9 menghantar pulang

Romance Series 4617

5.15 pm...

"Kak Hawa.. Ila balik dulu ye. Esok Ila siapkan semua kerja yang belum siap ni".

Beberapa dress yang belum siap jahitan manik itu dilipat dan di letak di atas meja kerjanya. Akibat pengsan tengahari tadi..sedikit sebanyak membantutkan kerja jahitan maniknya.

"Ila boleh balik sendiri ke.. Kak Hawa risau lah". Hawa melahirkan rasa risau. Muka Ila yang masih tidak bermaya itu menambahkan lagi kerisauannya.

"tak pe kak Hawa. Ila dah ok. Ila balik dulu. takut terlepas bas pula."

"Ok dear.. take care ye"

"baik Kak". Ila melangkah menuju ke perhentian bas.

"Ila"

Satu suara tiba-tiba memanggil Ila dari belakang. Ila berpusing dan matanya terpandang Hakimi yang sudah berdiri di belakangnya.

"hah....tu..Tuan...aa awak"
"awak buat apa kat sini. Nak jumpa kak Hawa ke". Ila kehairanan melihat Hakimi di situ.

"tak.. saya nak jumpa awak. Awak dah sihat ke"

"Jom I hantarkan U balik. I feel bad..Sorry.. I rasa bersalah sangat pasal kejadian tengahari tadi". Terdengar keluhan kecil dari mulut Hakimi.

Sungguh dia merasa sangat tertekan dengan kejadian tengahari tadi.

"tak pe awak.. saya dah ok. Kejap lagi bas sampai. Saya balik dengan bas " Ila tidak mahu menyusahkan adik.majikannya itu.

"please Ila.. saya hantarkan awak. Selagi awak tak sampai rumah dengan selamat..hati saya tak tenang.. please jangan tolak permintaan saya ni. Saya tak ada niat buruk. Lagi pun..my sis tahu yang I nak hantar U balik". Air muka Hakimi jelas menunjukkan keikhlasan .

Ila mengangguk perlahan. Timbul rasa kesian apabila melihat kerisauan yang jelas terpancar di wajah Hakimi.

"Kalau macam tu jom kita ke sana..kereta saya parking jauh sikit.. ok ke awak jalan ni".

"awak tak payah risau.. saya ok je"

Masing masing kelihatan kekok berjalan beriringan..tidak ada sepatah suara pun yang terkeluar. Keduanya membisu sehingga sampai ke tempat parking.

---------------------------------

"Kalau saya tanya Ila sesuatu... boleh ke". tiba2 suara Hakimi memecah kebisuan yang terbina antara mereka.

Ila memandang sekilas ke arah Hakimi yang sedang memandu. Kemudian memandang semula ke hadapan.

"awak.. nanti sampai trafic light tu.. masuk kanan ye. Lepas tu jalan terus. Nanti dah dekat simpang nak masuk ke kawasan rumah saya..saya bagitau." Tanpa menjawab soalan Hakimi.. Ila menunjuk arah jalan yang perlu Hakimi ikuti.

"ok. u belum jawab lagi soalan I Ila. Can I ask U something?". Hakimi menjeling sekilas. memandang gadis yang sudah mencuri hatinya.

"awak nak tanya apa?". Ila menyoal kembali.

"Dah berapa lama Ila kerja dengan my sis"soal Hakimi.

"Lagi 3 hari.. cukup sebulan saya kerja dengan Kak Hawa".

" U suka ke..kerja kat situ. sebelum ni U kerja kat mana". banyak pula soalan Hakimi.

"Saya keja sementara je kat situ. Sebelum ni saya belajar. Habis STPM. saya terus kerja dengan Kak Hawa. Syukur Alhamdulillah. Kak Hawa sudi ambik saya kerja dengan dia". cerita Ila satu persatu. Dirinya sangat bersyukur dapat bekerja di Butik Hanan.

"oooh. Jadi lepas dapat result STPM Ila akan berhenti dan sambung belajar ke?".

Ila mengangguk perlahan. Dia berharap akan dapat menyambung pelajarannya lagi.

"Nanti awak masuk simpang tepi bus stop tu."Ila mengingatkan Hakimi.

Hakimi akur. Dia memperlahankan sedikit pemanduannya. Jalan sedikit berlubang dan tidak rata. Maklumlah kawasan kampung.

"rumah yang ada pokok ketapang tu rumah saya".

Kereta Hakimi memasuki ke sebuah rumah kayu yang sederhana besar. Laman yang luas serta bersih itu menarik minatnya. Penuh ketenangan bagi Hakimi yang pertama kali menjejakkan kakinya ke situ.

"Jauh juga awak naik bas ke tempat kerja. Tak penat ke?". Soal Hakimi. Tangannya mematikan enjin kereta.

"Saya dah biasa. Jemput singgah dulu awak. Abah saya ada kat rumah tu". Ila memandang motor buruk yang selalu digunakan Abahnya bila ke kebun. Begitu juga kereta Abahnya. Terparking elok di bawah rumah.

"ha ah..ok"Hakimi mengangguk. Berdebar hatinya nak.mengadap kedua orang tua Ila. Itu belum lagi meluahkan isi hati pada gadis yang dicintainya itu.

'Relaks Kimi..berkenalan je Kimi.. bukan masuk meminang anak dara orang pun'. Hakimi memujuk hatinya bertenang.
Dia menarik nafas panjang. Mencari ketenangan.

"Assalamualaikum. Mak..Abah. Ila dah balik". Ila memberi salam dan menanggalkan kasut. Kakinya memijak satu persatu tangga dan naik ke rumah.

Hakimi masih di tanah. Memandang Ila yang hilang ke dalam rumah.

Seketika kemudian muncul Ila dan Pak Usop di.muka pintu.

"Tuan Hakimi jemput naik ke rumah saya. Maaf lah rumah kampung. Harap tuan selesa". Ila tersenyum mempelawa Hakimi masuk ke rumah.

"Jemput masuk Tuan. Pakcik tak tahu ada tetamu. Sila..sila masuk". Pak Usop tersenyum menjemput tetamunya itu.

"Terima kasih pakcik. Panggil Kimi je."Hakimi menghulurkan tangan menyalami Pak Usop.

"jemput duduk Kimi. Ila .. buatkan air untuk tetamu kita ni". Pak Usop menyuruh anak daranya itu menghidangkan air buat tetamu mereka.

Bagi Pak Usop..tetamu perlu di raikan. Tak kira siapa pun dia.

"saya sekejap je kat sini pakcik.. cuma hantarkan Ila. Ila ni pekerja di butik Kakak saya. Tengahari tadi dia pengsan. Itu yang Kak Hawa minta saya hantarkan Ila balik. Dia risau takut terjadi apa2 kat tengah jalan". Hakimi menjelaskan mengapa dia yang menghantar Ila pulang. Dia tidak mahu ada tanggapan yang salah dari Pak Usop.

Maklumlah.. hantar anak dara orang. Tambahan pula duduk dikawasan kampung. Pasti banyak mata yang memandang dan mulut yang bercakap.

"Terima kasih Kimi. susah susah je hantarkan Ila. Kalau pakcik tahu begitu.. pakcik boleh je ambil Ila tadi. Itu lah ..Ila pun tak ada telefon bagitau pakcik. Mungkin dia segan nak guna telefon kat tempat kerja kut. segan pula kami dengan Kimi. hantarkan Ila sampai rumah." riak muka Pak Usop kelihatan segan dengan adik majikan anak daranya itu.

"Jemput minum Tuan Hakimi. Air kopi kampung je. Ni kuih apam beras yang mak saya buatkan". Ila mempelawa Hakimi menikmati kuih buatan ibunya.

"Terima kasih Ila. Buat susah2 pula. Jemput minum sekali pakcik" Hakimi menjemput Pak Usop minum dengannya.

"Pakcik baru lepas minum tadi. Kimi minum ye. Sedap tu kopi kampung. Rugi kalau tak minum.Susah nak.dapat kat bandar." seloroh Pak Usop.

Pak Usop mula merasa selesa berbual dengan Hakimi. Jejaki yang berbudi bahasa dan menghormati orang tua.

Hampir setengah jam berbual, Hakimi meminta diri untuk beransur pulang.

"Jangan segan segan datang ke mari ye Kimi."

"InsyaAllah pakcik. ada masa saya datang lagi. Terima kasih untuk kopi dan kuih yang sedap tadi". Hakimi menyalami Pak Usop.

"Saya balik dulu ye Ila. Take care."
Hakimi terus berlalu. Dia memandu kereta perlahan2 keluar dari halaman rumah Pak Usop.

Hatinya gembira dengan layanan yang baik dari Ila dan.keluarganya. Dia dapat melihat betapa banyaknya kasih sayang dalam keluarga Ila. Hakimi mengeluh perlahan. Alangkah bahagia dirinya jika dapat menjadi sebahagian dari.keluarga Ila. Meskipun kurang harta...namun mereka sekeluarga kaya dengan kasih sayang.
Itu yang tidak pernah dia dapat di dalam keluarganya. Terutama dari Dato Mohsin iaitu Papanya. Sekali lagi Hakimi melepaskan keluhan.

#############

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience