3

Romance Completed 60794

"Yas apa khabar?" Lembut suara tua itu menyoal. Dengan orang muda, kita kena cakap soft-soft sikit, nanti cepat terasa. Yasmin memandang sosok di hadapannya melalui ekor mata lalu mengukir senyuman hambar. Sejujurnya, aku tak okay. Tipulah kalau aku tak terkesan langsung dengan perpisahan ini. Hans cinta pertama aku. Aku terlalu sayangkan dia. Cuma, aku takde jalan lain dah. Ini je yang terbaik buat masa sekarang. Bercerai! Kami bawa haluan masing-masing. Makin lama aku hadap muka Hans, aku jadi makin tertekan. Aku tak boleh.

Aku Yasmin Zahirah Mohammad Harun. Mempunyai seorang adik lelaki, Yasir Zahiran yang masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan. Aku anak kesayangan mak bapak aku. Anak perempuan katakan... So, aku ni dikira istimewa sikit. 2 tahun lepas, aku berkenalan dengan Hans Ilham. Berbual menerusi telefon bimbit sahaja. Lepastu, takde angin, takde ribut, Hans melamar aku. Aku pun apa lagi, dah crush ajak kahwin, aku say yes lah. Tapi, masa kami couple dulu, boleh kira guna jari, hari-hari kami bahagia tanpa sebarang pergaduhan. Entahlah, susah nak terangkan. Mungkin sebab perbezaan umur, cara pemikiran kami selalu tak seiring dan sependapat.

Bila Hans cakap A, aku cakap B. Macam tulah. Dan, benda yang paling aku tak boleh nak blah, bila Hans suka menyalahkan kaum wanita macam aku ni dalam semua hal. Kalau ada pasangan yang bercerai, maka dijatuhkan kesalahan ke atas pihak perempuan semata-mata, kalau lelaki tu ada skandal, salah perempuan tu jugak, jika lelaki curang, itupun dikatakan salah perempuan. Mana tak naik kepala angin aku ini! Dalam keluarga Hans, dia seorang je yang berperangai macam tak cukup susu badan.

Selalu menyakitkan hati! Lepas kahwin ni, bila bergaduh je, mesti aku cepat sejuk. Sebab si Hans ni pandai goda aku, as he knows my weakness. Dia jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik, cuma kadang-kadang tu ada juga kelemahan dia. Tapi aku tak kisah sangat. Mana ada manusia yang sempurna di atas muka bumi ni.

Hubungan kami berakhir disebabkan satu insiden yang mengubah keseluruhan rasa cinta dan kepercayaan aku pada Hans. Aku dah cuba bagi klu dan petunjuk, namun dia masih tidak menghiraukan perasaan aku. Sebaliknya, soalan demi soalan yang dilemparkan berkaitan dengan perubahan sikap aku terhadap dia sejak akhir-akhir ini. Mustahil kalau dia tidak tahu menahu langsung puncanya.

Bukan aku taknak berterus terang pasal 'kesalahan' tu, tapi, Hans Ilham ni jenis tak reti nak mengalah dan dia tidak akan sesekali mengalah dengan perempuan. Nanti ada je ulah dia nak kenakan aku balik. Setiap kali bertengkar, mesti dia je yang nak menang. Suka bandingkan diri aku dengan mak, kakak dan adik dia. Lepastu, suruh aku jadi macam orang lain, ikut perangai entah siapa-siapa yang aku sendiri tak kenal. Aku jadi stres! Kali ini, aku betul-betul nekad, this gonna be the end. Aku taknak ada kaitan dengan mamat poyo tu.

"Jauh termenung...Yas okay ke?" Terhenti lamunan Yasmin saat bapa mertuanya bersuara. Pagi tadi, lelaki itu mengajaknya untuk berjumpa. Nak, taknak, Yasmin terpaksa bersetuju kerana tidak mahu mengecewakan bapa mertuanya. Keluarga Hans melayan aku dengan baik. Sama macam layan anak perempuan mereka sendiri. Tak lebih, tak kurang.

"Err, takde apa-apa abah. Abah sihat?" Bibir mengukir senyuman manis saat menatap wajah tua itu. Yasmin tahu, tujuan utama bapa mertuanya mahu bertemu secara langsung dengan dia pada hari ini.

"Alhamdulillah, abah sihat. Cuma, Hans je yang tak sihat. Dia sakit. Sakit hati." Langsung Yasmin melarikan bola matanya dari terus menjadi mangsa renungan Khalid. Berdebar pula jadinya. Macam ada gendang yang berpaluan dalam jantung.

"Yas...sungguh abah tak tahu apa masalah kamu berdua. Kalau Yas nak share dengan abah, abah sentiasa ada untuk Yas. Cuma, abah nak pesan. Kalau rasa masalah ni, boleh diselesaikan melalui perbincangan, please do that. Abah taknak anak-anak abah berakhir dengan penceraian. Abah dengan mak dah sayang Yas macam anak kami sendiri." Timbul rasa bersalah dalam diri Yasmin. Tapi, dia kenal benar dengan ego dan perangai Hans. Mana mungkin lelaki itu mahu duduk dan berbincang dengan baik. Silap-silap hari bulan, tak pasal memekik tak ingat dunia. Lepastu, ungkit balik kisah lalu. Ish, bernanah nanti telinga aku ni dengar sindiran mamat bajet bagus tu. Harap je dah tua, tapi takde akal. Kutuknya dalam hati.

"Yas dah cuba banyak kali abah. Abah sendiri tahu kan pasal Hans. Dia mana boleh dengar orang kritik pasal dia. Nanti ada je benda dia nak guna untuk sindir kita balik." Kata Yasmin sambil menahan air matanya yang sudah bertakung sejak tadi. Jangan nangis Yas, jangan nangis. Kau kena buktikan, yang kau kuat tanpa Hans di sisi. Jangan kalah disebabkan cinta. Cinta tak boleh dibuat makan. Ingat!

"Abah tahu Yas. Abah pun dah banyak kali nasihatkan si Hans tu. Jangan ungkit hal yang dah lepas. Benda yang dah lepas tu, biarlah berlalu. Jangan dikenang-kenangkan. Nanti jadi masalah." Tambahnya. Dilepaskan satu keluhan yang cukup panjang sehingga dapat didengari oleh Yasmin. Yasmin tertunduk menekur lantai sambil bermain dengan jemarinya. Entah, perasaannya berbelah bahagi. Dia yakin, Hans tidak akan berubah sama sekali.

"Abah tak marahkan Yasmin. Yasmin dah besar, boleh fikir yang mana satu buruk dan yang mana satu terbaik untuk hidup Yas. Abah mintak diri dulu. Kalau Yas nak apa-apa, call je abah atau mak. Assalammualaikum." Salam itu dibalas dalam hati sambil menghantar pemergian bapa mertuanya dengan ekor mata. Yasmin benar-benar buntu. Call Azam lah...stres kena perah otak sorang-sorang.

Sepanjang perjalanan, Yasmin hanya berdiam diri melayan perasaan. Matanya tidak lepas dari memandang ke luar tingkap. Sekalipun dia tidak berpaling ke arah Azam yang sedang memandu di sebelah. Azam hanya mampu menggeleng kepala. Sorang ego, sorang kuat merajuk. Entahlah aku. Bukan tak pujuk, dah berdozen ayat pujukan aku bagi, satu pun dia tak hadamkan dalam kepala otak. Laki bini sama je. Dua kali lima. Gumam Azam dengan geram.

"Malas aku. Sampai bila aku yang kena mengalah. Eh, bro. Aku dah banyak bertolak ansur tau dengan Yas. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk. Penatlah macam ni!" Diteguk air di dalam gelas itu dengan rakus. Azam hanya mampu tersenyum pahit melihat sikap Hans. Sebelum kahwin, bukan main kau titipkan janji-janji manis untuk Yasmin. Tapi, sekarang?

"Dia merajuk pun ada sebab Hans. Dan kali ni, aku sebagai lelaki cukup yakin, yang rajukan Yas masuk akal dan berasas." Terpempan Hans seketika. Tsk, kau kan bff dia, mestilah kau sokong kawan kau tu! Gerutunya.

"Rajukan berasas? Rajukan apa sampai nak mintak cerai dengan suami Zam?!" Tengking Hans. Dia tidak suka orang lain menasihati dirinya. Lagi-lagi orang yang lebih muda seperti Azam. Perbezaan 6 tahun antara mereka, membuatkan maruah Hans seakan tercalar apabila Azam cuba menasihatinya. Eh, aku terlebih dulu lahir ke dunia nilah! Siapa kau nak arah-arahkan aku!

"Sebab kau tak hargai dia Hans! Dari zaman kau bercinta dengan dia, sampai ke saat ini, kau tak reti nak hargai dia." Kedua lelaki itu mula bertegang urat. Kelihatan api kemarahan yang menguasai tatapan masing-masing.

Lolos satu keluhan dari mulutnya. Fikiran Azam benar-benar terganggu. Dilirik sekilas ke arah Yasmin yang sudah terlena di tempat duduk penumpang. Timbul rasa kasihan terhadap wanita itu. Maafkan aku Yas, aku dah tak tahu macam mana nak satukan korang berdua balik. Dulu, dah berbuih mulut ni aku nasihatkan kau. Jangan terlalu percaya dengan janji-janji manis lelaki, tapi kau taknak dengar. Kau kata Hans lain dari yang lain. And now, what?

agak2 apa yg Hans dah buat sampai Yas jadi mcm ni? Ada sape2 tahu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience