21 keliru

Romance Series 4617

Ila masih berkira kira menaip mesej. 'Nak keluar ke tidak ni' gumannya perlahan.

"Hai cik adik..kenapa bercakap sorang sorang ni" sergah Aina.

"kusss semangat.. Nasib tak jatuh telefon ni" Ila menarik nafas..sambil mengurut dadanya.

"opss sori sori. Akak tak perasan Ila tengah pegang phone" tersengih sengih Aina. Rasa bersalah kerana menyergah Ila.

"Macam mana result STPM Ila" Aina memandang Ila sambil meletakkan begnya ditepi meja kerjanya.

"Alhamdulillah kak..." Ila tersenyum memandang Aina.

"lepas ni..bila dapat masuk universiti..tak dapat lah akak jumpa, Ila lagi. mesti kami rindu nak usik Ila..nak makan kuih yang selalu Ila buat."

"Kalau ada,rezeki dapat sambung belajar.. teruskan Ila... Kak Lia sokong seratus peratus. Jangan jadi macam Kak Lia ni.. dulu masa mak bapak suruh belajar..Kak Lia main main.. mujur dapat kerja kat sini. Kalau tak..mesti dah lama bapak Kak Lia kawinkan akak dengan duda anak sorang.. entah entah kalau akk kawin dulu..mesti anak dah dua tiga orang".. tersengih2 Kamalia menceritakan perihalnya dulu.

"Ok ape Lia. Kalau dulu kau kawin dengan duda..mesti hidup kau senang lenang. tak yah susah nak kerja." Aina sengaja mengusik Kamalia. Dia tahu , duda yang tergila gila kan Kamalia seorang yang kaya..cuma agak berusia.

"eeiii..ngeri kau tau. Dapat laki sebaya bapak aku. Silap haribulan bukan aku panggil dia abang..tapi pakcik"

Apalagi..Terbahak bahak tiga dara pingitan itu ketawa.

"Dah lah kak Lia.. sakit perut Ila ni ketawa. Ila ke belakang kejap..nak buat kopi. Kak Lia dengan kak Aina nak air ke..Ila buatkan sekali" ujar Ila sambil mengesat sisa sisa air mata akibat ketawa yang tak henti.

"Kami dah minum tadi masa kitaorang pergi ambil dress kat tailor. Ila pergi lah minum dulu." kata Aina sambil mencapai kain yang ada di atas meja dihadapannya.

Kamalia pula melangkah ke stor untuk mengira stok jubah yang baru sampai dari Dubai petang semalam.

Ila terus beredar ke pantri di bahagian belakang butik itu. Kopi dibancuh dan di bawa ke meja. Dihirup seteguk kemudian diletakkan semula cawan ke atas meja.

Tangannya menekan password telefon bimbitnya. Dia melihat ada,mesej yang masuk.

(Assalamualaikum Ila. Macam mana lunch date kita tengahari ni. Kalau you free..i pick up you pukul 12 nanti) - Hakimi

(waalaikumussalam.. Kita lunch dekat area butik je ye..takut tak sempat balik butik)-Ila.

(Dont worry.. I dah bgtau my sis. Dia dah bagitau I kena hantar you sebelum pukul 3.)-Hakimi

(Seganlah saya. Nanti apa,kata Kak Hawa)-Ila

(its Ok.. asalnya I ajak my sis sekali.. tapi dia ada lunch date dengan husband dia. So..dia bagi kebenaran you masuk lambat sikit)-Hakimi.

(Kalau macam tu..baik lah)- Ila

(see you kejap lagi)- Hakimi

----------------------

Tersenyum Hakimi membaca mesej dari Ila.
Hatinya tak sabar untuk bertemu sicantik manis yang kini bertakhta dihatinya.

Tiba tiba matanya terpandang payung yang terletak di sudut pejabatnya itu. Payung yang ditemui diperhentian bas sewaktu dia ke butik Hanan untuk berjumpa Hawa.

Payung itu adalah payung yang dihadiahkan oleh Hakimi untuk Wanie..adik angkatnya. Payung itu dibeli semasa bercuti ke China dan ditulis perkataan 'always remember me'.

Hakimi pasti yang adik angkatnya tercicir payung tersebut diperhentian bas. Mujur dia yang menjumpainya. Dia pasti akan mengembalikan semula payung tersebut pada Wanie.

'ahhh.. ' Hakimi mengeluh perlahan.

Disatu saat..Hatinya begitu rindukan adik angkatnya. Namun kini..Hatinya meronta ronta rindukan Ila.
Hakimi sendiri keliru dengan perasaannya kini.

###########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience