47 Akhirnya

Romance Series 4617

Kata sepakat telah dicapai tatkala Pak Usop sekeluarga berkunjung ke kediaman Dato Mohsin untuk menziarah. Lagi dua minggu rombongan merisik akan dihantar. Begitulah perancangan kedua pihak.

Manakala majlis pertunangan dan pernikahan akan diadakan serentak sebulan selepas merisik.

"Kalau semua dah setuju.. bolehlah start buat persiapan. Kita serahkan pada orang perempuan je Yusof.. Dia orang pakar bab macam ni"Ucap Dato Mohsin diselangi dengan gelak tawa yang lain.

Pak Usop hanya mengangguk mengiakan kata-kata Dato Mohsin.

Sungguh Dato Mohsin tidak menyangka akan bertemu semula dengan pekerja lamanya yang dah dianggap seperti adiknya sendiri.

Dan sekarang...tak lama lagi mereka akan berbesan.

"Assalamualaikum." Hawa yang baru tiba melangkah masuk ke rumah. Dia terlewat tiba kerana ada customer yang ingin mengambil pakaian di butiknya. Terpaksa lah dia membuka butik sekejap.

"Waalaikumussalam. Anak mama baru sampai ye. Ha Zani.. mari masuk." Datin Wahida bangun menyambut anak menantunya.

"Eh.. Ila pun ada sekali." Riak terkejut terpamer di wajah Hawa.

"Sini kakak mama kenalkan" Datin Wahida memimpin tangan Hawa ke arah Mak Ijah yang duduk sebelah Pak Usop.

Berkaca kaca mata Mak Ijah dan Pak Usop tatkala menatap wajah Hawa.

"Kakak.. ni kenalkan ibu dan abah Ila." Datin Wahida memperkenalkan keduanya kepada Hawa.

"Apa khabar pakcik.. maaf Saya tak sempat nak ziarah pakcik.." Hawa menundukkan kepala tanda menghormati Pak Usop.

Pak Usop hanya tersenyum mengangguk..Namun air mata kerinduan yang di tahan menitis jua.

Makin pelik pula Hawa melihat pasangan tersebut.

"Makcik apa khabar." Hawa menyapa pula Mak Ijah sambil menghulur tangan untuk bersalam.

Tanpa menyambut tangan Hawa..Mak Ijah terus menarik tubuh Hawa kedalam pelukannya.

"Ya Allah kakak. Rindunya makcik pada kamu. Bertahun kita tak jumpa. Makcik tak sangka dapat peluk kamu lagi." Tangisan hiba Mak Ijah membuatkan suasana menjadi hiba.

Bertambah tambah lagi rasa pelik Hawa dengan situasi itu.

Hawa memandang ke arah Datin Wahida meminta penjelasan setelah pelukan terlerai.

Datin Wahida yang turut mengalirkan air mata sekejap tadi tergelak kecil melihat wajah terpinga- pinga si anak perempuannya.

"Kakak tak ingat ke" Duga Datin Wahida.

"Macam pernah tengok.. tapi kakak tak ingat lah". Berkerut dahi Hawa.

"Cuba kakak ingat..lebih kurang 20 tahun lepas."

Berkerut kerut dahi Hawa memikirkan memori silam yang hampir terluput dari ingatannya.

Sekali lagi Hawa mengelengkan kepalanya.

"Ni Pakcik..yang kerja kat rumah kita dulu sis. Yang selamatkan papa dari penyamun dulu. Ingat tak?" Kali ini Hakimi bersuara.

Geram melihat wajah si kakak yang berkerut-kerut macam nenek kebayan.

"Hah.. betul ke mama..papa?" soal Hawa meminta kepastian.

Dato Mohsin dan Datin Wahida menganggukkan kepala.

Kini Hawa pula yang dilanda sebak.

Wajah yang sekian lama dicari..kini muncul didepan mata. Hampir sebulan dia demam rindu bila Pak Usop berhenti kerja.

"Sampai hati Makcik dan Pakcik tinggalkan kakak" Gogoi Hawa kembali memeluk erat badan Mak Ijah.

Lencun muka,Hawa akibat tangisan. Mak Ijah memegang muka Hawa dan mencium bertubi tubi.

"Makcik dan Pakcik terpaksa kakak. Orang tua kami sakit. Jadi pakcik terpaksa berhenti kerja sebab nak jaga mereka. Maafkan kami sebab langsung tak datang jenguk kakak dengan Adli. Setiap saat kami rindukan korang berdua."

"Kakak rindu sangat-sangat. Kakak sunyi bila pakcik dan makcik pergi." tutur Hawa dalam esakan yang masih bersisa.

Suasana sepi seketika. Yang kedengaran hanya esak tangis.

"Jom kita makan. Semua dah ada kan. Papa dah lapar ni" Dato Mohsin bersuara sambil mengesat hujung matanya.

"Haah. Jom kita ke dapur. Kimi bantu pakcik ye" Datin Wahida pula bersuara.

Hakimi terus membantu Pak Usop berjalan ke dapur.

Hawa pula berpimpin tangan dengan Datin Wahida dan Mak Ijah beriringan.

Manakala Zani pula membantu menolak kerusi roda mertuanya
Meskipun keadaan Dato Mohsin sudah semakin sihat..dia dinasihatkan menggunakan kerusi roda supaya tidak cepat penat.

Riuh rendah di meja makan dengan. gelak tawa dan usikan. Pak Hamid dengan Mak Nab tidak terkecuali. Dipaksa majikan mereka supaya makan sekali.

"Yusof.. malam ni bermalam kat sini ye. Aku teringin nak berbual lama dengan kau. Esok lepas makan tengahari Kimi hantarkan balik" Dato Mohsin memandang Pak Usop yang sedang menbasuh tangan selepas makan.

Pak Usop memandang seketika wajah Dato Mohsin.

"Ye lah Yusof. Alang alang semua ada kat sini. Tidurlah semalam kat sini. Esok esok je lah balik" Datin Wahida mengiyakan kata kata Dato Mohsin.

"Hairul..Husna. Besok ada kelas tambahan tak?" Pak Usop bertanya kepada dua lagi anaknya.

"Besok tak ada Abah. Guru yang sepatutnya bertugas esok terpaksa cuti. Anak dia sakit" Husna memberitahu pak Usop

"Erul pun tak de Abah. Sebab minggu depan ada perkhemahan dan kem motivasi. Jadi cikgu suruh kita orang rehat je minggu ni." Terang Hairul.

Tersenyum Dato Mohsin dan Datin Wahida mendengar kata-kata,Hairul dan Husna.

"Mak Nab tunjukkan bilik untuk Hairul dan Husna. Mesti diaorang nak berehat. Ijah ikut akak. Akak tunjukkan bilik" Datin Wahida segera meminta mak Nab menunjukkan bilik untuk Hairul dan Husna.

Mak Ijah hanya tersenyum dan membototi Datin Wahida.

"Kakak..Zani....Malam ni tidur sini ye." Dato Mohsin memandang Hawa dan Izani. Meskipun dia sudah tahu jawapan yang akan diberikan.

"Sori pa... Malam ni kakak terpaksa balik. Esok awal pagi kakak kena hantar baju untuk pengantin ke putrajaya." terang Hawa. Walhal dia sudah maklumkan hal tersebut semalam lagi.

"Ye lah.. papa cuba nasib je. Mana tahu kakak berubah fikiran nak tidur sini." Senyum hambar ditunjukkan oleh Dato Mohsin. Sedikit kecewa.

"Minggu depan kakak datang bermalam kat sini.. 2 malam. I'm promise" Hawa mengangkat sebelah tangannya separa bahu seakan-akan orang membaca ikrar.

Dato Mohsin dan Pak Usop ketawa kecil melihat keletah Hawa.

"Jom Yusof kita bersiap-siap. Dah nak masuk waktu maghrib. Nanti boleh berjemaah bersama" Pak Usop hanya mengangguk dan tersenyum.

"Kakak pun siap-siap.. lepas solat maghrib baru balik" arah Dato Mohsin.

Hawa terus menghilang mencari kelibat suaminya yang tadi rancak berbual dengan Pak Hamid.

Usai solat dan makan malam...Hawa dan Izani meminta diri untuk pulang.

Mak Ijah..Datin Wahida dan Mak Nab rancak bersembang di dapur....cerita orang perempuan.

Husna dan Hairul hilang di dalam bilik bacaan Dato Mohsin. Gembira keduanya melihat buku yang begitu banyak. Setelah mendapat green light dari Dato Mohsin..tak menunggu lama mereka berdua terus meneroka bahan bacaan yang terdapat di situ.

Pak Usop dan Dato Mohsin rancak berbual di ruang tamu. Sesekali kedengaran ketawa kedua duanya.

"Sayang... Abang Akim nak tanya sesuatu..boleh ke" Hakimi memulakan perbualan sebaik sahaja mereka menapak ke Gazebo di halaman banglo Dato Mohsin.

Ila yang baru mengambil tempat duduk..bersimpuh sambil bersandar pada tiang gazebo terdiam.

"Hurmm... nak tanya apa". perlahan sahaja suara Ila menjawab pertanyaan Hakimi.

"Sayang happy tak dengan keputusan papa dan pakcik?" soal Hakimi. Dipandangnya wajah Ila di bawah cahaya lampu itu. Cantik desis hati Hakimi.

"Abang.." Ila menghela nafas.. Dan menghembus perlahan.

Hakimi masih memandang wajah Ila..menunggu bait bait kata yang ingin di ucapkan Ila.

"Kalau Ila cakap sesuatu... Abang jangan kecil hati tau" Sekali lagi Ila menarik nafas..menahan getar di dadanya.

Hakimi cuak dengan kata-kata Ila. Berbagai persoalan mula bermain di fikirannya.

"Hey..kenapa ni sayang?. Ada apa -apa yang tak kena ke?" Ujar Hakimi dengan wajah resah dan risau. Dadanya semakin berdebar- debar. Hah sudah
Jangan -jangan Ila tak bersetuju dengan perkahwinan ini.

"Sayang tak sudi ke kahwin dengan Abang?" tebak Hakimi.

Ila mengelengkan kepalanya sambil menunduk.

"Fuhh lega. Ingat tak nak kahwin dengan abang tadi. Nampaknya sampai ke tualah abang membujang kalau sayang tolak pinangan abang"Hakimi cuba berlawak meskipun hatinya sedikit cuak.

Hakimi terasa lega.. Namun apa yang hendak diperkatakan oleh Ila. Nampak serius benar wajahnya Ila.

"hish.. ke situ pula abang ni. Abah kan dah setuju. Mana boleh Ila bantah" Ila menunduk wajahnya. Malu.......

"Habis tu.. Apa yang sayang nak cakap ni... Nampak macam serius je"

Ila memandang wajah Hakimi.

"Boleh tak... abang tukar perkataan 'sayang' tu...pada 'Ila' je.. Ila tak selesalah... Malu" habis saja berkata-kata.. Il memusingkan badannya ke sisi...memandang kolam ikan di hadapannya
Malunya hanya tuhan yang tahu.

Meledak ketawa Hakimi mendengar permintaan bakal tunangnya itu. Pelik..tapi itu lah yang membuatkannya dia tertarik pada Ila. Gadis biasa yang tidak tergedik- gedik serta pandai menjaga diri.

Sekiranya pasangan normal yang lain.. bukan setakat sayang...anje..darling..papa..mama.. ntah apa-apa panggilan gedik yang bermacam-macam tak terjangkau dek akal pun ada.

"Janganlah gelakkan Ila. Nanti Ila masuk tidur terus tau." Ugut Ila bila melihat Hakimi masih lagi ketawa.

"ok..ok.. sori sayang... opss Ila. Abang setuju. Tapi lepas je kita dah kahwin..abang akan panggil Ila dengan apa je gelaran yang abang suka.. Boleh?" Hakimi tersenyum. Tercuit hatinya dengan permintaan Ila.

Mati-mati dia ingatkan Ila nak menolak pinangannya. Rupa-rupanya lain yang terjadi.

Ila mengangguk malu.
"Jom lah kita masuk dalam. Dah semakin sejuk ni. Nanti Ila demam pula" Ajak Hakimi apabila melihat Ila sesekali memeluk bahu dan menggosoknya.

keep reading..tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience