31

Romance Completed 60891

Tempat: Di rumah Harun, sebelum mimpi Azam.

"Azam, ikut aku jap." Kehadiran Yasmin pada saat genting itu sedikit sebanyak membantu Azam yang dilanda kebuntuan akibat sikap Harun sebentar tadi. Hampir sahaja dia mati katak akibat kekejangan otot di situ.

Hilang tabiat ke apa orang tua ni! Entah apa-apa aje permintaannya. Selalunya pihak lelaki yang meminang pihak perempuan, ini, malah terbalik pula. Rungut Azam seketika.

Tanpa melengahkan masa, Azam terus berpamitan daripada terus berhadapan dengan Harun, lalu membuntuti langkah Yasmin dari belakang menuju ke arah halaman rumah semi D milik keluarga wanita berkenaan.

Keduanya melabuhkan punggung masing-masing di atas bangku yang terletak di halaman kebun mini bunga orkid milik Wahida. Lama, mereka berdua bertentang mata.

Azam sempat mengimbas wajah Yasmin yang semakin cengkung dan kusam. Tubuh wanita itu juga kelihatan susut dari sebelumnya. Lingkaran gelap di bawah matanya juga jelas kelihatan.

Ternyata teman baiknya itu, sedang dilanda dilema. Dilema menjadi janda sekali dengan pakej anak seorang. Nak menyesal pun, sudah tidak berguna. Kerana mulut badan binasa. Nasi pun sudah lama menjadi bubur. Ikutkan sangat kata hati, sehingga mencagarkan masa hadapan sendiri dan anak yang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan.

Azam menarik nafas berat. Selang beberapa minit berada dalam keadaan yang sunyi sepi, akhirnya Yasmin membuka mulut. Terhenjut-henjut bahunya teresak di hadapan Azam yang tidak tahu mahu berbuat apa. Dia sendiri sudah mati akal pada saat itu.

"Aku...aku penat Zam. Aku penat hadap semua ni. Aku ada Iz je sekarang." Serak suaranya kala mengucapkan butir kata berkenaan. Azam mengangguk perlahan. Langsung tidak berbunyi mahupun memangkas kata-kata Yasmin. Perbualan mereka berterusan sehingga sejam lamanya.

Azam membisu kala Yasmin meluahkan isi hatinya. Dia malah menemui jalan buntu kerana, cadangan merepek Harun itu tadi, turut dipersetujui oleh Yasmin.

"Tolong aku jaga Iz, Zam...Aku dah tak tahu nak bergantung harap pada siapa lagi..." Rayu Yasmin dengan mata sembabnya. Air mata dan hingus yang meleleh-leleh dari hidung Yasmin, menerbitkan rasa simpati dalam diri Azam.

Tetapi, itu tidak bermakna, dia perlu mengorbankan masa depannya dengan mengahwini seseorang yang dia tidak langsung mencintai bukan? Namun, mahu menolak, dia tidak sanggup.

Dia kasihan melihat keadaan Yasmin yang seakan sudah hilang pedoman dan semangat untuk meneruskan hidup. Jika aku menolak, adakah Yas akan baik-baik sahaja meneruskan hidupnya bersama Iz? Azam berfikir buat sejenak.

"Tapi Yas...kau dengan aku...susah Yas! Susah! Kita kawan. Dalam hati kita dua, langsung takde..."

"Cinta boleh dipupuk lepas kahwin Zam. Apa gunanya bercinta bagai nak rak, lalu pada akhirnya, ada pihak yang memilih untuk curang dalam rumahtangga itu sendiri? Tengok ibubapa kita, kahwin atas pilihan keluarga, tiada rasa cinta sama sekali di antara mereka sebelum kahwin, tapi boleh hidup sampai ke tua dengan pasangan yang sama sehingga ke usia tua. Bukan macam aku, bercinta, suka sama suka, at last...bercerai berai macam ni." Azam terkedu mendengarnya. Hilang ungkapan lanjut buat mempertahankan pendiriannya. Dalam diam, dia juga mengakui kenyataan Yasmin itu.

"Tapi Yas...aku..." Azam kelihatan teragak-agak. Seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.

"Kalau tak boleh takpe Zam...aku tak paksa. Aku sedar, diri aku ni siapa. Sekadar janda anak satu. Bukan tanggungjawab kau nak pikul beban ni semua..." Terbit keluhan halus daripada bibir Yasmin. Lantas dia menunduk sambil bermain pada jemarinya.

"Tak! Bukan macam tu maksud aku Yas..." Serba salah pun ada. 'Dua-dua' Azam sayang. Tetapi, hatinya bukan untuk Yasmin sebaliknya...Argh! Mengapa harus aku yang menghadapi kekusutan ini!

"Hans takkan terima aku semula Zam. Dia tak suka dengan orang curang." Azam terpana. Terbeliak biji matanya mendengar pengakuan itu. Yas curang?!

"Kau biar betul Yas! Kau curang dengan Hans? Bu...bukan Hans yang curang dengan kau? Tadi bapak kau cakap yang..."

"Aku terpaksa cakap begitu Azam. Biar dia rasa keperitan diduakan oleh orang yang paling kita percaya dan sayangi. Dia masih sayangkan ex girlfriend dia Zam." Sekali lagi Azam melopong.

Entahlah, dalam hari yang sama, tidak sampai beberapa jam pun lagi, Azam malah menerima kejutan demi kejutan dalam pelbagai cara. Sungguh menggagumkan keluarga Harun ini ye...Pandai dalam urusan memberikan kejutan kepada orang. Boleh dah rasanya berjinak-jinak dalam bisnes Surprise Birthday Party! Untung kaw-kaw! Dah melalut ke lain si Azam.

"Masa di mahkamah hari tu, he doesnt even look at my face. And i saw her, in a car, watching us from far. Nampak sangat Hans akan kembali ke pangkuan Lisa lepas ni." Pecah tangis Yasmin. Azam terdiam.

Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu mahu berkata apa. Melihat penderitaan Yasmin, dia juga turut terasa sakit. Tetapi, pada masa yang sama, geram juga mahu menyekeh kepala perempuan degil itu. Haih...

"Yas...let me talk to him." Langsung terangkat kepala Yasmin. Dia memandang tepat ke anak mata Azam.

"Jangan Zam! Jangan! He will kill you." Yasmin menggelengkan kepalanya.

"Hans knew me Yas. Nanti aku bincang semula dengan dia." Lantas Azam mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Hans.

"Dont! You will be in danger!" Yasmin meninggikan suaranya. Risau benar minah ni! Sebelum ni aku jugak yang pergi settlekan mamat sewel tu...

"Lah...relaks Yas. Buat apa Hans tu nak apa-apakan aku." Dia menggeser skrin telefon bimbitnya di ruangan kenalan, mencari nombor Hans yang sudah lama disimpan di dalam senarai kenalan rapatnya. Dengan pantas tangan Yasmin menyambar peranti berkenaan sehingga terlepas daripada genggaman Azam.

"Dont i say!" Yasmin menjegilkan biji matanya. Naik turun dadanya menahan kegusaran pada ketika itu. Berkerut dahi Azam melihat keresahan Yasmin.

"Why Yas...I'm just..."

"Because i told him that, i cheated with you!" Hampir terhenti detakan jantung Azam. Astaghfirullah, minah ni. Kalau ye pun tengah bengang, tok sahlah guna nama aku!

"What?!" Naik beroktaf-oktaf nada suara Azam. Jarang sekali dia meninggikan suaranya terhadap Yasmin. Namun, kali ini, wanita itu sudah melampau.

"I...i'm so sorry Azam. Aku just nak buat dia sakit hati je. Tapi, aku betul-betul tak sangka yang dia akan lafazkan talak pada aku..." Yasmin menunduk menekur lantai di bawah. Berapi-api, meluap-luap kemarahan Azam ketika itu. Berang dengan sikap Yasmin yang selalu memandai-mandai mereka masalah sendiri. Dan tengoklah, apa yang sudah jadi, pada akhirnya.

"Yas...Apa-apa pun, kau tak boleh gunakan nama aku. And now, how i'm gonna face Hans in the future? What will society think about me? And, kau tahu dari mana yang si Hans tu ada perempuan lain? Kau ada selidik tak Yas? Ke kau buat andaian sendiri macam sebelum-sebelum ni?" Marah Azam. Yasmin mengangguk perlahan.

"Aku nampak dan dengar segalanya Azam. Pagi lepas aku bersalin, i saw him, talking with his, ex girlfriend. Perempuan tu doktor kat hospital tu. Dia...dia siap cakap yang he still adore her..." Azam melepaskan keluhan.

Hans ni biar betul! Bini baru lepas beranakkan zuriat kau kot...Kau boleh pulak pergi menggedik dengan betina lain! Dia mengepal erat jari jemarinya. Selaku seorang ketua keluarga, Hans sepatutnya bersikap lebih rasional sebelum membuat apa-apa keputusan. Kini, siapa yang menjadi mangsa?

Sama ada bersetuju mahupun tidak dengan permintaan Yasmin dan Harun, itu Azam akan fikirkan di lain hari. Dia mahu bersemuka secara langsung dengan Hans Ilham. Apa nak jadi, jadilah! Kalau perlu bertumbuk sekalipun, dia sanggup! Demi Yasmin, demi Iz, dan demi si 'dia'.

maaf sesangat saya lambat update. Was resting for a while...happy reading guys ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience