3 angau

Romance Series 4617

Samar2 Ila memandang siling butik itu

'aku dah kenapa pulak tido kt sini'guman hati Ila

"Ila dah bangun". lembut suara kak Hawa menerjah telinganya

"saya tertidur ke kak.. Ya Allah malunya. Maafkan Ila kak. Ila tak sengaja" terus Ila bangkit dari sofa

"eh..tak pe..Ila rehatlah.. lagi pun lg 15minit baru kita buka butik.. ni lunch our.. " kak Hawa melabuhkan punggungnya si sisi Ila
"Ila dah makan." tanyanya lagi

"belum kak. tadi lepas kak Aina dgn Kak Lia keluar..Ila nak ke belakang utk makan........"Ila terdiam

Dia sudah ingat apa yang berlaku..

"KAKKK.!! akak tak apa-apa ke.. Perompak tu dah lari ke kak.." tiba-tiba Ila cemas.. paniknya mula datang semula sambil mata mula melilau memandang sekitar butik itu

"hihihi.." kak Hawa ketawa kecil. "Ila..Ila.. dah2. jgn panik2. akak ok je. mana ada perompak.. yg datang tadi tu Hakimi.. adik akak" jelas kak Hawa

"Alhamdulillah.. says ingtkan perompak. "Ila mengurut dada lega

"Akak lupa nk bagitau Ila.. Mama dengan Hakimi selalu datang sini.. cuma diaorang datang sekejap je. macam Kimi tu..time lunch our je dia datang..sebab dia dah kerja"panjang lebar kak Hawa bercerita

"Kimi kirim salam pada Ila
. dia minta maaf sebab buat Ila terkejut. Dia pun tak tahu yang ada pekerja baru kat sini." kak Hawa senyum lebar memandang Ila

Hawa geli hati mengingatkan kelakuan Hakimi tadi.. kekok mengangkat Ila yang pengsan.. Hakimi dilihatnya berpeluh-peluh..mungkin gementar kut..tebak Hawa..

"tak pe kak.. Ila pun minta maaf juga..sebab tak bagi tuan Hakimi masuk tadi. Ila tak tahu yang dia adik akak. Maaf ye kak"Ila kesal sedikit dgn layanannya pada adik majikannya itu

"alah..tak payah risau lah Ila..Kimi tu ok je. Ila belum kenal dia lagi.. Kalau dah kenal nanti..teruk Ila kena sakat.. tak percaya tanya Aina dan Lia. diaorang dah masak dengan perangai Kimi". Kak Hawa senyum..

"Ila ke belakang kejap ye kak Hawa.. nak solat. dah lewat ni" Ila meminta diri dan terus berlalu apabila melihat kak Hawa mengangguk dan tersenyum.
-----------------------------------------------

'ILA'. .. Hurmmm Hakimi termenung sambil mulutnya tersenyum sedikit.

"amboi boss.. berangan ke" tegur Sofea. PA Hakimi

Tersentak Hakimi memdengar suara PA nya itu.
dia berdehem sedikit untuk menghilangkan malunya . "Ada apa awak masuk.. pintu pun tak pandai ketuk ke"..guman Hakimi

"Aik.. laa tadi yang saya ketuk..sampai bengkak tangan ..boss tak dengar ke"..Sofea tersengih mcm kerang busuk

Suka dia menyakat bossnya yang hensem dan peramah ni. Sofea bersyukur dapat bekerja di bawah Hakimi..yangg tegas tapi baik hati.

"ooh ye ke.. sori I tak perasan.. "berkerut dahi Hakimi.. 'angau betullah aku ni..sampai si sofea ni ketuk pintu pun boleh tak dengar'bisik hati Hakimi

"siapa si dia tu boss" serkap sofea

"Ila".. terlepas perkataan itu dari mulut Hakimi.. 'aduhh'. Hakimi menepuk mulutnya.. mcm mana boleh tersasul ni

"Bila nak kenalkan pada saya boss.. nanti boleh saya kawan dengan girlfriend boss tu" sakat sofea lagi

"dah2..kau kluar pegi buat kerja.. jangan nak melalut. tak de sape-sapelah" Hakimi melambai-lambai tangannya dengan gaya menghalau

"Eleh kedekut. tak pe.. nanti saya cari sape girlfriend boss tu..siap boss.. semua rahsia boss saya akan bocorkan pada....hurmmm Ila" sofea tersengih selepas berkata-kata.

Cepat-cepat dia angkat kaki selepas nampak Hakimi mencapai fail tebal. Acah2 nak membaling pada sofea

"masuk air betul si sofea ni.. macam mana aku boleh tersasul pulak". bisik Hakimi

-----------------

###

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience