41

Romance Completed 60794

Dengan membawa langkah perlahan, Hans menghampiri balai pelepasan walaupun hatinya terasa cukup berat untuk terus menapak ke hadapan.

Kepala sedari tadi hanya tertunduk menekur lantai, menahan gelodak jiwa yang kian memuncak memukul sanubari. Dalam keadaan sebegitupun, dia tetap berdegil menoleh ke belakang, dengan harapan, orang yang ditunggunya itu akan muncul.

Terpamer satu senyuman sinis pada bibirnya saat itu. Terasa kelakar, lucu dan kasihan dengan diri sendiri, yang masih terlalu bendul. Mana mungkin si dia datang ke sini semata-mata demi bertemu dirinya, sedangkan dia sudahpun menjadi milik orang lain.

Kedua pelupuk mata terpejam rapat. Cuba beristighfar, menghalau pelbagai rasa tidak enak yang cuba mengotori ruangan hati. Dia seakan sedang mempersoalkan takdir tuhan. Nafas digali, cuba melunturkan rasa cemburu yang sedang menikam dirinya bertubi-tubi.

Tidak guna aku menangisi perpisahan ini. Antara kami, sudah tiada apa-apa lagi. Sudah lama terputus. Kini yang masih tersisa, hanyalah kenangan dan memori yang pernah kami bina dan lakar bersama.

Iz, papa minta maaf kerana terpaksa berjauhan buat sementara waktu. Bukan kehendak papa mahu melarikan diri dari berhadapan dengan masalah. Cuma, papa risau, papa tidak kuat dalam memikul beban ini. Beban ini, beban ini terasa begitu berat dan menyakitkan. Papa tidak mampu bernafas dengan tenang. Fikiran papa sering dihantui dengan perkara-perkara kejam. Papa pergi demi kita. Demi mencari diri papa yang sudah hilang. Papa harap, sekembalinya papa nanti, kita boleh bersama kembali seperti dulu...cuma, hanya kita berdua, tanpa mama.

Yas, abang pergi dulu. Semoga Yas bahagia bersama Azam. Abang yakin, dia boleh jaga dan lindungi Yas jauh lebih baik daripada abang. Abang sakit Yas...hati abang rasa sakit sangat! Abang sudah cuba untuk melupakan, abang sudah cuba menerima kenyataan...kenyataan yang Yas bukan lagi jodoh abang, tapi, kenapa rasa penerimaan itu sesakit dan seperit ini?

Salahkah kalau abang masih mengharapkan secebis sinar pada detik ini? Salahkah kalau abang, tamak...Salahkah kalau abang, masih menanti kehadiran Yas di sini, walaupun hakikatnya, Yas sudahpun menjadi milik orang lain? Dan salahkah, kalau abang ungkapkan, rasa cinta dan sayang abang pada Yas, dalam keadaan ini? Jaga diri Yas baik-baik. Abang pergi demi memberi ruang kepada kita berdua. Yas, abang sentiasa sayangkan Yas. Jangan pernah lupakan abang, walau...Astaghfirullah...astaghfirullah. Apa yang aku merepek ni. Sedar Hans...sedar! Dia dah jadi milik orang lain.

Pegawai yang bertugas di balai pelepasan dihampiri lalu pasport miliknya dihulurkan. Seketika Hans seakan terlamun dibawa mimpi senja. Suara daripada corong pembesar suara yang sedang mengumumkan masa pelepasan mula kedengaran.

Mati terus lamunannya di situ. Pantas kepala Hans berpaling ke belakang. Masih mencari kelibat Yasmin. Mana tahu, wanita itu munculkan diri, walaupun sekadar untuk menyampaikan ucapan selamat tinggal. Satu detik...dua detik berlalu begitu sahaja. Hampa. Hans pusing semula, menghadap pegawai di hadapan yang sedang sibuk memeriksa data dan beberapa perkara lain, yang terkandung dalam passport miliknya.

Debaran kian bertalu-talu mengendang jiwa yang kian resah. Jam tangan dikerling berulang kali. Air mata menanti untuk tumpah ke bumi. Hans mula memujuk diri untuk bersabar.

Deretan manusia yang mula berkumpul di belakang tubuhnya sedikitpun tidak menghalang Hans daripada mengerling ke arah pintu masuk. Sekali lagi dia ditampar kekecewaan. Sedarlah Hans, dia tak mungkin akan ke sini. Dia sedang bahagia di sisi orang lain. Move onlah.

Tapi, tapi mengapa naluri mengatakan sebaliknya. Seakan melawan kata hati yang kuat melantunkan bisikan bahawa Yasmin tidak akan kemari menemui dirinya di sini. Mengapa? Mengapa Allah hadirkan aku perasaan ini?

Suara pegawai lelaki itu menyedarkan Hans Ilham. "Encik sudah boleh masuk. Enjoy your journey." Hans membalas senyuman tipis pegawai itu. Enjoy my journey? Don't think so. Bagasi di sebelah disorong bersama menghampiri pintu pelepasan yang menghubungkan laluan masuk ke dalam pesawat. Satu jejak, dua jejak dan...

"Abang!!!" Meremang segala bulu roma saat suara itu menyapa pendengaran. Namun, mana mungkin ianya kenyataan? Tidak, tidak! Mungkin orang lain. Hans terus mengorak langkah tanpa berpaling walau sedikit pun ke belakang.

Figura itu sudah jauh berjalan meninggalkan dirinya ke hadapan. Malah, sudahpun masuk ke dalam pintu pelepasan pesawat. Yasmin terkedu. Mengapa Hans tidak berhenti saat dia melaungkan namanya? Mungkin dia tidak mahu melihat muka aku? Atau mungkinkah dia terlalu membenci aku? Kata-kata hasutan itu mula berlegar di layar minda. Dia menarik nafas dalam. Tak, aku akan cuba lagi. Mana tahu dia tak dengar suara aku tadi.

"Abang! Abang Hans!" Nama Hans Ilham dilaung sekuat hati. Kesemua mata yang berada di lapangan itu mula memerhatikan Yasmin. Ahh, pedulikan rasa malu. Aku mahu abang Hans.

Eh! Langkah kaki serta merta terhenti. Tubuh menjadi kaku seketika. Suara itu...Ya, suara itu, tidak salah lagi, itu adalah Yasmin! Hans Ilham terus berpusing ke belakang. Melongo seketika melihat figura itu semakin mendekati balai pelepasan. Entah kuasa apa masuk ke dalam tubuh, Hans terus meluru keluar dari laluan itu sebelum menolak beberapa pegawai yang cuba menghalangnya.

Yasmin terus menerpa tubuh Hans sebelum masuk ke dalam dakapan lelaki itu. Orang ramai mula berbisik sesama sendiri. Ada yang memandang hairan, ada juga yang memandang jelik. Bagaikan berada di negara barat sahaja gaya pasangan itu.

Menyedari keterlanjuran mereka berdua, Hans terus melepaskan rangkulan, lalu menarik lengan Yasmin, mengikutinya keluar dari lapangan itu. Sebelum mereka menjadi mangsa leteran para pegawai yang bertugas di situ, baik mereka beredar sahaja. Yasmin mengekori Hans dari belakang sambil mengenggam erat jemarinya.

"Mana Azam?" Hans memulakan bicara. Rambut kusut Yasmin dirapikan. Baru dia perasan, bahawa wanita itu lengkap dalam busana pengantinnya. Sudah kahwinkah dia? Atau lari dari majlis? Hans tertanya-tanya.

"Abang, Yas...Yas rindu abang. Maafkan Yas. Tolong jangan tinggalkan Yas lagi. Yas sayangkan abang. Hanya abang je ada dalam hati Yas. Bukan Azam, bukan orang lain." Tangisan itu meluruhkan hati Hans. Air mata yang menitis ke pipi wanita kesayangannya diseka dengan hujung hari. Ikutkan mahu sahaja dia memeluk erat tubuh Yasmin lalu memberikan satu kucupan hangat pada bibir basah itu. Namun, mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan yang sah untuk berbuat demikian. Hasrat itu terpaksa disimpan dahulu.

"Abang yang patut minta maaf. Abang ceraikan Yas..."

"Tak! It was my fault. Kalau Yas tak triggered abang...abang takkan ceraikan Yas. Yas selfish! Yas langsung tak bagi abang peluang untuk beri penjelasan. Alisa...Alisa jumpa Yas, dia dah cerita semuanya pada Yas. Yas berdosa pada abang...Yas berdosa..." Telunjuk terus dilabuhkan pada ulas bibir Yasmin. Yasmin terdiam sambil melihat Hans.

"Tak, abang tak pernah marah pada sayang. Abang pun bodoh, terlalu ego, sampai langsung tak boleh bezakan yang mana satu kebenaran, dan yang mana satu bukan. Maafkan abang, sayang." Yasmin lantas mengangguk. Senyuman lebar dihadiahkan sebagai tatapan lelaki itu.

"Kita mulakan balik? Kahwin dengan abang?" Yasmin mengangguk lagi.

"Tapi, Azam mana?" Yasmin tergelak mendengar pertanyaan itu.

"Azam dah selamat jadi suami orang!" Laungnya dengan bangga.

"Hah, suami orang! Suami siapa?" Berkerut dahinya. Siapakah wanita yang sanggup menikahi Azam, pada hari pengantin perempuan yang sepatutnya menikahi lelaki itu, melarikan diri?

"Iya! Azam kahwin dengan Tiara!" Sambung Yasmin lagi dalam tawa yang masih tersisa. Terlopong terus mulut Hans. Tidak mampu percaya dengan jawapan Yasmin.

"Tiara? Ara? Ara anak makcik Rafidah?" Yasmin mengangguk lagi. Menahan tawa daripada terletus sekali lagi di hadapan Hans.

"Ma...macam mana?" Soal Hans dengan muka polosnya.

"Abang ni...dahlah. Jom pergi pejabat agama." Lengan lelaki itu terus dirangkul erat sebelum dibawa ke arah tempat parkirnya tadi. Nasib sahaja Alisa sudi meminjam kereta mewahnya tadi.

huhuhu...as promised...here comes the next chap...jgn lupa komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience