Hakimi tiba di pejabatnya selepas berjumpa dengan clien di cafe Hotel Oriental.
Sejak pagi tadi dia sudah menghadap 2 mesyuarat. Kepalanya terasa berat dan pening.
Fail yang di kepit dibawah ketiap diletak kasar ke atas meja. Interkom di atas meja ditekan.
"ye boss" terdengar suara setiausahanya.
"You masuk sekarang". Arah Hakimi.
"Baik boss"
"Batalkan meeting I petang ni". Arah Hakimi apabila Sofea sudah berada di hadapannya.
"Tapi boss.. mesyuarat petang ni You kena attend juga. Meeting dengan Royal Holding". Sofea mengingatkan bossnya itu.
"uhhh.. tak boleh tukar hari lain ke Sofea.. I penat sangat hari ni. Meeting dengan Tan Sri Megat tadi pun..I rasa nak tercabut kepala. Kau tahu lah kan kalau Tan Sri tu dah datang perangai gila dia" Hakimi merengus..
Tindakan Tan Sri Megat yang mahu menunda tarikh bagi majlis menandatangani kontrak untuk projek keretapi laju pantai timur benar-benar mengundang kemarahan Hakimi. Semua benda telah dia siapkan dan di atur sebaik mungkin. Alih-alih Tan Sri Megat meminta di ubah ke tarikh yang lain.
"Ni dah kali kedua kita ubah tarikh boss. Takut mengamuk pula bakal bapak mertua boss tu nanti". usik Sofea sambil tersengih.
"huh.. pukul berapa I kena berada di Royal Holding?" tanya Hakimi sambil mengeluh. Kedua tangannya diangkat sambil memegang kepala dan meraup rambutnya ke belakang.
"3.30pm meeting bermula. Boss ada lebih kurang sejam setengah je lagi". Terang Sofea.
"Ok.. You ikut I nanti. Pergi dengan kereta I. You drive." arah Hakimi
Sofea mengangguk.
"2.45 kita gerak. Bagi I rest sekejap. You boleh keluar sekarang dan jangan lupa bawak fail untuk meeting nanti." Hakimi terus memejam mata dan bersandar pada kerusinya.
---------------------------------------
Selesai Mesyuarat di Royal Holding.. jam menunjukkan hampir 5 petang.
"Boss nak balik Ofis ke?" soal Sofea sambil mengekori langkah Hakimi yang laju keluar dari bilik mesyuarat ke arah pintu lif.
"ye lah.. Nak hantar You balik Ofis.. Lepas tu I terus balik" Tangan Hakimi menekan butang di tei pintu lif.
"Kalau macam tu.. Boss tumpangkan saya sampai dekat MRT je" "Saya terus balik. Esok baru saya ambil kereta kat Ofis". Jelas Sofea.
Dengan waktu kemuncak time gini.. mau berjanggut nak menghadap jem. Baik dia minta si bossnya tumpangkan sampai ke stesen MRT yang terdekat je.
"Hakimi hanya mengangguk. Pintu lif terbuka dan dia cepat-cepat meloloskan diri masuk ke dalam.
"Tunggu".
Pantas tangan Sofea menekan butang di dinding lif untuk menghalang lif dari tertutup.
"Thanks Sofea".
"You are Welcome Cik Dahlia". Sofea tersenyum sambil menjeling ke arah Hakimi yang berdiri tegak.
"Hai Kimi. You dah nak balik ke" Sapa Dahlia.
"Hurm". sepatah jawapan dari Hakimi membuatkan Dahlia terasa ingin menangis saat itu.
Dahlia menarik nafas dan perlahan-lahan mekepaskannya. Dia cuba menepis rasa sakit di dalam hatinya itu.
"Jom kita pergi minum dulu. I ada something nak bagitau You". Ujar Dahlia.
"sorry Lia. Next time ok. Hari ni I betul-betul penat dan tak ada mood". Balas Hakimi.
"Ok." sepatah jawapan dari Dahlia. Dia berasa sangat kecewa dengan penolakan dari Hakimi.
Hakimi yang dikenalinya dulu... bukan lagi Hakimi yang kini berada di depannya. Dia rindukan Hakimi yang sentiasa mengambil berat dan yang sentiasa megembirakan hatinya.
Dahlia mengeluh perlahan. Kakinya melangkah keluar dari lif apabila pintu lif dibuka tanpa memandang lagi pada Hakimi. Hatinya benar-benar kecewa. Dahlia merasakan Hakimi cuba menjauhkan diri darinya.
##########
Share this novel