21

Romance Completed 60794

Tepat pada jam dua belas tengah hari, Yasmin selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Iz Hayath. Gabungan antara nama Hans Ilham dan Yasmin Zahirah.

Si kecil itu sudah tertidur pulas setelah disusukan oleh Yasmin sebentar tadi. Kulitnya yang mulus dan kemerahan benar-benar memukau perhatian seluruh keluarga Yasmin dan Hans. Sehingga masing-masing berebut mahu mengendong bayi kecil yang baru berusia beberapa jam itu.

Rasa rindu Yasmin terhadap Azam kian menggebu. Jika lelaki itu ada bersama mereka tadi, pasti sudah diejek rupa anaknya, yang betul-betul ikut raut wajah Yasmin. Yasmin masih ingat lagi kata-kata sindiran Azam ketika dia disahkan hamil.

"Confirm anak laki! Mesti rupa dia sebijik macam hang. Macam anak arnab tercekik biji nangka, muka dia nanti. Tak caya kau tengoklah..." Akibat terlalu geram dengan mulut celupar Azam, Yasmin melemparkan botol minuman kosong yang berada dalam genggamannya ke arah lelaki itu sebelum Azam terkekeh melarikan diri.

Yasmin mengerling sekilas waktu pada skrin telefon bimbitnya. Sudah lebih dari 2 jam, Hans meninggalkannya bersendirian di ruangan wad itu. Tadi, Yasmin memesan untuk membelikannya makanan kerana dia masih belum menjamah apa-apa, sejak diwajibkan untuk berpuasa sejak malam tadi.

Yasmin benar-benar dalam kelaparan. Ditambah pula, dengan suaminya yang masih belum kunjung tiba. Aku suruh beli nasi kat kafe bawah ni aje tadi. Ni dah dekat 2 jam, masih tak sampai-sampai lagi. Takkan dia ambik tugas sebagai tukang masak pulak kat sana.

Yasmin tersenyum sendiri saat membayangkan Hans Ilham sedang menggoreng ayam dalam kuali di ruangan memasak. Haih, merepek je aku ni. Katil bayi disebelahnya dilirik. Anaknya masih tidur nyenyak.

Nak tunggu ke, atau turun? Lapar sangat dah ni...Rungut Yasmin sambil mendail nombor Hans. Panggilannya tidak terjawab malah masuk ke peti simpanan suara. Ke mana laki aku ni pergi? Yasmin mula berasa hairan. Tak boleh jadi ni, takpelah...Biar aku je gi beli nasi kat bawah. Nasi dengan sup pun dah kira okay. Janji kenyang.

Makanan yang dibekalkan oleh pihak hospital tengah hari tadi juga, tidak sempat dijamah oleh Yasmin kerana waktu itu, dia sibuk menguruskan anaknya yang merengek mahukan susu. Akhirnya, lauk serta nasi itu menjadi sejuk. Jadi, Yasmin tidak lalu mahu memakannya.

Lagipun, dalam keadaannya yang sedang berpantang, dia perlu menjaga pemakanan dan apa sahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulut, jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.

Perlahan Yasmin bangun dari katilnya, lalu menyarungkan sehelai cardigan pada tubuh. Belakang kain batik disentuh dengan tapak tangan lalu diteliti jika terdapat sebarang kotoran di situ, kerana kali terakhir dia menukar lampin wanitanya ialah sekitar 3 jam yang lepas.

Mahu menukar lagi, dia tidak sanggup. Terutama, dalam keadaan alat sulitnya yang berjahit. Memikirkan mengenainya sahaja sudah cukup membuatkan Yasmin berasa nyeri dan ngilu. Setiap kali mahu membuang air, pasti anak matanya terarah pada kesan jahitan itu sehingga Yasmin menyeringai ketakutan.

Setelah memastikan semuanya dalam keadaan yang baik, dia mencapai dompet yang terletak di dalam laci meja dan menapak keluar dari bilik itu lalu mengunci pintu.

"Nurse, saya nak ke cafe kejap. Tolong jaga anak saya ye...Dia tengah tidur." Sempat menitipkan pesan kepada jururawat yang duduk di kaunter.

"Okay. Hati-hati ye puan. Luka jahitan masih belum kering. Jangan gunakan tangga, ambil lif ye." Kata jururawat itu dengan ramah. Yasmin lantas mengangguk sambil membalas senyuman manis jururawat wanita dalam lingkungan 30-an itu sebelum menuju ke arah lif. Butang simbol turun ke bawah ditekan lalu dia menunggu ketibaan lif yang masih berada di tingkat 5 sambil menggeser telefon bimbitnya.

Setelah beberapa minit, perut lif terbuka luas. Belum sempat Yasmin menapak masuk, dia seakan terdengar suara esakan seseorang di sebalik koridor yang sunyi sepi. Tidak jadi dia mahu masuk ke dalam lif, malah kakinya mula melangkah mencari sumber suara itu.

Yasmin sendiri tidak pasti mengapa dia berasa begitu penasaran mahu melihat gerangan yang sedang teresak berbanding mengisi perutnya yang sudah melolong-lolong minta diisi. Bukankah itu dianggap seperti menyibuk? Eh, tak jugak. Aku cuma nak tengok aje, mana tahu orang tu perlukan bantuan.

Terlalu ralit berperang dengan fikiran dan perasaan sendiri, sehingga tidak sedar bila dia sampai ke tempat yang sedikit tertutup dan terlindung di sebalik sebuah dinding yang besar. Kelihatan seorang wanita sedang membelakanginya dan di hadapannya pula, ada seorang lelaki. Wajah lelaki itu tidak begitu jelas kerana terhalang dengan tubuh wanita berkenaan. Yasmin mendecit kecewa. Rasa ingin tahunya semakin membuak-buak.

"Kejap lagi i datang balik. I kena bagi makanan kat isteri i." Ujar lelaki itu. Belum sempat dia menapak beberapa langkah ke hadapan, lengannya malah disambar oleh wanita tersebut. Terbuntang luas mata Yasmin.

Cepat-cepat dia menyembunyikan dirinya di sebalik dinding. Lelaki itu, dia nampak jelas wajah lelaki itu. Itu adalah Hans Ilham! Apa yang suaminya sedang lakukan bersama perempuan tersebut?

Yasmin melirik ke arah koridor itu sambil menahan rasa debaran yang semakin kuat mencengkam dadanya. Kedua belah matanya terasa panas. Beberapa saat kemudian, air mata Yasmin mula melimpah keluar membasahi pipinya yang masih pucat.

"Please Hans... We need to talk. We really need to talk." Jemari runcing wanita yang mengenakan seragam putih itu masih terlekat pada lengan Hans. Hati Yasmin seakan dihiris-hiris isinya, dengan mata pisau yang tajam. Sakit sekali rasanya saat itu.

Hans kaku sambil menghadap dinding di depan, yang mana turut menjadi tempat persembunyian Yasmin. Lelaki itu masam mencuka tanpa menoleh ke arah wanita yang sedang memaut erat pergelangan tangannya.

Yasmin menilik wajah perempuan berkenaan. Ingatannya masih kabur. Sepertinya, dia pernah melihat wanita itu sebelum ini. Tapi, di mana? Sedang Yasmin leka mengorek ruang ingatan yang masih kurang jelas, Hans menepis kasar tangan perempuan itu dengan kasar.

"Lepaskan i, Lisa. I akan datang balik nanti." Lisa? Alisa?! Yasmin terpana. Saat itu, seluruh tubuhnya menggeletar hebat. Its, its impossible! Alisa Maisara? Bekas kekasih Hans Ilham, ketika dia menuntut di Medan, Jakarta, sekitar 6 tahun yang lepas? Semakin laju air matanya mengalir. Terasa kedudukannya sebagai seorang isteri kepada Hans Ilham tergugat dengan kehadiran perempuan itu.

"Hans...i masih sayangkan you. Do you still love me?" Yasmin menekup mulutnya kuat-kuat agar tangisannya tidak kedengaran. Sungguh, dia tidak kuat melihat adegan sebegitu. Yasmin sepertinya mahu melarikan diri dari situ, membawa dirinya yang lara ke satu tempat yang jauh.

"I sayangkan..." Tidak sanggup mendengar ayat yang bakal meniti dari bibir Hans Ilham, Yasmin cepat-cepat memusingkan tubuh, lalu berlari meninggalkan kawasan berkenaan. Yasmin boleh mengagak apa yang bakal diucapkan oleh Hans. Sungguh, dia tidak kuat mendengar lelaki yang dicintai sepenuh hati, melafazkan rasa sayangnya kepada wanita lain.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Yasmin menghamburkan tangisannya. Dadanya ditumbuk-tumbuk menghalau amarah dan keperitan yang dia tidak sanggup lalui. Hidupnya terasa kelam dan Yasmin seakan terperangkap dalam kegelapan.

Dia terduduk sayu sambil melayan kesedihannya di atas lantai tanpa mengendahkan rengekan anak kecilnya yang sudah terjaga akibat tangisan Yasmin yang kuat. Dia bersandar pada pintu lalu memeluk kedua belah lututnya. Yasmin tidak mampu menerima kenyataan, bahawa dirinya berkemungkinan ditinggalkan oleh Hans Ilham demi Alisa Maisara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience