45 Bakal menantu

Romance Series 4617

"Assalamualaikum" Hakimi menapak masuk ke bilik 317 yang menempatkan Dato Mohsin.

"Waalaikumussalam" serentak salam dijawab oleh enam orang yang berada di dalam bilik tersebut.

Ila tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.dengan Datin Wahida, Hawa dan Mak Nab. Dia kemudiannya,memandang pada Dato Mohsin sambil tersenyum dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat.

"Uncle apa khabar?" sapa Ila.

"Alhamdulillah. Dah makin sihat. Kalau tak ada aral.. lagi dua tiga hari dah boleh balik" tersenyum lega Dato Mohsin melihat wajah bakal menantunya

"Alhamdulillah syukur. Ila doakan semoga Uncle cepat sembuh"

"Aamiin" serentak suara mengaminkan kata-kata yang terbit dari mulut Ila.

"Papa..Mama.. Kakak dengan abang Zani minta diri dulu. Esok pagi-pagi Kakak datang lagi"Ujar Hawa meminta izin untuk pulang.

"Ye lah. Kakak baliklah berehat. Malam ni mama temankan papa." ucap Datin Wahida Sambil mengelus tangan Hawa lembut.

"Thanks kakak sebab temankan papa hari ni. Papa realy miss you." bergetar suara Dato Mohsin.

"Dah tanggungjawab kakak papa. Siapa lagi kalau bukan kakak dengan Kimi.. Kakak pun rindukan papa. Belum puas lagi seharian bersama papa. Pagi-pagi esok kakak sampai. Nanti kakak buat breakfast sekali" tersenyum lega Hawa. Konflik dia dengan papanya berakhir jua.

"hurm. Hati-hati memandu Zani. Terima Kasih sebab sudi maafkan papa. Papa berdosa pada korang berdua"

"Ya Allah papa. Jangan macam ni. Tiada hak kami sebagai anak untuk menghukum papa. Kami yang bersalah kerana tak dengar cakap papa. Maafkan kami" Kali ini Zani bersuara. Rasa kekok dan bersalah bersarang dibenaknya bila acapkali Dato Mohsin mengungkap kata maaf.

"Kami gerak dulu.. Assalamualaikum" Hawa pantas bersuara meminta diri. Risau sekiranya Dato Mohsin berterusan beremosi.

"waalaikumussalam" serentak mereka menjawab salam.

"Kalau tak ada apa-apa.. Kami pun minta diri dulu lah Dato..Datin. Dah lama kami kat sini." Kali ini Pak Hamid pula meminta diri untuk beredar.

"yelah Hamid. Esok pagi tunggu saya call dulu. Baru datang ambil" Datin Wahida mengingatkan Pak Hamid.

"Kimi.. Ila.. Mak Nab dengan Pak Hamid balik dulu ye. Kimi call pak Hamid kalau perlu apa-apa" Mak Nab.berpesan pada anak majikannya itu.

"Baik Mak Nab. Malam ni tak payah masak untuk Kimi. Sebab kejap lagi Kimi makan dekat luar dengan Ila."

Usai Pak Hamid dan Mak Nab beredar..tinggallah Dato Mohsin, Datin Wahida, Hakimi dan Ila di situ.

"Kimi..Ila.. sini dekat dengan papa" Dato Mohsin bersuara sambil tangannya mengamit ke arah Hakimi dan Ila.

Datin Wahida yang masih berada di sisi Dato Mohsin hanya tersenyum.

"macam mana dengan ofis hari ni Kimi. Meeting dengan Dato Adam macam mana. Dah selesai ke belum. Maafkan papa sebab terlalu banyak kesilapan yang papa buat. Papa menyesal" kesal sekali suara yang terucap di mulut Dato Mohsin.

Hakimi sudah sedia maklum. Pagi tadi sebelum meninggalkan Dato Mohsin di hospital...Dato Mohsin sempat berpesan tentang perjanjian Dato Adam. Dia meminta Hakimi membuat keputusan sendiri..sama ada mahu menerima Dahlia atau Ila. Sekiranya Hakimi menerima salah seorang dari mereka..Dato Mohsin meminta Hakimi membawa pilihannya itu datang melawatnya di hospital petang ini.

Dan ternyata tekaannya tepat. Hakimi memilih Haila sebagai pilihan.

"Papa jangan risau. Tahulah Hakimi macam mana nak uruskan semua tu. Cuma banyak benda yang Kimi perlu ubah mengikut cara Kimi. Itu pun kalau papa tak keberatan" Hakimi merenung Dato Mohsin berharap persetujuan dari papanya itu.

"Papa serahkan pada Kimi. Buatlah yang terbaik untuk selamatkan syarikat kita. Mungkin dah tiba masanya papa bersara" Dato Mohsin mengeluh perlahan. Dia berharap Hakimi dapat membetulkan semua kepincangan penyelewengan syarikat akibat sifat rakusnya sendiri.

"Lagi satu. Pujuk kakak untuk bantu Kimi. Kimi perlukan kakak. Dia lebih arif tentang akaun syarikat semasa dia kerja dengan papa dulu. Abang Zani pun sangat arif tentang dokumen tender. I need both of them" Ujar Hakimi. Dia yakin dengan pengalaman kedua insan tersebut mampu membantunya membangunkan semula Mega Corp Holding.

"Papa akan pujuk Kakak." pantas Dato Mohsin bersetuju dengan cadangan Hakimi.

"Thanks papa. Lepas nk papa banyakkan rehat. Biar Kimi dengan kakak je yang fikirkan pasal Mega Corp." Datin Wahida yang dari tadi hanya mendengar..menganggukkan kepalanya menyetujui saranan Hakimi.

"Betul cakap Kimi tu. Abang kena banyak berehat." sampuk Datin Wahida. Luluh hatinya sewaktu mendengar berita suaminya pengsan dan terkena serangan jantung.

"pasal Ila dengan Kimi pula..macam mana. Kalau boleh papa nak korang percepatkan pernikahan. Lagi cepat lagi bagus. Papa risau kalau papa tak sempat tengok Kimi naik pelamin. Nanti buat majlis resepsi sekali dengan Kakak. Papa pun nak tengok kakak bersanding" Dato Mohsin bertanya tentang hubungan Ila dan Hakimi.

"Kimi ok je pa. Terpulang pada Ila dan pakcik sekeluarga. Kimi ingat masa hantar Ila kejap lagi.
Kimi nak bagitahu pakcik." ujar Hakimi sambil menjeling sekilas memandang Ila yang hanya diam sejak tadi.

"Bagus lah macam tu. Ila macam mana. Papa tengok diam je dari tadi" Kata-kata dari Dato Mohsin mengejutkan Ila. Entah kemana dia mengelamun sekejap tadi.

Merah Ila yang mendengar namanya diseru..dia kaget seketika.

Dahlah bincang pasal kahwin.. apa jawapan yang nak dia beri.

"Ila serahkan semua pada Abah. Ila ikutkan aje apa pun keputusan Abah." Perlahan kata-kata tersebut meluncur dari bibirnya. Mujur tak tersasul cakap 'setuju' je tadi. Baru nampak kemaruk nak berlaki. Ila menarik nafas lega.

"Kalau macam tu.. Nanti Kimi tanya Abah Ila. Papa kalau boleh nak Ila jadi menantu papa secepatnya" Makin menjadi-jadi pula gelaran Papa yang digunakan oleh Dato Mohsin membuatkan pipi Ila merona merah. Malu dan segan.

Sesak nafas Ila dibuatnya. Barusan tadi sebelum sampai ke hospital..Hakimi menggunakan panggilan 'sayang'..ni Dato Mohsin pula. Terasa panas urat saraf yang menjalar dipipinya.

"Betul tu Ila. Mama pun tak sabar nak Ila jadi menantu kami".

Uhuk..uhuk..uhuk.
Kali ni terbatuk-batuk Ila dibuatnya. Air liur yang nak ditelan berselirat dengan nafas yang tak keruan..ha kan dah tersedak.

Mula mula 'sayang' lepas tu 'papa'.. sekarang 'mama' pula.

"ya Allah.. kenapa ni" Ujar Datin Wahida menepuk belakang Ila. Hakimi segera menuang air putih dan dihulurkan pada Ila.

"Maaf uncle..auntie..Maaf Ila terkejut tadi." ujar Ila tersipu-sipu malu.

"Itu lah kan papa dengan mama ni kemaruk sangat nak menantu..sampai tak pikir tuan punya badan tu malu.. Mama minta maaf ye" Ujar Datin Wahida. Dia merasa bersalah pula. Serentak dengan itu mereka semua tertawa lucu.

Hilang semua rasa malu Ila. Dia turut sama tetawa dengan sifat malunya tadi.

###########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience