31 Ziarah

Romance Series 4617

Pagi hujung minggu itu Hakimi awal awal lagi telah bersiap. Pukul 8 pagi dia sudah menghadap meja makan untuk bersarapan.

"Awal Kimi sarapan pagi ni." sapa Datin Wahida.

"Kimi ada hal kejap lagi. Nak ziarah ayah kawan Kimi. Hurmmm.. papa mana?" soal Hakimi. Tidak nampak pula kelibat papanya pagi ni.

"Pagi pagi lagi dah keluar. Uncle Adam ajak main golf" Jelas Datin Wahida. Tangannya menuang tea O panas ke dalam cawan dan di hulur pada anaknya.

Hakimi hanya mendiamkan diri. Mesti tak habis habis lagi pasal Dahlia.. duga hati Hakimi.

'argh..biarlah. Kenapa aku nak rosakkan mood aku harini. Kejap lagi aku nak ke rumah Ila' Pantas bibirnya tersungging senyum.

"Dah senyum sorang sorang ni kenapa pulak. Anak mama ni angau ke" usik Datin Wahida sambil tergelak.

"Kalau angau pun apa salahnya mama.. yang pasti bukan dengan Dahlia." jawab Hakimi sambil tersengih.

"Pasal Lia tu..Kimi bincang elok elok dengan papa. Mama tak nak Kimi bermasam muka dengan papa. Please Kimi." Lembut sahaja Datin Wahida menasihati anaknya.

Hakimi hanya terdiam. Mee hon goreng di suap ke dalam mulut. Hurm tak pernah tak sedap apa yang mamanya masak.

Datin Wahida hanya mengeleng perlahan.
Dua dua keras kepala. Pening dia memikirkan hal tersebut.

"mama.. Nak tengok tak gambar bakal menantu mama" Tiba tiba Hakimi bersuara seakan berbisik.

"Hah..menantu" Mau tak terkejut Datin Wahida. Entah bila anak lelakinya ini ada girlfriend pun dia tak tahu.

"Ye lah mama..bakal menantu.. Mama nak tengok tak?" Tersengih macam kerang busuk pula Hakimi melihat gelagat Datin Wardah yang terkejut.

"Mana gambar dia..bagi mama tengok" Terkejut bercampur teruja pula Datin Wardah.

Hakimi membelek telefon pintarnya dan ditekan tekan pada skrin.

"sebelum tu mama kena janji dengan Kimi..yang mama tak akan bagitahu papa pasal hal ni. Mama tahu kan papa macam mana."

"Mama janji..mama tak kan bagitahu. Cepat lah bagi phone tu..mama nak tengok sapa gadis bertuah yang dapat pikat hati anak mama ni"

Hakimi menyerahkan telefonnya kepada Datin Wahida.

Berkerut muka Datin Wahida setelah melihat gambar di skrin telefon Hakimi.
"Ni.. bukan ke budak yang kerja dekat Butik Hawa tu"

Hakimi mengangguk perlahan.

"Kimi pasti ke dengan pilihan Kimi ni. Dah kenal betul betul ke... apa nama dia? Mama lupalah"

"Ila"

"ha.. Ila. Kimi biar betul. Kenal baru beberapa bulan. Hati budi dia pun belum kita tahu macam mana. Jangan nanti tersalah pilih..Kimi sendiri yang makan hati" ujar Datin Wahida.

"Mama ni.. Tak suka ke kalau Kimi pilih Ila?" soal Hakimi pula.

"Mama bukan cakap mama tak suka. Cuma Kimi kan baru kenal.dia.. Apa Kimi pasti ke dia tu macam mana?."

"Sebenarnya Kimi dah kenal lama dengan Ila ni mama.. hampir 3 tahun. Nanti nanti lah Kimi cerita. Sekarang Kimi nak pergi melawat Abah Ila. Sebulan lepas kena strok. Mama nak ikut Kimi ke?." Hakimi tersengih melihat Datin Wahida.

"Betul ke nak ajak mama ni. Boleh juga.. Dapat kenal bakal besan"kali ini Datin Wahida pula mengusik Hakimi.

"Kalau macam tu..mama pergi siap siap. Kimi tunggu kat kereta ye."

-----------------------------

"Sin.. jadi tak kita nak kawinkan Dahlia dengan Hakimi. Kalau jadi boleh kita percepatkan. Lagi cepat..lagi bagus sebab boleh aku terus pass projek kondominium mewah dekat damansara tu pada Kimi. Biar dia handle" Dato Adam mula melabuhkan pancingnya dengan berhati hati.

Strategi perlu di atur dengan teliti. Kali ini Dato Adam akan pastikan yang Dato Mohsin termakan umpanannya. Umpan mewah kot..projek bernilai hampir 35 juta. Mau Kenyang tujuh keturunan. Demi Dahlia..apa pun Dato Adam sanggup lakukan.

"Well.. nanti I bincang dengan Kimi. Nak jumpa anak sendiri pun tak sempat. Lagi lah nak bincang soal kawin." tutur Dato Mohsin satu persatu. Dalam hatinya dia mengeluh perlahan. Bukan senang nak pujuk anak bujangnya itu. Jika dipaksa.. risau perkara yang sama akan berulang. Peristiwa anak sulungnya..Hawa yang melarikan diri di hari majlis pertunangan dengan anak Tan Sri Zulkarnain masih lagi jelas terbayang. Hampir sebulan juga kejadian itu tular dimedia sosial.

Dato Adam menjeling ke arah Dato Mohsin.

"I hope you boleh bagi keputusan secepat mungkin. Sayang kalau projek terlepas ke syarikat lain.. You faham kan maksud I Sin?" Dato Adam jelas tidak akan duduk diam selagi tidak dapat apa yang dia inginkan.

Dato Mohsin mengangguk perlahan. Tidak mahu berjanji bagai. Risau memalukan diri dan keluarganya lagi. Yang pasti dia tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan projek mewah itu.

-------------------------------

Kereta mewah yang di pandu Hakimi meluncur perlahan memasuki perkarangan rumah Pak Usop.
Dia memberhentikan kereta dan mematikan enjin.

"Jom Mama. Kita dah sampai" sapa Hakimi apabila melihat Datin Wahida yang kelihatan terpegun.

" Oh.. dah sampai ye. Cantik dan tenang pemandangan kat sini. Asyik betul mama sampai tak sedar dah sampai" Datin Wahida tersenyum memandang Hakimi.

Keluar dari kereta Hakimi memberi salam. Terdengar suara wanita yang menjawab salam bersama derap kaki yang memijak lantai kayu.

"Ohh.. Hakimi. Jemput naik "Mak Ijah bersuara setelah melihat gerangan yang datang. Dia dah diberitahu oleh Ila tentang kedatangan tetamu pada hari ini.

"Mak cik..Kenalkan Ni mama saya. Mama..ni Ibu Ila"

Datin Wahida yang baru memusingkan badannya terus tersenyum. Tangan dihulur untuk bersalam.

"Wahida. Saya Wahida. Apa khabar " Datin Wardah menyapa mesra tuan rumah yang menyambut kedatangan mereka.

"Alhamdulillah sihat. Jemput naik Datin.. Hakimi.."

"Panggil Akak je.. tak payah panggil Datin. Segan pula saya" Datin Wahida bersuara. Dia tidak mahu status dan pangkat dirinya menjadi jurang kemesraan antara,mereka.

Masuk sahaja ke dalam rumah.. Pak Usop yang duduk dikerusi roda..tersenyum memandang tetamu yang datang.

"Pakcik apa khabar harini. Makin sihat ke?"

Pak Usop memandang Hakimi dan mempamerkan senyumnya.

"Al..hamdu..lillah. Pa pakcik..si..sihat" tergagap gagap Pak Usop. Pertuturannya masih tersekat sekat..namun dapat di fahami.

"Kau... Yusof kan" tiba tiba,Datin Wahida bersuara.

Mata Pak Usop memandang ke arah Datin Wahida. Lama dia merenung wanita itu..cuba untuk mengingati semula namun hampa.
Sejak diserang strok..ingatannya sedikit terganggu.

"Kau tak ingat aku ke Yusof. Aku Wahida" sekali lagi Datin Wahida bersuara. Dia pasti dia tidak silap.

Pak Usop mengeleng kepalanya perlahan lahan. Mak Ijah yang berada disampingnya memegang tangan kiri Pak Usop sambil menggosok perlahan.

"Aku pasti aku tak silap orang. Kau tak ingat ke..dulu kau pernah kerja kat rumah aku. Suami aku Abang Mohsin.. mesti kau ingat"

Kali ini berkerut dahi Pak Usop.

"Ka..kak Wahida" tanya Pak Usop sambil mengangguk kepalanya. Satu senyuman terbit di bibirnya.

"Akhirnya kau ingat juga Yusof. Lama betul kita tak jumpa. Dekat 19 tahun rasanya" sebak suara Datin Wahida. Sungguh dia terharu dengan pertemuan yang tidak di duga ini.

Mak Ijah dan Hakimi yang hanya jadi pemerhati sejak tadi..masih diam membatu.

"Assalamualaikum Ibu" Kedengaran suara Ila memberi salam dari halaman

Ila muncul di muka pintu dengan plastik berisi barang di tangannya yang dibeli di kedai runcit berhampiran.

"Apa khabar Datin. Dah lama ke sampai. Maaf tadi saya ke kedai beli barang. " Tangan Datin Wahida disalami dan dicium.

"Baru je sampai Ila." Datin Wahida tersenyum.

"Ila ke dapur dulu ye nak siapkan makanan. Nanti kita makan tengahari sama sama" Ujar Ila meminta diri.

"Susah kan Ila je."

"Tak pe Datin. Tak susah pun. Kami seronok ada tetamu datang ke rumah" Mak Ijah bersuara.

"Awak mesti Halijah kan. Kita tak pernah berjumpa..tapi Yusof selalu bercerita tentang Halijah"

"Ye Datin.. Saya Halijah."

"Ya Allah. Gembiranya akak dapat jumpa kamu semua. Yusof.. Halijah. Sungguh akak tak sangka"Datin Wahida menyeka air mata yang bergenang sambil menarik nafas yang panjang.

"Bertahun Akak cari. Akak pergi rumah sewa kamu..tapi jiran jiran bagitahu yang kamu dah pindah. Tuhan Maha Kaya. Akhirnya kita jumpa juga" Menitis air mata di pipi Datin Wahida.

"Sa..saya min..ta maa.af Kak." Termengah mengah Pak Usop. Begitu sukar baginya untuk bercakap. Pak Usop memandang Mak Ijah dan mengangguk kepalanya sambil memandang semula ke arah Datin Wahida. Mak Ijah memahami isyarat anggukan kepala Pak Usop itu.

"Begini kak. Selepas Abang Usop berhenti kerja.. Masa tu saya mengandungkan Ila. Kami balik ke kampung di Johor..sebab ayah saya sakit tenat..3 bulan Lepas arwah tak ada. Kami terpaksa kembali ke Kuala Lumpur sebab duit simpanan kami makin habis. Kat kampung susah nak dapat kerja. Abang Usop segan nak minta kerja semula dengan akak. Jadi macam macam kerja yang dia buat kumpul duit untuk saya bersalin dan bayar tanah tapak rumah yang kami duduk sekarang. Kami tak mampu nak beli rumah di bandar.. tu yang cari rumah kawasan kampung kat hulu langat ni. Kebetulan ada yang nak jual murah sebab perlukan duit. Alhamdulillah rezeki kami untuk kami sekeluarga berteduh." Panjang lebar Mak Ijah bercerita.

"Kenapa tak balik kerja semula dengan kami Yusof. Nak segan apa pula. Kami dah kenal kamu hampir 5 tahun. Kita dah macam adik beradik. Ni kalau Abang Mohsin tahu..mesti dia happy."

"Abang Usop segan nak kerja semula dengan keluarga kakak. Katanya dah banyak budi dan jasa kakak sekeluarga pada kami.."

"Ya Allah.. Kenapa fikir bukan bukan ni Yusof..Halijah. Apalah sangat pertolongan kami berbanding dengan budi Yusof. Kalau Yusof tak selamatkan Abang Mohsin malam tu.. mesti kami dah kehilangan dia. Kami yang terhutang nyawa dengan Yusof. Sampai bila bila pun kami tak mampu balas budi kamu Yusof" Datin Wahida menunduk sambil menyeka air matanya.

Hakimi hanya duduk membatu di sebelah Darin Wahida. Sesekali tangannya memeluk erat bahu mamanya.

"Kau tak ingat anak akak ke yusof. Dulu diaorang rapat sangat dengan kamu. Suka ikut kamu balik rumah" Kali ini wajah Datin Wardah sedikit ceria.

Berkerut kening Pak Usop mengingatkan kisah lama.

"aaa Adli...Ha..hawa kan" Segaris senyum terukir di bibir Pak Usop yang kelihatan senget sedikit akibat strok.

"Ya..ya. Betul Yusof. Adli dengan Hawa. Dulu kau rapat sangat dengan diaorang. Kadang hujung minggu ikut kamu balik bermalam di rumah kamu".

"Ma...na A..anak kkkak?"

"Ni Adli..Hakimi Adli.. dan Hawa.. majikan tempat Ila kerja sekarang"ujar Datin Wahida sambil tangannya memegang kedua bahu Hakimi.

"La.. ni Adli rupanya. Makcik tak kenal kamu nak. Dulu masa datang rumah makcik..kamu dengan kakak kamu kecil lagi. Tak silap makcik kamu baru umur 5 tahun.. Hawa dalam 8 tahun. Dapat juga makcik jumpa kamu. Pakcik dengan makcik rindukan kamu lepas kami pindah" Kali ini Mak Ijah pula yang menitiskan air mata.

Dia tidak menyangka..anak majikan suaminya yang selalu datang bermalam dirumah mereka setiap hujung minggu itu..kini ada di depan matanya.

"Dulu makcik selalu buat cekodok pisang untuk kimi kan? Pakcik selalu ajak Kimi pergi mancing kat sungai belakang rumah dulu kan?" Kali ini..Hakimi pula menyoal bertalu talu.

"Ye Adli...err.. Kimi. Bila Kimi datang rumah.. Kimi selalu minta makcik buat cekodok pisang. Kimi dengan kakak suka sangat makan cekodok"

"Itu lah Halijah. Sejak korang berpindah Kimi dengan Hawa,sampai demam. Hampir sebulan juga budak budak ni demam rindu. Sampai tiap tiap hari Abang Mohsin bawak diaorang ke rumah sewa kamu dulu. Kalau tak..malam malam diorang tak dapat tidur..meracau racau sambil menangis."

"Ibu.. makanan dah siap. Dah boleh ajak tetamu kita makan" Ila yang tiba tiba muncul dari dapur bersuara.

"Jom akak.. Adli kita ke dapur makan. Ila.. tolak abah ye"

"Tak pe makcik..biar Adli yang tolak pakcik." Segera Hakimi menapak ke arah Pak Usop yang duduk dikerusi roda.

"Kalau macam tu jom kita.. sejuk lauk nanti tak sedap." Ujar Mak Ijah pula. Datin Wahida memaut tangan Mak Ijah dan berjalan beriringan sambil berbual mesra.

Ila diam seketika. Pelik dengan situasi yang berlaku depan matanya. Kemesraan antara ibunya dengan Datin Wahida seolah olah mereka telah kenal lama.

Apa yang dia terlepas pandang semasa berada di dapur untuk menyediakan makanan tengahari tadi.

###############

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience