Seperti biasa setelah habis semua kerja yang diberikan.. Ila meminta diri untuk pulang.
Petang ni..Pak Usop datang menjemput Ila balik kerana bimbang keadaan anaknya yang tak berapa sihat
"Assalamualaikum Abah.. dah lama ke abah sampai".. sapa Ila sambil menyalami dan mencium tangan abahnya.
"Abah baru je sampai.. Ila dah sihat ke belum ni.. Abah nampak pucat je". Pak Usop merenung wajah anaknya yg sudah pun duduk di dalam kereta di sebelahnya.
"Ila ok dah Abah.. cuma penat sikit.. sbb tadi stok baru sampai.. banyak kerja yang nak kena di selesaikan". balas Ila. Dia mempamirkan senyuman pada Abahnya agar hilang rasa risau di hati org tuanya itu.
"kita singgah klinik kejap lagi ye.. Abah risau pula tengok muka Ila. Pucat sangat"
"tak payah lah Abah.. malam nanti Ila tidur awal. Tak cukup rehat je ni" balas Ila
Pak Usop terus memandu pulang..
-------------------------------------
Malam itu.. Usai makan dan solat isyak.. dia tidak lupa untuk membaca surah Al-Mulk.. tiga kul dan juga ayat qursi. Rutin yang dia buat setiap malam sebelum tidur. Kepalanya terasa pening dan berdenyut2.. sebiji panadol di telan ..cepat2 dia meneguk air..
"haishh.. pahitnya". terpejam2 mata Ila. memang dia jenis yang payah makan ubat.
nak tak nak.. dia kena makan.. kalau tak abahnya akan bawa ke klinik jika dia masih tak sihat
sekejap sahaja..matanya mula layu.
keesokan paginya...
"Ila pergi dulu ye mak..Abah".
"Nak Abah hantarkan ke?". tanya Pak Usop sambil terus menyuap sisa nasi lemak yang masih berbaki dalam pinggannya
"tak pe lah Abah.. Ila naik bas je. lagi pun Ila dan sihat ni"
cepat2 Ila mangambil tangan Abahnya..lalu disalami dan dicium.
dia bergegas turun dari rumah kayu yang usang itu.. bimbang ketinggalan bas.
Sampai di Butik Hanan.. dia meneruskan kerja seperti biasa.
Hari ini Kak Hawa meminta Ila mengikutinya meeting dengan pelanggan.
"Jom Ila.. kita dah lambat ni.. Pukul 12 kita kena sampai di Hotel Alamanda" mata Hawa memandang sekilas jam di tangannya.
Masih ada 45 minit sebelum mesyuarat bermula.
Jarak Hotel Alamanda pun tidak jauh dari Butik Hanan.. mereka mengambil masa hanya 35 minit sahaja.
"kita ke cafe hotel.. Datin Zairina minta kita jumpa dia kat sana"
Ila mengangguk dan melangkah mengikut ke mana Hawa pergi..
"Nasib tak ramai lagi orang.. kalau kita sampai lambat sikit.. jenuh nak cari meja.. time lunch our memang ramai orang datang sini" Ila tersenyum mendengar kata Hawa.
"Datin dah sampai ke Kak?". tanya Ila apabila melihat Hawa seolah-olah mencari seseorang.
"Belum .... Hakimi?!!" tiba2 terpancul kata2 dari mulut Hawa. Belum sempat habis dia menjawab petanyaan Ila.. matanya Menangkap sesusuk tubuh yang sangat di kenali.
"Kita ke sana Ila" Hawa melanhkah ke arah lelaki yang sedang duduk di meja makan..sambil menghirup fresh orange.
Ila hanya menurut.
"Kimi.. buat apa kat sini" Hawa tersenyum sambil menepuk bahu Hakimi.
uhuk..uhuk.. terbatuk2 Hakimi.. tersembur fresh orange yang sedang disedutnya itu
"Ya Allah.. sori dik. Akak tak perasan Kimi tengah minum" Hawa tersengih sambil menarik kerusi dam duduk di sebelah Hakimi
Terbeliak mata Hakimi melihat Hawa. "akak buat apa kat sini.."
"akak ada meeting dengan Datin Zairina.. ternampak Kimi kat sini.. sorang je ke"
"haah kak.. tadi Kimi ada meeting kat Awana Holding sebelah hotel ni... ingat nk ke Putrajaya pula lepas ni.. tu yang makan dulu.. "
"Ila.. jom duduk sini dulu.. Ila kenalkan ni adik Kak Hawa.. Hakimi yang datang butik harini.. sampai Ila pengsan tu"..Hawa mempelawa Ila duduk
"Hai Tuan Hakimi.. Maaf pasal hari tu.. saya tak tau.. tuan ni adik Kak Hawa". Ila menundukkan kepala.. sedikit pun dia tidak memandang muka Hakimi. Hatinya masih merasa malu dengan kejadian tempoh hari
Mata Hakimi terpegun melihat Ila.. matanya tidak berkelip memandang wajah Ila yang tunduk tanpa memandangnya.
'cantik'.. guman Hakimi. Semenjak pertama kali berjumpa dengan Ila diperhentian bas tempoh hari.. wajah Ila selalu bermain di mindanya..
Hawa berdehem..mematikan lamunan Hakimi "duduk Ila.. sambil kita tunggu Datin Zairina sampai.. kita oder dulu"
Hakimi tersentak.. terus dia menguis2 makanan dalam pinggannya
'malu oii. macam mana aku boleh tenung perempuan ni. harap kak Hawa tak perasan'. bisik hati Hakimi.
Hawa yang perasan perbuatan adiknya itu.. berpura-pura seperti tidak ada apa yang berlaku.
Ila duduk di kerusi berhadapan dengan Hakimi.. dia sedikit gelisah.. masih terasa malu dengan kejadian tempoh hari..
Wajahnya diangkat dan.... tiba2 matanya dan Hakimi saling berpandangan
duppppp.. segera Ila memalingkan wajahnya ke arah lain. begitu juga Hakimi. Terasa debaran dan degupan jantungnya laju
Hakimi terpegun.. pertama kali dia memandang mata Ila yang bundar.. hatinya terasa berdebar2..
Segera dia berdehem.. "Kimi dah siap makan kak.. Kimi pergi dulu ye".
Hatinya sudah tidak keruan. Gadis polos di hadapannya ini membuatkan hatinya berdebar2.
"Kirim salam pada Mama ye.. Akak rindu mama.. " sayu suara Hawa.
"InsyaAllah Kak. nanti ada masa Kimi singgah Butik akak ye. Cik Ila.. saya pergi dulu"
Hakimi memandang sekilas wajah Ila.. Ila mendongak memandang Hakimi dan hanya tersenyum
'Ya Allah.. dia senyum pulak' hati Hakimi makin berdebar kencang.. namun dia berpura2 seperti tidak ada apa apa yang berlaku.
Sambil berlalu Hakimi mengenyitkan matanya pada Ila.
dupppp.. sekali lagi jantung Ila berdetap laju.. pipinya merona merah
'Ishhh kenapa dengan aku ni'
Hawa melirik tersenyum melihat gelagat adiknya dengan Ila..
"Hai Hawa.. dah lama ke sampai"
tiba2 muncul Datin Zairina. Anggun dan cantik meskipun sudah berusia.
"oh.. hai Datin. maaf saya tak perasan Datin dah sampai. Kami pun baru je sampai"
Hawa bangun dan bersalam dengan Datin Zairini
"kenalkan pembantu saya .. Ila. Ila ni Datin Zairina"
"Apa khabar Datin. saya Ila" sapa Ila dengan hormat dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Alhamdulillah baik.. jom kita teruskan meeting kita. maaf saya terlambat sikit. tadi jem ada kemalangan." Datin Zairina terus duduk di hadapan Hawa.
mereka meneruskan perbincangan sambil menikmati makan tengahari dengan santai
----------------------------------
Habis meeting Hawa dan Ila terus balik ke Butik Hanan. Hampir jam 3 petang baru mereka sampai.
"saya ke belakang dulu ye kak Hawa.. nak solat jap. Dah lewat ni"
"Ye lah.. nanti Akak pun nk solat juga.. Ila dah siap bagitau akk ye"
Ila menggagguk dan terus berlalu
#########
Share this novel