Setelah beberapa jam merembeskan air mata yang tidak mahu berhenti mengalir, akhirnya Yasmin terlelap dalam kepenatan. Sakit hatinya jauh lebih memeritkan, jika dibandingkan dengan kesakitan pada tulang pipi yang menerima tamparan daripada Hans.
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup, Hans naik tangan pada Yasmin. Itu yang membuatkan Yasmin menjadi agak terkedu dan sedih. Kecewa, ditambah pula dengan rasa marah yang semakin membuak-buak, membuatkan Yasmin tidak mampu berfikir lagi, lalu memutuskan untuk melelapkan sahaja mata yang sudah kuyu dan pedih akibat menangis tanpa henti.
Kepala dirapatkan ke dada sofa lalu selimut ditarik sehingga menyelubungi keseluruhan tubuh termasuk kepalanya sekali. Dia tidak mahu tidur sekatil dengan Hans. Biarlah dia tenangkan fikiran dulu. Dia benar-benar terkilan dengan sikap Hans pada malam ini. Sanggup dia pukul isteri sendiri, disebabkan orang luar. Orang yang langsung tiada guna dalam hidupnya. Apa Hans tidak nampak, segala pengorbanan Yasmin buat dirinya selama ini? Disebabkan hal ini juga, kebenciannya terhadap Tiara semakin bertambah.
Hans hanya memerhatikan Yasmin dari atas katil sambil melepaskan keluhan. Mahu memujuk, dia bimbang Yasmin akan melenting tak tentu pasal. Apa saja pilihan yang dia ada selain menyaksikan diam-diam isterinya tidur berasingan dari jauh.
Hans menatap lama tapak tangannya yang hinggap pada wajah Yasmin sebentar tadi. Selama ini, semarah mana pun Hans, tidak pernah lagi dia mencederakan mahupun memukul Yasmin. Entah mengapa, pada hari ini, dia boleh hilang sabar terhadap wanita yang sedang mengandungkan zuriatnya.
Hans betul-betul menyesal dan marah terhadap dirinya sendiri. Bingung memikirkan cara memujuk isterinya yang terang-terang semakin menjauhkan diri.
Yasmin yang terbaring di atas sofa ditenung dalam. Saat memikirkan kesakitan dan kesedihan yang dialami oleh Yasmin, Hans mula dilanda rasa bersalah. Dia terlalu ikutkan kata hatinya sehingga hilang kawalan. Air mata mula bertakung di tubir mata sehingga ianya jatuh membasahi lekuk pipi. Hanya dengan itu, rasa beban yang terkandung dalam jiwanya, terasa kurang.
Perlahan-lahan Yasmin membuka kelopak mata. Setelah tidur yang cukup, hilang sedikit rasa sakit kepalanya yang mencengkam sejak malam tadi. Dia menyelak sedikit selimut yang membaluti tubuh sebelum melunjurkan kaki ke atas lantai.
Sempat menggeliat meregangkan urat sambil menguap. Saat membuka mata, langsung terperanjat dengan kejutan yang boleh merosakkan jiwa anak-anak muda. Darah mula menyerbu ke otak sehingga ternganga luas mulut Yasmin. Nasib rahangnya tidak tercabut lalu jatuh ke bawah angkara pemandangan yang tidak dijangkakan itu. Mak aii, apa ke benda dia ni?
Hans meleretkan senyuman nakal. Sehabis upaya dia cuba menutup rasa gemuruh yang sedang rancak berdendang sakan saat bola mata Yasmin melekat padanya. Kedua tangan berotot pejal itu diangkat ke atas, acah-acah mahu menggeliat dan meregangkan tubuh yang penat tidak terhingga, bersama rengekan halus yang kedengaran sedikit seksi pada pendengaran Yasmin. Rambut lebatnya pula diraup lembut ke belakang. Gaya macam lelaki hot namati!
Pandangan bertaut. Oops...Cepat-cepat Yasmin melarikan bola mata. Buat-buat sedang melipat selimut yang sudah lama menyembah bumi. Gumpalan air liur yang semakin bertambah dalam rongga mulut, lantas ditelan. Habis merah satu muka dek kerana impak daripada pemandangan 18+ itu tadi. Dia nak aku mati kena serangan jantung ke apa?
"Aahhh...sakitnya urat abang." Hampir tersungkur Yasmin ke atas lantai saat mendengar suara Hans yang agak mengghairahkan itu. Musim mengawan ke apa ni? Apa kena dengan parasit tu ek? Pagi-pagi dah merepek yang bukan-bukan...Yasmin mula berfikir. Menyelami jiwa demi mengawal diri daripada godaan syaitan bertopengkan manusia di hadapannya. Ingat lelaki je boleh dilanda kegersangan? Perempuan pun bolehlah! Lagi-lagi setelah beberapa bulan tidak merasa sentuhan dan belaian daripada si suami. Sudah banyak hari, nafkah batinnya tidak dipenuhi oleh Hans. Tapi, bukan salahnya juga. Dah kalau aku yang jual mahal sangat. Ish, kau melalut apa ni Yas! Kawal sikit otak tu.
Naik lenguh tangan aku ni duk menggeliat sejak tadi. Sekalipun dia tak pandang? Kuat sungguh iman perempuan ni. Tak sanggup menahan terlalu lama, Hans langsung bangun dari atas katil dan terus menerpa Yasmin yang sedang terpinga-pinga di atas sofa. Lantas, tubuh isterinya dirangkul erat lalu ditolak ke atas katil. Siapapun yang menyaksikan adegan itu, pasti akan tergoda sehingga pengsan on the spot! Nampak romantik, hot, ganas dan seksi pada masa yang sama.
Terpelanting seketul Yasmin ke atas katil. Terkebil-kebil cuba mengembalikan semula ingatannya. Setahunya tadi, dia masih berada di atas sofa sambil melipat kain selimut. Tapi, tiba-tiba sahaja tubuhnya ditarik kuat lalu dibaringkan di atas katil ini. Segalanya berlaku begitu pantas sehingga otaknya tidak mampu menghadam kejadian itu dengan baik.
Namun, tidak dapat disangkal, bahawa dia sedikit tergugat dengan perbuatan itu. Jika dulu, pasti sudah lama diserahkan diri buat santapan si suami. Tetapi, kini, situasi antara mereka sudah berbeza.
Sewaktu Yasmin menongkat kedua lengannya di atas tilam dan cuba untuk bangun dari perbaringan, Hans terus menindihnya dari atas sehingga segala pergerakannya terkunci rapat. Mahu meronta pun tidak boleh. Dengan tubuh Hans yang maskular dan 2 kali ganda lebih besar dan tegap berbanding dirinya. Yasmin mula mengerah akal, berfikir cara meloloskan diri daripada Hans.
Perlahan bibir basah itu dibawa ke leher jinjang Yasmin yang sedikit terdedah lalu dikucup dengan lembut sehingga isterinya mula mendesah halus. Cehhhh, kau Yas...nak loloskan diri konon!
Semakin lama, semakin meliar tangan Hans menyentuh setiap bahagian yang digemarinya pada tubuh Yasmin. Terpejam elok kelopak mata isterinya saat menerima belaian yang sudah lama didambakan.
Pantas tangan dibawa ke zip seluar Hans. Ego, marah, letak tepi dulu. Zip itu diturunkan ke bawah sebelum seluarnya dilorotkan. Namun, saat seluar itu mula terlondeh sehingga ke tulang punggung Hans, perbuatan Yasmin terhenti serta merta. Bunyi ketukan pada pintu menyentakkan mereka berdua. Saling bertatapan seketika sebelum serentak menoleh ke arah muka pintu. Masing-masing kaku sejenak.
"Yas? Hans? Turun sarapan!" Panggil Harsha dari luar. Telinga sengaja ditekapkan pada muka pintu. Curi-curi mendengar. Senyap...Aik, tak bangun lagi ke? Risau juga bila Fauziah memberitahu tentang insiden semalam. Bimbang jika abangnya mengapa-apakan kakak iparnya itu.
Yasmin tersedar dari khayalannya. Saat melihat keadaan diri yang sedang elok tersandar sambil ditindih oleh Hans, si mulut becok di atasnya, terus naik angin satu badan. Cis, dasar jantan tak guna! Ambil kesempatan saat aku terleka. Terus diangkat lutut lalu ditendang ke celah kangkang lelaki itu sekuat yang mungkin. Rasain lu...Hancur lumat terus pun, takpe.
"Argh!" Bergema suara Hans. Tubuh sudah lama mendarat di atas lantai. Dipegang lama alat sulitnya yang terasa perit dan kebas angkara isterinya.
Uishh, bergaduh ke? Aiyo, apa aku nak buat ni?! Mak...abah! Eh, jap. Err...aduh, apa yang aku kena buat ni...Harsha berlegar-legar di depan pintu bilik Hans sambil berfikir. Jeritan dari dalam bilik abangnya menakutkan Harsha. Fikiran mula menerawang jauh sehingga mengandaikan yang bukan-bukan.
Setelah lama memerah otak yang sudah tepu, Harsha segera menghampiri laci meja hiasan di tepi bilik Hans, lalu menyelongkar mencari kunci pendua. Tanpa menunggu lama, kunci pendua itu dimasukkan ke dalam lubang kunci lalu dipulas sehingga pintu terkuak. Tanpa berfikir panjang, terus dia menyerbu masuk ke dalam bilik Hans sebelum terjerit ketakutan dengan keadaan di dalam bilik itu. Habis menggigil satu badan. Peluh sejuk mula timbul di atas dahinya.
"Ha...Hans?!" Tersekat-sekat suara Harsha. Sungguh jantungnya berdegup kencang sehingga seluruh urat nadinya terasa seakan sudah beku. Harsha kaku di kedudukannya. Mata tidak lepas dari menyaksikan pemandangan yang sungguh mengerunkan itu.
Share this novel