Hampir pukul 8 malam Hakimi sampai di rumahnya. Dilihat kereta Datuk Mohsin sudah ada di halaman banglo mereka.
'awal pula papa balik harini' getus hati Hakimi.
Hakimi menapak masuk ke rumah, terus memanjat anak tangga naik ke biliknya di tingkat atas.
"Lewat balik hari ni Kimi" tegur Datuk Mohsin yang baru keluar dari bilik tidurnya.
"Ada hal dekat luar tadi papa. Tu yang lewat sikit".
"Lepas mandi..solat turun bawah. Kita makan malam sama-sama. Ada hal yang papa nak bincangkan dengan Kimi". Tegas seperti biasa tutur kata Datuk Mohsin.
"Baik papa.. nanti Kimi turun bawah".
Hakimi meloloskan diri ke dalam bilik tidurnya. Beg kerja di hempas di atas sofa. Badannya segera dibaringkan ke atas katil.
'apa ye yang papa nak bincangkan.. takkan pasal kerja. Biasa papa tak pernah bincang pasal kerja di rumah walau pun dia memang kuat bekerja'
Hati Hakimi tetanya-tanya sendiri. Lantas terus di capai tuala dan tanpa berlengah dia masuk ke dalam bilik air.
----------------------------------------------
"mama". sapa Hakimi apabila dia sampai keruangan dapur. Terus dia memeluk dan mencium pipi Datin Wahida.
Tanpa menyapa Datuk Mohsin yang sudah duduk di meja makan...Hakimi menarik kerusi dan terus duduk.
Makan malam di rumah Datuk Mohsin itu sunyi tanpa sebarang suara. Begitu lah keadaan mereka sekeluarga setelah Datuk Mohsin menghalau Hawa dari rumah itu hampir setahun lebih.
Masing-masing kelihatan janggal dan kaku. Tambahan pula..amat jarang sekali Datuk Mohsin pulang awal dan makan malam di rumah.
"Hujung minggu ni Datuk Adam dan keluarganya datang makan malam di sini. Papa harap Hakimi tak ada kemana-mana ye"
Tiba-tiba suara Datuk Mohsin memecah kekakuan tersebut.
"Hakimi kena ke Johor papa. Pasal tender projek Hotel di Johor Bharu. Ada site visit untuk semua syarikat yang nak beli borang tender..semua wajib hadir untuk site visit tu" terang Hakimi.
"Pasal tu Kimi jangan risau. Papa dah minta Iqbal gantikan Kimi."
"Tapi.. projek tu kan penting. Kita tak boleh terlepas". Hakimi memandang muka Datuk Mohsin dengan perasaan keliru.
Mana mungkin papanya boleh membiarkan Iqbal yang ke sana mewakili syarikat mereka. Sedangkan projek tersebut sangat penting. Mereka tidak boleh pandang mudah dengan pesaing yang lain. Projek itu harus mereka menangi.
"Papa yakin dengan Iqbal. Cuma kedatangan Datuk Adam..itu lebih penting. Kita kena raikan."terselit nada tegas setiap kali Datuk Mohsin berbicara.
"Kalau dah papa kata macam tu..Kimi ok je. Kimi harap Iqbal dapat buat yang terbaik". Kimi mengalah.
Baginya sia-sia melawan cakap Datuk Mohsin. Betul atau salah... tetap betul di pihak Datuk Mohsin.
Setelah siap makan malam..Hakimi dan Datin Wahida masih setia di meja makan.
Mak Nab sudah mengemaskan meja dan terus ke belakang mencuci pinggan mangkuk.
Datuk Mohsin pula..terus ke bilik bacaan yang letaknya di sebelah ruang tamu.
"Kenapa Papa jemput Datuk Adam sekeluarga datang makan malam kesini Mama". Hakimi bertanya pada Datin Wahida.
Datin Wahida memandang Hakimi. Cawan yang berisi kopi panas itu diletakkan semula setelah menghirupnya.
"Kimi kenal kan dengan anak tunggal Datuk Adam ?"
Hakimi mengangguk perlahan. Tangannya mencapai cawan dan menghirup kopi.
"Jumaat ni Dahlia akan balik ke sini. Dia dah habis belajar di Australia. Sebab tu papa jemput mereka sekeluarga ke sini. Lagi pun Kimi kan dah lama tak jumpa Dahlia. Tak rindu ke". Ada sedikit senyuman Datin Wahida di hujung bicaranya. Bimbang jika terlepas cakap. Maunya melenting encik suaminya.
"ooo.. pasal tu je ke. Takkan lah pasal Dahlia balik sini..Kimi kena tinggalkan kerja. Hurmmm pelik betul." Mengerut dahi Hakimi.
"Alah. Apa salahnya Kimi cuti. Lagi pun sehari je. Kita pun dah lama tak berkumpul ramai-ramai lepas Hawa tak de" terkandung sedikit hiba. Mata Datin Wahida mula bergenang. Tidak pernah sesaat pun dia melupakan anak perempuannya itu. Namun ketaatan pada suami yang berhati batu.. membuatkan Datin Wahida makan hati.
Hakimi terus memeluk Datin Wahida. Dia tidak sanggup melihat hati mamanya terluka. Baginya..biarlah dia menanggung semua keperitan tersebut. Asalkan Datin Wahida sentiasa tersenyum seperti dulu.
------------------------------------
Sementara di rumah Pak Usop..
"Ila dah lama ke kenal Hakimi tu". soal Mak Ijah. Tangannya perlahan-lahan melipat kain yang berada di tangannya.
Ila yang berada di sebelahnya di pandang. Hati seorang ibu..merasa ada kelainan dalam renungan anaknya dan jejaka yang bertamu dirumah mereka petang tadi.
"Baru je mak.. sejak Ila kerja di Butik Hanan. Tuan Hakimi tu adik Kak Hawa". terang Ila.
"oh macam tu. "angguk Mak Ijah. Petang tadi sewaktu kedatangan Hakimi..dia ada di dapur menyiapkan tempahan kuih untuk majlis tahlil di rumah Haji Sulaiman. Jadi Mak Ijah tidak sempat berbual lama dengan tetamu mereka.
"Abah bagitau mak Ila pengsan lagi tengahari tadi. Kenapa?". kali ni merenung wajah anak gadis sunti di depannya. Tangan Ila yang lincah membantu ibunya melipat kain terhenti.
"Tadi tu.. Ila terkejut. Masa nak lintas jalan kat depan butik..Ila nyaris nak kena langgar. Mujur ads tuan Hakimi. Dia yang selamatkan Ila." Ila mengeluh kecil mengingatkan peristiwa tadi.
'Kalaulah si ibu ni tahu dia pengsan gara2 terpeluk dada anak teruna orang.. nak ke dia bagi aku kerja kat butik tu lagi' guman hati Ila.
Mak Ijah mengangguk mendengar cerita anaknya. Sedari kecil..anaknya memang sering pengsan sekiranya terkejut atau berlaku apa-apa yang membuatkan Ila panik.
"mak..." Ila berhenti seketika. Menarik nafas perlahan. " Ila ingat.. dapat gaji pertama nanti Ila nak beli handphone.. Mak izinkan tak?". perlahan suara Ila menuturkan hasrat hatinya. Jika diikutkan..dia ingin menabung seberapa banyak yang dia mampu, agar tidak membebankan orang tuanya jika dia dapat menyambung pelajaran kelak.
"Kenapa Ila tanya mak... tu kan duit gaji Ila. Ila belilah apa yang Ila rasa perlu. Bagi mak..bagus juga kalau Ila ada handphone. Tak lah mak risau hari-hari bila Ila ulang alik pegi kerja. Mak takut apa-apa terjadi kat tengah jalan. Kalau ada telefon..senang sikit kan".
"Nanti Mak bagitau Abah ye. Kalau abah ok..Ila nak ajak Mak..Abah ke bandar hujung minggu ni. Boleh lah kita sama-sama pilih handphone nanti..sekali Ila nak bawak keluarga kita makan kat luar". Teruja sungguh Ila. Dari hari pertama dia kerja.. dia telah berniat untuk mengajak keluarganya makan di luar dan membeli sedikit keperluan mereka sekeluarga.
"Nanti mak bagitau Abah. Kamu pergilah masuk tidur. Esok nak bangun awal. Mak nak habiskan lipat kain sambil tunggu Abah kamu ni..mesti lambat balik. Kalau dah sembang dengan kawan-kawan dia tu.. mesti tak ingat nak tengok jam." bebel Mak Ijah.
Mak Ijah menjeling sekilas ke arah pintu depan. Pak Usop yang keluar ke surau tadi..pasti singgah ke majlis tahlil di rumah Haji Sulaiman. Dah habis tahlil..pasti berborak kosong dengan orang kampung. Mak Ijah faham benar dengan perangai suaminya itu.
##############
Hati yang berdetak.. Jantung yang berdegup
Hanya dengan izinNya.
Share this novel