49 Hilang

Romance Series 4617

Petang ini..merupakan hari ke dua Ila menunggu bas untuk pulang ke rumah setelah habis kerja. Biasanya Hakimi datang menjemput dan menghantar dia pulang. Hakimi masih berada di Johor atas urusan kerjanya. Petang atau malam esok baru bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Asyik dia menatap skrin telefon bimbit di tangan..sambil sesekali kepalanya dijenguk dan di toleh ke kanan melihat kelibat bas yang ditunggu.

'hmmm. dah lewat 10 minit. Biasanya tak pernah lewat' guman Ila sendirian.

Ila melihat semula skrin telefonnya dan berkira kira memesan grab.

'Lagi 10 minit kalau masih tak ada bas...terpaksa naik grab' guman Ila dalam hati.

Sedang asyik menunggu bas...telefon bimbitnya berdering.. Tersenyum Ila melihat nama pemanggil yang terpapar.

"Assalamualaikum Abang Akim" Sapa Ila.

"Waalaikumussalam..Ila kat mana ni..bunyi bising sangat?" Hakimi yang berada dihujung talian menyoal.

"Kat bus stop depan butik kak Hawa lagi. Bas belum sampai." Terang Ila sambil sesekali matanya meninjau melihat kenderaan yang lalu lalang.

"Dah lewat sangat ni. Nanti abang bagitahu Kak Hawa minta dia hantarkan Ila balik" Kedengaran suara Hakimi yang sedikit cemas.

"Alahhh.. tak pe.. kejap lagi kalau bas belum sampai..Ila oder grab. Lagipun Kak Hawa banyak kerja harini. Kesian dia. Ila tak nak susahkan dia"

"Kalau macam tu..terus oder grab je. Tak payah tunggu bas lagi. Ni dah lewat kan. Nanti risau Abah kat rumah".

"Ok abang Akim.. Ila panggil grab sekarang. Ila letak phone dulu ye. Nanti Ila call abang bila dah dapat grab. Assalamualaikum".

Setelah memutuskan talian, Ila segera memesan Grab.Tak sampai lima minit..grab yang dipesan telah sampai. Walaupun sedikit hairan kerana grab yang dipesan itu sangat cepat tiba.. Namun Ila menarik nafas lega kerana tidak perlu menunggu lama.

Beg digalas dan paper bag yang berisi bekas bekalnya dibawa.

Setelah selamat masuk ke dalam grab... kereta tersebut terus memecut laju.

"Ehh. encik... saya rasa encik dah silap jalan ni." Ujar Ila kepada pemandu grab itu apabila dia merasakan jalan yang dilalui oleh kereta grab tersebut tidak mengikuti jalan menuju ke rumanya.

Namun pemandu grab tersebut terus memandu tanpa menghiraukan kata-kata Ila.

Tanpa disedari oleh pemandu tersebut..Ila segera mengaktifkan GPS telefonnya secara diam2. Dia segera menghantar mesej ringkas kepada Hakimi. Hatinya mula merasa ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Encik.. berhentikan kereta.. saya turun kat sini je" Sekali lagi Ila bersuara. Ila semakin berdebar dan gusar apabila pemandu grab itu masih tidak memberi respon apa-apa.

"Encik.. Encik. nak bawak saya ke mana ni. Tolong berhentikan kereta" Ila semakin takut.. Dia mula menangis.

"Diam.. dan duduk elok-elok. Dah sampai aku bagitau. Jangan nak bertindak bodoh" Suara jerkahan dari pemandu grab tersebut membuatkan Ila terkejut.

Nafasnya mula tidak teratur..dan tiba- tiba penglihatannya makin kelam.. Ila pengsan kerana terkejut apabila di herdik dengan kasar oleh lelaki tersebut.

-----------------------------------

"Ok Fik.. Cukup lah untuk hari ni. Kepala aku dah pening ni." Ujar Hakimi. Tangannya menekan-nekan dahinya yang berdenyut-denyut.

"Ok boss.. Esok jelah kita sambung. Rasanya esok kita dapat settlekan semua masalah ni." Dokumen tender yang menimbun di atas meja itu di susun oleh Taufik.

"Kalau macam tu..aku balik hotel dulu. Esok pukul 8pagi kita sambung balik." Hakimi segera bangkit dari kerusi. Di capai telefon dan beg yang berisi dokumen kerja.

"Yang mana dah siap ni... aku bawak balik hotel dulu. Nanti aku boleh semak. So esok tak de lah membazir masa nak buat semakan lain."

"Orite boss. Kalau ada masalah.. boss call je saya"

"Ok lah.. Aku gerak dulu. Dah nak maghrib ni.."
Hakimi terus keluar dari pejabatnya dan menuju ke kereta.

Masuk je ke dalam kereta..dia mengambil telefon untuk melihat panggilan dan pesanan yang masuk.

"Allah.. tak de bateri rupanya. Patut pun senyap je dari tadi" Bisik Hakimi sendirian.

Tanpa lengah dia terus menyambungkan telefon bimbitnya ke kabel yang digunakan untuk mengcaj bateri telefon bimbit yang ada di dalam kereta.

Hatinya tiba-tiba di palu kerisauan. Teringat pada Ila yang entah dah sampai rumah atau belum. Namun telefonnya belum boleh dibuka.

'Aah.. kejap lagi aku call dia. Baik aku drive dulu. Ni dah maghrib..nanti x sempat nak solat pula' Guman Hakimi.

Tanpa lengah Hakimi segera memandu ke arah Hotel yang didiaminya untuk beberapa hari selama dia berada di Johor.

Setelah tiba di Hotel.. Hakimi bergegas membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib. Setelah itu..dia mencapai telefon bimbitnya sambil duduk di birai katil.

Hakimi segera mengaktifkan telefonnya.

'Ada panggilan dari Pakcik Yusof, Kak Hawa dan Mama'. Desis hati Hakimi.

Dadanya merasa berdebar-debar melihat terlalu banyak panggilan yang tidak dijawab.

Tanpa lengah dia terus menekan nombor Mamanya.

"Hello Kimi.. Kimi kenapa tak On telefon. Kimi kat mana ni nak?' Suara Datin Wahida menerjah gegendang telinga Hakimi sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Wait mama.. kenapa mama menangis ni. Sory tadi phone Kimi tak de bateri. Kimi masih kat Johor lagi"

"Ya Allah Kimi.. Ila Kimi. Ila hilang. Ila ada call Kimi tak." Kedengaran tangisan Datin Wahida semakin kuat.

"What.. Ila hilang." Hakimi hilang kata-kata kerana terlampau terkejut.

"hello kimi.. kimi dengar mama tak. Kimi.." Panggil Datin Wahida apabila Tidak lagi memdengar suara anaknya.

"Mama..." sekali lagi Hakimi terdiam. Dia masih lagi terkejut

"Kimi..Kimi dengar mama ye nak. Kimi call pakcik Yusof sekarang sebab dia tengah risau tu. Sampai sekarang Ila masih tak dapat dihubungi. Telefonnya berbunyi..tapi tak diangkat. pakcik Yusof risau sangat sebab Ila belum balik lagi sampai sekarang" Ujar Datin Wahida. Dia perlu menenangkan Hakimi yang masih terkejut dengan berita tersebut.

"Baik Mama. Kimi call pakcik sekarang. Apa-apa nanti Kimi bagitahu mama ye. Assalamualaikum"
Hakimi menarik nafas panjang untuk menenangkan fikirannya.

'Ila..ye..Ila. Aku kena call dia dulu'

Pantas tangannya menekan nombor di telefon bimbitnya.

Bunyi deringan menandakan telefon itu tidak ditutup. Hati Hakimi sedikit lega. Namun orang yang dihubungi itu tidak mengangkat panggilan darinya.

'Please Ila..angkat call abang' bisik Hakimi perlahan. Telefon masih melekap di telinganya. Namun setelah beberapa kali dihubungi.. Ila masih tidak menjawab panggilan darinya.

'Allahu' Hakimi meraup wajahnya. Dia buntu tidak tahu apa yang harus dilakukan.

'Baik aku wasap dia. Mungkin dia reply nanti'

Sebaik membuka aplikasi whatsap... Hakimi melihat ada mesej dari buah hatinya. Dia menghela nafas. Sedikit terasa lega.

Segera dia membuka mesej kiriman Ila

#Abang Akim... tolong Ila. Ila dan on GPS. Ila takut#

Sekali lagi Hakimi terkejut. Mesej yang dihantar dari Ila lebih kurang pukul 6.00 petang. Sekarang dah pukul 8 lebih. Ini Bermakna sudah lebih 2 jam .

Hakimi segera mengemaskan semua barang miliknya dan menukar pakaian. Dia bergegas meninggalkan Hotel tersebut sambil menghubungi seseorang.

"Khairul.. you tolong trace nombor telefon yang I dah whatsap dekat you tadi. Urgent tau. I nak location nombor itu secepat mungkin" Hakimi segera menghubungi kawannya yang bekerja sebagai penyiasat persendirian. Dia perlu mengetahui lokasi Ila berada sebelum membuat apa-apa tindakan.

"Orite Kimi. I will let you know as soon as posible"

"Thanks Rul." Ujar Hakimi. Setelah menamatkan talian.. Hakimi menghubungi Taufik untuk memaklumkan yang dia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur segera atas urusan peribadi.

--------------------------
Hampir 2 jam lebih.. Ila membuka matanya perlahan-lahan. Matanya dikerdipkan beberapa kali untuk mencerna dan mengamati suasana yang gelap itu. Badannya bergerak gerak bergoyang dek mengikut alunan kereta yang dinaikinya. Dia baru tersedar yang dia masih lagi di dalam kereta yang disangka grab. Kepalanya yang terlentok ke pintu kereta ditegakkan.

Ila menelan liurnya. Dia perlu memberanikan diri untuk bertanya kemana lelaki itu ingin membawanya.

"Encik nak bawa saya kemana ni. Kenapa encik culik saya" Ila bersuara perlahan. Dia ketakutan namun perlu memberanikan diri.

Ila melihat lelaki itu menjeling kearahnya melalui cermin pandang belakang. Muka lelaki itu ditutup jadi dia tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut.

"Baik kau tidur. Dah sampai nanti aku bagitahu" Suara garau lelaki itu menerpa ke telinga Ila.
Kali ini suara tersebut mendatar sahaja. Tidak kasar seperti sebelum itu.

Ila meramas ramas tangannya. Dia akur dan diam. Risau jika lelaki tersebut bertindak diluar jangkaan.

Ila memandang ke luar kereta..berharap ada petunjuk ke mana dia di bawa oleh lelaki yang tidak diketahuinya itu. Namun suasana malam yang gelap..serta jalan yang sepertinya tidak memberikan apa-apa petunjuk membuatkan Ila mengeluh hampa.

Ila tidak berani untuk menggunakan telefon bimbitnya. Risau sekiranya lelaki itu mengetahui dan terus merampas darinya. Dia berdoa agar Hakimi sudah membaca pesanan darinya.. dan segera mencarinya.

----------------------------------

"Hello Rul.. Macam mana?" Soal Hakimi apabila mendapat panggilan dari Khairul.

"Alhamdulillah Kimi.. Nombor yang kau minta aku trace tu..sekarang menghala ke pontian Johor. GPS nya masih aktif.. dan aku akan terus pantau."

"ok Rul.. thanks. Aku gerak ke pontian sekarang. Nanti kau send aku location terkini nombor tu ye"

"Hati-hati Kimi. Kalau perlukan bantuan..kau bagitahu je. Aku ada beberapa orang kawan di pontian. Diaorang boleh tolong kau. Aku dah minta diaorang bersedia. Don't worry. You can count on me" balas Khairul dihujung talian.

"ok.aku gerak dulu Rul.." Talian segera di matikan. Hakimi melihat lokasi terkini Ila yang baru sahaja di hantar oleh Khairul.

'Sabar sayang.. Abang akan cari sayang sampai jumpa' bisik Hakimi. Tanpa lengah Hakimi terus memecut laju keretanya memecah keheningan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience