereta Myvi Azam.
"Eh, duduk depan. Ingat aku ni driver ke?" Pintu belakang yang barusan dibuka terus dihempas kuat oleh Tiara. Panas hati sungguh dengan perangai lelaki itu. Rasa nak ketuk je dengan kuali! Biar lebih waras dan rasional ketika bertindak.
Pintu sebelah penumpang hadapan dibuka dengan kasar lalu dia meloloskan diri ke dalam. Baru sahaja Tiara melabuhkan punggung di atas kerusi, tiba-tiba dia terasa seakan sedang menghempap sesuatu. Langsung diangkat punggungnya, lalu diraba permukaan kerusi itu sebelum tangannya mencapai sebuah objek berbentuk segi empat tepat sederhana nipis. Berkerut dahi Tiara. Tahulah dia apakah objek tersebut. Pergi letak handphone kat situ buat apa...eiii! Tiara mendengus geram. Terus diangkat telefon bimbit itu lalu diletakkan di atas dashboard dengan kasar.
"Eh, handphone aku..."
"Hah, tahu pun handphone awak. Yang gi letak kat sini buat apa? Ini kan tempat duduk untuk manusia." Sindir Tiara lalu memutarkan bola matanya dengan sebal. Entah apa-apa je perangai.
Amboi, budak kecik ni karang! Dijelingnya aku! Aku lagi tua kut daripada dia! Gerutu Azam. Tidak mahu melengahkan masa, Azam terus melepaskan brek tangan lalu memecut meninggalkan kejiranan itu dengan hati yang membara. Dilirik sekilas gadis di sebelahnya. Azam tersenyum sinis. Budak-budak zaman sekarang, melekat aje dengan telefon bimbit. Zaman aku dulu, dah lama kena terajang dengan mak bapak. Kutuknya.
"Lambat lagi ke nak sampai?" Soal Tiara sambil meregangkan urat tangannya yang terasa kebas kerana terlampau lama bermain game. Bukan kebiasaannya pun, melainkan untuk menutup rasa kekok dan janggal kerana terpaksa berada dalam kereta yang sama dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya.
"Dekat dah. Insyallah, esok kita sampai." Seloroh Azam lalu tertawa sendiri dengan lawak hambarnya. Sementara Tiara sudah memicingkan bola mata. Terherot bibir angkara sikap makhluk di sebelah. Semakin muak rasanya kerana terpaksa melayan lawak bodoh lelaki tua ini. Entah apa yang lawak sangat!
Setibanya mereka di situ, Tiara dan Azam menghampiri sosok Hans dan Yasmin yang sedang berlenggang kangkung menyaksikan roller coaster yang sedang berpusing di hadapan. Mahu naik, tapi tak boleh. Yasmin sedang mengandung.
Tiara yang masih muda, mula berasa teruja untuk mencubanya. Namun, tiada kawan untuk diajak bersama. Kerusi itu muat untuk dua orang, dan jika dia naik seorang diri, pasti akan ada orang asing yang perlu duduk disebelahnya. Dia tidak mahu. Nanti tak selesa pulak. Terus berubah kelat wajah gadis itu.
"Lah, kenapa monyok aje ni?" Yasmin menarik bahu Tiara untuk berdiri di sebelahnya. Rambut Tiara yang kusut akibat ditiup angin dirapikan dengan hujung jari. Kenapa masam je budak ni, Azam ada buat hal ke? Fikir Yasmin.
"Tak, Ara, nak cuba tu, cuma takde kawan." Rungutnya. Bibir dijuihkan ke arah roller coaster yang sedang bergerak mengikut arah jam. Berkaca-kaca mata menahan sebak.
"Oh...Ara nak cuba? Err...abang Azam boleh temankan." Serentak Azam dan Tiara berpandangan. Apa ke jadahnya Yas ni, disuruhnya aku naik roller coaster tu dengan budak setahun jagung macam ni? Aku kan takut tinggi! Hampir saja dia pengsan di situ.
"Alah, Zam, teman ajelah. Bila je kau boleh try permainan orang-orang muda macam ni." Sindir Hans Ilham sambil mengekek geli hati bersama Yasmin. Terbuntang mata Azam dengan permintaan dua manusia itu. Tak guna punya kawan! Saja nak kenakan aku. Kalau aku tahu, mesti aku tolak bulat-bulat nak join korang ke sini.
"Takpelah abang Hans. Dia takutlah tu. Its okay." Provok Tiara sambil tersengih mengejek. Confirm dia tak berani nak cuba. Haih, harap je lelaki...
"Ewah, ewah...banyak cantik kau ek. Siapa cakap aku takut? Aku cuma tak nak buang masa buat aktiviti-aktiviti macam ni. Tak adventurous bagi aku." Dalih Azam sambil bercekak pinggang.
"Dah...dah. Tak payah nak cover line sangat. Kalau betul kau berani, aku cabar kau naik benda alah tu." Cabar Hans Ilham sambil tersenyum nakal. Ada saja cara nak kenakan si Azam.
"Err...tapi...tapi..." Air liur yang ditelan dirasakan berpasir. Susah nak masuk ke dalam tekak. Anak tekak seolah telah tertutup sendiri. Pucat lesi wajah Azam mengerling ketiga manusia yang sedang mengulum senyuman penuh makna, demi meraih secebis simpati. Cis, macam mana ni?
next chap..citer pasal azam naik roller coaster lak ek..ehehe
Share this novel