"Terima kasih sebab jemput kami makan tengahari kak Wahidah..Abang Mohsin. Kami balik dulu." Mak Ijah menghulur tangan bersalam dengan Datin Wahidah. Seketika dia memandang Dato Mohsin dan menunduk sedikit kepalanya tanda hormat.
"Jangan segan segan datang sini lagi Yusof. Kan tak lama,lagi kita,nak berbesan" Dato Mohsin pula bersuara sambil ketawa.
Ila hanya menunduk malu. Hakimi sedang menolak kerusi roda Pak Usop hanya menjeling ke arah Ila.
"Kimi drive elok elok tau. Jangan bawak laju laju" pesan Datin Wahidah.
"Baik mama"
Dato Mohsin membongkok sedikit badannya untuk bersalam dengan Pak Usop yang duduk di kerusi roda itu.
Tangannya berisi sekeping sampul surat di selit ketika bersalam dengan Pak Usop.
Pak usop memandang Dato Mohsin sambil mengelengkan kepalanya. Menolak pemberian dari Dato Mohsin.
"Ambik Yusof. Buat belanja perubatan kau. Anggap ini hadiah yang tak seberapa dari aku." sayu suara Dato Mohsin sambil matanya memandang mata Pak Usop mengharapkan Pak Usop menerima pemberiannya.
"Ye Yusof. Dulu kau dah banyak tolong kami. Tolong abang Mohsin..tolong jaga Kimi dan Hawa." Datin Wahida pula menambah.
"Jangan macam ni kak Wahida.. Abang Mohsin. Apa yang kami lakukan dulu..ikhlas. Tak harapkan apa apa balasan. Lagipun Hawa dan Adli dah macam anak kami" Mak Ijah pula memberi alasan bagi pihak suaminya. Dia tahu suaminya keberatan menerima pemberian dari Dato Mohsin.
"Ijah.. Yusof. Kamu berdua saya dah anggap macam keluarga. Tak salah kan kalau saya nak berbakti pada keluarga saya. Dalam keadaan Yusof sakit...siapa lagi yang nak membantu kalau bukan keluarga sendiri." Dato Mohsin memujuk lagi. Sejak melihat keadaan Pak Usop tadi.. dia hampir terrlupa dengan kata kata Dato Adam selepas mereka habis hi tea semalam.
#Flasback
"Mohsin.. Aku harap dua minggu lagi kau dapat datang meminang Dahlia. Aku serius kali ni. Demi Lia..apa pun aku sanggup buat" Tajam mata Dato Adam memandang ke arah Dato Mohsin.
Kali ni dia tak mahu membuat tawaran apa pun lagi. Semuanya tak berhasil.
"Maafkan aku Adam. Hakimi dah anggap Dahlia macam adiknya sendiri.. tak lebih dari itu. Lagi pun dia dah ada pilihan hati sendiri. Dan........ Aku tak sanggup melukakan hati anak aku lagi. Cukup lah Hawa menderita kerana sikap tamak aku. Aku berdosa pada anak anak dan keluarga aku Adam" Dato Mohsin meraup wajah dengan kesal.
"Aku pun sayang anak aku Mohsin. Dan aku pun tak sanggup lukakan hati Lia. By the way.. bila kau kenal dosa pahala ni?"ujar Dato Adam sinis sambil tersungging senyum mengejek.
Dato Mohsin mengeluh perlahan.
Benar kata orang.. bila kita dah dihantui dosa silam kita..maka ketika itu hilanglah ketenangan dan kebahagiaan hidup.
"Maafkan aku Adam. Aku tak dapat buat apa yang kau pinta. Sorry" sekali lagi Dato Mohsin mengeluh perlahan.
Merah muka,Dato Adam. Dia tidak menyangka yang Dato Mohsin akan menolak permintaannya mentah mentah.
"Baik.. kalau itu keputusan kau Sin... Better you prepared yourself dan jangan menyesal" Terketap gigi Dato Adam menahan marah. Dia terus bangun dan beredar.
Buat sekian kalinya,Dato Mohsin mengeluh lagi.
Ye dia ingin berubah dan bertaubat.
#end flashback
Pak Usop memandang wajah Dato Mohsin dengan pandangan berkaca kaca. Dia tidak menyangka yang bekas majikannya ini tidak pernah berubah.
"Te terima Ka..sih A..abang Moh..sin" Ucap Pak Usop terharu.
"Ha..begitu lah besan. Dah lah lepas ini kau tunggu aku kerumah kau pula. Bawak rombongan meminang sekali..haha" Gelak Dato Mohsin.
Ila pula hanya menunduk malu.
"Jom pakcik kita bertolak sekarang. Nanti lewat sampai" Hakimi bersuara sambil membantu pak Usop masuk ke dalam kereta.
Perlahan lahan dia memandu keluar dari perkarangan rumah banglo itu menghantar Pak Usop sekeluarga pulang.
Setelah kereta Hakimi beredar dan menghilang dari pandangan mata... barulah Dato Mohsin dan Datin Wahida melangkah masuk.
Belum sempat mereka menutup pintu..kelihatan sebuat kereta memasuki halaman rumah mereka.
"Itu Dahlia bang" Ujar Datin Wahida apabila sudah mengecam tuan punya kereta tersebut.
"Apa lagi yang dia nak. Abang tak faham lah dengan keluarga Adam ni" Ujar Dato Mohsin sambil merengus kesal. Matanya melihat sepintas ke arah kereta tetamu yang tidak diundang itu.
"Sayang layanlah ye. Abang nak ke bilik. Nak solat sekejap" Dato Mohsin terus berlalu meninggalkan isterinya di muka pintu.
" Ye lah bang."
"Hai aunty" sapa Dahlia yang baru keluar dari perut kereta.
"Lia.. mimpi apa tiba tiba muncul" berbasi basi Datin Wardah yang agak kekok dengan kedatangan Dahlia kali ni.
"Kimi ada tak aunty. Lia nak ajak dia keluar. Puas Lia call tapi tak dapat". Lia mencebik bibirnya tanda merajuk.
"Iya ke.. Tapi Kimi tak ada. Dia baru je keluar. Jom lah masuk dulu Lia. Aunty buatkan minuman" pelawa Datin Wardah.
"Tak pe lah aunty. By the way..Kimi ke mana? aunty tahu tak?"
"Kimi tak de pula bagitahu dia nak ke mana. Mungkin keluar minum dengan kawan dia kut" Adoi..pandai pula kau menipu Wardah.. Guman Datin Wardah dalam hati.
"kalau macam tu..Lia balik dulu aunty..bye" tanpa lengah terus Dahlia memecut keretanya keluar dari situ dengan hati yang sebal.
'Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku Kimi'
Nekad Dahlia.
################
Share this novel