37 bertandang

Romance Series 4617

Hujung minggu seperti yang dijanjikan Hakimi datang menjemput Ila serta kedua,ibu bapanya.

Dato Mohsin pula tidak keluar bermain golf seperti kebiasaan kerana menunggu tetamu.

Manakala Datin Wahida pula sibuk memasak di dapur. Dia begitu gembira dengan perubahan sikap suaminya itu. Cuma masih ada yang belum lengkap lagi. Hawa masih lagi belum pulang ke rumah mereka. Datin Wahida mengeluh perlahan.

"kenapa sayang.. ada apa yang tak kena" terkejut Datin Wahida melihat kelibat Dato Mohsin yang tiba tiba menyapanya.

"Bila abang ada kat belakang Ida. Bukan ke tadi abang kat bilik bacaan?"

"Abang dahaga..itu yang masuk dapur. Sedapnya bau nasi minyak ni. Lama betul sayang tak buatkan. Ha..." tutur kata Dato Mohsin terhenti. Hampir dia menyebut nama anak perempuan kesayangannya itu.

"Hawa suka kan nasi minyak ayam golek ni" Datin Wahida menyambung ucapan yang terhenti di bibir suaminya.

Dato Mohsin terdiam dan menunduk. Kecewa dengan sikapnya sendiri. Padahnya keluarga sendiri yang kucar kacir.

"Sorry sayang.Selama ni Abang selfish. Abang betul betul menyesal. I'm so sorry" setitis air mata lelaki itu akhirnya gugur.

"Abang" Daton Wahida memeluk suaminya dan menghamburkan tangisannya di dada suaminya itu.

"Please forgive me. Abang akan cuba betulkan semuanya. Abang akan kembalikan keluarga kita yang dulu." semakin pilu hati Datin Wahida mendengar ucapan suaminya.

Allah telah mengabulkan doanya. 'Syukur ya Allah' doa hati Datin Wahida.

"Ida dah siap masak. Jom kita bersiap. Kejap lagi Kimi dan tetamu akan sampai" Kedua tangan suaminya digengam erat.

Dato Mohsin tersenyum sekilas dan mengangguk perlahan.

Usai solat zohor berjemaah di rumah Ila...Hakimi memandu kereta menuju ke rumahnya. Dia membawa Ila dan kedua ibu bapa Ila untuk bertemu Dato Mohsin. Husna dan Hairul tidak ikut serta memandangkan petang nanti ada kelas tambahan.

Hampir pukul 2.30 petang akhirnya mereka tiba. Hakimi segera mengeluarkan kerusi roda di dalam bonet kereta dan membantu mendudukkan Pak Usop di atas kerusi roda tersebut.

"Jom Ila..makcik kita masuk. Mesti mama dan papa dah tunggu" Hakimi menapak sambil menolak kerusi roda Pak Usop. Ila dan Mak Ijah berjalan beriringan di belakang Hakimi.

"Assalamualaikum mama" sapa Hakimi di muka pintu.

"Waalaikumussalam... mana tetamunya Kimi" Mata Datin Wahida meninjau di belakang Hakimi.

"Ada kat luar Ma. Kejap Hakimi tolak pakcik masuk". Datin Wahida membututi belakang Hakimi.

"Ijah..Ila jom masuk" gembira Datin Wahida tatkala melihat wajah tetamunya.

Mereka bersalaman dan berpelukan melepas rindu.

"Yusof apa khabar?" Datin Wahida,memandang ke arah bekas pekerjanya itu.

"Si..sihat Da..tin" balas Pak Usop sambil tersenyum.

"Jom masuk.. kita berbual kat dalam" Datin Wahida menjemput mereka masuk.

"Papa mana Ma?" tanya Hakimi.

"Papa ada kat bilik bacaan. Mama panggilkan sekejap"

Dato Mohsin dan Datin Wahida berjalan beriringan keluar dari bilik bacaan yang berada di aras yang sama dengan ruang tamu itu.

Ila yang menyedari kehadiran Dato Mohsin segera bangun.

"Dato.. apa khabar?" sapa Ila sambil tersenyum dan menunduk hormat.

Mak ijah berura ura untuk bangun ditegah oleh Dato Mohsin.

"Duduk..duduk tak pa. Terima Kasih sebab datang sini. Maaf saya menyusahkan puan sekeluarga" begitu sopan Dato Mohsin berbicara dengan tetamunya. Datin Wahida dan Hakimi saling berpandangan dan terkejut dengan perubahan sikap Dato Mohsin. Namun terukir senyum di bibir mereka.

"Ni bapa Ila ke. Tanya Dato Mohsin ke arah Pak Usop yang duduk di kerusi roda yang membelakangi Dato Mohsin. Hakimi sengaja meletakkan kerusi roda Pak Usop sebegitu.

"Ye Dato.Kenalkan Ni abah Ila. Yusof namanya" tutur Ila sopan.

Dato Mohsin berjalan ke hadapan Pak Usop yang masih menundukkan wajahnya. Sebenarnya dia segan setelah lama tidak bertemu dengan bekas majikannya itu.

"Apa khabar encik Yusof. Terima kasih sudi menerima jenputan kami" Ucap Dato Mohsin sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan Pak Usop.

"Sa..sama sa..ma. Dato." sambil menghulur tangan untuk menyambut huluran tangan Dato Mohsin. Pak Usop mengangkat mukanya memandang Dato Mohsin.

Terpana seketika riak wajah Dato Mohsin.

Kenapa seperti aku pernah lihat wajah ini. Sangat familiar.. tapi kat mana. Otak Dato Mohsin bekerja keras untuk memgingati wajah di depannya itu.

"Siapa nama abah Ila,tadi" pantas Dato Mohsin memandang Ila.

"Yusof Dato"

"Yusof.... Yusof.." terketar ketar suara Dato Mohsin menyebut nama tersebut.

Tiba tiba Dato Mohsin terduduk melutut di hadapan Pak Usop. Tergamam semua yang berada di ruang tamu itu.

"Yusof.. betul ke kau yusof. Kau tak kenal aku ke Yusof" Dato Mohsin mengalirkan air mata sambil memandang Pak Usop. Hampir bertahun dia mencari Pak Usop namun tidak berjumpa.

Pak Usop mengangguk berlahan.

"Ke..kenal Da..to" ucap Pak Usop tersekat sekat sambil menangis.

Dato Mohsin segera menarik tubuh Pak Usop ke dalam pelukannya.

"Aku tak sangka dapat jumpa kau lagi Yusof. Kau pergi tanpa tinggalkan jejak. Merata aku cari" Ujar Dato Mohsin sambil melepaskan pelukannya.

"Ma..afkan sa..saya Da..dato"

"Apa pula Dato..dato ni. Aku tetap Mohsin..Abang Mohsin. Tu isteri aku..Kak Wahida kau ingat tak?" soal Dato Mohsin. Kekok pula dengan gelaran Dato yang terbit dari mulut insan yang banyak berjasa pada mereka sekeluarga.

"Ida dah jumpa dengan Yusof bang. Ingat tak masa Ida balik lambat minggu lepas. Ida pergi melawat Yusof lah. Tak sangka pula Yusof ni Abah Ila" Datin Wahida mencelah.

"Oo.. sayang dah tau lah ye. Kenapa tak bagitahu abang. Sampai hati. Abang dah lama cari diaorang. Sayang tahu kan?" geram pula Dato Mohsin dengan isterinya itu.

"Saje Ida nak buat suprise.. " Datin Wahida tersengih sambil menjeling suaminya.

"Jom kita kedapur.Patutlah sayang masak Nasi minyak ayam golek harini. Rupanya Yusof nak datang" Usik Dato Mohsin pula sambil menjemput tetamunya ke ruang makan.

Selain Hawa.. Pak Usop juga sangat suka dengan nasi minyak yang di masak oleh Datin Wahida.

Akhirnya..kecerian dan kegembiraan mula kembali ke rumah ini.

##########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience