Pagi itu..Ila masuk lewat sikit untuk bekerja kerana menolong ibunya menyiapkan tempahan kuih muih. Hampir pukul 11 pagi baru dia tiba di tempat kerjanya.
Baru sahaja Ila masuk ke butik Hanan tiba tiba telefon bimbit Ila berbunyi. Segera dia menyelongkar beg dan mengeluarkannya.
Berkerut dahi Ila melihat nombor yang tidak dikenali tertera pada skrin. Dia segera meleretkan ikon hijau.
"Assalamualaikum" Ila bersuara menyambut panggilan tersebut.
"Ila.. abah peng..pengsan"Terputus putus suara Mak Ijah dihujung talian tersebut.
Terjeda Ila seketika. Menahan nafas yang sebak didadanya.
"Ibu.. ibu sabar ye.. Ila call ambulan sekarang. Nanti Ila balik sekarang" setitis air mata Ila gugur seiring dengan ucapannya.
"Tak payah nak. Ibu baru sampai kat hospital ni.. Ila terus datang sini ye nak. Pak Hasan dengan Imam Majid yang tolong hantarkan tadi." Terang Mak Ijah diselangi dengan esakan
"Ye Ibu.. Ila ke hospital sekarang. Ibu tunggu Ila kat sana ye" Ucap Ila lagi.
"Hati hati nak. Assalamualaikum"
"waalaikumussalam".
Ila segera mencapai beg dan bergegas ke bilik Hawa.
"Assalamualaikum kak Hawa." Ila terus masuk ke bilik Hawa yang pintunya jarang ditutup.
"Waalaikumussalam. Ye Ila. Eh..Kenapa menangis ni.. ada apa?" Hawa segera menghampiri Ila. Tangannya menggosok gosok belakang gadis itu.
"Kak Hawa. Ila nak keluar sekejap.. nak ke hospital. Tadi Ibu call. Abah Ila ada dihospital
sekarang"Esakan Ila makin kuat. Sungguh dia tak kuat mendengar berita tentang abahnya.
Pagi tadi sewaktu dia dan Mak Ijah menyiapkan tempahan kuih..Pak Usop ke kebun. Walaupun Mak Ijah melarang kerana beberapa hari sebelum itu..Pak Usop sering mengadu penat dan sakit kepala.
"Boleh Ila.. Ila pergi je hospital sekarang. Tapi Ila nak pegi dengan apa?. Akak tak dapat nak hantarkan sebab kejap lagi ada clien nak datang" Hawa merasa serba salah dengan situasi yang berlaku itu.
Dia risau dengan keadaan Ila sekiranya Ila ke hospital tanpa teman. Risau takut apa apa buruk terjadi semasa dalam perjalanan.
"Kejap Ila.. Akak buat panggilan. Tunggu kejap tau" Hawa mengangkat tangannya memberi isyarat supaya Ila menunggu sekejap.
"Hai sis.. ada apa call I ni". kedengaran suara dihujung talian.
"Hello Kimi. You kat mana sekarang?. Boleh I mintak tolong you" ucap Hawa
"I tengah drive. On the way dari Serdang ni. Why?" soal Hakimi. Keretanya diberhentikan di tepi jalan untuk menjawab panggilan Hawa.
"You ada kerja tak sekarang"
"I baru habis meeting.. ni nak balik ofis sekejap ambil barang..Then terus balik rumah"
"Kalau you datang butik Akak sekarang boleh tak. Sebab I nak minta tolong you hantar Ila ke Hospital. Abah Ila pengsan. Sekarang ada kat hospital" Terang Hawa.
"Ya Allah.. ok..ok. I ke sana sekarang. Dalam 15 minit I sampai. Bye sis". Hakimi segera mematikan talian dan terus memandu.
"Kak Hawa.. kenapa susahkan tuan Hakimi. Ila boleh naik grab je" Ujar Ila apabila Hawa selesai berbual di telefon.
"Tak ada susahnya Ila. Ila bekerja dengan akak. Dah jadi tanggungjawab akak jaga keselamatan Ila. Don't worry. Hakimi pun free sekarang. Kejap lagi dia sampai. Nanti dia tolong hantarkan Ila".
"Terima kasih kak Hawa. Ila dah susahkan akak dengan tuan Hakimi. Jasa Akak Ila akan ingat sampai mati." ujar Ila terharu dengan kebaikan majikannya.
"Jom kita ke depan. Nanti Hakimi sampai..Ila boleh terus ke hospital"
Ila mengangguk perlahan sambil mengelap pipinya yang basah dengan air mata itu.
------------------------------
Suasana dalam kereta diam dan sunyi. Ila hanya mengelamun dan sesekali dia mengesat air mata yang meleleh dipipi.
Hakimi yang sedang memandu sesekali menjeling gadis itu.
"Ila.. Abang harap Ila sabar ye. InsyaAllah Abah Ila kuat..dan cepat sembuh" suara Hakimi mematikan lamunan Ila.
Dia menoleh dan.mengangguk perlahan. Wajahnya sugul. Ini pertama kali Pak Usop pengsan dan dimasukkan ke hospital. Hatinya tidak keruan selagi tidak melihat wajah yang disayanginya itu didepan mata.
"Ila tak kuat abang Akim. Kalau apa apa jadi pada Abah.. Ila...." Kata katanya tersekat. Hanya air mata yang merembes laju membasahi pipinya yang lencun itu.
"Banyakkan doa Ila.. InsyaAllah semuanya selamat".Ujar Hakimi lagi.
Ila memejamkan mata dan menarik nafas sedalam dalamnya. Memohon pada yang Maha Esa agar semuanya selamat.
"Ibu.." Ila memanggil Mak Ijah apabila melihat Mak Ijah yang duduk di kerusi di luar bilik bedah.
"Ila." Mak ijah segera memeluk anaknya itu. Mereka berdua menangis. Hakimi hanya berdiri..memerhatikan mereka.
"Pak Hassan.. Pak Imam.. Terima kasih sebab hantarkan abah" Ucap Ila.
"Sama sama Ila. Pak Hasan hanya bantu apa yang mampu." Jawab Pak Hasan.
"Apa khabar pakcik.. saya Hakimi." Ujar Hakimi sambil menghulurkan tangan kepada Pak Hasan dan Imam Majid.
Pak Hasan dan Imam Majid hanya tersenyum dan mengangguk.
"Kalau macam tu.. Aku balik dulu ye Ijah. Apa apa tentang Usop..Kau bagitau kami berdua. Nanti Husna dan Hairul aku bagitau diaorang. Ni dah tengahari..kejap lagi diaorang balik sekolah tentu pelik tengok kau tak ada kat rumah" Ujar Imam Majid.
"Terima kasih Hasan.. Imam. Kalau Hasan tak ada kat kebun tadi.. saya pun tak tahu apa yang jadi pada abang Usop". Mak Ijah bersuara. Sejak dari Pak Usop dimasukkan ke bilik bedah..dia hanya diam dan menangis sahaja.
"Sama sama Ijah.. Kami balik dulu. Ada apa apa yang perlukan pertolongan kami..kau bagitahu je. InsyaAllah kami bantu apa yang mampu."Ujar Imam Majid
Setelah hampir 3 jam..akhirnya pintu bilik bedah dibuka.
Pantas Ila dan Mak Ijah berdiri dan terus menghampiri doktor yang bertugas.
"Macam mana suami makcik doktor"
"Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan sekejap lagi Encik Yusof akan dihantar ke wad. Makcik boleh melawat Encik Yusof sekejap lagi."
"Tapi sebelum tu.. saya nak bercakap dengan makcik tentang keadaan Encik Yusof. Boleh ikut saya ke bilik saya untuk saya jelaskan keadaan pesakit" sambung doktor itu.
"Er doktor.. saya anak pesakit. Boleh saya je yang wakilkan ibu saya" Ujar Ila tiba tiba.
"Boleh cik. Sila ikut saya"
"Ibu tunggu abah kat sini dulu ye. Nanti ibu ikut ke wad sekali. Lepas jumpa doktor..nanti Ila datang balik"
"Haah ye lah. Ibu tunggu kat sini je" jawab Mak Ijah.
"Kalau macam tu.. biar abang temankan Ila" Hakimi tiba tiba mencelah.
----------------------------
"Begini cik Ila.. Saya doktor Halil. Tadi kami dah lalukan pembedahan membuang darah beku di bahagian kepala Encik Yusof disebabkan strok."Terang doktor Halil sambil memegang laporan kesihatan Pak Usop.
"Jadi kemungkinan pesakit akan lumpuh sebelah badan. Dan tidak dapat bergerak seperti biasa" sambung Doktor Halil lagi.
"Maksud doktor.. Abah saya lumpuh dan tak dapat bergerak lagi?. Sampai bila doktor?. Abah saya ada peluang untuk sembuh tak?." pelbagai persoalan meluncur keluar dari mulut Ila.
"InsyaAllah Cik. Jika pesakit dijaga pemakanan dan diberi ubat mengikut masa yang ditetapkan .. juga datang pada setiap temujanji dan buat semua terapi..InsyaAllah peluang untuk sembuh itu ada. Selain itu..boleh buat rawatan traditional seperti mengurut..cuma saya nak ingatkan..elakkan dari mengurut di bahagian leher dan kepala buat sementara waktu sehingga luka pembedahan itu sembuh."
"Apa apa pun..kita banyakkan doa dan bertawakal padaNya." sambung doktor Halil lagi.
"Maaf doktor.. boleh saya tahu bila pesakit akan dibenarkan pulang" soal Hakimi.
"Kalau tekanan darah ok..tiada jangkitan kuman.. InsyaAllah dalam masa,seminggu dah boleh pulang."
"Kalau macam tu..boleh saya minta doktor letakkan pesakit dalam wad untuk seorang."
"Nanti saya uruskan. Kalau tak ada,apa apa.. saya minta diri dulu.. sebab sekejap lagi saya kena buat lagi satu pembedahan" Ujar doktor Halil.
Ila mengelengkan kepalanya "Terima,kasih Doktof sebab dah buat yang terbaik untuk abah saya. Kami keluar dulu"
----------------------------------
"Abang Akim nak balik dulu...pergilah. Terima kasih sebab hantar Ila tadi. Maaf susahkan abang. Ni pun dah nak pukul 5. Lepas abah dah pindah masuk wad..Ila nak bawa ibu balik dulu.. biar Ibu rehat kat rumah je..Lepas tu Ila nak datang balik sini nak jaga Abah malam ni. Kesian kat Ibu mesti penat".
"Tak pe Ila. Abang ikhlas tolong Ila. Tak susah pun. Ni nak balik abang hantarkan sekali. Nanti Abang hantar Ila datang semula ke hospital."
"Ila segan lah.. dah sehari abang Akim kat hospital ni.. mesti abang Akim penat.. Abang balik je lah. Ila balik dengan grab atau teksi je"
" Dah jangan banyak cakap. Jom pergi lawat Abah Ila dulu.. Jangan cerita dulu apa yang doktor Halil bagitau tadi pada Ibu. Nanti kalau Abah Ila dengar..mesti dia susah hati. Doktor dah pesan tadi suruh kita jaga emosi dia supaya tekanan darah dia tak naik".
"Pasal Abang Akim..abang tak penat pun..sebenarnya abang cuti harini."
Ila tersenyum memandang Hakimi.. disaat dia diduga dengan Ujian yang besar.. ada insan yang baik sudi membantu.. Syukur Alhamdulillah.
############
Share this novel