5

Romance Completed 60794

Dari jauh Azam memberikan isyarat mata kepada Yasmin untuk pergi berbincang bersama Hans, yang sudah lama terpacak di hadapan rumahnya. Bagi isyarat mata tak jalan, dijegilkan pula biji matanya sambil bercekak pinggang. Macam gaya mak-mak. Kecik besar, kecik besar je Azam tengok Yasmin ketika itu. Terketap gigi akibat geram. Kena paksa dulu baru nak dengar kata. Grr...

Malas-malas Yasmin melangkah menghampiri susuk tubuh yang berdiri membelakanginya. Yasmin menilik penampilan lelaki itu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Hans yang hanya mengenakan t-shirt biru laut dan seluar jeans hitam, kelihatan tidak terurus seperti selalu.

Wajah tampan lelaki itu juga kelihatan tidak bermaya dengan lingkaran gelap di bawah mata dan berat badannya juga sudah susut. Terbit simpati dalam diri Yasmin saat melihat perubahan Hans di depan mata. Sebelum ini dia hanya mendengar mengenai perkembangan Hans daripada mulut Azam. Yasmin berdehem perlahan supaya Hans menyedari kehadirannya di situ.

Hans Ilham lantas memusingkan tubuh ke belakang dan menghadap Yasmin. Jiwanya yang kosong itu kembali terisi. Rasa rindu terhadap wanita itu semakin menggebu saban hari. Dapat tengok sekejap pun, dah kira okay.

"Yas, apa khabar?" Wanita itu sedikit berisi berbanding sebelum ini. Wajah pun berseri-seri seakan sedang meniti hari-hari bahagia. Sayu rasanya perasaan Hans. Dia bahagia tanpa aku di sisi? Seems like, i am the problem all this time.

"Good." Sepatah sahaja jawapan yang disebut. Dah kira baik aku balas pertanyaan kau. Lantas Yasmin memutarkan bola matanya dengan sebal sambil memeluk tubuh. Ugh, ingat aku nak tengok sangat muka kau? Ni semua sebab Azam! Sempat menghantar satu jelingan pada Azam yang kelihatan sibuk menatal telefon bimbitnya. Eleh, buat-buat tak tahu konon.

"Yas, abang datang, bukan nak mengeruhkan keadaan. Abang nak perbaiki hubungan kita." Jelas Hans apabila raut wajah Yasmin berubah kelat, seakan tidak menyenangi kehadirannya di situ.

"Hmm..." Yasmin buat acuh tidak acuh sahaja. Boleh percaya ke kau ni? Terserlah senyuman sinis pada ulas bibirnya.

"Give me an another chance Yas. I will prove it to you. I bukan Hans yang dulu. I nak kita get back balik. Lupakan semua kisah lama." Rayu Hans lalu cuba memegang tangan Yasmin namun segera ditepis oleh wanita itu. Dont touch me!

Tergelak Yasmin saat mendengar permintaan suaminya. "Jangan pakai sebut je Hans. Kalau diri sendiri tak boleh nak ikut dengan apa yang mulut tu kata. Nanti, awak sendiri yang akan ungkit balik kisah ni in the future. I know you very well." Sindir Yasmin. Janji-janji kau semua tak boleh pakai. Sekadar angin lalu saja.

Hans tertunduk. Sindiran Yasmin benar-benar menguris hatinya. Dan dia juga tidak mampu menyangkal kenyataan Yasmin. Semua yang dikatakan oleh Yasmin adalah benar belaka.

--------------

"Yas tak jealous pun dengan Amira tu abang. Tapi cuba abang letakkan diri abang kat tempat Yas. Siapa pun akan marah. Abang pergi hantar dia balik tanpa mintak izin saya. Okay, tak perlu mintak izin, at least let me know. Kalau jadi apa-apa, Yas boleh back up abang. Amira tu janda, nanti apa pulak kata orang." Tegur Yasmin. Petang tadi, Yasmin terlihat Hans berdua-duaan di dalam kereta bersama Amira, janda yang baru sahaja diceraikan pada beberapa bulan yang lalu, akibat curang bersama majikan sendiri di tempat kerja. Pulang sahaja ke rumah, Yasmin terus menunggu Hans di muka pintu. Namun, selepas Maghrib, baru nampak batang hidung suaminya di rumah. Apabila disoal, baru dia mengaku.

"Oh god, Yas. Can you just leave it! Kenapa nak perbesarkan benda remeh macam ni. Its not like you tak pernah buat langsung kat abang before this..." Sengaja dia memperlahankan nada suara pada barisan ayat terakhir. Sengaja mahu menyakitkan hati Yasmin. Kisah lama itu masih melekat dalam ingatan Hans sehingga sekarang.

Yasmin terpana dan terkedu. "Apa maksud abang?" Dia masih tak lupakan hal itu? Hans memalingkan muka sambil menyelak kasar helaian rambutnya ke belakang.

"Kalau abang ulang balik, nanti mulalah Yas cakap yang abang ni ungkitlah...apalah..."

"Abang...jangan naikkan darah Yas. Jangan kaitkan hal tu dengan benda bodoh ni. Yas bukan macam abang."

"Yas keluar dengan Azam malam-malam. Lepastu pagi baru balik rumah."

"Astaghfirullah al azim. Kalau ye pun nak backup perbuatan abang ni...boleh tak jangan nak kaitkan dengan benda-benda yang tak masuk akal langsung! Dah beratus kali Yas jelaskan pada abang. Malam tu Yas kena gastrik. Abang pulak takde kat KL. Abang balik kampung. I was all alone. Nak taknak Yas terpaksa mintak tolong dengan Azam. I called you many times untuk bagitau pasal keadaan i, even Azam pun called you, tapi abang langsung tak angkat! Pagi lepas Yas sedarkan diri, Yas masih call abang untuk bagitau pasal keberadaan Yas. Ada abang angkat? Whatsapp pun one tick je. Badan Yas lemah sangat, and do you expect i balik naik grab sorang-sorang dalam keadaan macam tu? Have you ever give a thought about it? You suka kan ungkit pasal ni everytime kita gaduh. Like i ni perempuan murah." Terkilan dan kecewa. Kenapa perlu mengungkit hal lama. Walaupun ketika itu, Yasmin hanya bergelar sebagai teman wanita kepada Hans, namun dia cuba menghubungi lelaki itu beberapa kali kerana mahu mengelakkan terjadinya sebarang salah faham di antara mereka berdua. Masa tu bukan main lagi kau angguk faham. Lepastu, selalu repeat the same thing again and again.

"Abang tak cakap pun Yas tu murah. Yas sendiri yang kata diri Yas macam tu." Sinis sekali intonasi Hans.

"Boleh matilah cakap dengan orang macam abang ni!" Tempik Yasmin lalu berlalu masuk ke dalam bilik, meninggalkan Hans bersendirian di meja makan.

"Yeah? Then go talk to that Azam!" Tengking Hans lalu menghempas pinggannya ke atas meja makan dengan geram. Aku cuma nak tolong Amira. Tak terlintas langsung dalam hati aku nak menggatal dengan mana-mana perempuan. Kereta dia rosak tengah jalan, takkan aku nak biarkan dia duk sorang-sorang kat jalan sunyi macam tu. Aku lambat balik sebab kena hantar dia pergi klinik dulu. Itupun isteri aku taknak faham. Lepastu cemburu tak bertempat. And aku tak faham, why must, aku mintak izin dengan dia? I'm the husband. Ketua keluarga! As a wife, she supposedly respect and believe me.

---------------

"Lupakan jelah Hans. Saya taknak buang masa siapa-siapa kat sini. Anggap je jodoh kita tak panjang. Even, kita cerai sekalipun, you tak rugi apa-apa. You still can get married. I ni jelah, jadi janda muda. Kena hadap persepsi buruk masyarakat. Orang pun tak akan hingin nak kahwin dengan janda macam i ni..."

Berdesing telinga Hans. Ya Allah, dia pukul aku bertubi-tubi dengan sindiran. Memerah kulit wajahnya menahan malu.

--------------

"Kesiannya dia abang...sampai hati suami dia buat macam tu." Sambil menyeka air mata dengan tapak tangan, mata masih ligat menonton drama pada kaca televisyen bersama Hans.

"Siapa suruh perempuan tu tinggikan suara."

"Eh, abang. Biasalah emosi manusia. Dah laki dia tak bertanggungjawab. Lagipun suami dia yang tengking dulu. Perempuan tu elok je cakap baik-baik." Bela Yasmin sambil merenung tajam suaminya. Mulalah tu nak salahkan kaum hawa. Kaum dia semuanya betul. Yang tak betulnya, perempuan jelah.

"Perempuan ni, even suami tinggikan suara sekalipun, she needs to respect him. Dia ketua keluarga kot. Dah suami dia jadi api, isteri dia kenalah jadi air. Mana boleh dua-dua bertekak tak ingat dunia. Makin teruklah effect dia. Laki senang je kalau bercerai. Boleh kahwin dengan perempuan lain. But how about ladies? Nak ke orang terima janda? Lagi-lagi pandangan buruk orang luar kat dia nanti. Mampu ke dia survive? Zaman dulu, seteruk manapun suami, isteri-isteri masih setia dan taat pada perintah suami. Bukan macam perempuan sekarang, sikit-sikit melawan, pastu mintak cerai." Dicampak kuat alat kawalan jauh yang dipegangnya ke atas lantai sehingga berkecai. Tanpa memandang ke arah Hans, Yasmin terus menghayunkan langkah ke dalam bilik. Ya Allah, lama-lama boleh naik darah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience