Azam menyerahkan bungkusan makanan yang barusan dipesan oleh Yasmin. Mereka berada di pinggir pantai sambil menyaksikan keindahan alam semulajadi yang terbentang luas di hadapan. Setiap kali dilanda masalah, pasti Yasmin akan mengajak Azam datang ke sini.
Air laut yang bergelora itu mampu menyejukkan hati Yasmin yang panas dan dibelenggu masalah dunia. Azam mengambil tempat di sebelah Yasmin, selang sebuah kerusi. Mana mungkin dia mahu duduk bersebelahan sambil bergeselan punggung dengan Yasmin yang sudah sah-sah berstatuskan isteri orang. Menempah maut namanya tu.
Dia menghirup sedikit air barli di dalam bekas plastik sambil memandang sisi wajah Yasmin yang berkerut seribu. Tiada sinar mahupun seri bakal ibu pada wajah kawannya itu.
"Kau bergaduh lagi ke dengan Hans?" Yasmin menundukkan kepala. Jemari kaki menguis-guis permukaan pasir di bawah. Kelu lidah mahu menjawab soalan Azam. Sambil menghela nafas panjang, Yasmin memusingkan tubuh ke arah Azam dan mencari anak mata lelaki itu.
"Sampai hati kau kan Zam, kau sanggup tinggalkan aku dengan makhluk tu balik. Kau tahukan yang aku tak bahagia dengan dia." Berkaca-kaca mata kala mengucapkan ayat tersebut. Ya, hari-harinya dipenuhi dengan masalah kerana Hans.
Mahu bertentang mata dengan lelaki itu pun, Yasmin tak sudi. Sebegitu bencinya dia pada Hans. Tapi, betulkah dia membenci suaminya, atau ianya hanyalah sekadar rasa merajuk? Dia sendiri tidak tahu. Namun, apa yang pasti, dia sudah penat mahu bertikam lidah dengan Hans.
"Dah tu, kau nak aku buat apa? Culik kau? Atau heret kau keluar dari mahkamah depan semua orang, and bawak balik ke rumah aku?" Bentak Azam. Kadang cakap dengan perempuan yang keras kepala macam Yasmin ni, kena garang sikit. Baru nak mendengar cakap.
"Itu lebih baik daripada kau tinggalkan aku dengan mamat tu!" Giliran Yasmin pula meninggikan suara. Ingat kau je boleh?
"Mamat tu suami kau Yas, suami kau yang sah. Suami yang kau telah nikahi sejak 6 bulan yang lepas. Apa perlu aku tunjukkan semula bukti-bukti yang menyatakan hubungan rasmi antara korang berdua?" Jangan harap aku nak mengalah. Dulu beria sangat nak kahwin dengan Hans Ilham. Sekarang marah kita pulak dah...
"Kau pun sama je dengan Hans. Satu spesies kan." Hah, sudah! Azam menggeleng kepala. Jangan disamakan semua lelaki itu sama. Dah terang lagikan bersuluh yang kami ni tak sama langsung! Buktinya, rupa aku lagi handsome daripada lelaki-lelaki dekat luar sana tu. Sempat angkat bakul sendiri.
"Jangan nak lawan cakap! Lepasni aku hantar kau balik. Makan cepat maggi goreng tu. Mengidam entah apa-apa kau ni. Nak makan pasir dekat dasar laut konon. Kau nak aku menyelam ke dalam dasar laut semata-mata nak ambikkan kau pasir tu? Aku teruna yang tak rasa kemanisan berumahtangga lagi tau. Tak sanggup aku nak korbankan nyawa untuk kau!" Kata Azam dengan berang. Tengah-tengah malam buta, Yasmin menghubunginya lalu memaksa untuk membawakan pasir yang terdapat di dasar laut. Naik hairan juga Azam ketika itu. Tambahan pula dengan keadaannya yang masih mamai dan mengantuk. Blur habis... Menggigil satu badan menahan amarah saat mengetahui tujuan sebenar Yasmin mahu pasir laut itu. Katanya mengidam mahu makan. Pelik-pelik je kau ni Yas!
"Sampai hati kau Zam..." Azam memutarkan bola matanya. Perempuan dan tangisan, berpisah tiada. Kenal sangat dengan perangai Yasmin. Semenjak mengandung ni, semakin menjadi-jadi. Terlalu sensitif. Tengok ikan berenang dalam laut pun boleh menangis, kau rasa?!
"Mulalah tu, cakap sikit menangis, cakap sikit menangis. Makan cepat! Kau ni mana boleh dimanjakan sangat." Tercebik bibir Yasmin. Terasa sungguh dengan kata-kata Azam yang tidak berlapik langsung. Hormatlah sikit perasaan ibu mengandung ni. Emosi tengah tak stabil kot. Dengan hati yang panas, dia memasukkan maggi goreng yang sudah sejuk ke dalam mulutnya lalu mengunyah dengan rakus. Geram betul dengan sikap Azam.
*********
Petang itu, Yasmin membuat keputusan untuk menemani adik iparnya, Harsha Iliyana, di beranda sambil berbual kosong. Walaupun bergelar adik ipar, namun umur Harsha tua 3 tahun berbanding Yasmin. Oleh itu, Yasmin lebih selesa memanggilnya sebagai kak chik.
Sambil mencicip air kopi yang masih panas, Harsha memerhatikan keletah Yasmin yang seakan geli mahu menelan donut gula yang masih tersisa separuh itu. Separuh lagi ditelan atas paksaan Harsha sebentar tadi.
"Makanlah Yas, penat kak chik buat tadi. Yas kan minat donut gula." Ujar Harsha sambil tersenyum lebar.
"Minat tu memang minat kak chik. Tapi..." Sebenarnya, seleranya mati saat diberitahu bahawa tukang yang tolong menyalutkan donut-donut itu dengan lapisan gula ising ialah Hans. Boleh tercalar maruah diri sekiranya aku masukkan donut ini ke dalam mulut.
"Yas...kak chik nak tanya sikit, boleh?" Diletakkan semula cawan berisi kopi itu di atas piringnya. Pandangan diluruskan ke arah Yasmin. Yasmin mengangguk perlahan. Dalam hati sempat menyumpah seranahkan diri sendiri kerana terima pelawaan adik iparnya untuk menemaninya minum petang bersama.
"Apa sebenarnya punca Yas mintak cerai dengan abang Hans? Sebab sebelum ni, Yas sentiasa pertahankan abang Hans even satu family ni pertikaikan pendapat dia. Tapi, now...Yas sendiri yang nak berpisah, berpisah secara mutlak pulak tu. Kak chik jadi tertanya-tanya." Satu keluarga tahu mengenai sikap Yasmin yang selalu menyokong tindakan Hans dari belakangnya. Tidak pernah walau sekalipun, Yasmin meninggikan suaranya pada Hans ketika mereka berada di hadapan keluarga.
Yasmin terdiam. Bukan dia tidak mahu menjawab, namun perkara itu merupakan aib rumahtangganya sendiri. Biarlah mereka uruskannya di mahkamah sahaja. Seburuk-buruk Hans, dia tidak mahu nama lelaki itu tercemar angkara isu ini. Tapi, makin lama dipendam, makin terguris luka lama Yasmin. Mahu meluah, dia tidak berani. Harus berbuat apa dalam keadaan ini?
"Yas...if you feel comfortable to say so, then go ahead. Kak chik tak paksa. Kak chik tak salahkan Yas atas apa yang telah berlaku. Err, Hans ada perempuan lain ke?" Tergamam Yasmin seketika. Pertanyaan itu seakan menabur garam dan memerah jus limau ke atas parut lamanya yang baru beransur pulih.
"Kak chik...sebenarnya Yas marah dekat Hans. Yas rasa Hans langsung tak sayangkan Yas selama Yas jadi isteri dia...
"Maksud Yas?" Harsha mencelah. Kedua belah keningnya bercantum rapat.
"Yas bukan materialistik. Cuma, rasanya tak salah kalau seorang isteri mengharapkan hadiah atau cenderahati daripada suaminya. Sebagai isteri, kami rasa lebih dihargai bila suami buat macam tu. Sebenarnya, kami tak mintak benda-benda mahal pun, cukuplah sekadar sekuntum bunga. Tak kisahlah bunga beli ke atau bunga yang dipetik kat tepi jalan. Kami terima dengan hati yang ikhlas. Sepanjang Hans dan Yas bercinta, sekali dua je Hans belikan hadiah untuk Yas, itupun kalau Yas yang mintak." Terang Yasmin dengan serba salah. Yalah, bukan semua yang boleh faham tentang isu ini. Nanti ada juga yang cop sebagai "materialistik" bila golongan wanita meminta sesuatu daripada suami mereka. Walhal, perkara itu tidak salah pun jika suami mereka mampu. Namun, dalam hal Yasmin, dia tidak kisah, asalkan dia rasa dihargai oleh Hans Ilham. Itu lebih daripada memadai buat dirinya.
"Kenapa Yas tak terus terang je dengan Hans?" Harsha merasakan bahawa isu ini tidaklah seserius mana sehingga perlu bercerai. Boleh sahaja diselesaikan melalui perbincangan.
"Macam mana kak chik? Macam mana Yas nak terangkan kat Hans...Kak chik sendiri tahu kan perangai dia. Dia akan sakitkan hati Yas balik dengan penjelasan bodoh dia tu...Kalau Yas bagitau pasal ni, pasti Hans akan cakap, yang Yas ni materialistik lah, cinta tak perlu dibuktikan melalui pemberian hadiahlah...Yas penat kak chik. Daripada Yas makan hati, baik Yas berpisah je. Kan senang." Mana mungkin dia bertegang urat dengan Hans Ilham yang terkenal dengan sikap 'peguamnya'. Kadang sesi perbincangan bersama lelaki itu, berakhir dengan sesi perdebatan. Itu yang cuba dielakkan oleh Yasmin.
"Yas, at least tell him. Lepastu tengok dia cakap apa. Kalau Yas taknak, biar kak chik yang bagitau." Cepat-cepat Yasmin menggelengkan kepalanya.
"Kak chik, kalau Hans tak belikan hadiah untuk Yas, its okay. Maybe its just how he show off his love. Tapi, apa yang paling menyakitkan hati Yas, Tiara!" Tambahnya lagi. Kali ini Harsha terlopong saat mendengar nama Tiara dalam perbualan mereka.
"Tiara?!" Soal Harsha dengan sedikit kuat. Apa kaitan gadis itu dengan masalah rumahtangga abangnya.
"Hans selalu keluar dengan Tiara. Yas tahu Hans anggap Tiara sebagai adik je. Tiara pun sama. Cuma, cuma Yas cemburu. Hans selalu belikan itu ini untuk budak tu. But for his wife? Nothing! Nothing kak chik. I'm his wife, not her! Yas yang banyak berkorban untuk Hans. Bukan Tiara! Tiga bulan lepas, Yas ada share masalah Yas dengan Hans. Kerja designing Yas jadi sukar bila guna PC syarikat. Setiap kali Yas cuba access hasil-hasil kerja Yas, komputer tu jadi lagged. Yas jadi badmood bila benda macam tu keep happening. Jadi, Yas teringin nak ada Ipad sendiri. Lagi senang, dan mudah Yas buat kerja." Harsha mengangguk faham. Tugas sebagai seorang pereka grafik bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya bermain dengan emosi pereka itu sendiri. Jika ada sesuatu yang tidak kena, boleh memberikan kesan kepada keseluruhan proses dan hasil kerja itu nanti.
"Okay, then what happened?" Harsha menjadi semakin penasaran.
"Yas nak beli, cuma tak cukup duit lagi. Yas kan masih tanggung parents Yas dengan adik Yas kat uni...so monthly daripada gaji 3k, Yas dapat save 500 je. Itupun, tak dapat nak simpan kadang-kadang, bila kena beli barang lain." Dengan harga barang yang semakin mahal, sedikit mustahil bagi Yasmin untuk mengumpul wang.
"Kenapa tak suruh Hans je belikan? Gaji dia bukan sikit. Lagipun, dia bukannya buat apa sangat pun dengan duit gaji dia..."
"That was my intention at first kak chik. Yas harap, dengan bagitau pasal masalah Yas, at least Hans akan tolong Yas. But, he didnt. Sebaliknya, dia buat tak tahu je pasal masalah Yas. And guess what, he can give Tiara an Iphone on her birthday tanpa rasa bersalah terhadap Yas. Yas kecewa sangat kak chik. Padahal dah banyak phone yang Hans belikan untuk Tiara, and i dont think that she really needs that phone for now. Unlike me, Yas betul-betul perlukan Ipad for my work. He knew it..." Menitis air matanya. Terlalu kecewa dan sakit hatinya kerana sikap Hans yang sering melebihkan orang lain berbanding dirinya.
Share this novel