11

Romance Completed 60794

Keadaan di dalam kereta ketika itu agak tegang dengan api kemarahan dari kedua belah pihak. Mahupun Yasmin atau Hans, masing-masing sedang menahan rasa akibat majlis tadi. Hans mengerling sekilas ke arah isterinya yang sedang sibuk menatal telefon bimbit. Rahangnya bergerak-gerak saat dia mengetap giginya dengan geram.

Bukannya dia tidak nampak cara layanan Yasmin terhadap seluruh ahli keluarga Tiara sewaktu mereka berada di sana. Dia tidak faham, mengapa Yasmin perlu menunjukkan kemarahan dan rasa protesnya terhadap keluarga Tiara, padahal dia sedang melancarkan perang terhadap Hans.

Aku kena ajar perempuan ni. Makin lama dibiarkan, makin menjadi-jadi perangai! Hans berdehem beberapa kali supaya Yasmin menoleh ke arahnya. Namun, wanita itu malah buat tidak tahu sahaja. Hal itu, semakin menaikkan darah Hans Ilham. Terus dirampas kasar peranti yang berada dalam genggaman Yasmin lalu dicampakkan ke tempat duduk belakang.

Yasmin mencerlung tidak puas hati terhadap Hans lalu menampar lengan lelaki itu dengan kuat sehingga Hans menyeringai kesakitan. "Dah kenapa pergi campak phone i ke sana? Kalau rosak, you nak ganti?" Terpamer riak tidak kisah pada wajah Hans, sehingga membangkitkan keinginan Yasmin untuk melawan lelaki bermuka tembok itu habis-habisan malam ini.

"Apasal buat Tiara macam tu tadi?" Soal Hans tiba-tiba. Yasmin memalingkan mukanya dari terus menatap lelaki itu. Dah agak dah...mesti nak tanya pasal budak tu. Yasmin buat tidak dengar persoalan Hans Ilham.

"Yasmin, i am asking you, why did you do that to Tiara?!" Naik seoktaf nada Hans sehingga membuatkan Yasmin terkedu. Aku buat apa? Salah ke kalau aku taknak terlalu bermesra dengan orang-orang kat sana?

"I buat apa?" Tanya Yasmin dengan suara yang mendatar. Sengaja mahu menyakitkan hati Hans.

"So, you dont even know, apa yang you dah buat kat sana?" Sinis pertanyaan yang dilontarkan oleh Hans sehingga Yasmin mula panas punggung. Menyesal kerana terpaksa berada dalam kereta yang sama dengan makhluk ini.

"Yes, i tak tahu." Meledak api kemarahan Hans ketika itu. Memang tak tahu ke, atau buat-buat tak tahu. Gumamnya.

"Kenapa layan Tiara macam tu tadi? Apa salah dia? You dengan i je yang ada masalah. So don't show off your anger to someone, that doesn't even know anything!" Tempik Hans. Kereta sudah lama diberhentikan di bahu jalan. Kiri kanan yang dipenuhi dengan belukar menjadikan kawasan itu sedikit gelap. Nasib sahaja ada lampu jalan yang menerangi sepanjang jalan raya itu. Tidaklah seram sangat.

"I tak buat apa-apa pun kat dia." Jawab Yasmin dengan yakin. Ya, mana dia ada buat apa-apa pada budak tu. Dia berbual pun semasa mereka mahu pulang tadi. Itupun, sepatah dua kata sahaja.

"Cara you bercakap dengan Tiara, its too much Yas..." Langsung Yasmin menoleh ke arah Hans.

"Cara cakap i? What do you mean?" Yasmin menjeling sebal. Ada je modal nak tazkirahkan aku mamat sekor ni!

"Masa Tiara soal you, kan boleh je you jawab elok-elok. Kenapa mesti buat sombong macam tu. Do you know, i malu sangat dengan sikap you tadi." Yasmin meleretkan senyuman sinisnya. Wow, malu ya?

"Oh...so yang you bertepuk tampar lepastu suap menyuap Tiara, masa tu tak malu lah?" Berdesing telinga Hans.

"Jangan nak hina Tiara, Yas! If you don't like me, then its okay. Tapi jangan hina orang yang i sayang." Hans terjegil penuh amarah ke arah Yasmin.

"Kalau sayang sangat dengan budak tu, kenapa tak dari dulu je, kahwin dengan dia? Why must you waste my time, my honesty, my loyalty and much importantly my virginity?" Cepat-cepat Hans beristighfar selepas mendengar kata-kata Yasmin.

"Yas merepek apa ni? You sedar tak you tengah cakap apa?" Hans merapatkan jarak antara mereka.

"I do Hans Ilham. I do! I menyesal sebab kenal you. Dan i menyesal sebab kahwin dengan lelaki macam you ni! I'm tired with this marriage. Kalau masa tu boleh diputar, i won't ever choose you as my husband! Even now, you masih simpan i, sebab anak tak guna dalam perut ni kan?! Kalau dari dulu, you rasa terlampau sayangkan budak tu, why tak kahwin terus dengan dia? Kan lagi senang. Tak perlulah jadikan i sebagai kambing hitam. Mak budak tu pun, apa nama dia, Hazidah? Rafidah? or apa-apa jelah nama dia, she likes you so much. Siap puji you sedondon dengan anak dia lagi..." Sinis dan kedengaran sangat biadap pada pendengaran Hans Ilham. Sekali lagi Hans beristighfar. Jauh terpesong dah bini aku ni...

"Don't be silly Yasmin. Jodoh, ajal, maut semua ketentuan tuhan. Cara you cakap sekarang ni, macam you sedang memperlekehkan kuasa Allah. I sedondon dengan Tiara sebab kami penyambut tetamu. So atas permintaan Tiara, i pakai baju yang sama warna dengan dia. Dan itu tak bermaksud sama sekali, yang i sukakan or cintakan dia! Dia budak lagi Yas...She is just 22 years old. Kenapa jijik sangat pemikiran kolot you ni? Stop talking rubbish to me Yas...And now answer my question. Kenapa sanggup sakitkan hati orang yang tak bersalah?" Melengking nada Hans sehingga Yasmin menjadi semakin tidak keruan.

"Hei...tak fahamlah aku. Kau nak aku jawab apa sekarang ni Hans Ilham?!" Tengkingnya dengan kuat.

"Bagitau dekat i, kenapa you layan Tiara macam tu?" Hans masih cuba bersabar.

"Cause i hate her. I hate her such like i hate you! Don't you get it damnit? I hate that bitch!" Jerit Yasmin.

Pang! Yasmin memegang pipinya yang baru ditampar oleh Hans. Air mata mula mengalir tanpa henti. Dia terdiam seketika. Cuba mengumpul kembali sisa-sisa keberanian yang lenyap akibat perbuatan tidak terduga lelaki itu.

"Jangan kurang ajar dengan i, Yas. Jangan naikkan darah i. I am your husband. Bukan boneka yang takde perasaan. Respect me!" Tegur Hans Ilham. Langsung dia menghidupkan enjin kereta lalu memecut meninggalkan kawasan itu.

"I kena respect you? You buat lawak ke apa ni Hans? You sendiri tak pernah respect i as your legal wife. Then, you expect i kena hormat you?" Tenggelam timbul suara Yasmin ketika menuturkannya. Dia masih dikuasai dengan tangisan. Jiwanya memberontak kerana sikap Hans yang sering menyebelahi pihak lain.

"Respect you? Apa, selama ni i ada malukan you depan orang ke Yas? Did i? Semarah manapun i pada you, i won't show it off to anyone. Termasuk your friends or family members. I heard everything. I dengar segalanya masa you berbual dengan Harsha tempoh hari. How could you Yas...How could you sanggup nak ceraikan i, semata-mata for an Ipad? Kalau you mintak, mesti i akan belikan. And please don't babitkan Tiara dalam masalah kita. Dia tak tahu apa-apa. I kenal dia since she was a baby, sebelum i kenal you. So she is as much as important to me as you are. Do you understand?" Tiada lagi ketegangan antara mereka. Yasmin teresak di tempat duduknya. Terhinjut-hinjut bahu menahan tangisan yang semakin meluruhkan jiwanya.

Hans juga sedang menahan gejolak yang semakin menghentam jiwa. Timbul rasa kasihan kerana telah menyakiti isteri tercinta. Namun, dia akui, setiap bait ayat yang keluar dari mulut isterinya tadi, benar-benar melukakan hatinya sehingga dia mula hilang sabar. Air mata yang menitik diseka Hans menggunakan hujung jari. Pandangannya mula kabur dengan air mata yang semakin lebat mencurah dari tubir mata.

"Ya Allah, Yas! Kenapa dengan pipi Yas ni?" Soal Fauziah sambil memegang pipi Yasmin. Ditilik keadaan kulit wajah menantunya yang sedikit merah dan lebam. Dia mengerling sekilas ke arah Hans yang sedang menghampiri pintu masuk rumah mereka.

"Yas terhantuk kat tingkap kereta masa tidur tadi mak. Yas masuk bilik dulu." Tanpa menunggu lama di situ, Yasmin terus mengangkat kaki ke bilik tidurnya. Malas mahu berbalah untuk topik yang tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada dirinya. Ekor mata Fauziah dan Hans yang barusan masuk ke muka pintu, mengiringi pemergian Yasmin ke tingkat atas. Fauziah melepaskan keluhan panjang.

"Hans! Sini. Apa yang kamu dah buat pada isteri kamu? Kamu tampar Yas ke?" Bentak Fauziah. Wajah Hans yang sedikit merah itu ditatap tajam.

"Yas isteri Hans mak. Tanggungjawab Hans untuk didik dia. Kalau tak, Hans pula dikatakan lelaki dayus." Balas Hans lalu menapak ke arah anak tangga.

"Bukan macam tu cara didik isteri Hans." Khalid pula bersuara. Terkedu seketika lelaki tua itu saat mendengar jawapan anaknya. Siapa yang ajar untuk menyakiti tubuh seorang wanita semata-mata untuk mendidiknya? Jangankan isteri, anak perempuan pun dilarang sama sekali dari disentuh apatah lagi dipukul demi melampiaskan kemarahan. Tergeleng kepala Khalid dengan sikap baran Hans.

"Abah, Yas is my wife. Hans tahu nak uruskan rumah tangga Hans. So please, jangan masuk campur dalam hal ni." Terpana kedua ibubapanya. Pasangan itu saling berpandangan sebelum serentak menoleh semula ke arah Hans dengan kecewa.

"Hans? Hans?!" Fauziah cuba memanggil namun ditegah oleh Khalid. Bukan masa yang sesuai untuk membahaskan perkara itu sekarang. Biar keadaan menjadi tenang dulu, baru dia akan bersuara. Sudah masanya dia mencampuri urusan anak-anak yang semakin membimbangkan. Risau jika dibiarkan lagi, akan menimbulkan konflik yang semakin serius sehingga memecahbelahkan hubungan kekeluargaan.

"Ya Allah bang, apa nak jadi dengan anak menantu kita tu...Ziah risau." Fauziah melepaskan tangisan di atas bahu suaminya. Hatinya benar-benar terluka melihat masalah rumahtangga Hans. Khalid hanya berdiam diri sambil mengusap belakang badan Fauziah agar kembali bertenang.

kalau ada bnyk kesalahan tatabahasa...harap dimaafkan ye..hehe...taip sbb nak update lagi satu chap before raya. Btw, Selamat Hari Raya semua. Semoga syawal kali ini diraikan dengan penuh keberkatan dan kegembiraan ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience