30 hati mu bukan milik ku

Romance Series 4617

Dato Mohsin mundar mandir di ruang tamu banglonya itu. Pertemuan dengan Dato Adam petang tadi masih bermain main di kepalanya.

~flashback~

"Mohsin.. I rasa kita kahwinkan terus Dahlia dengan Hakimi.. tak payah bertunang" Ujar Dato Adam.

Tersentak Dato Mohsin dengan kata kata Dato Adam.

'Macam mana aku nk pujuk Hakimi supaya kahwin dengan Dahlia. Sebut pasal bertunang tempoh hari pun...sampai sekarang masih dingin dengan aku.. Anak bertuah betul' guman Dato Mohsin.

"Kau dengar tak Sin" Terangkat kening Dato Adam memandang sahabatnya itu.

Dato Mohsin mengangguk beberapa kali.

"Nanti aku bincang dengan Kimi. Sekarang dia sibuk sikit."

"Lagi cepat..lagi bagus Sin. Aku rasa diaorang tu suka satu sama lain. Bagus kalau kita cepat cepat satukan dia orang" Dato Adam tersenyum.
Terbayang kerenah Anak daranya yang memujuknya supaya membincangkan hal untuk merapatkan hubungan mereka.

Dahlia tidak kisah dikatakan ibarat 'perigi mencari timba'. Nak harapkan Hakimi yang memulakan..memang tak lah.

Berlainan dengan Dato Mohsin. Kata kata Hakimi tempoh hari.. nampaknya Dahlia bertepuk sebelah tangan.

"Aku pun harap macam tu juga Adam. Dapatlah kita bersaudara. Kita pun dah lama berkawan. Dahlia dengan Hakimi pun membesar sama sama. Dah kenal hati budi masing masing" Tetap juga Dato Mohsin menaruh sedikit harapan dengan hubungan yang tak pasti itu.

Tiba tiba telefon pintar Dato Adam berbunyi. Tersungging senyum di bibirnya melihat nama pemanggil.

"Yes sayang. Ada apa call daddy ni?"soal Dato Adam yang masih tersenyum.

Namun hanya seketika. Kemudian wajah Dato Adam tiba tiba berubah keruh. Matanya merenung tepat pada,Dato Mohsin..namun masih lagi berbual di telefon.

"Ok Lia. Tunggu Daddy kat rumah. Nanti kita bincang." terus Dato Adam mematikan panggilan tersebut.

"Aku kena balik sekarang Sin. Dahlia.." kata kata Dato Adam mati di situ.

Bergegas Dato Mohsin keluar ke lobi hotel. Buru buru masuk ke dalam kereta mewah berwarna hitam.

"Pak Jalal.. kita balik sekarang" arah Dato Adam pada pemandunya.

"Baik Dato"

Dato Mohsin tergamam seketika. Apa yang dah jadi pada Dahlia. Bukan ke Dahlia ada lunch date dengan Kimi.. ye dia pasti sebab dia yang aturkan.
'apa yang berlaku..pasti Hakimi ada buat sesuatu' tebak Dato Mohsin. Dia mengeluh kasar. Lantas bergegas keluar dari cafe hotel itu.

~end flashback~

"Kenapa Abang ni. Wardah nampak abang gelisah je sejak pulang tadi?" soal Datin Wardah. Berkerut dahinya melihat suaminya yang mundar mandir itu. Tak pernah dia melihat suaminya gelisah sebegitu.

"Mana Kimi. Dia dah balik ke belum?" Belum menjawab soalan isterinya..Dato Mohsin menyoal kembali.

"Kimi belum balik lagi. Kejap lagi sampailah ...."belum sempat Datin Wardah habis berkata kata kedengaran enjin kereta masuk ke halaman banglo itu.

Hakimi menapak masuk ke dalam rumah. Dato Mohsin yang masih berada diruang tamu merenung tajam ke arah Hakimi.

"Dari mana?" dua patah perkataan yang keluar dari mulut Dato Mohsin dengan nada mendatar..mengundang debar di dada Datin Wardah.

"Ofis" tanpa memandang pada Dato Mohsin..Hakimi menapak ke arah tangga.

"Tunggu, ada perkara yang papa nak bincang" tegas dan sedikit keras suara Dato Mohsin.

Langkah Hakimi terhenti tiba tiba. Dia mengeluh perlahan. Mesti Dahlia dah mengadu. Duga Hakimi.
Kemudian dia berpusing dan melangkah ke ruang tamu di mana mama dan papanya berada.

"Apa yang Kimi dah buat pada Lia?" soal Dato Mohsin sebaik sahaja Hakimi melabuhkan punggungnya ke sofa.

"Buat apa?" Giliran Hakimi menyoal semula tanpa menjawab.

"Papa tak tahu apa yang Kimi dah buat. Tapi tengahari tadi waktu papa lunch dengan Dato Adam...Lia call dato Adam. Terus Dato Adam pulang tergesa gesa tinggalkan papa macam tu je. Mesti something wrong. Kan Kimi pun ada lunch date dengan Lia juga tengahari tadi." Anak mata Dato Mohsin tajam memandang Hakimi.

"Tak de apa lah papa. Lia pun tiba tiba tinggalkan Kimi macam tu tengahari tadi. Lunch pun tak sempat. Kalau papa nak tahu.. papa tanya lah Dato Adam. Tak pun Lia sendiri. Sorry.. Kimi penat. Kimi nak naik mandi dan rehat"

Dah lah penat dengan kerja di ofis yang menimbun. Balik rumah pula...ini yang jadi.
Mana tak penat . Desis hati Hakimi.

"Kimi dah makan ke belum. Kalau belum... mama siapkan makanan. Kita makan sama sama kejap lagi." Datin Wardah yang hanya diam mendengar dari tadi bersuara.

Hakimi mengangguk lemah dan terus menapak naik ke biliknya. Dihempas badan ke atas tilam empuk itu.Kelopak mata yang kian memberat itu dipejamkan .membuatkannya sekejap sahaja sudah hanyut dalam lena.

-------------------------------------

"Lia..buka pintu sayang" Dato Adam mengetuk pintu sambil memanggil nama anak tunggalnya.

Senyap tanpa balasan dari dalam bilik Dahlia.
Dato Adam memanggil lagi.

"Lia sayang.. Daddy dah balik ni. Keluar sayang. Tadi Lia cakap nak bagitahu daddy sesuatu" pujuk Dato Adam.

"Sue minta Kak Jah ambilkan kunci pendua ye bang" Datin Suraini bersuara. Belum sempat kakinya melangkah turun mencari pembantu rumahnya..pintu bilik Dahlia tiba tiba dibuka.

Sembab..mata bengkak dan muka merah. Begitulah keadaan Dahlia disaat pintu biliknya dibuka.

Datin Suraini terus menerpa dan menarik puteri tunggalnya itu ke dalam pelukan.

"Kenapa sayang.. Kenapa Lia menangis sampai macam ni. Cakap dengan Mummy apa yang dah jadi." Datin Suraini melepaskan pelukan. Dipimpin Dahlia menuju ke dalam bilik semula dan didudukkan di birai katil.

Dato Adam hanya mengikut dari belakang. Dia menarik kerusi meja solek dan dibawa ke hadapan Dahlia. Dato Adam duduk menghadap anaknya. Sambil Datin Suraini memeluk erat bahu Dahlia..sesekali menggosok untuk meredakan tangisan anaknya.

"Lia dah rasa lega sekarang. Now cerita apa yang dah jadi kat Daddy" Dato Adam bersuara setelah melihat esakan Dahlia mula perlahan.

"Hakimi daddy..Dia..dia...." Dahlia bersuara terputus putus diselangi esakannya.

Dato Adam mengeluh perlahan. Masih menanti kata kata seterusnya dari mulut Dahlia.

"Kimi tak cintakan Lia. Kimi dah ada orang lain Daddy" Tangis Dahlia pecah lagi. Hancur hatinya tak kala mendengar pengakuan Hakimi tengahari tadi.

"Daddy akan pastikan Hakimi jadi milik Lia. Daddy janji" Dato Adam menghulurkan tangannya menggenggam tangan Dahlia.

Dahlia yang tadi tunduk menangis..terdiam dan mengangkat mukanya memandang Dato Adam.

"Daddy... Maksud Daddy?" terkebil kebil Dahlia cuba menghadam kata kata Dato Adam. Air mata yang meleleh di pipinya dikesat dengan belakang tangan. Macam mana Hakimi boleh menjadi miliknya..sedangkan Hakimi tidak cintakan dia.

"Daddy akan jumpa Uncle Mohsin dan bincang hal perkahwinan Lia dengan Kimi secepat mungkin" Ujar Dato Adam lagi.

"Macam mana Lia nak kahwin dengan Kimi..Kimi langsung tak pernah cintakan Lia. " kepala Dahlia mengeleng perlahan. Air mata merembes lagi.

"Sayang..dengar dulu apa yang Daddy nak cakap" pujuk Datin Suraini sambil menyapu air mata anaknya.

"Apa Lia sanggup kehilangan Kimi?" soal Dato Adam.

Dahlia mengeleng lagi.

"So..Kahwin dengan Kimi..then buat dia jatuh cinta dengan Lia selepas kahwin. Tak salah kan"

"Apa kimi nak ke kahwin dengan Lia?" entah apa rancangan Dato Adam..buat Dahlia makin keliru.

"Takkan Kimi nak terima Lia macam tu je. Cinta pun tak.. mustahillah Daddy"

"Yang tu Lia serahkan pada Daddy. Daddy akan pujuk Kimi sampai dia setuju."

Dahlia merenung Dato Adam dan cuba menghadamnya. Dengan kepalanya yang semakin berdenyut denyut dia tidak mampu memikirkan apa apa lagi.

'Buat lah apa yang Daddy nak..asalkan Kimi jadi milik Lia sorang' bisik hati Dahlia sambil mengangguk perlahan.

#############

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience