"Mak, tolong Yas mak. Yas menyesal...Yas menyesal. Yas taknak kahwin dengan Azam. Yas masih sayangkan Hans...tolong mak! Tolong Yas!" Lengannya malah dicengkam kuat oleh Wahida.
Malas mahu membahas mengenai hal ini. Segalanya sudah terlambat. Sepatutnya dari dulu lagi anaknya itu sedar diri. Biar merasa sikit. Terlalu dimanjakan sehingga degil mendengar pendapat orang lain. Dia sahajalah yang betul, yang suci, yang murni. Orang lain, selalu salah. Tiada yang betul.
Esakan Yasmin malah semakin kuat saat mereka menuruni anak tangga. Wahida menoleh sekilas, mencerlung Yasmin dengan pandangan tajam. Menangis seperti dikahwin paksa padahal dia yang beria-ia mahu bernikah dengan Azam.
Menyedari tatapan ibunya yang mengerunkan itu, Yasmin cepat-cepat menyeka air matanya. Punggung terus dihenyakkan di atas pelamin yang sudah dihias cantik. Sedikitpun tidak mengharukan Yasmin. Pandangannya malah tertumpu pada lantai.
Tertunduk sambil bermain dengan hujung kain gaun pengantinnya. Berat sekali hati ini mahu menerima kehadiran lelaki lain. Dia menahan empangan air mata daripada mengalir deras di hadapan para tetamu. Ego telah memakan diri. Perangai kebudak-budakan telah merosakkan masa depannya sendiri.
"Pengantin pun sudah tiba. Mari kita teruskan." Suara tok kadi bergema. Azam menghela nafas panjang. Mungkin ini suratan takdir. Redha sahajalah Azam. Sedikitpun dia tidak memandang ke arah pengantin perempuan. Tidak teringin sama sekali mahu menoleh. Lainlah, jika yang mendiami pelamin itu, ialah si cinta hatinya, Tiara. Sebut pasal Tiara, di mana gadis itu sekarang? Pasti sedang meratapi kehilangan aku dalam hidupnya. Berair mata Azam saat itu.
"Cepatlah Tiara...nanti terlepas pulak!" Kain kebaya sudah diangkat tinggi supaya boleh melangkah dengan pantas. Selendang di kepala sudah lama terselit di celah leher. Sudah seperti Superman sahaja penampilan Alisa. Peduli apa aku, janji matlamat aku tercapai! Sempat dikerling ke sebelah. Haih...terlepas keluhan.
"Sedap ni Kak Lisa. Taknak ke?" Alisa menjeling geram ke arah Tiara yang sedang mengunyah karipap seperti tiada hari esok itu. Sempat lagi kau melantak nyah...Boyfriend kau tu nak kahwin! Bebel Alisa.
"Azam Muzamir bin Abu Talib, aku nikahkan dikau dengan anak aku, Yasmin Zahirah binti Harun, dengan mas kahwinnya, seribu ringgit tunai." Harun memandang ke arah Azam yang sedang menatapnya tanpa riak itu.
Menyedari lelaki itu masih diam tidak berkutik, abang sulungnya menyiku lengan Azam supaya sedar dari lamunannya. Azam menelan air liur kasar sambil membalas tatapan Harun di hadapan dengan kesal.
"Aku terima nikahnya, Yasmin Zahirah binti Harun dengan mas kahwinnya seribu..."
"Tunggu!!! Hentikan perkahwinan ini!" Laungan kuat dari muka pintu itu memeranjatkan semua yang berada di ruangan dewan tersebut. Masing-masing menghalakan pandangan ke arah dua orang wanita yang sedang terpacak di muka pintu.
"Ti...Tiara?" Bersinar mata kala melihat cinta hatinya. Azam turut perasan, kehadiran Alisa di situ. Adakah mereka datang untuk membantunya.
"Ya Allah...Tiara!" Jerit Rafidah sebelum terkulai di atas bahu salah seorang tetamu. Terkejut sehingga tidak mampu menarik nafas. Anaknya tega melawan kata dan membatalkan majlis ini. Sementara bapa Tiara, tidak menayangkan sebarang reaksi.
"Abang..." Tiara menghampiri Azam. Yasmin dan Wahida turut terlopong dari atas pelamin. Dalam terkejut dengan drama tidak berbayar di hadapan itu, Yasmin sempat memanjatkan kesyukuran kerana ada yang cuba menghentikan majlis ini.
"Baby..." Tumpah air mata Azam. Dia terus bangun dari duduknya lalu berlari mendapatkan Tiara. Harun dan tok kadi saling berpandangan. Kini, fahamlah Harun bahawa, hati Azam bukan pada anaknya. Dan dia redha jika jodoh anaknya bukan bersama Azam.
Lelaki itu juga berhak bahagia bersama insan yang dia cinta. Terlalu banyak jasa yang ditaburkan Azam kepada keluarganya. Harun hargainya sangat-sangat. Tanpa melengahkan masa, Harun berbisik pada telinga tok kadi lalu menghampiri Azidan, bapa Tiara.
"Kahwinkan dia orang. Mereka berhak bahagia." Pesan Harun sebelum melabuhkan punggung di sebelah salah seorang tetamu. Azidan mengangguk dalam keterharuan lalu mendekati tok kadi.
Wahida juga tidak menunjukkan sebarang reaksi lalu terus memberikan isyarat melalui mata kepada Yasmin untuk turun dari pelamin itu. Yasmin akur dalam gembira.
Sekali lagi tuhan memakbulkan permintaannya. Jadi selama ini, dua ketul itu bercinta? Tak guna kau Zam, kalau dari awal kau terus terang, sumpah aku takkan minta kau kahwin dengan aku!
"Azam, tak baik berpegangan tanpa hubungan yang sah. Lagi pula, kamu berdua tidak ada sebarang ikatan." Pesan tok kadi dengan lembut. Kata-kata itu turut dipersetujui oleh para tetamu. Masing-masing mula berbisik sesama sendiri. Hairan juga. Selalunya babak-babak seperti ini, berlaku dalam drama sahaja. Jarang terjadi dalam realiti.
Ibu dan adik beradik Azam menghampiri Yasmin dan Wahida. Kedua wanita separuh abad itu sempat bersalaman dan berpelukan. "Maafkan pihak kami..." Cepat-cepat Wahida menggeleng. " Tak de apa puan. Semua ni salah kami. Terlalu memaksa, sehingga anak-anak menjadi mangsa. Izinkanlah mereka berdua bernikah dan bersanding di pelamin yang sama kita dirikan buat Yasmin. Kami redha dan tumpang bergembira." Yasmin lantas mengangguk sambil tersenyum tipis.
Bahunya disentuh seseorang dari belakang. Ianya Alisa! Yasmin memandang hairan bekas teman wanita Hans itu. "Pergi kejar Hans, Yas. Semua salah faham ni terjadi disebabkan aku. Aku minta maaf." Tanpa segan silu Alisa menghamburkan tangisan di atas bahu Yasmin. Yasmin memeluk erat tubuh Alisa sebelum keduanya mengalirkan air mata. Betapa berdosanya dia terhadap Hans selama ini. Dia benar-benar menyesal.
"Pergi cari Hans, Yas. Dia on the way ke U.K. Go faster." Tubuh langsing itu ditolak lembut supaya cepat bertolak ke lapangan terbang. Sebelum bertolak dari rumah, Alisa sudah menghubungi pihak airport, untuk menanyakan soal waktu perlepasan ke U.K.
Ikutkan, masih berbaki beberapa minit sahaja lagi, sebelum Hans bertolak ke sana. Tanpa berpaling ke belakang, Yasmin mencapai kunci kereta yang dihulurkan oleh Alisa lalu bergegas lari menuju ke arah ruangan parkir kereta.
Enjin dihidupkan, pedal minyak dipijak sekuat hati, sebelum kereta BMW milik Alisa meluncur laju di atas jalan. Jeritan hon dari pemandu lain tidak dihiraukan. Kalau tembok penahan jalan tu pun aku boleh rempuh, inikan pula pintu masuk lapangan terbang. Hans Ilham, wait for my arrival my man.
Hans menarik bagasinya sambil menghampiri balai pelepasan dengan hati yang kecewa. Sempat dia berpaling beberapa kali ke belakang, berharap Yasmin akan datang ke sini dan menghalang dirinya.
Serta merta hujung bibirnya terangkat. Mengetawakan diri sendiri yang mengharapkan sesuatu, yang terlalu mustahil untuk terjadi. Pasti Yasmin sudahpun menjadi milik Azam sekarang ini. Mana mungkin wanita itu mahu membatalkan majlisnya semata-mata untuk kembali bersamanya. Namun, entah mengapa, firasat Hans mengatakan sebaliknya. Don't put any expectation Hans...Please dont! She's not gonna...
"Abang!"
update 2 bab sekaligus...jgn lupa komen
Share this novel