"Kenapa sayang tak masuk' sapaan Zani dari belakang membuatkan Hawa sedikit tersentak.
Dia menoleh memandang wajah sang suami yang sangat dicintai itu.
"Sayang takut papa tak nak sayang datang sini."Keluh Hawa.
"Sayang.. walau apa pun yang terjadi..dia tetap papa sayang dunia akhirat. Jom kita masuk. Abang temankan sayang. Apapun tanggapan papa..kita hadapi sama sama" Zani menggengam erat tangan Hawa. Menyalurkan kekuatan buat sang isteri.
Hawa menatap wajah Zani dan perlahan menganggukkan wajahnya.
Dia menoleh ke pintu bilik bernombor 317 itu. Tangannya digenggam dan diketuk pada daun pintu.
Terdengar suara dari dalam memberi keizinan untuk masuk.
Hawa memejamkan matanya seketika dan menarik nafas. Perlahan lahan nafas dihembuskan. Tangannya menolak daun pintu bilik tersebut.
"Hawa anak mama" Kaget Datin Wahida melihat kemunculan Hawa.
"Masuk sayang. Kenapa tercegat kat situ. Zani...masuk lah"pelawa Datin Wahida apabila melihat Hawa yang terpegun di pintu masuk sambil matanya memandang Dato Mohsin yang terbaring di atas tilam.
"Terima kasih mama. Macam mana keadaan papa?" Zani memandang ke arah Dato Mohsin yang masih lena.
"Papa dah sedar pukul 6 pagi tadi. Lepas doktor periksa dan berikan ubat..papa masih tidur. Doktor minta papa banyak berehat. Risau jika dapat serangan jantung kali kedua..kemungkinan boleh meragut nyawa dia" Ujar Datin Wahida.
"Mama dah sarapan?. Kalau belum Zani turun bawah pegi beli makanan kat cafe sekejap. Sayang temankan mama ye. Abang turun sekejap"
Hawa masih kelu dan sebak melihat keadaan Dato Mohsin..cuma mengangguk kan kepalanya sahaja.
Sebaik Zani berlalu.. Datin Wahida meraih bahu Hawa dan memeluk erat.
"Mama rindu Hawa. Hampir sebulan mama tak jumpa Hawa."
"Hawa pun rindukan mama." Ucap Hawa berbisik sambil memeluk erat Datin Wahida.
Kedua duanya berpelukan sambil menangis.
"I..Ida" tiba tiba kelihatan Dato Mohsin begerak gerak.
" Ye bang. Ida kat sini. Abang dah bangun?" Datin Wahida segera menghampiri Dato Mohsin.
Perlahan lahan Dato Mohsin membuka kelopak matanya. Kelihatan letih dan layu.
"Abang nak minum. Haus" Ujar Dato Mohsin lemah.
"Kejap Ida ambilkan air" Datin Wahida lantas menuang air ke dalam gelas. Dia membantu Dato Mohsin duduk bersandar di katil. Gelas disuakan ke bibir sang suami.
Hampir habis segelas air diminum. Dato Mohsin mengelengkan kepala menandakan dia sudah selesai.
Hawa yang tadi duduk di sofa masih pegun disitu. Bahkan Dato Mohsin masih tidak memyedari kedatangan Hawa.
"Kimi mana Ida. Dia tak datang ke?" Soal Dato Mohsin perlahan.
"Kimi baru je balik abang. Semalaman dia temankan Ida kat sini. Pagi tadi lepas solat subuh dia balik. Dia ada meeting pagi ni. Nanti petang dia datang lagi" Penjelasan dari Datin Wahida membuatkan Dato Mohsin mengangguk perlahan.
"Kalau apa apa terjadi pada abang...Ida mesti satukan Kimi dengan Haila. Ida janji dengan Abang ye. Abang tak nak kehilangan anak lagi. Cukup lah Hawa menjadi mangsa kesombongan dan sifat tamak abang. Abang menyesal Ida. Abang bersalah pada Hawa"
"Abang.. Abang tak pernah kehilangan anak. Hawa tetap sayangkan abang. Hawa tetap akan jadi anak kesayangan abang selama lamanya. Percaya lah cakap Ida" Perlahan suara Datin Wahida memujuk suaminya.
"Pasti Hawa bencikan abang Ida. Apa yang abang buat tak mungkin Hawa dapat maafkan Abang. Abang bukan ayah yang baik." Dato Mohsin memejam matanya. Seolah olah ingin memadam semua peristiwa hitam yang pernah berlaku.
Datin Wahida menggamit Hawa datang ke sisinya.
Hawa yang sudah sarat dengan air mata mengangguk dan perlahan bangun. Serasa lemah dan longlai langkah yang di atur menapak ke sisi katil pembaringan Dato Mohsin.
"Abang....." panggil Datin Wahida lembut.
Dato Mohsin yang tadinya masih memejamkan mata..Mula membuka matanya perlahan lahan.
"Abang tengok siapa yang datang ni".
Perlahan lahan Dato Mohsin memandang ke sisinya.
Kelu lidahnya
Sarat air mata yang bertakung tiba tiba dikelopak mata..menunggu masa untuk melimpah.
Bibir mulut yang kelihatan terketar ketar ingin brsuara itu..masih lagi kelu dari sebarang lisan.
Hampir beberapa detik keadaan ini berlaku... Tiba tiba Dato Mohsin mendepakan tangan dan menggamit Hawa ke arahnya.
Dengan air mata yang sudah lenjun dipipi..Hawa terus menyembamkan wajahnya ke dada Dato Mohsin.
"Ampunkan papa sayang. Papa berdosa" rintih Dato Mohsin sambil memeluk kejap tubuh kesayangannya itu.
Hawa yang masih kelu hanya mengelengkan kepalanya beberapa kali.
Datin Wahida yang memerhatikan perilaku dua beranak itu turut sama teresak esak.
Tubuh tua itu di peluk kejap sambil menghirup haruman badan papanya yang hampir dua tahun dirinduinya itu.
Zani yang baru menapak ke dalam bilik itu..hanya memerhati dengan jiwa yang tenang. Segala kemelut akhirnya terungkai dan selesai. Dia sangat sangat bersyukur.
"Papa.." Hampir tidak terkeluar suara Hawa dek tangisan yang masih belum reda.
Dato Mohsin menjarakkan pelukannya dan memegang kedua belah pipi Hawa sambil menatap wajah yang sangat dirindui itu.
"Hawa rindukan papa" terus berjujuran lagi air mata merembes laju di pipi Hawa saat menyatakan kerinduannya itu.
"Papa pun rindukan Hawa. Tidak pernah sesaat pun papa lupakan Hawa. Maafkan papa sayang. Sikap papa yang menyebabkan kita terpisah" Ujar Dato Mohsin sambil kedua ibu jarinya menyapu sisa air mata di pipi Hawa.
"Abang. Zani pun ada datang melawat abang" suara Datin Wahida membuatkan Hawa menoleh ke arah suaminya. Dia berkalih ke sisi Datin Wahida untuk memberi ruang kepada suaminya bersalaman dengan Dato Mohsin.
Zani menghulurkan tangan untuk menyalami mertuanya namun Dato Mohsin terus menarik dan memeluk erat menantunya itu.
"Terima kasih Zani kerana dah jaga Hawa dengan baik. Maafkan papa" Bisik Dato Mohsin.
########
Share this novel