Hampir dua minggu selepas pertemuan dua keluarga itu... boleh dikatakan hampir setiap hari Hakimi menghantar Ila pulang dari kerja.
Mak Ijah dan Pak Usop tidak lagi risau kerana mereka amat mengenali Hakimi sejak kecil lagi.
"Abang Akim tak singgah dulu. Semalam abah cakap dia nak jumpa abang Akim" Ila memandang Hakimi yang telah memberhentikan kereta di halaman rumah Pak Usop.
"Ada apa pakcik nak jumpa" berkerut dahi Hakimi memandang Ila.
"Katanya dia rindu sebab lama tak berbual dengan Abang Akim. Jom lah singgah kejap. Ibu pun ada buatkan kuih petang ni sebab ada tempahan. Nanti ibu nak kirimkan buat Dato dan Datin"
"Apa pulak panggil Dato..Datin. Kan tak lama lagi nak jadi mak mertua" usik Hakimi sambil segera mematikan enjin dan meluru keluar dari kereta. Silap dia tersasul mengusik. Tak pasal pasal dapat sepit ketam percuma.
"Oo.. nak lari ye. siap kalau Ila dapat. Kalau tak merah...biru lengan tu Ila 'ketamkan'" Ila keluar dari kereta dan berlari anak mengejar Hakimi yang dah masuk ke dalam rumah.
"Makcik..tolong Adli..ada ketam hidup kejar Adli" sambil mencari belakang Mak Ijah sebagai sasaran tempat bersembunyi. Masih juga dia menyakat Ila. Makin merah padam wajah Ila geram dengan usikan Hakimi.
"Ya Allah budak budak ni. Tak mengusik tak boleh ke. Memang serasi korang berdua ni.. Sorang mulut laju suka menyakat. Lagi sorang tangan pulak laju..suka menyepit. Hish" Mak Ijah mengeleng kan kepalanya dengan telatah Hakimi dan Ila.
"Dah la tu.. Meh tolong ibu bawak air dengan kuih ni ke depan. Abah dah tunggu lama nak minum dengan korang"
Ila segera menatang dulang yang berisi air dengan cawan. Matanya menjeling geram ke arah Hakimi. Manakala Hakimi pula mengambil piring kuih yang di pegang oleh mak Ijah.
"Biar Adli yang bawak kuih ni makcik"
Mak Ijah mengangguk senang dengan Hakimi yang suka membantu.
"Abah.. jom minum" Ila mula menuang kopi O panas ke dalam cawan lalu dihulurkan pada Pak Usop.
Berkat rutin terapi yang diaturkan oleh pihak hospital.. Pak Usop sudah boleh menggerakkan kedua tangannya. Percakapannya tidak lagi tergagap gagap. Cuma kakinya belum kuat untuk berdiri lama. Untuk itu dia masih lagi menjadi penghuni setia kerusi roda jika mahu bergerak ke mana mana.
"pakcik sihat ke harini?." Hakimi bertanya sambil dia duduk bersila di tepi kerusi roda Pak Usop.
"Alhamdulillah sihat..La.. kenapa duduk bawah ni Adli. Kotor seluar tu. Duduk kat kerusi sana"
Hakimi tersenyum memandang Pak Usop.
"Tak pe lah Pakcik. Duduk kat kerusi tu..jauh pula dari pakcik. Kalau duduk kat bawah ni boleh Adli berbuat sambil picit kaki pakcik" Lantas tangan Hakimi mula memicit kaki Pak Usop sambil tersenyum.
"Baik betul kamu nak. Masih tak berubah dari kecil dulu. Suka picit kaki pakcik." Tangan pak Usop mengusap perlahan rambut Hakimi..persis mengusap kepala anak anak kecil.
"Abah.. Ila ke dalam dulu.. nak mandi dan solat asar. Dah lewat ni" Ila meninta diri kerana waktu asar semakin habis.
"Adli dah solat ke belum. Kalau belum pergi kat bilik Hairul tu solat kat situ. Hairul ada je dlm bilik" Mak Ijah yang turut sama berada diruang tamu itu bersuara.
"Belum lagi makcik sebab tadi Adli meeting kat luar. Tak sempat balik ke ofis. Adli pergi solat dulu ye."
Selesai solat dan berbual seketika dengan Hairul. Hakimi kembali ke ruang tamu.
"Ila.. tadi ada posmen hantar surat. Ibu rasa surat dari universiti. Ada kat atas almari tepi pintu tu" Ila yang baru menapak keluar dari bilik berpusing ke arah almari yang dinyatakan oleh Mak Ijah.
Hakimi memerhatikan Ila membelek belek isi kandungan surat itu sambil menyisip kopi ke mulutnya.
Tiba tiba Ila tersenyum dan mendapatkan Ibunya lalu dipeluk erat.
"ibu.. Ila dapat tawaran ke UM bu. Akhirnya apa yang Ila inginkan termakbul" Ila tersenyum sambil membaca berulang kali apa yang tertera pada surat tawaran tersebut seolah olah tidak mempercayainya.
Senyumannya mati tiba tiba. Dia mengeluh perlahan.
"Kenapa Ila. "tanya Mak Ijah sambil memegang tangan Ila.
"Maafkan Ila Ibu.." Ila menunduk perlahan.
"Ila.. Nanti Ila sambung belajar. Abah ada simpan.duit untuk Ila sambung belajar. Nanti Ila gunakanlah"Pak Usop yang hanya memerhati sejak tadi bersuara.
"Tapi Abah. Tu kan duit untuk perubatan Abah. Ila boleh tangguh dulu. Nanti Abah dah sihat baru Ila sambung belajar. Lagipun tahun ni kan Hairul dan Husna nak exam. Tentu banyak nak pakai duit" Terdiam Pak Usop dan Mak Ijah. Hampir terlupa dua orang lagi anak mereka yang akan menempuhi peperiksaan besar tahun ini.
Hakimi berdehem kecil sebelum bersuara.
"Pakcik..makcik. Izinkan Adli bantu Ila sambung belajar. Pasal duit dan semua keperluan Ila Adli akan uruskan" Kali ini Hakimi nekad untuk membantu Ila sekeluarga.
Dia tidak sanggup melihat Ila melupakan cita citanya kerana kekangan duit.
"Kami tak nak terhutang budi abang Akim. Ila akan kerja dulu. Bila dah cukup simpanan baru Ila sambung belajar" Pantas Ila pula bersuara sebelum Mak Ijah dan Pak Usop menjawab permintaan Hakimi. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa pun.
"Adli betul betul sayangkan Ila?" soal Pak Usop pula.
Hakimi mengangguk perlahan.
"Kalau macam tu kawin dengan Ila. Pakcik bukan nak gunakan Adli untuk melepaskan tanggungjawab pakcik pada Adli. Tapi kalau ini je cara yang boleh untuk puaskan hati semua pihak. Adli boleh bantu Ila tanpa Ila rasa termakan budi.. dan Ila boleh sambung belajar lepas kawin..itu pun dengan izin suami. " tutur Pak Usop sambil memandang Hakimi.
Melopong mulut Hakimi mendengar kata kata Pak Usop yang tak di duga itu.
"kenapa pulak terlopong mulut tu..tutup sikit. Nak kawin ke tak nak ni." Usik Pak Usop lagi.
"Nak nak pakcik" laju sungguh kata yang terkeluar dari mulut Hakimi. Nampak sangat keterujaannya.
Ha..haha..
Gelojoh betul...
Terkekek kekek Mak Ijah dan Pak Usop ketawa melihat gelagat Hakimi.
Hakimi hanya menunduk malu dengan perlakuannya tadi.
Muka Ila pula merona merah. Dia juga menundukkan mukanya memandang lantai.
"Kalau macam tu..bagitahu papa dengan mama. Minta restu diaorang dulu. Kalau boleh kita langsungkan benda,wajib secepatnya sebelum Ila sambung belajar. Adli rasa macam mana?" Pak Usop memandang Hakimi.
"Nanti Adli bincang dengan mama dan papa. Adli nak bercakap dengan Ila kat depan sekejap Pakcik sebelum pulang. Boleh ke?"
"Pergilah. Jangan lama lama..Dah nak maghrib ni. Tak elok orang tengok" ujar Pak Usop sambil menitipkan pesan.
"Ni kuih untuk mama ye Adli. Takut terlupa nanti. Terus letak dalam kereta. " pesan Mak Ijah sambil menghulurkan bekas berisi kuih yang telah disiapkan awal awal.
"Terima kasih makcik. Pakcik..Adli minta diri dulu ye. Lepas bercakap dengan Ila..Adli terus balik nanti"
"Ye lah. Kirim salam pada orang tua kamu"
Usai bersalam... Hakimi dan Ila ke halaman rumah dan duduk di pondok bawah pokok.
"Ila macam mana. Setuju tak kawin dengan Abang Akim?" Hakimi memulakan bicara setelah melihat Ila hanya diam sahaja .
"Entahlah Abang... Ila cuma risaukan Abah. Ila akur dengan setiap keputusan Abah kalau itu yang abah nak. Tapi siapa yang nak jaga abah kalau Ila dah kawin lepastu sambung belajar"
"La.. itu ke yang Ila fikirkan. Abang kan ada. Abah Ila..Abah Abang Akim juga. Nanti dah jadi tanggungjawab abang. Dan satu lagi... sekalipun ditakdirkan kita tak ada jodoh..Abang Akim tetap akan jaga Pakcik"
Ila hanya memandang Hakimi.
Dia menghela nafas panjang.
"Macam ada sesuatu yang Ila nak cakap pada Abang Akim. Apa dia?" tebak Hakimi. Air muka dan riak gelisah terpancar di wajah gadis manis itu.
Sekali lagi Ila menghela nafas.
"Dahlia".
Kata kata Ila mati disitu. Kelu lidahnya untuk meneruskan.
Sekali lagi dia menarik nafas dah bersuara.
"Cik Dahlia macam mana ..bukan ke dia dijodohkan dengan Abang Akim. Ila tak nak dikatakan perosak hubungan orang"
Hakimi tersentak. Terkejut macam mana Ila tahu pasal Dahlia.
"Abang Akim dengan Dahlia tak ada apa apa. Betul Dahlia cintakan abang Akim...tapi abang Akim cuma anggap dia sebagai adik je..tak lebih dari itu"
Hakimi mengeluh perlahan.
Ila terdiam kelu.
"Jika kita tidak ada jodoh sekalipun...Belum tentu Abang Akim akan kahwin dengan Dahlia."
Ila menundukkan wajahnya.
"Abang Akim balik dulu. Dah lewat ni" Tanpa menoleh lagi Hakimi menapak lesu menuju ke keretanya.
"Ila setuju"
Langkah Hakimi terhenti. Dia cuma menghadam seketika. Mimpikah dia?
"Ila setuju Abang Akim" Ila bersuara lagi.
Hakimi menolah ke arah Ila sambil tersenyum menatap wajah kesayangannya itu.
"Terima kasih Ila. Abang Akim balik dulu"Senyum Hakimi makin melebar. Dia menoleh ke arah keretanya semula,dan menapak dengan lincah.
Ila hanya mengangguk perlahan dan tersenyum malu.
##############
Share this novel