"No papa.. Kimi tak setuju dan tak nak" bentak Hakimi. Selama ini dia dah hadap banyak perkara dan hanya menurut apa sahaja yang disuruh oleh papanya itu.
Tapi kali ini dia tidak sanggup lagi.
Datin Wahida sudah menunduk. Faham benar dia dengan perangai suaminya yang keras kepala..dan suka mengarah.
"Apa pun.. papa nak Hakimi bertunang dengan Dahlia hujung bulan ni. Ini demi legasi perniagaan kita dan juga hubungan baik keluarga kita dengan Dato Adam." Tegas dan keras suara Dato Mohsin.
Hakimi merengus dan melurut rambut di kepalanya dengan kasar.
"Kalau pasal kerja..Kimi tak kisah Pa.. Tapi demi masa depan Kimi...Kimi tak boleh bertunang dengan Dahlia. Kimi tak cintakan dia pun.. Lagi pun.. Kimi dah ada pilihan sendiri". Jelas Hakimi.
Dia tahu..sampai berbuih sekali pun penjelasan dan alasan yang diberikan..semua itu takkan mampu menggoyahkan hati keras papanya itu.
Sekali ini dia nekad. Bibit bibit cinta yang baru berbunga di taman hatinya..tiba tiba dicantas begitu saja dengan arahan kejam dari Dato Mohsin. Sama sekali dia takkan biarkan.
"Jangan nak malukan papa Kimi. Kimi nak jadi macam Hawa yang tak tau di untung tu?."
"Abang.. sudah sudah lah tu.. Tak perlu lah nak atur masa depan Kimi. Saya tak sanggup kehilangan anak lagi." Sebal dan sebak yang terbuku di dada Datin Wahida luahkan.
Dia tidak mahu anak anak menderita dek ego suaminya.
Kunci kereta di capai dan Hakimi bergegas keluar tanpa menghiraukan panggilan Datin Wardah.
Dia mahu mencari ketenangan.
Kereta mewah hitam dipandu keluarga dari Banglo yang baginya umpama penjara itu..
Hampir 30 minit memandu..Hakimi memasuki hentian rehat. Kereta diberhentikan tanpa mematikan enjin.. "aarghhh" tempik Hakimi.
Telefon bimbit dicapai. Nombor Hawa dicari dan ditekan. Ditekapkan ketelinga menunggu diangkat.
"Hello sis.. I need to see you" gementar suara Hakimi di hujung talian.
"Kimi kenapa ni.. apa yang terjadi.. where are you" soal Hawa apabila suara kedengaran suara Hakimi yang sangat mendatar.
"Kimi.. please bertenang.. dengar cakap akak. Bagitau Hakimi kat mana" soal Hawa sambil melirik suaminya yang berbaring di sebelahnya.
"I kat hentian Awan Besar..sedar sedar dah sampai sini. keluar dari rumah tadi..I pun tak tahu ke mana I bawak kereta. I stress sis.. kenapa papa buat I macam ni". Adu Hakimi.
"Ok Kimi.. listen to me. You keluar..pegi cari surau.. ambil wudhu dan solat. Please Kimi. After solat you call me again ok." satu persatu suara Hawa jelas di telinga Hakimi.
Hakimi mengangguk..meskipun dia tahu yang Hawa tidak nampak pun perbuatannya.
"Kimi.." Hawa bersuara bila tiada balasan dari Hakimi.
"Ok sis.. I ikut apa yang you suruh. Nanti I call you back. Sorry I kacau you time macam ni."ujar Hakimi.
Talian diputuskan oleh Hakimi.. Hawa hanya mengeluh perlahan.
"Kenapa sayang? If you dont mind to share with me." perlahan suara Zani sambil tangannya menyentuh bahu isterinya. Di gosok lembut. Matanya memandang wajah isterinya yang sangat di kasihinya itu.
"Entah lah abang.. Sayang tak tahu apa yang papa nak dari Hakimi. Hakimi tak cerita apa pun tadi..cuma dia marah pada,papa. Mesti ada yang papa cuba buat sesuatu" Hawa mengeluh sedikit.
"Sabar lah.. InsyaAllah Hakimi boleh hadapi semua ni dengan baik. Cuma kita kena bagi dia sokongan dan nasihat yang elok elok je"
"Dah lah tu.. sayang tidur lah.. Nanti kalau Hakimi call abang kejutkan sayang ye". Ucap Zani sambil memeluk isterinya. Dikucup ubun ubun isterinya sambil memejamkan mata.
Hawa menganggukkan kepalanya yang masih dalam pelukan suaminya.
---------------------------
Usai wudhu dan solat..Hakimi betafakur di atas sejadah. Terasa sedikit ketengan hadir dalam jiwanya.
Dia melihat jam yang berada di dalam surau rnr itu.. Hampir 11.30 malam.
Dia melipat sejadah dan keluar dari surau. Dia menapak ke arah kereta yang diletakkan tidak jauh dari situ.
Setelah menghidupkan kereta..dia menghidupkan semula telefon bimbitnya yang dimatikan seketika semasa solat tadi.
Ting!! ting!! ting!!
Berderet mesej yang masuk.. Diperhatikan satu persatu.
(Kimi kat mana,sayang.. mama risau. Mama call tak dapat. Please balik rumah. Nanti mama pujuk papa. Kita bincang elok elok) - Datin Wahida
Dibiarkan mesej dari mamanya tanpa balasan. Dia malas nak fikir apa apa pun buat masa ni.
(Assalam Abang Akim. Dah makan ke?. Ke masih kat ofis lagi. Sori Ila kacau abang. Cuma Ila nak ucapkan terima kasih sebab belanja Ila tengahari tadi)- Haila Hazwanie
(Waalaikumussalam. Abang kat luar ni. Tadi lepas makan malam kat rumah..abang keluar kejap ambil angin.. Ila belum tidur ke.. Dah lewat ni. Esok kan kerja)-Hakimi
(Baru nak tidur. Tadi tengok tengokkan adik buat homework. Tahun ni dua dua exam. sorang SPM..sorang PT3)- Haila Hazwanie
(Orite Ila. Good night.. Abang pun nak drive balik ni. Nanti free kita jumpa ye)-Hakimi
(ok abang Akim. Hati hati drive. Selamat malam)-Haila Hazwanie.
Hakimi tersenyum. Hilang segala kemarahan yang sekejap tadi menguasai jiwanya.
Terus dia memandu pulang dengan senyum yang tak lekang di bibinya.
##########
Share this novel