"Okay, at least, let me know Yasmin. Bagitau abang, apa yang buat Yas sampai tawar hati dengan hubungan kita ni. Kat mana silap abang?" Ditatap muncung si isteri yang masih belum turun sejak tadi. Air mata, tak usah cakaplah, mengalir macam air empangan yang baru dilepaskan. Nak kasihan pun, dia sendiri tak tahu penyebab si Yasmin menangis sampai bengkak-bengkak mata. Dah 2 minggu mereka tak bertegur. Tengok muka pun, tak mahu. Yasmin buat-buat tak dengar pertanyaan Hans. Eleh, buat-buat tak tahu konon! Dasar egoissss! Terjongket bibir atas lalu diputar bola mata dengan angkuhnya.
"Yasmin, i'm talking to you. Jawab! Sampai bila you nak main teka teki macam ni dengan abang?" Naik seoktaf nada Hans. Benganglah, orang tengah tanya baik-baik macam ni, boleh pulak dia buat-buat bodoh je. Eee, sabar Hans, sabar. Kalau sorang jadi api, sorang lagi kena jadi air. Takpe, kau mengalah dulu. Its okay, demi rumah tangga kau.
"You know the answer." Haa, dari haritu, tu jelah yang kau tahu. You know the answer, you know the answer! Masalahnya aku tak tahu answer tu! Apa salahnya kalau kau bagitau answer tu. Ish...naik darah aku nilah.
"Masalahnya, abang tak tahu. Sayang, please. Kita baru kahwin tau. Bau-bau honeymoon pun tak hilang lagi. Kenapa ni, okay, tell me. What do you want. Abang akan tunaikan for Yas. You tahukan how much i love you, baby." Dicapai tangan Yasmin dan diusap lembut. Sengaja dia merapatkan jarak wajah mereka. Guna cara halus tak dapat, aku guna cara kasar. Goda, godaan, digoda. Yeahhh, Yasmin pantang digoda, pasti menggeletis menagih cinta aku. I know your weakness my love.
Yasmin yang mula perasan dengan taktik kotor Hans, cuba menjauhkan jarak antara mereka. Namun, semakin dia menjauhkan diri, semakin dekat Hans menghampiri tubuhnya. Hembusan nafas Hans turut sama dapat dirasai. Yasmin terkekek kegelian. Hans sudah tersenyum nakal. I know you my wife. Jadilah singa betina sekalipun, aku tahu cara nak jinakkan kau jadi kucing parsi aku. Hikhikhik. Tap!
"Aduh!" Menyeringai kesakitan sambil memegang asetnya yang sudah mengendur kekecewaan. Ditekup bahagian itu sambil menarik nafas dalam. Kurang ajar punya bini, dalam banyak-banyak tempat, tempat tu jugak yang kau nak balun! Sakitnyaaa...boleh mati pucuk kalau hari-hari kena woiiii.
Yasmin menolak dahi Hans menggunakan jari telunjuk. Padan muka. Miang lagi dengan aku. Orang tengah bad mood, dia boleh pulak nak masuk jarum. Ini Yasmin lah. Semudah ABC, aku boleh patahkan serangan pihak lawan. Grrr...
"Apa sayang ni! Sakit tau! Nasib tak terburai isi dalam tu." Sikit lagi nak keluar air mata jantan. Senak perut Hans tahan sakit. Tercebik bibir melihat wajah acuh tak acuh isteri tercinta. Sampai hati kau melukai jiwa dan ragaku Yasmin. Apa salah aku, sampai kau melayan aku sebegini rupa? Mana perginya janji-janji manis yang pernah meniti pada bibir mungil kau? Mana perginya sikap penyayang kau terhadap aku Yasmin? Mana? Mana?!.....
"I nak you ceraikan i. I dah taknak hadap muka you lagi." Dipalingkan wajah dari melihat Hans. Walaupun hati Yasmin terasa sakit ketika menuturkan ayat itu, namun dia terpaksa. Mahu tidak mahu, Yasmin perlu menamatkan hubungan yang menyesakkan roh dan jasadnya ini.
"Apa yang buat you sampai nak mintak cerai dengan i Yasmin? You dah fikir masak-masak ke? You ingat kahwin ni benda main-main? Suka kahwin, tak suka cerai. Macam tu? Don't be selfish Yas. Kalau benda yang buat you rasa marah tu, boleh diselesaikan melalui perbincangan, lets do it. I taknak kehilangan you." Panjang lebar ayat pujukan yang disampaikan kepada Yasmin. Namun satu pun tak masuk dalam kepalanya. Yang dia tahu, penceraian adalah penyelesaian yang terpaling baik untuk keadaan mereka. Dia mengeluarkan sepucuk surat dari dalam laci meja solek dan menghulurkannya kepada Hans yang terkebil-kebil.
"Apa semua ni Yasmin?!" Terjerit akibat kejutan yang tidak dijangka. Tak bincang apa-apa dengan aku. Suka-suka hati dia je nak mintak cerai.
"Borang penceraian. I dah signed. Now, its your turn." Jawabnya dengan nada mendatar. Tiada getaran mahupun kegugupan saat menyatakannya. Nampaknya, Yasmin benar-benar yakin dengan keputusan ini.
"But why Yas...kenapa buat abang terseksa macam ni? Kita baru kahwin 3 bulan. 3 bulan Yas, 3 bulan! 3 bulan bukan satu tempoh yang panjang untuk kita mengenali hati budi masing-masing. You ada fikir pasal perasaan family kita? How they will react lepas tahu pasal benda ni?" Setitik demi setitik air matanya jatuh menyembah bumi. Antara sakit dan terkejut dengan semua yang sedang berlaku dalam hidupnya sekarang. Hans buntu.
"I dah tak boleh Hans. I harap you faham. Makin lama you cuba drag the time, makin teruk jadinya nanti. Better you lepaskan i dengan cara baik. We still can be a good friends." Sembang bukan main kencang kau nyah. Good friends konon. Ingat senang ke nak lupakan segalanya dan jadi kawan baik, seolah-olah tak pernah terjadi apa-apa antara mereka sebelum ini. Kau takpelah, hati orang lain ada kau fikir? Mampu ke dia nak hadap muka kau lepas ni? Hans menggeleng antara percaya dan tidak percaya. Berharap ini semua hanyalah sekadar satu mimpi buruk atau prank. Tapi tidak. Ianya satu kenyataan yang perlu dia hadapi.
"I'm sorry Hans. Take your time untuk sign document tu. I nak keluar dari sini. Make sure you tandatangan before hujung minggu ni." Bagasi disorong ke arah muka pintu. Tanpa berpamitan, dia meluru keluar dari rumah yang pernah merakam detik-detik manis mereka berdua.
"Eh, Hans...Yas nak ke mana pulak tu?" Soal Fauziah kepada anaknya. Berkerut dahi saat melihat wajah kusut si anak yang barusan keluar dari bilik sambil memegang sehelai kertas. Disambar helaian itu dengan kasar dan dibaca isinya sebelum dia terbuntang tidak percaya.
"Borang penceraian?! Apa semua ni Hans? Kau nak ceraikan Yasmin ke? Apa salah dia?" Elok aje aku tengok menantu aku tu. Takde kurang, tak luak apa-apa. Bertuah punya budak. Baru 3 bulan kahwin, dah mengada nak ceraikan bini.
"Yasmin yang nak ceraikan Hans mak." Terkaku sebentar Fauziah apabila Hans memeluk tubuhnya dengan erat dan melepaskan tangisan di atas bahunya. Ya Allah, apa dah jadi dengan anak menantu aku?! Kelam sekejap dunia Fauziah. Baru mendirikan rumah tangga tak sampai 3 bulan, bini dah mintak cerai, ni mesti ada something...
"Hans, jujur dengan mak. Hans ada buat benda tak senonoh ek kat luar?" Muka seposen Hans ditatap dalam-dalam. Macam tidak. Anak aku jenis setia pada yang satu. Habis tu, sebab apa pulak si Yasmin tu nak mintak cerai dengan dia? Tergaru kepala mencari jawapan kepada persoalan yang tiada siapa tahu.
Maka berdirilah Hans bersama ibu tersayangnya di muka pintu sambil menyaksikan pemergian Yasmin dari perkarangan rumah mereka dengan hati yang sayu dan pilu. Sekali lagi Hans teresak dalam pangkuan Fauziah.
Sekkkk...
"Ya Allah, budak ni! Eh, apasal lap hingus kamu kat tudung mak ni! Hans!"
Pap! Pap! Pap!
"Aduh, ampun mak! Hans tak sengaja!" Terkocoh-kocoh lari meninggalkan ruang tamu tanpa menoleh ke belakang. Tua-tua pun masih berbisa tamparan mak aku ni! Adehhh...apalah nasib. Tadi kena terajang ngan bini, sekarang kena hempuk dengan mak. Perempuan memang macam ni ek? Taknak faham langsung perasaan seorang lelaki teraniaya macam aku. Sob..sob..Majuk.
Share this novel