"Hans, cer citer ngan abah. Apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapa Yas mintak cerai dengan kamu?" Haih, tak nampak ke aku tengah duk lap hingus ni. Masuk hari ni je, dah 5 kali hidung aku mengeluarkan stok hingus tanpa henti. Kalaulah laku, dah lama aku eksport ke serata dunia. Cepat sikit aku kaya. Tak perlu susah payah aku bangun pagi-pagi pergi hadap kerja kat pejabat tu.
"Auu...apa mak ni! Sakitlah!" Suka macam tu tau. Jenis tak reti nak sabar. Suka mencederakan fizikal aku yang sempurna ni. Aku Hans Ilham Khalid. Nak kata lahir dalam keluarga yang kaya raya, tak jugak. Kami bermula daripada B40 sehingga mencapai ke T20 sekarang ni.
Bapak aku ni, kerja biasa-biasa je. Tapi mampu besarkan kami lima beradik tanpa sebarang kekurangan. Yang paling manja, siapa lagi, akulah. Aku ada 5 orang adik beradik. Yang pertama, kembar, abang long dengan kak long, yang kedua abang ngah, dan yang paling bongsu, adik perempuan aku yang sentiasa menyebalkan sampai ada masa tu, aku jadi tertanya, apa kurangnya aku sampai mak dengan bapak sanggup nak proses manusia lagi satu. Biarlah aku je yang jadi si bongsu. Tak gitu teman-teman? Okay come back to the story. Yang paling membanggakan, ibubapa aku berjaya mencipta seramai 4 orang doktor dalam keluarga. Ye, abang long, kak long, abang ngah dan adik aku merupakan doktor pakar. Aku? Haih, aku pun patutnya jadi doktor jugak, tapi sebab broken kat universiti dulu, baliklah semula aku ke pangkuan keluarga di Malaysia dan sambung semula pelajaran dalam bidang Komputer Sains. Dan kini, aku bergelar seorang pakar IT. Gaji agak tinggi jugaklah.
Aku ni ada prinsip, aku tak suka buat apa-apa tanpa pengetahuan bapak. Apa-apa hal, mesti aku akan tanya dia dulu. Bukan anak bapak ke apa, cuma sebagai orang yang terlebih makan garam, aku percaya bapak aku lebih tahu dalam selok belok kehidupan. Hah... Abang long, kak long dengan abang ngah dah lama mendirikan rumah tangga. Masing-masing dah pun ada anak.
Dengan usia aku yang menginjak 30 tahun, aku pun mula bagi mandat kepada Encik Khalid dan Puan Fauziah untuk carikan aku seorang jodoh. Tapi, siapa sangka kan. Kita hanya mampu merancang, yang tentukannya adalah yang di atas sana. Dua tahun yang lalu, aku kenal dengan isteri aku, Yasmin Zahirah. Aku kenal dia kat Fac dan aku dengan tak tahu malunya mulakan perbualan dengan dia menerusi Messenger. Masa tu Yas masih bergelar seorang pelajar, aku pulak, tengah cari kerja.
Lama-kelamaan, kami menjadi semakin rapat dan saling bertukar nombor telefon. Sepanjang tempoh dua tahun perkenalan, boleh dikatakan, kami sering bergaduh sebab perbezaan pendapat. Tapi, entah mengapa, hati aku mengatakan bahawa dialah jodoh aku. Sejurus selepas Yasmin tamat belajar, aku terus kenalkan dia dengan keluarga dan masuk meminang. Setahun lepastu, kami pun berkahwin. Nak kata jarak umur kami terlalu jauh pun tak jugak, aku 32, Yasmin 25. Happy dapat bini muda woiii...cantik pulak tu.
"Eh, mengelamun lagi budak ni!" Leter Fauziah. Ikutkan hati mahu menampar lagi pipi si anak bertuah ni. Dulu bercinta bagai nak rak, sekarang masing-masing menuding jari tak mengaku salah.
"Manalah Hans tahu abah. Tiba-tiba je Yas mintak cerai. Sebelum ni elok je hubungan kami." Diraup berkali-kali wajah yang basah lencun dengan sisa air mata. Penat mental dan fizikal. Kalau aku tahu macam nilah kesudahannya, tak hingin aku nak kahwin. Dada ni rasa macam nak meletup. Baru sehari dia pergi meninggalkan aku, aku jadi hilang arah. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Hmm...
"Mesti ada sebab Hans. Takkan saja-saja dia nak mintak cerai dengan kamu." Khalid bersuara. Yelah, mana ada perempuan yang sengaja mintak cerai dengan suami tanpa sebab. Kahwin tak sampai 3 bulan, dah nak bercerai berai. Haih, apalah nak jadi dengan budak-budak sekarang ni. Tak matang langsung. Hal kahwin dijadikan bahan mainan.
"Serius abah. Hans dah tanya banyak kali. She doesnt even want to talk to me. Hans pun dah fed up nak pujuk dia. Keras kepala. Ego." Bila fikir cara dia menjawab dengan aku, rasa geram pulak. Tak hormat langsung aku ni sebagai suami. Suka hati je tengking-tengking aku. Ingat aku ni apa? anak patung barbie? Takde perasaan.
"Sabar Hans. Mesti ada sesuatu yang kita semua dah terlepas pandang. Takpe, nanti abah cuba berbincang dengan Yas. Kamu jangan gi serang dia pulak. Ingat!" Aku hanya mengangguk lemah. Memang, sebaik-baik aku ni, aku pun ada baran jugak. Nasib aku masih mampu menahan diri daripada naik tangan pada Yasmin masa dia tinggikan suara depan aku.
"Hans, gi mandi. Lepastu makan. Jangan jadi macam budak-budak. Bini baru hilang sehari, kamu dah macam hilang semangat nak hidup." Arah Fauziah lalu menapak masuk ke dalam dapur. Sambil memanaskan lauk, Fauziah memikirkan keadaan menantunya. Manalah kau pergi Yas. Kau tu bukannya ada kawan kat sini. Mak harap kau okay kat luar sana.
"Wei, Zam. Aku macam nak makan mi goreng basah lah. Teringin." Sambil menikmati alunan muzik dari corong radio di dalam kereta milik teman baiknya. Azam melirik Yasmin melalui ekor mata. Nasib sayang, kalau tak, dah lama aku campak dalam longkang tu.
"Nah, apa lagi yang kau nak telan malam ni?" Kasar betul bunyi. Tapi, semua itu takkan buatkan Yasmin terasa sama sekali. Dah lali dengan perangai sewel si Azam. Tersenyum kambing dia ke arah teman baiknya itu. Plastik yang mengandungi mi goreng diambil dari tangan Azam.
"Azam...tadikan, aku ternampak ada pakcik jual sate. Boleh tak kau belikan sekali? Pleaseeee..." Bukan main lunak suara masa nak meminta. Selalunya macam singa betina nak cari gaduh. Nak taknak, kena tunaikan jugak permintaan si manja ni. Perlahan Azam melangkah ke arah gerai sate yang tidak jauh dari mereka.
"Makan tu slow sikit. Melantak tak tentu pasal. Kau sihat tak? Orang kalau nak bercerai, takde selera makan tau. Tapi kau ni lain macam. Bertambah selera." Ditilik Yasmin yang sedang gelojoh mengunyah makanan, atas bawah. Sihat ke dia ni?
"Wei, aku rasa kau mengandunglah nyah..." Uhuk Uhuk Uhuk. Tersedak sampai terkeluar air mata. Orang tengah sedap makan, boleh pulak dia cakap benda sensitif macam tu. Dicerlung Azam yang sudah tersengih bagai kerang busuk. Ketuk kepala tu karang.
"Nah, minum air ni." Botol minuman dihulurkan kepada Yasmin. Diteguk air itu sehingga tinggal separuh. Nasib makanan tadi tak pedas. Botol itu dipulangkan semula kepada Azam.
"Patutnya, kau tak boleh tau keluar lepak dengan aku. Aku ni even bestfriend till jannah kau, tapi masih berjantina lelaki. Aku pun tak boleh nak berkorban jadi mak nyah semata-mata nak jaga kau kat sini. Kau masih isteri Hans, Yas. Balik, bawak berbincang." Pujuknya. Takut jugak sebenarnya nak pujuk perempuan ni, jenis cepat melenting tak tentu pasal. Bukannya nak fikir ke apa. Terus buat kesimpulan sendiri.
"Aku menyusahkan kau ke Zam? Kalau ye, takpe. Sekarang jugak aku balik kampung." Monyok muka. Hah, kan dah kata. Dia ni spesies cepat tersentap. Orang punyalah cakap baik-baik, dia boleh tarik muka dengan kita.
"Bukan macam tu maksud aku Yas. Aku tak kisah berhabis duit demi kau. Kau tahu kan aku ni macam mana. Kau nak aku bagi harta aku kat kau pun aku sanggup. Kau, aku dah anggap macam adik kandung aku sendiri. Kau sama level macam anak aku dah. Tapi, kau tu isteri orang Yas. Tak elok kau lepak dengan aku." Tegurnya dengan nada yang lembut. Kalau tersentap lagi, tak tahulah aku.
"Nah, habiskan. Hilang selera aku." Bekas makanan diletakkan di atas riba Azam. Ye, betul. Dia tak boleh keluar dengan mana-mana lelaki tanpa izin suaminya. Tapi, kenapa asyik perempuan je yang kena jaga batas. Hans tu, elok je layan perempuan sana sini. Ish..., dengusnya sambil mengepal penumbuk. Setiap kali teringatkan hal itu, langsung naik kemarahannya terhadap lelaki itu. Tak guna kau Hans Ilham!
next chap
Share this novel