25

Romance Completed 60794

Kecewa? Itu sudah pasti. Menagih kasih daripada orang yang sudah tidak sudi menerima cintanya terasa begitu memenatkan mental dan fizikal seorang Hans Ilham. Bukan sekali dua, Hans merendahkan egonya demi memujuk Alisa.

Rugi rasanya jika hubungan yang sudah terjalin buat hampir 2 tahun itu, diputuskan di tengah jalan hanya kerana satu kesilapan. Ikutkan, kesalahan itu datangnya dari kedua belah pihak. Namun, impaknya dialami oleh satu pihak sahaja, iaitu Hans.

Secara logiknya, apa jua ikatan pasti akan terlerai jika ada pihak yang mengabaikan atau tidak mengenggam tali yang menjalinkan sesuatu hubungan itu dengan baik.

Alisa langsung tidak memberikan peluang kepada Hans untuk mendekatinya. Jadi, bagaimana lagi Hans mahu memulihkan keadaan jika tiada komunikasi yang berkesan di antara mereka berdua?

Dan apa yang paling menyesakkan jiwa, cara Alisa menjauhkan diri daripada Hans, seolah-olah lelaki itu sudah melakukan satu dosa yang maha besar sehingga tiada keampunan baginya sama sekali.

Terlintas juga dalam fikiran Hans, sama ada perbuatan menggodam akuan bekas kekasihnya itu merupakan satu jenayah terbesar seperti yang sedang digembar gemburkan oleh Alisa di seluruh universiti sehingga kebanyakan pelajar mula memandang serong terhadapnya. Hampir setiap hari, dia menerima teguran berupa sindiran daripada para pelajar khususnya pelajar perempuan.

"Nampak baik...tapi sanggup hacked privacy orang lain semata-mata sebab cemburu buta dia. Lelaki jenis apalah dia tu...Ish, menyesal aku jadikan dia idola sebelum ni..." Pelajar tahun pertama itu lantas mencebik sebelum menarik pergi kawan-kawannya bersama sambil menjeling tajam ke arah Hans.

Jadi, sikap ketidakjujuran, berbohong kepada pasangan, terlanjur dengan lelaki bukan muhrim, lalu menggugurkan kandungan, harus dianggap seperti apa pula? Apakah perbuatan-perbuatan itu tidak berdosa?

Bukankah dalam sesuatu perhubungan, kejujuran itu penting supaya tidak menimbulkan apa-apa prasangka buruk mahupun perselisihan faham di antara pasangan?

Lalu, mengapa Alisa menyembunyikan mengenai hal tersebut daripada pengetahuan Hans? Walhal, mereka sudah berjanji tidak akan berbohong walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Bayangkan, jika Hans turut sama menghebohkan mengenai aib Alisa kepada seluruh pelajar universiti bersama buktinya sekali, sudah semestinya, dalam tempoh masa tidak sampai beberapa puluh minit, nama baik Alisa akan terjejas.

Dan, manusia-manusia yang sedang berpihak kepada dirinya sekarang, akan terus beralih arah atau yang paling teruk pun, menghina wanita itu sebagaimana mereka lakukan pada Hans.

Namun, Hans tidak mahu melakukan semua itu. Dia hanya mahu menyelamatkan hubungan mereka walaupun beberapa rakan baiknya, menegaskan Hans untuk meninggalkan Alisa dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan akhir semester yang bakal menjelma dalam masa beberapa bulan sahaja lagi sebelum, dia bergelar seorang doktor pakar bedah jantung.

Perbuatan Alisa membuatkan Hans tidak mampu membela dirinya sewaktu Widad memperlekehkan harga diri wanita itu tempoh hari.

Jika sahaja Alisa jujur dan menceritakan mengenai masa lalunya kepada Hans dari awal, pasti mudah bagi lelaki itu untuk melawan habis-habisan dan membela nasib Alisa.

Para pelajar mula beransur pulang ke rumah dan ada juga yang bertolak ke negara masing-masing, sempena cuti semester pertengahan tahun. Cuti panjang pada kali ini, langsung tidak menggembirakan Hans seperti selalunya.

Jika masing-masing pulang ke negeri asal, Hans bimbang dia akan kehilangan peluang untuk memujuk Alisa dan pada masa yang sama, dia mengkhuathiri, Widad akan menggunakan peluang ini, untuk mendapatkan Alisa.

Setiap kali menjelangnya cuti semester, Hans merupakan antara pelajar yang terpaling bahagia kerana dapat pulang ke tanah air serta meluangkan masa bersama ahli keluarganya di Pulau Pinang. Namun, cuti pada kali ini, langsung tidak memberikan keseronokan sebaliknya dia berasa tidak tenang.

Fikirnya, dia boleh memujuk Alisa dalam tempoh mereka berada di universiti, tetapi nampaknya, niat itu terpaksa dikuburkan kerana kekangan waktu dan keadaan yang tidak mengizinkan.

Masing-masing bakal pulang ke negeri asal. Hans ke Pulau Pinang, manakala Alisa pula ke Johor. Mereka bakal berpisah untuk satu jangka masa yang agak panjang.

"Hans...dah-dahlah tu. Orang dah tak sudi, jangan paksa." Darwin dan Raj mengambil tempat di sebelah Hans. Mereka berdua bakal pulang ke Malaysia pada petang ini. Di sebelah mereka sudah tersedia dua buah bagasi sederhana besar. Hans melorek senyuman hambar.

Wajah muramnya diraup kasar. Dia betul-betul sudah hilang pedoman. Dia tidak mahu kehilangan Alisa, cinta pertamanya. Bukan mudah, dia mahu meneruskan hidup seperti biasa setelah kehilangan wanita itu.

Darwin dan Raj menggeleng kepala. Orang kalau dah kemaruk bercinta, kita cakap apa pun, liat nak dengar. Darwin lantas mengeluh lalu menepuk lembut bahu Raj untuk beredar dari situ. Bimbang, terlewat ke lapangan terbang. Nanti tak pasal-pasal kena bercuti di asrama. Harga tiket pun, boleh tahan mahal.

"Hans, kami pergi dulu. See you on next semester." Ucap Raj lalu berjalan beriringan bersama Darwin menuju ke arah teksi. Sebelum naik ke dalam kenderaan itu, Darwin dan Raj sempat menoleh sekilas ke arah Hans yang masih tertunduk. Kasihan juga mahu meninggalkan kawan mereka dalam keadaan seperti itu. Namun, apakah daya...dah terlanjur beli tiket.

Hans membawa keluar telefon bimbitnya. Ditatap skrin peranti itu sebelum meletakkannya semula di atas meja. Terdapat lebih 20 panggilan tidak terjawab daripada bapanya. Pasti ahli keluarganya sedang merisaukan keadaan Hans yang sudah jarang menghubungi mereka sejak akhir-akhir ini.

Apa aku nak buat ni? Lantas bola mata melilau ke arah asrama pelajar perempuan. Kosong dan sunyi. Pasti Alisa sudah berangkat ke Johor semalam. Sampai hati tak bagitau kat aku dulu...

Selang beberapa minit, air mata Hans berjuraian membasahi pipinya. Dia tidak kuat menampung beban ini. Sakit rasanya dilayan seperti manusia yang tiada nilai oleh insan yang amat dia cintai.

Dua tahun, dia melakar nama Alisa di dalam hati. Mengapa semuanya harus berakhir seperti ini? Firasatnya kuat mengatakan bahawa Alisa tidak akan menerimanya kembali.

Dengan longlai, Hans menapak masuk ke dalam bilik. Pintu dibiarkan terbuka. Dia membaringkan tubuhnya di atas tilam. Mata terpejam rapat. Cuba mengumpul keberanian sebelum menghubungi bapanya. Sebentar lagi, dia juga bakal menyusul ke lapangan terbang untuk bertolak ke Malaysia. Tidak apa, demi Alisa, 7 lautan luas tu pun aku sanggup redah...

"Hello, assalammualaikum abah. Ya, sihat je. Kejap lagi Hans bertolak ke airport. Okay, nanti Hans call abah balik." Panggilan ditamatkan. Dia merenung kosong permukaan skrin telefon bimbitnya. Jeda...Lolos pula satu keluhan. Dia perlu merangka rancangan lain agar Alisa setuju untuk berjumpa dengannya di Malaysia nanti.

Rasanya dia perlu meminta pertolongan daripada seseorang. Semoga sahaja, insan itu sudi membantunya. Perlahan dia menyungging senyuman. Keyakinan mula terpancar dari sinaran wajahnya.

Mana mungkin Alisa membenci atau mahu memutuskan hubungan mereka secepat ini...Dia pasti merajuk dengan aku. Its okay, aku pujuk lagi. Cuba meniup semangat demi meraih kekuatan.

chap ni merapu sikit...harap deme tak marah lah ye...hehehe...sorry lambat update..pening pala mau pikir idea...lol...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience