Sepanjang perjalanan pulang..Hakimi tersenyum seorang. Masih terasa seperti mimpi mendengar ucapan dari Ila sebentar tadi.
'Thanks Ila. Abang Akim akan jaga Ila" Guman Hakimi sambil tersenyum gembira.
"Dah balik pun anak mama. Lambat sampai harini?" Sapa Datin Wahida.
Kebiasaanya Hakimi akan tiba di rumah sekitar jam 6.30 petang. Namun hari ni jam menunjukkan hampir ke angka 8 baru lah dia tiba.
"Tadi pakcik ajak berbual.. katanya rindu nk berborak dengan Kimi. Tu yang lambat balik. Ni ada kuih makcik kirim untuk mama" ujar Hakimi sambil menghulurkan bungkusan kuih kiriman Mak Ijah.
"Wahhh sedapnya. Lama mama tak makan tepung bungkus. Kat KL ni susah nak dapat yang sedap. Kalau ada pun..mesti lembik dan melekat kat tangan." Bebel Datin Wahida sambil tangannya mengangkat bekas plastik yang diberikan Hakimi.
"Yang ni sedap mama. Lemak dan tak melekat kat tangan. Inti pun tak manis sangat.Banyak juga Kimi makan tadi. "
"Kimi pergi mandi cepat..maghrib dah nak habis. Nanti tak sempat. Mama nak ke dapur..nak hidangkan makan malam. Kejap lagi papa balik"
"Orite mem" sambil mengucup pipi Datin Wahida..Hakimi terus menghilangkan diri di kamarnya.
Selesai mandi dan solat maghrib..Hakimi perlahan menapak ke ruangan dapur.
"Sedapnya bau. Asam pedas ke Mama." kembang kempis hidung Hakimi menghidu aroma masakan yang sudah terhidang.
"Papa yang request. Favorite Kimi juga kan. So Mama tak payah nak pening pening nak fikir menu malam ni" Datin Wahida tersenyum sambil memerhati susun atur hidangan makan malam mereka. Sesekali tangannya ligat menolak pinggan lauk di atas meja agar kedudukannya lebih kemas dan cantik.
"Papa belum sampai lagi ke. Dah lewat ni" Ujar Hakimi sambil matanya menjeling ke arah jam dinding di ruangan dapur.
"Belum. Selalu dah sampai." Wajah Datin Wardah berkerut sambil sesekali matanya melirik ke arah pindu masuk utama.
"Kimi call papa kejap." Kakinya meluru ke anak tangga untuk naik ke bilik mengambil telefon.
Kringgg..kringgg..kringg
Belum sempat kaki Hakimi menapak di anak tangga pertama untuk mengambil telefon bimbit di dalam bilik... telefon rumah berdering minta di angkat.
"kimi..tolong angkat phone tu..Tangan mama kotor ni"
"hello....Waalaikumussalam"
"ye..Adruce."
"Allahu.. sekarang papa kat mana"
"Ok..ok kami datang sekarang"
Hakimi tergaman di tepi meja telefon sambil kedua tangannya menongkat di atas meja.
Dia menarik nafas menenngkan dirinya sebelum berpusing memandang belakang.
"Mama!" Terkejut Hakimi melihat Datin Wardah yang berada di belakangnya.
"Kenapa Kimi?..sape yang call?... Papa kenapa?" bertalu talu soalan dari mulut Datin Wardah.
"Mama tenang ye. Sekarang Mama ikut Kimi naik atas..kita siap" Tenang Hakimi mengatur butir bicara.
"Siap siap nak ke mana?.. Kenapa papa belum balik?"
"Mama tenang ye. Tadi tu panggilan dari Adruce sekarang dia dihospital..Adruce bagitahu papa ada kat sana. Dia pengsan kat ofis. Sekarang belum sedar lagi"
"Ya Allah Abang" lemah terasa kedua kakinya. Terjelepok Datin Wahidah apabila mendengar perkhabaran tersebut.
"Mama sabar..tenang ye. Jom kita siap siap ke hospital sekarang" Ujar Hakimi menenangkan Datin Wahida.
Lemah anggukan dari Datin Wahida. Dia bangun sambil dipapah Hakimi menuju ke tingkat atas.
"Adruce.. macamana Dato?. Sekarang Dato kat mana?"Melihat saja melihat wajah PA Dato Mohsin itu..bertalu talu soalan yang keluar dari bibir Datin Wahida .
"Dato masih di bawah pemantauan pihak doktor. Kita tunggu nanti apa kata doktor. Jom duduk dulu datin." satu persatu Adruce menerangkan keberadaan Dato Mohsin pada Datin Wahida.
"Mama duduk sekejap ye. Kimi belikan hot coffee untuk mana,sekejap. Adruce.. can we talk over there"
Adruce mengangguk dan mengikuti Hakimi.
"Actually.. apa yang telah terjadi Adruce?. Macam mana papa boleh pengsan?." Hakimi terus melontarkan pertanyaan pada PA papanya itu.
"Saya pun tak pasti tuan Hakimi. Bila saya masuk ke dalam bilik Dato untuk bagitahu yang driver Dato dah sampai kat bawah...Saya nampak Dato dah terbaring di lantai. Terus saya call ambulance dan bawa ke sini" Terang Adruce.
"ok... hurmmm ada Dato jumpa sape sape tak sebelum tu?" soal Hakimi lagi.
" Hari ni Dato tak ada apa apa,appointment. Cuma pagi tadi ada satu meeting dengan pihak pelabur bagi projek di Johor tu. Itu je. Tengahari pula Dato cuma berada kat ofis...oh ya baru saya teringat."
"Apa Adruce?"
"Sejam sebelum driver Dato sampai tadi.. Dato Adam ada datang ofis. Hampir setengah jam lebih juga dia kat dalam bilik Dato. Lepas Dato Adam keluar...saya nampak macam muka tak puas hati. Saya pun tak berani nak kacau Dato..risau mood dia tak Ok. Cuma bila Pak Hamid dah sampai bawah..baru saya masuk untuk maklumkan pada Dato. Jadi saya pun tak pasti berapa lama Dato pengsan." terang Adruce satu persatu.
"Ok thanks,Adruce. Tolong bawakan hot coffe dua ye. Saya nak tengok mama sekejap."
"Baik tuan Hakimi." Ujar Adruce sambil berlalu menuju ke cafe hospital.
Hakimi terus mendapatkan Datin Wahida di ruangan menunggu.
"Macam mana Kimi. Apa yang terjadi pada papa. Adruce ada bagitahu apa apa tak".
" Tak ada apa apa Ma. Mama sabar ye. InsyaAllah papa ok je" Hakimi memeluk bahu Datin Wahida sambil menggosok perlahan.
"Mama risau lah Kimi. Lately papa nampak macam banyak termenung. Bila mama tanya, papa cakap dia ok je." Adu Datin Wahida.
Dia perasan yanh suaminya asyik termenung. Namun bila di tanya suaminya cuma memberi alasan pasal masalah ofis.
Krikkkk.. pintu wad kecemasan dibuka dari dalam.
Serentak Datin Wahida dan Hakimi memandang pada susuk tubuh yang muncul itu.
"Waris Dato Mohsin ke?.. Saya Dr. Norman"
"Ye. Saya Hakimi anak Dato Mohsin dan ini Mama saya. Macam mana keadaan papa ?" wajah cemas dan gusar itu ditatap oleh Dr Norman dengan senyum dibibir.
"Alhamdulillah. Keadaan Dato dah stabil. Dia terkena minor heart attact. Sekejap lagi Dato akan di bawa ke wad. Bolehlah Encik Hakimi dan Datin melawat Dato. Bagi Dato rehat secukupnya."
"Alhamdulillah syukur" ujar Hakimi meraup kedua tangannya ke muka. Datin Wahida menitis air mata lega dengan berita tersebut.
"Kalau ada apa apa..boleh cari saya dibilik saya. Atau tanya kaunter depan wad. Saya pergi dulu Datin...Encik Hakimi." ujar Dr Norman.
"Thanks Doktor" Hakimi menghulur tangan bersalam dengan Dr Norman.
"Ni coffee Datin..Tuan Hakimi. Minum dulu." pelawa Adruce yang sejak tadi tercegat di belakang anak dan isteri majikannya. Semua penerangan Doktor dapat dia dengar dengan jelas. Lega dia rasakan bila keadaan majikannya tidak teruk.
"Jom mama. Minum dulu sambil tunggu papa di hantar ke wad. Mama pun belum makan lagi kan. Nanti mama pula yang sakit" pujuk Hakimi sambil memimpin tangan Datin Wahida.
Datin Wahida,mengangguk perlahan.
"Adruce.. Pak Hamid ada kat mana?" soal Hakimi.
"Ada di tempat parking hospital Tuan. Tadi saya minta dia follow ke sini sebab saya ikut masuk dalam ambulance. Ingat nak minta dia hantar saya ke ofis nak ambil kereta. Itupun kalau Dato dah ok"
Hakimi mengangguk perlahan.
"ok Adruce. you pun dah penat kan. Nanti you minta Pak Hamid tumpangkan sampai ofis. Pesan pada Pak Hamid balik rumah lepas tu. Ambil makanan dengan Mak Nab. Nanti I call mak Nab minta dia prepare semua sebelum pak Hamid sampai."
"Baik tuan. Kalau macam tu..saya balik dulu. Kalau ada apa apa.. tuan Call je saya."
Hakimi mengangguk "thanks Adruce".
Setelah selesai Dato Mohsin di masukkan ke dalam wad. Hakimi meminta izin Datin Wahida untuk keluar sekejap.
Sesampai di area parking.. segera dia mencari kelibat pak Hamid yang katanya sudah sampai di lobi dengan barang dan makanan yang dipesan tadi.
"Pak Hamid hantar ke atas ye semua ni. Wad no 317. Sekejap lagi saya menyusul."
"Yelah Kimi. Pak Hamid pergi dulu ye."
Usai hilang sahaja kelibat Pak Hamid.. pantas Hakimi mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mendail.
"Hello... Dato Adam?"
##########
"
Share this novel