4

Romance Completed 60794

*Setahun yang lalu*

Dengan sabar Yasmin menanti panggilan daripada Hans. Malam tadi, Hans berjanji akan menghubunginya pada awal-awal pagi.

Tik tok, tik tok...
Masa kekal berjalan tanpa menunggu Yasmin mahupun janji yang terlafaz dari mulut Hans. Makin lama, makin tertonggeng jadinya si Yasmin menunggu panggilan daripada lelaki itu. Jam tangan dilirik sekilas. Dah pukul 12 tengah hari! Janji pukul 8. Sudah banyak kali perkara yang sama berulang.

Yasmin mendengus geram lalu mencampakkan telefon bimbitnya ke atas tilam. Tubuh lesunya turut dihenyakkan di atas tilam yang sama bersama linangan air mata kekecewaan. Rasa marah terhadap Hans Ilham semakin membuak-buak. Ada jugak yang kena sekat nombor ni karang!

Tanpa sedar, Yasmin terlelap di situ. Bunyi deringan daripada telefon bimbit mengejutkan lenanya. Bingkas dia bangun dan memisat-misat mata bagi menghilangkan rasa kantuk yang masih mencengkam kuat kedua kelopak mata.

Dicapai telefon bimbit yang tercampak jauh ke bibir katil lalu dilihat nama pemanggil dengan penuh harapan. Hampa sekali lagi. Langsung mengendur senyumannya. Bukan orang yang ditunggu-tunggu yang menelefon, tetapi nama si Azam yang tertera pada skrin. Dengan sebal, Yasmin menarik butang jawab lalu melekapkan peranti berbentuk segi empat tepat itu ke gegendang telinga. Sempat menguap beberapa kali sambil menutup mulut.

"Yas! Dont say kau baru bangun tidur?! Ni mesti tak mandi lagi kan? Aku dah terpacak macam bunga matahari kat bawah ni. Cepat turun!" Hampir terkeluar anak tekak Azam menjerit di depan rumah Yasmin. Awat cuai sangat minah ni! Lenyap terus rasa kantuknya. Sambil terkebil-kebil, Yasmin berfikir sejenak. Terkejut bukan kepalang. Macam mana aku boleh tertidur ni. Cepat-cepat dia bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk bersiap. Penampilan diri ditilik pada pantulan cermin sisi kereta Azam. Yasmin melepaskan keluhan.

"Kau ni dah kenapa? Okay tak? Semalam kata Hans akan hantarkan kau..." Wajah murung Yasmin dikerling Azam. Aik, bad mood ke? Musim Cik Moon mengambang lah tu...

"Zam...aku penatlah." Terjongkit sedikit bibir atas Azam saat mendengar kenyataan Yasmin. Penat apa ke bendanya. Asyik mereluh aje kat rumah.

"Eh, nyah...kau baru nak pergi interview tau...penat apa? Kau jangan sampai aku campak kat gaung tu..." Dijuihkan bibirnya menghala ke kawasan curam di bahu jalan kepada Yasmin.

"Aku serius ni!" Dijeling Azam yang sudah tersengih bagai kerang busuk sambil mengusap belakang tengkuknya.

"Okay...okay. Cer bagitau kat aku. Penat sebab apa? Ke nak aku bawak kau gi tempat massage?" Kali ini Yasmin membalas pula dengan renungan maut. Laju-laju Azam melarikan wajah. Ini kes datang bulan ni. Confirm!

"Hans tulah. Suka sakitkan hati aku! Kalau tak boleh buat, janganlah janji. Penat tau aku tunggu phone call daripada dia tadi. Janji pukul 8, sampai ke sudah tak panggil...streslah. Lepastu, dia tak tanya langsung pasal interview aku. Dah pergi ke, dah sampai ke, at least say sorry sebab tak dapat hantar, ada urusan mustahak. Bagitau! Ni tak. Senyap aje. Bukan first time tau, dah banyak kali aku kena." Azam memutarkan bola mata. Oh, pasal boyfriend. Ingatkan apa tadi. Dan ini juga bukan kali pertama Yasmin mengadu padanya mengenai sikap Hans.

"Dah banyak kali aku nasihatkan kau. Ada kau dengar? Hans tu, dengar boleh, percaya jangan. Yang kau gi terhegeh lagi kat dia tu dah kenapa? Apa kat dunia ni, lelaki lain dah pupus ke Yas?!" Naik seoktaf nada Azam. Sudah naik berbuih mulut bagi tazkirah percuma kepada si Yasmin. Dah nampak simptom-simptom red flag pada Hans Ilham. Tapi masih lagi berdegil mahu menagih kasih dengan lelaki seperti itu. Sudahlah tak bertanggungjawab, tak reti nak tepati janji, harapkan mulut aje manis. Yang lain semua hampeh.

"Azam...aku dah sayangkan dia. Susah aku nak buang dia macam tu je." Terlanjur jatuh cinta dengan lelaki yang baru dikenali selama setahun, Yasmin yakin, mungkin Hans mempunyai alasan tersendiri mengapa dia sering mungkir janjinya.

"Yas...Yas...Betul lah ek, kata orang. Cinta ni boleh buat seseorang tu jadi bodoh. Buktinya, kau." Perli Azam lalu menghidupkan signal untuk ke kanan. Mereka sudah tiba di hadapan bangunan syarikat yang bakal Yasmin jalani temuduga.

"Dah, right now...jangan fikir apa-apa. Tolak tepi dulu masalah lain. Fokus pada interview kau. Jangan stres, dont be too nervous. Chill...chill je okay. Good luck." Hanya mampu melihat tubuh Yasmin menghilang di sebalik pintu masuk automatik syarikat berkenaan dari ruangan parkir. Dalam hati berdoa agar kawannya lulus dalam sesi temuduga itu.

*******

"Kenapa monyok aje ni? Lapar?" Soal Azam setelah menyedari air muka Yasmin yang masam mencuka.

"Aku frust wei. Kau tahu tak...semalam..."

-Flashback-

"Sayang, where have you been? I tunggu you tau. Sampai hati tak jawab call i. Interview pun Azam yang hantarkan." Rungut Yasmin yang masih merajuk. Senang-senang hilang, lepastu muncul balik macam cendawan tumbuh lepas hujan.

"I'm really sorry baby. I banyak kerja semalam. Sampai terleka dengan kerja and i terlupa pasal you. I'm really sorry okay. I janji, i wont do it again after this." Argh, tanam tebu di bibir. Semudah ABC kau menuturkan janji, tapi satu pun tak ditunaikan.

"Hmm, bila pasal i je, semua you lupakan?! Baik tak payah ada boyfriend." Bentak Yasmin. Perempuan mana je tak marah kalau dapat teman lelaki macam ni. Jenis tak amanah.

"Baby...janganlah marah please. You pun tahukan, i baru start kerja dengan syarikat ni, so theres a lot of things yang i kena belajar dengan senior i." Hans membela diri.

"Okay then. But, you can call me at night. Takkan you kerja sampai malam pulak? You OT ke?" Soal Yasmin lagi. Bertubi-tubi soalan yang dia lemparkan pada Hans. Padan muka. Siapa suruh buat-buat bodoh semalam. Langsung tak ingat pasal aku. Takkan tak terlintas langsung ingatan pasal seorang Yasmin Zahirah...

"Nope. I ada hal. I pergi ambik adik angkat i kat stesen bas. Lepastu hantarkan dia ke kolej. Sambil-sambil tu, i bawak dia gi jalan-jalan and singgah makan dulu. Budak kecik lagikan. I tak bolehlah biar macam tu je. Lagipun her parents amanahkan i ambik dan hantar dia ke kolej." Berubah terus air muka Yasmin. Kalau ye pun, takkan kau lepak dengan si adik angkat kau tu sampai ke tengah malam?! Kan boleh je call or text aku lepas tu. Grrr.....

"Adik angkat?! You tak pernah pun mention pasal dia dekat i before this." Entah datang dari planet mana si adik angkat itu. Tiba-tiba aje muncul. Mencurigakan.

"Eh, yeke? Maybe i forgot. Her name is Tiara. She is 21. Family i dengan family dia dah kenal lama. Abang-abang dia pun, kawan-kawan i. Jap i send you the pictures." Satu demi satu gambar yang dihantar oleh Hans menerusi aplikasi Whatsapp dilihat oleh Yasmin. Sedikit pudar rasa marahnya apabila Hans siap memberikan bukti. Yasmin puas hati.

"Ermm..okay." Jawabnya. Kali ni kau terlepas.

"And i belikan dia handphone. As, i dah promised with her the other day, kalau dapat result bagus, abang belanja handphone baru..." Pap! Jantung bagai terhempas ke atas lantai. Apa? Belikan handphone baru? Timbul rasa cemburu dalam diri Yasmin saat itu.

"Ohh..." Hilang terus mood baiknya tadi. Amboi, bukan main ek. Dengan aku, satu habuk pun kau tak pernah belikan, tapi dengan adik angkat kau...You just made me speechless Hans.

"Baby, you okay ke? Why diam je all of the sudden?" Rasa macam bercakap seorang diri. Yasmin seakan tenggelam dibawa arus. Sunyi sepi tanpa sebarang balasan. Deruan nafas Yasmin pun tidak kedengaran sama sekali.

"Taklah, i okay je. Tengah dengar you cakap." Nada suara dilunakkan. Tidak mahu Hans perasan perubahan intonasinya. Rasa nak menangis pun ada. Kecil hati, sedih, marah, geram, tidak puas hati, cemburu, terkilan...kesemua perasaan itu kini bersatu di dalam sanubari. Termengah Yasmin mencari udara. Segera dia menapak ke arah beranda rumah dan duduk di situ. Diseka sisa-sisa air mata yang sudah mengalir dengan hujung baju. Sakitnya hati aku...

"I thought you tertidur ke apa tadi. Senyap sangat. Okay, come back to the story... So, i bring her to the store and let her choose whatever brand that she wants. Lepastu, bawak dia gi makan and terus hantar ke kolej." Jelas Hans dengan ceria. Tanpa dia sedar, ada hati yang sedang menangis mengenangkan sikapnya.

-Flashback end-

"Alah...tu je ke. Biarlah dia. Lagipun dia kenal budak tu dulu before you. And dia pun bukannya laki kau...you cant control him Yas. Let him do whatever he wants okay. Aku ada kan. Kau nak apa-apa, mintak je kat aku." Pujuk Azam sambil mengenyitkan mata. Walaupun kelihatan Yasmin seakan tidak matang, namun Azam faham perasaan Yasmin pada ketika itu. She needs your attention and time Hans. Takkan tu pun kau tak perasan.

"Aku sedih Azam. Almost a year kami bercinta. He never buy me anything. Bunga pun tak pernah. Tanpa rasa bersalah, dia boleh bagitau pasal benda tu kat aku. Hancur remuk wei hati ni.Sakit sangat. Bukan cemburu ke apa, cuma, dengan aku, satu janji pun dia tak pernah tepati. But with her...Aku rasa macam tak dihargailah Azam."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience