28 peluang

Romance Series 4617

"Kenapa Ila?.. Ibu dengan Abah nak sangat Ila sambung belajar. Takkan Ila nak sia siakan macam tu aje" Mak Ijah terkejut dengan keputusan Ila yang mahu menolak tawaran belajar. Sedangkan itu impian mereka sekeluarga.

"Tapi ibu..Kalau Ila sambung belajar.. sapa yang nak cari duit utk keluarga kita. Ila tak nak ibu penat. Nak jaga abah lagi."

"Ila bukan berhenti..tapi Ila tangguhkan dulu sementara Abah sihat. Lagipun Hairul kan nk SPM tahun ni. Banyak belanja yang nak kena sediakan. Tuisyen..buku rujukan."Sambung Ila lagi.

Mak Ijah menarik nafas dalam dalam. Sukar untuk dia hadam setiap perkataan anaknya itu. Ada benarnya juga apa yang Ila cakapkan itu..desis hati Mak Ijah. Dengan kudrat tuanya..entah apa kerja yang dia mampu buat. Nak harapkan duit simpanan..adalah sikit mereka menabung di dalam tabung Haji.

"Ibu jangan risau.. bila semua dah stabil nanti. Ila akan sambung belajar. Sekarang ni kita fokus pada kesihatan abah..dengan pelaran Hairul dan Husna dulu..boleh kan ibu?" tutur Ila satu persatu.

Mak Ijah merenung Ila lama. Perlahan lahan dia menganggukkan kepalanya. Serentak itu..air matanya menitis ke pipi yang semakin menampakkan garis kedutan. Tangannya menarik Ila ke dalam pelukannya...... dan kedua beranak itu teresak esak didalam pelukan erat mereka.

---------------------------------

"Assalamualaikum kak Hawa". Ila menapak ke arah Hawa dan suaminya yang baru sampai di depan butik. Senyum dipamerkan pada majikannya itu.

"Waalaikumussalam" serentak Hawa dan Izani membalas salam Ila.

"Dah lama ke sampai?" Soal Hawa.

"Dalam 15 minit..tak lah lama sangat" jawab Ila.

"Akak terlambat sikit pagi ni.. tadi jalan jem..ada kemalangan dekat simpang keluar dari rumah akak" terang Hawa sambil membalas senyuman Ila.

Mereka bertiga terus menapak ke dalam Butik. Izani..suami Hawa pula menghidupkan suis lampu dan penghawa dingin.. Itulah rutinnya setiap hari apabila menghantar isterinya ke butik.

Ila pula terus ke stor mengambil penyapu dan vacuum.. memulakan rutinnya membersihkan butik setiap pagi sebelum customer masuk.

"Ila.. bila dah siap bersihkan semua .. nanti masuk bilik akak ye. Ada hal yang akak nak bincangkan"

"Baik kak" Ila terus sambil menyambung tugasannya lagi.

Sementara itu Izani sudah berangkat ke tempat kerjanya. Aina dan Kamalia pula..akan sampai ke butik sekitar jam 10pagi. Mereka berdua masuk lambat kerana waktu habis kerja iuga lambat.

Hampir satu jam.. setelah selesai membersihkan butik...Ila terus ke bilik Hawa.

"Boleh Ila masuk kak Hawa.?" Tanya Ila.

"Masuklah" Hawa tersenyum memandang Ila.

Usai duduk..Ila hanya tersenyum memandang Hawa. Dia menunggu bicara yang ingin Hawa sampaikan. Mungkin ada tender baru..atau tempahan yang pelanggan nak dia siapkan dalam tempoh yang singkat.. bermacam andaian berlegar dalam kepalanya.

"Ila dah bincang dengan Keluarga Ila pasal tawaran belajar tu?" soal Hawa.

"Dah kak" Ila tersenyum. "Ibu dan setuju..
. Dia merenung Ila yang berada di hadapannya.

"Tapi sampai bila Ila nak tangguh.. Akak takut nanti dah seronok kerja..malas nak belajar" Hawa ingin menduga gadis manis yang berada di depannya itu.

Ila menunduk seketika.. diam
Alasannya menangguh itu sebenarnya hanya untuk memujuk ibunya agar membenarkan dia terus bekerja. Tapi entah sampai bila..dia sendiri pun tidak tahu. Dengan gaji sebagai kerja butik.. belum cukup untuk menampung mereka sekeluarga.

"Ila.. Akak sebenarnya ingin bantu Ila. Akak ada berbual dengan Hakimi.. Dia nak Ila sambung belajar..dan dia akan tanggung semuanya"

Ila mengangkat mukanya memandang Hawa. Apa yang keluar dari mulut Hawa tadi..membuatkan Ila terkejut. Apa yang kak Hawa tahu pasal hubungannya dengan Hakimi.

"Akak tahu semuanya pasal Ila dengan Hakimi. Ila jangan risau. I just want to help you Ila.. Ila masih muda..sayang kalau tak sambung belajar"

Muka Ila merona merah.. Aduh.. macam mana Hakimi boleh bagitahu kak Hawa. Mana aku nak sorok muka ni.. eiii malu betulll. guman hati Ila.

Hawa yang lihat perubahan muka Ila mula merona merah ketawa kecil.

"Tak payah malu lah dekat akak. Akak pun suka kalau gadis sebaik Ila jadi pasangan hidup adik akak"

"Saya segan Kak. Saya pun tak sangka..orang yang saya kenal selama 3 tahun..rupanya adik akak. Tapi.. saya tak boleh terima bantuan akak dan tuan Hakimi. Saya tak nak terhutang budi" Ujar Ila perlahan.

"Tapi Hakimi betul betul ikhlas Ila. Dia betul betul sayangkan Ila. Sebab tu dia nak Ila sambung belajar" terang Hawa pula.

Ila mengelengkan kepalanya..tetap dengan keputusan dia.

"Maaf kak Hawa. Ila tak boleh terima"

"Hurm.. kalau macam tu keputusan Ila.. Akak tak boleh nak cakap apa dah. Tapi kalau nak minta tolong apa apa..just bagitahu akak ye."

"Kalau yang itu..saya ada nk minta tolong akak. Kut ada kerja tambahan yang boleh Ila buat..dapat lah tambah income" tersengih Ila memandang Hawa. Dia memang memerlukan kerja sampingan buat masa sekarang.

"Of course akak akan tolong.. buat masa sekarang..kalau ada extra tempahan pelanggan.. Ila boleh bawak balik..siapkan kat rumah pada hujung minggu. Nanti akak bayar extra.. Hurmm lagi satu.. Ila dah ada phone kan.. Apa kata Ila cuba buat bisness online macam.......komersilkan bisnes kuih ibu Ila. Ambil oder dari area kawasan Butik ni..untuk yang kerja ofis.. ok juga kan.. nanti akak rekomenkan pada kawan kawan. Nasi lemak dengan kuih muih Ibu Ila sedap. Akak yakin ramai customer nanti"

"Ya Allah Kak.. terima kasih. Saya terhutang budi dengan akak.. dah banyak tolong saya. Nanti saya tanya Ibu pasal bisness kuih online ni. Kalau ibu setuju..secepatnya saya mulakan." Bersinar sinar mata Ila mendengar cadangan dari Hawa. Kenapa dia tak terfikir dengan semua itu.

"Kalau tak de apa apa.. saya sambung kerja dulu ye kak..Thanks again"

"welcome dear. InsyaAllah nanti ada lah rezeki tu..yang penting kita usaha dulu. Tu macam ada customer masuk.. Ila pergi layan kejap ye.. akak nak siapkan invoice ni dulu."

"ok kak"

Ila terus keluar dari bilik hawa dengan dada yang lapang. Seolah olah segala masalah dan bebanan yang ditanggungnya terbang lenyap. Dia tersenyum manis menyambut pelanggan yang masuk ke butik itu.

###########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience